Friday, January 8, 2010

Kaki Bakar

(Post kali ini bukan bertujuan untuk menghina sesuatu agama atau bangsa atau apa-apa yang dijangkakan mampu menimbulkan sentimen2 kurang senang oleh golongan2 yang tertentu. Sekali lagi, ia hanya sekadar naskah tulisan penulis dari pandangan dunianya semata-mata)


Tadi layan berita. Tergamam bila dapat tahu ada 3 buah gereja dibakar oleh golongan pelampau agama. Semuanya kerana isu penggunaan nama ‘ALLAH’ oleh pengguna bukan Islam.


Aku pernah bersekolah di 2 buah sekolah naungan gereja (SRB St Theresa Padungan dan SRB St Anne Sarikei) dan membesar di 2 buah flat marine police (Bintawa dan Sarikei) so hasilnya gereja adalah tempat permainan kami dan punya ramai kawan yang mostlynya bukan Melayu. Even bila pindah Santubong (kawasan yang mostlnya Melayu) still punya beberapa kawan rapat Iban. Then zaman University dan sekarang lagi, memang x pernah wujud issue pengkelasan kawan hanya based on perbezaan ras or kepercayaan yang dianuti. Mungkin disebabkan oleh factor tempat aku dibesarkan membuatkan aku rasa semuanya sama. Perbezaan hanya diwujodkan oleh golongan yang terlalu obsess pada kehebatan yang ada pada bangsa sendiri sahaja.

Pernah x korang (yang Melayu ni lah) terfikir what if kalu korang berada di sebuah negara yang agama rasminya ialah kristian dan korang x dibenarkan untuk guna istilah ‘Allah’ as tuhan korang dalam mana2 penerbitan or nak sebut pon x boleh? Sedangkan Allah ialah nama tuhan korang. Dan ttiba golongan pelampau mereka menyerang masjid2 korang semata2 korang nak sebut nama tuhan korang jer? That why kita perlu lihat dunia dari sudut yang berbeza.. jangan nak serang buta tuli jer..


Korang x perlu baca Bible semata2 nak carik asal-usol cerita ni. Korang cuma perlu check buku Pengajian Agama Islam form 1 or form 2 korang balik tentang bab agama yang dituronkan dari langit. Then ada nabi2 tertentu yang diutuskan ke atas agama2 tersebot termasok bersama kitab sucinya sekali. So Allah lah yang menurunkan ketiga2 agama iaitu Yahudi, Nasrani (Kristian sekarang) dan juga Islam. Cuma sekarang istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh Yahudi dan Kristian adalah tuhan yang berbeza daripada Islam. So x salah pon bagi mereka untok guna istilah tu sebab Ia pon memang dah nama tuhan mereka. Apa hak kita nak menghalang penganut agama tertentu daripada menggunakan nama tuhan mereka sendiri? Cuma apa yang dibinggungkan dan cuba diberitahu oleh golongan ilmuan bahawa jika istilah ‘Allah’ digunakan secara berterusan then akan menimbolkan kecelaruan dikalangan penganut kedua2 agama.


Then masalahnya bila golongan2 pelampau yang x ada apa2 basic teros nak serang hentam keromo jer. Bwat demontrasi r. Serang orang tu r. Bakar sana sini lah. Bwat onar sini sana. Golongan pelampau ni kira cam sorang kawan aku ni r. Dia jenis yg minom alcohol r then aku soal r kenapa x try makan babi sekali? Sedangkan kedua2nya haram. Banyak r dalil dia jawab. Tapi bila kuar issue2 cam ni dia r yang paling lantang bersuara nak menentang semua.. hmmmm….




Kalu lah aku ni bukan Melayu then aku pasti akan fikir bahawa orang Melayu ni (x semua r) sangat2 r manja. X boleh nak kena tegor sikit. Isu hak bumiputera nak mengamok. Isu raja2 nak mengamok. Isu kalah maen bola pon nak mengamok gak. Sensitive sangat. Teros nak melatah. Macam budak kecik yang terlalu dimanjakan akan hentak kaki bila kena tegor, then merajok, nak minta kena pujok then kena ikotkan gak semua. Nak kutok bangsa and agama orang laen tapi basic sendiri pon x kukoh. Tengok r sesame Melayu pon x bersatu. Semangat kenegerian yang sangat kecik pon korang nak gadoh besar2. Simpati r aku…

Lom lagi masok kes antarabangsa yang memperlihatkan kekejaman oleh penganut ajaran Islam. semuanya berpunca oleh pelampau2 agama yang ektremist ni r.. duh...





Ayat terkaher aku: Seingat aku Islam yang aku anuti x pernah suroh kami serang mana2 rumah ibadah orang sesuka hati. sebaliknya Islam suruh kita saling menghormati. Duh... Simpati r aku. Orang2 cam ni r yang menjejas dan memberi nama burok pada agama korang sendiri. Korang fikir ngan cara keganasan cam tu akan buat orang respect kat ko? then ko salah r..

4 comments:

Nizam Zahri said...

Aku x sokong penggunaan nama Allah oleh penganut bukan Islam...

Tapi aku lagi geram dgn orang yang bakar gereja tu.. Macam x ada agama..

Atau tangan asing yang bakar? bertujuan melaga-lagakan rakyat kita?
boleh terjadi kan?

Aj Abdullah said...

Semua orang ada pandangan mmasing dalam issue ni tapi cukop pasti semua setuju bhw tindakan membakar tempat ibadah orang laen adalah tindakan yg cukop x rasional..

btw si Anonymous ni sempat leh nak promo blog dia plak.. hmmm..

Anonymous said...

mula2 panas la jak dgar org bakar gereja ya... