Saturday, January 30, 2010

Tidor yang berKUALITI

Kalu aku cakap kat korang yang aku x cukop tidor then aku yakin ada yang akan kata “Mamat ni gile r pemalas nak mampos. Dah r x da kerja then leh plak kuar statement kata dia x cukop tidor. Garenti r dia layan blue sampai jam 3-4 pagi then bangon tengahari..!!” Then aku balas balik “Ada benarnya pada kata2 beliau itu. Kecuali bab blue tu r..”


Entah apsal ia macam dah ditentukan. Setiap kali aku menganggor (or dalam bunyi yang lebih baek as x ada kerja), pasti ada assignment khas akan ditujukan untok aku. Cam2 tau jer masa aku nak relaks then masa tu gak r ada special events berlaku. Bila tamat belajar safety dulu, masa tu plak nenek aku operate mata kat hospital. So aku r yang manage certain thing: ulang alik dari hospital ke rumah plus macam2 lagi. Then bila kerja, nothing happen plak. Then tamat jer at PUSAKA ari tu ttiba nenek datang sakit plak. So aku lagi r yang kena handle semua (pasal aku jer yg x da kerja)..

Last week memang letih gile r. Pagi sampai tengahari gi kebon. Ngan kawasan berbukit, berbatu, then kena angkat bakol besar dan berat2 lagi then kena jolok sana sini lagi.. then tengahari ambik nephew dari sekolah then petang hantar lagi. Pass tu gi Bandar Kuching handle certain thing lagi.. Then malam tidor dan jaga nenek kat rumah dia lagi. Setiap sejam sekali kena angkat dia ke toilet. Then malam2 setiap kali dia batok then pasti r terjaga then sampai r pagi.. memang x cukop tangan.

Ingat lagi last Tuesday, gi bandar nak ambik ubat bapak and beli beberapa barang untok aunt sekali. Gila lega bila beli secawan kopi kat STARBUCKS tapi kedian bila kuar dari parking rasa cam berat je kereta. Rrupanya kereta aku bawak tu dah mengheret tepi sebuah kereta yang parking. Then aku try bawak ke depan then terlanggar lagi. Undor sekali lagi then terheret lagi. Duh… selamat x ada the car owner masa tu.. memang x da rasa pa2 wei.. mengantok r sangat..






Then bila dapat tidor kat bilik sendiri ari ni dan semalam (yang mengakibatkan aku tertinggal semayang Jumaat.. Duh..) rasa sangat best… tapi pass ni nak gi rumah nenek lagi.. kena sambong duty…







Then terfikir: “Best gak kalu leh layan blue sampai 3-4 pagi..” Hmmm… wakaka…

Saturday, January 23, 2010

Al Fatihah

Al fatihah untok Al- Marhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar yang telah kembali ke rahmatullah pada semalam. Semoga roh baginda tuanku akan ditempatkan dikalangan golongan2 yang beriman.


Walaupon aku bukannya purely Johorian tapi still ada darah Johor yang mengalir dalam badan aku. Sejujornya aku sangat sayangkan Johor sama seperti aku sayangkan Sarawak. Johor adalah negeri yang cukop istimewa, aman, makmur dan mempunyai system sejarah yang cukop menarik. Semoga pemerintahan baru kelak akan menjadikan Johor sebuah negeri yang bertambah keistimewaanya…





Al Fatihah

Tuesday, January 19, 2010

Anak HARAM

Apa pendapat korang tentang KONDOM selain fungsinya leh bwat belon yang sangat2 besar? As cousin aku sorang ni bagitahu yang dia dulu x pernah sempat nak guna kondom each time dia having a seks pasal kadar keterujaan dia sangat tinggi then dia akan ‘bwat’ kat mana jer tempat tersembunyi dari pandangan umum. Sehingga dia terkena 1 penyakit akibat tindakan seks yang x terkawal then baru dia berjinak2 nak pakai kondom. Then aku yakin ada beberapa yang dah ketawa.


Sebenarnya aku nak share 1 issue yang serius. Bukan tentang kondom tapi akibat kalu x guna kondom masa nak bwat seks terutama khas bwat yang belom kawen. Then pasti ada yang akan kata: “Dude, aku tahu r bila masa aku nak ‘menuju puncak’. Kalu air mani aku dah nak keluar then aku bawak tempat laen r ‘adik kecik’ aku tu. Benda kecik cam tu pon nak jadi isu besar. Sah, kolot..!!”.

Memang r ada yang hebat handling benda2 cam tu. Cuma kebarangkalian tetap ada. Mungkin dalam 99 kali tu nothing happen but then suddenly tengah awek tu dalam kitaran subur then ko terlepaskan ‘berudu2 kecik’ korang tu masok ke dalam ovary dia. Then beberapa bulan kemudian perot awek ko membesar dan kedian keluar baby comel.

Kita tolak tepi r kes dosa pahala, AIDS, syphilis or wat ever kesan2 laen. Korang nak bwat sampai patah katil ker or wat ever ke itu hal korang r. Im talking about budak yang secara x sengaja korang bwat tu. Apa nasib dia? Kalu korang nak kawen ngan awek ko before perot dia membulat, kira woke r. But what if korang just tinggalkan awek ko ngan bbudak dalam perut tu just like that jer. Or plan korang: bila budak tu lahir then ko nak letak budak tu kat 1 tempat supaya ada orang baek jumpa dia then adopt budak tu as anak dia. Tapi ttiba esok hari kuar kat news ‘Budak kecik baru lahir mati dipenuhi ngan seranga2 dan kepalanya dah hilang, dimakan anjing liar..’ or paling koman korang hantar je r baby tu kat rumah kebajikan..

Teringat aku masa bwat kerja kebajikan masa kat U dulu kat rumah orang tua dan anak2 yatim ni. Ingat lagi kat sorang budak ni. Rashidi nama dia. Dia pegang tangan aku erat2 then dia bercerita panjang lebar.. then pengetua tu bagitau bahawa these kids dan orang tua situ sangat2 happy bila ada pelawat. Pasal masa laen: tempat tu sangat2 mati.. I cant imagine cam mana mak bapak yang sanggup buang anak letak kat situ dan cam mana anak yang sanggup buang mak bapak diaorang kat situ..





Apsal aku kuarkan post ni? Sejak aku x da kerja aku sering ambik nephew aku dari sekolah. Then aku tompangkan sekali sorang budak ni ke rumah dia. Betapa masyarakat seringkali melarang dan berkata2 yang ‘kurang cerdik’ pada aku semata2 aku tompangkan budak tu ke rumah jer. Sedangkan dia sekadar seorang budak kecik yang berumur 8 tahun yang x tahu apa2. Sehingga family dia pon just biarkan dia jalan kaki ssorang dalam tengah hari yang panas dan jaoh. Duh… hanya sebab dia seorang anak yang datangnya x diminta dan kemudian dia dihukum.. sedangkan dia terlalu bersih….





Dan lebih sakit hati bila ada suara2 berkata ‘Once darah dia kotor then seluruh keturunan r akan turon darah yang kotor tu..’ Duh.. statement Israel betol r orang2 cam tu. Ingat dia ni jenis terhindar dari dosa ker? Duh..





Aku x leh menghukum seorang anak hanya kerana dosa yang dilakukan oleh emak dan bapak mereka.









Sebab X ada sesiapa pon yang lahir ke dunia dengan dosa untuk dihukum… even aku yakin tuhan pon x akan kelaskan manusia ikut klasifikasi either dia anak haram or anak halal sebaliknya pada amalannya sahaja…

Thursday, January 14, 2010

Untitled

Teringat sewaktu darjah 4 dulu. Waktu tu kami sekeluarga dudok di flat polis marine Sarikei. Ada 1 hari tu masa nak gi sekolah aku terjatoh dari tangga flat. Dan bila balik rumah, emak bising2 pasal aku x bagitau dia pon. Dia dapat tahu accident tu pon tru jiran tingkat bawah. Even as time goes by, emak pernah menanggis kata aku x percayakan dia sebab aku x pernah share apa2 pada dia. Aku x macam Uda yang share almost everything pada dia. Tapi bukan aku. Then bila fikir2 balik, aku lah satu2nya ahli yang paling kurang bersuara dalam family. Hmmm…

Among friends, aku ialah telinga. Mereka akan bercerita, bercerita dan bercerita. Then bila turn aku nak bercerita, mereka akan potong dan terus bercerita, terus bercerita dan berterusan bercerita. At the end they will thanks me sebab sudi mendengar dan kongsi rahsia. So aku senyom. Then mereka akan kata betapa mereka jealous nak jadi aku. Sebab aku x ada masalah pasal aku sentiasa senyom dan ketawa. Sentiasa bwat orang laen senyom dan ketawa. So aku berjenaka dan ketawalah sepertimana yang mereka mahu.

Dan masa berlalu dan aku kekal sebegitu: sepertimana yang mereka mahu.

Bercerita pada apa yanbg mereka mahu dengar..

Tersenyum

Dan ketawa…



So in the middle of last March, bila aku dapat tahu tentang ‘rahsia besar’ tu… aku jadi sangat2 takot. Sangat2 takot. Aku x mampu nak tanggong bebanan tu sesorang tapi dalam masa yang sama gak, aku x mampu nak share benda tu pada sesapa pon. Not even to Uda: orang yang paling aku percaya. Pasal waktu tu dia dia sangat2 bahagia. Sangat2 gembira ngan kandungan kakak ipar masa tu. Then aku decide yg aku x nak share probs tu pada dia or pada sesiapa pon. Sebab aku x nak kegembiraan yang ada pada Uda or sesiapa pon hilang hanya sebab bebanan tu. So aku simpan ‘rahsia’ tu sesorang untuk satu tempoh. Kemudian aku berhenti kerja dan lari dan bersembunyi di RRC.








Tadi entah kenapa ttiba hati aku tergerak untuk bukak salah satu buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Rrupanya ada tertulis sesuatu pada halaman belakang buku tu. Kalau aku x tergerak hati nak belek2 buku tu tadi pasti aku x akan tahu tentang nota tu sampai bila2.

Aku mintak maaf andai selama ni aku bwat ko marah, kecewa, terluka etc. Aku boleh bersumpah atas nama tuhan ko dan atas nama tuhan aku: aku bukannya x nak share story of my life sebab aku x percayakan ko. Aku sangat2 percayakan ko. Cuma aku bukan jenis yang nak share cerita hidop aku pada semua orang. Ko tanya r pada parents aku or pada family aku. Mereka hanya tahu aku pada bahagian yang mereka oerlu tahu saja. Sebab cerita aku bukan cerita gembira. Bukan cerita yang akan bwat orang ketawa. Dan kalu ko fikir ngan share cerita tu leh release bebanan tu then ko salah.. it will turns worst.. sama cam situasi aku x nak share ‘rahsia’ tu ngan my bro: Uda… sebab aku sangat2 sayang bro aku then aku x nak masalah aku akan bwat kegembiraan dia diragut. So aku bwat perkara yang sama pada ko dan kkawan yang laen gak..




Dan mungkin gak sebab aku dah terbiasa melarikan setiap perasaan serius dengan senyuman dan gelak tawa.




I still remember sewaktu di RRC, pada malam aunt ko meninggal. Aku tanyo ko apsal ko x balik sedangkan saat tu may be saat terakhir ko akan tengok aunt ko. Then jawapan ko: tengok orang sedih dan menanggis akan bwat ko sedih dan menanggis gak. Kedian kita lepak Mc D ngan kkawan laen. Aku sangat marah pada ko sebab ko boleh ketawa dan bwatkan yang laen ketawa gila2 seolah2 x ada apa2 yang berlaku sedangkan yang pergi hari tu ialah orang yang sangat rapat ngan ko.




So, can I do the same to you? Sebab aku nak teros tengok ko tersenyom dan ketawa..

















Tahun ni aku mulakan kisah hidop aku ngan berkongsi dengan dunia 1 perkara yang selama ini aku cukop2 rahsiakan: hari jadi aku. Mungkin ia sekadar 1 langkah kecil tapi setiap perjalanan yang panjang juga perlu bermula dari langkah pertama kan.. berhenti berlari... berhenti bersembunyi...

Friday, January 8, 2010

Kaki Bakar

(Post kali ini bukan bertujuan untuk menghina sesuatu agama atau bangsa atau apa-apa yang dijangkakan mampu menimbulkan sentimen2 kurang senang oleh golongan2 yang tertentu. Sekali lagi, ia hanya sekadar naskah tulisan penulis dari pandangan dunianya semata-mata)


Tadi layan berita. Tergamam bila dapat tahu ada 3 buah gereja dibakar oleh golongan pelampau agama. Semuanya kerana isu penggunaan nama ‘ALLAH’ oleh pengguna bukan Islam.


Aku pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja (SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei) dan membesar di 2 buah flat marine police (Bintawa dan Sarikei) so hasilnya gereja adalah tempat permainan kami dan punya ramai kawan yang mostlynya bukan Melayu. Even bila pindah Santubong (kawasan yang mostlnya Melayu) still punya beberapa kawan rapat Iban. Then zaman University dan sekarang lagi, memang x pernah wujud issue pengkelasan kawan hanya based on perbezaan ras or kepercayaan yang dianuti. Mungkin disebabkan oleh factor tempat aku dibesarkan membuatkan aku rasa semuanya sama. Perbezaan hanya diwujodkan oleh golongan yang terlalu obsess pada kehebatan yang ada pada bangsa sendiri sahaja.

Pernah x korang (yang Melayu ni lah) terfikir what if kalu korang berada di sebuah negara yang agama rasminya ialah kristian dan korang x dibenarkan untuk guna istilah ‘Allah’ as tuhan korang dalam mana2 penerbitan or nak sebut pon x boleh? Sedangkan Allah ialah nama tuhan korang. Dan ttiba golongan pelampau mereka menyerang masjid2 korang semata2 korang nak sebut nama tuhan korang jer? That why kita perlu lihat dunia dari sudut yang berbeza.. jangan nak serang buta tuli jer..


Korang x perlu baca Bible semata2 nak carik asal-usol cerita ni. Korang cuma perlu check buku Pengajian Agama Islam form 1 or form 2 korang balik tentang bab agama yang dituronkan dari langit. Then ada nabi2 tertentu yang diutuskan ke atas agama2 tersebot termasok bersama kitab sucinya sekali. So Allah lah yang menurunkan ketiga2 agama iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian sekarang) dan juga Islam. Cuma sekarang istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh Yahudi dan Kristian adalah tuhan yang berbeza daripada Islam. So x salah pon bagi mereka untok guna istilah tu sebab Ia pon memang dah nama tuhan mereka. Apa hak kita nak menghalang penganut agama tertentu daripada menggunakan nama tuhan mereka sendiri? Cuma apa yang dibinggungkan dan cuba diberitahu oleh golongan ilmuan bahawa jika istilah ‘Allah’ digunakan secara berterusan then akan menimbolkan kecelaruan dikalangan penganut kedua2 agama.


Then masalahnya bila golongan2 pelampau yang x ada apa2 basic teros nak serang hentam keromo jer. Bwat demontrasi r. Serang orang tu r. Bakar sana sini lah. Bwat onar sini sana. Golongan pelampau ni kira cam sorang kawan aku ni r. Dia jenis yg minom alcohol r then aku soal r kenapa x try makan babi sekali? Sedangkan kedua2nya haram. Banyak r dalil dia jawab. Tapi bila kuar issue2 cam ni dia r yang paling lantang bersuara nak menentang semua.. hmmmm….




Kalu lah aku ni bukan Melayu then aku pasti akan fikir bahawa orang Melayu ni (x semua r) sangat2 r manja. X boleh nak kena tegor sikit. Isu hak bumiputera nak mengamok. Isu raja2 nak mengamok. Isu kalah maen bola pon nak mengamok gak. Sensitive sangat. Teros nak melatah. Macam budak kecik yang terlalu dimanjakan akan hentak kaki bila kena tegor, then merajok, nak minta kena pujok then kena ikotkan gak semua. Nak kutok bangsa and agama orang laen tapi basic sendiri pon x kukoh. Tengok r sesame Melayu pon x bersatu. Semangat kenegerian yang sangat kecik pon korang nak gadoh besar2. Simpati r aku…

Lom lagi masok kes antarabangsa yang memperlihatkan kekejaman oleh penganut ajaran Islam. semuanya berpunca oleh pelampau2 agama yang ektremist ni r.. duh...





Ayat terkaher aku: Seingat aku Islam yang aku anuti x pernah suroh kami serang mana2 rumah ibadah orang sesuka hati. sebaliknya Islam suruh kita saling menghormati. Duh... Simpati r aku. Orang2 cam ni r yang menjejas dan memberi nama burok pada agama korang sendiri. Korang fikir ngan cara keganasan cam tu akan buat orang respect kat ko? then ko salah r..

Thursday, January 7, 2010

Koland Sekip

Part 2
Kalu ada korang suroh aku bagi senarai nama yang mengingatkan aku pada 2009 (not including family) then top of the list ialah Koland anak Sekip. Nokhtah.


On GEMS RRC last day, bila aku dapat tahu Koland pon di attach ke tempat praktikal yg sama: STIDC, aku sangat gembira plus yakin God dah plan something BIG on me. Then I promise myself 1 thing (yg aku x leh nak share ngan korang kat sini) dan kemudian aku sendiri langgar janji yang aku bwat pada diri aku sendiri.


Still remember hari2 terawal di STIDC dulu: pada pandangan mata dia yang akhirnya berjaya bwat lawan cakap parents (bukan berkali2nya) dan aku pindah masok ke GREENVILLA. Walupon aku x lama di sana tp quality time tu yang penting (kan Azan.. wakaka). Antara event yang still aku ingat cam hari dia ambik barang2 dari rumah aku (then dia terpaksa patah balik sekali lagi dan lagi pasal ada jer barang2 yang tertinggal), pada stiap malam dia bising pasal aku tidor x guna tilam (yang dia bawak khas untok aku including kipas skali), pada ayat dia untok pujok Nita agar gi skali makan STEAMBOAT tu : ‘Susah senang kita hadapi bersama’ (WTF), pada malam aku sangat malas nak simpan motosikal aku then dia pulak yg tolak, pada ketika dia sangat2 pemilih bab makanan (dia x suka makanan yang aku masak plus cuma nak beras yang emak dia tanam jer), pada mug lembu dia dan banyak lagi..

Sesiapa yang kenal Koland pasti akan setuju bila aku kata bahawa dia ialah seorang kawan yang baek. Betapa walau dia dah x tahan and nak berhenti di STIDC, tapi dia terpaksa tolak tepi pasal fikirkan transport kkawan dia nak ke office, walau kkawan laen tengah marah tentang ‘other kawan’ yang makan duit diaorang (including dia) tapi still dia x nak carik gadoh ngan kawan tu, plus Koland sangat2 risau masa rumor mak Radzi accident dulu, then dia sangat2 marah and protective bila si ZAMRI ttiba serang kkawan kami dan banyak lagi event2 laen.




Cuma aku bukan kawan yang terbaek untoknya.. Aku x berada disisinya ketika dia perlukan aku. Malah aku pilih untok x mendengar ketika dia perlukan seseorang untuk bercerita. Sehingga 1 ketika aku mulai perasan pandangan dia mulai berbeza. Seperti ada pintu besar yang tertutup dan menghalang aku untok masok dunia dia. Since then aku rasa aku sangat2 x tahu apa2 tentang dia. Aku hanya akan dapat tahu setiap apa yang berlaku pada dia tru kkawan lain. Dan yang paling sucks bila Radzi berhenti, aku rasa cam sangat2 loser bila masa aku lihat pandangan Koland sama cam pandangan dia pada hari2 terawal dia di RRC dulu: keseorangan dan mencari2 wajah2 yang boleh membuatkan dia selesa bersama dan boleh bwat dia ketawa besar2. Cukup pasti ia bukan aku…






Mungkin kau bukan lagi Koland yang sama yang pernah membuatkan aku menyesal bangun pagi sehingga tidor balik sebab perangai kau yang annoying and irritating. Tapi still aku akan rindukan kau as a kawan selama mana kau still anggap aku as a kawan. Aku akan rindukan pada buih teh tarik yang kau x nak then ko akan letak pada kopi aku, pada pickle yang ko x nak makan pada burger ko then ko pass kat aku, pada timun, sayor2 or wat ever makanan yg ko x nak makan then ko pass pada aku, pada tattoo ko yang menjadikan aku kawan terakher yang melihatnya, pada kakak ko yang belom pernah aku jumpa, pada setiap cerita yang pernah kau share bersama aku, pada semuanya…







Then aku ttiba teringat jenaka kau malam tadi b4 aku balik “Semoga kita tak akan jumpa lagi..”



Sorry coz Im a jerk…

Wednesday, January 6, 2010

25

Seorang kawan bagi 2 buah buku as a gift untuk aku. Then bwat aku teringat last time seorang kawan pernah bagi buku (yang dia pinjam dari library university) untok aku gak. Aku just tengok then aku blah.

Imbas kembali:
Lelaki tu ialah rumate ketiga aku masa di university dulu. Dia merupakan rumate yang paling sekejap bertahan dengan aku. hmmm… kami hanya bertahan untok kurang 2 minggu. Then kalu ada kkawan yang tahu pergadohan kami pasti akan tanya ttg punca pergadohan sedangkan dia ni seorang yang sangat baek. Then jawapan aku ialah sebab dia memang sangat baek. Aku sangat2 maksodkan as dia memang sangat-sangat baek. Tahap kebaikan yang boleh bwat aku rasa sangat rimas dan membencikan. So tindakan aku ialah: terpaksa carik semua benda2 kecik yang leh timbolkan kesalahan dari pihak dia. Dub.. then 1 ketika skitar 2 minggu pertama, plan jahat aku Berjaya. Then kami gadoh besar..

Then beberapa hari kemudian, dia pergi jumpa aku sambil teros bagi satu buku: buku motivasi. Tajok dia dah x ingat tapi kira cam bunyik dia nak bagitahu bahawa aku ada masalah hubungan sosial yang terok.. dude.. sorry r wei.. aku x kan baca buku motivasi r.. Waktu skolah dulu, cikgu kelas bukan maen susah nak pujok aku gi kursos motivasi then aku terpaksa gak aku kuar duit bayar tapi sory r then kedian balik teros. Bagi aku benda nama motivasi ni just merapu r. Sekadar jadi alat untok orang yang punya kelebihan pandai cakap untok ambik duit orang laen yang sangat luros sifatnya secara mudah.So reaksi aku just tengok buku tu then blah.. Then kedian kepuasan aku ialah menyiksa batin dia. Hmmmm… Wakaka..

Kedian bila fikir balik aku sentiasa punya masalah ngan rumate (termasok ngan cosmate, sekolej kediaman, pensyarah dll): bila masa aku x pernah x musti ada ketegangan (bukan ‘tegang’ yang negative) berlaku. Wat if rumate nombor 3 tu betol: aku mmg ada masalah hubungan social tu..? Sehinggalah satu ketika bila rumate ke 5: Encik Isyraf offer aku untok jadi rumate dia then aku jadi gelisah. Aku cuma terfikir berapa lama aku leh bertahan ngan dia then gadoh cam rumate2 terdahulu? Sedangkan Isyraf seorang yang aku dah kenal sejak dari hari2 pertama daftar U dulu lagi.. Aku x nak r carik gadoh ngan dia..

Tapi hasilnya: aku x pernah bergadoh ngan dia sepanjang tahon 3 tu. Sedangkan aku ialah seorang yang sangat2 kurang ajar, biadab, otak kotor, terima idea pelik2 aku, perangai nak mampos tapi dia just terima semuanya.. seadanya..



Tamat imbas kembali.
Masa masok bilik hotel di RRC last April, aku terfikirkan perkara yang sama lagi. Berapa lama aku akan bertahan b4 bergadoh ngan rumates(Naz, Wahyu and Koland).. Yap, aku memang selalu bertegang mulot ngan Wahyu tapi kedian semuanya kembali normal balik.. Tapi as time goes by sehingga ke beberapa minggu terakhir, ada 1 sesi dalam kumpulan kami (Infinity), Koland kuarkan balik ayat2 yang sama yang aku pernah guna untok Isyraf. Sebijik sangat. Betapa aku sangat2 tergamam,x percaya bahawa akan ada jugak orang yang guna ayat tu untok aku..



Dan last 5 th January dia bagi aku sebuah buku motivasi. Sebuah buku yang x mungkin aku akan beli, x mungkin aku akan sentoh or lagikan pula nak baca. Mungkin aku x akan baca ketika aku berusia 22. Tapi sekarang aku dah 25. Mungkin aku akan membacanya.. mungkin tidak… mungkin ya…









And last nite, sms ngan Isyraf, bwat aku melankolik. Ayat2 dia bwat aku teringat masa ngan dia dulu. Lepak almost setiap malam kat Mc D berjam2, cakap macam2.. then kalu boring ada jer perkara pelik2 akan dibuat such panjat blok asrama 4 tingkat then lepak kat tangki air atas tu, then mengutok pelik2 kat jiran depan bilik dan banyak lagi kerja gila yang sejujornya aku x sangka dia sangop bwat ngan aku. Tapi bila fikir2 balik, aku still bwat perkara yg sama di sini..: lepak Mc D, bwat benda pelik2.. cakap benda pelik2.. mungkin Isyaf x ada tapi ada yang lain berada di tempatnya..


Mungkin sebab tu juga ada yang kata bahawa ‘sejarah akan berulang’ cuma pelakunya sahaja yang berbeza.






Plus thanks to kekawan yang menghantar skitar 90 post kat FACEBOOK (include comment & likes), sms, mms & called dan wish teros depan2 untok birthday aku…

Monday, January 4, 2010

The Beginning is The End is The Beginning

Technically aku x sambot 1 st January as tahon baru. Tahon baru sebenar aku bermula agak lambat: beberapa hari kemudian. Aku still ingat lagi setahun yang lepas (2009), beberapa hari selepas tahun baru, aku wish God for favor…



Permulaan tahun 2010 ni akan membawa pengakhiran kepada 1 episode penting dalam cerita hidop aku…


Jika hidop ini diumpamakan seperti sebuah cerita then episode 24 ni, watak pelakon utama a.k.a aku semakin berkembang (termasok perkembangan dari saiz fizikal gak r). Jujor aku cakap sepanjang tahon 2009 yang lepas (baru jer beberapa hari berlalu) membuatkan aku melangkah setapak ke hadapan lagi. Kenapa aku cakap cam tu? Dalam ayat yang lebih mudahnya: Im become a better man.. naaaaaa…


Manusia x akan kenal erti sebenar bahagia jika mereka x lalui saat2 derita. Itu orang kata. Yap.. 2009 cukup indah bukan hanya kerana gelak ketawanya sahaja tp juga sebab bab2 yang menderitakannya sekali. Aku x pernah menanggis sehebat tu sepanjang aku gelar diri aku as lelaki dewasa. Selama ni aku fikir perkara tu kalu berlaku kat org laen as a little probs jer tapi bila kena batang hidong sendiri then aku betol2 terdiam. Kesan terbesarnya: aku makin hilang kepercayaan pada 1 perkara yang aku rasa cukop suci yang pernah aku pertahankan.. (Bro, Im not talking about ‘keterunaan’ r).. then as time goes by, luka tu semboh jugak cuma kesan parutnya masih ada…

Then dalam 2009 gak, sakit kulit aku makin terok even paling terok sepanjang usia 24 tahon. Bila tengok2 balik pola dia.., terok.. baek sekejap… lebih terok.. baek sekejap.. jaoh lebih terok.. baek sekejap… lebih jaoh dari lebih terok.. Then ada kajian plak bagitau kadar hayat penghidap penyakit aku adalah half than normal person.. hmmm…

Tapi aku don’t care sangat.. pasal 2009 gak aku kenal ramai kawan2 baru.. kawan2 yang berada dan melepasi pada tahap berkualiti.. ketika masalah2 besar menghadapi, then mereka ada untuk membuatkan aku lupa semuanya…




Sejujornya aku x expect apa2 yang besar berlaku pada 2009.. aku fikirkan bahawa aku akan lebih lama menganggur tapi hasilnya: perkara yang bertentangan berlaku. Semua perkara hebat2 dan besar2 berlaku.

So I don’t expect anything to happen sepanjang 2010 kelak.. Mungkin aku akan menanggis jaoh lebih hebat pada tahun ni. Mungkin sakit aku akan jadi jaoh lebih terok (memang pon).. Mungkin aku akan jumpa kawan2 baru lagi. Or mungkin aku akan terus sahaja menganggur.. Sesungguhnya Tuhan telah punya perancangan khas untok aku.. aku hanya perlu bawa watak aku pada tempat yang telah ditentukan oleh-Nya then belajar untuk membaiki segala kelemahan dari episode2 terdahulu…






Technically aku x sambot 1 st January as tahon baru. Tahon baru sebenar aku bermula agak lambat: beberapa hari kemudian. Aku still ingat lagi setahun yang lepas (2009), beberapa hari selepas tahun baru, aku wish God for favor: Aku x mintak agar Dia sembohkan penyakit aku sebaliknya aku minta dia berikan aku seorang kawan yang boleh menerima diri aku seadanya. Seorang kawan yang boleh melengkapkan ketidaksempurnaan aku.. So aku yakin Dia dah makbolkan permintaan aku cuma as usual aku sahaja yang buta..







Mungkin pengakhiran episode di STIDC ini ialah permulaan kepada 1 episode baru..

Friday, January 1, 2010

Contesto de Lour

Sebab benda ni percuma dan aku nakkan top-up free then aku join r contest ni..
Yang bawah ni entry aku:


Kita terlalu dewasa..
Lalu melihat dunia hanya dari pandangan mata dewasa..
Menjadikan dunia ini hanya milik orang dewasa…
Mementingkan nilai wang…
Mementingkan nilai harta…
Menghapuskan nilai persahabatan..
Menghapuskan nilai kekeluargaan…
Menghapuskan semua gelak ketawa..

Menghapuskan fantasi dari dunia realiti..


Lalu kenapa tidak kita kembali pada dunia kanak-kanak?

Walaupun dunia mereka hanya fantasi
Tapi di dalamnya ada nilai realiti….




























click here 4 more info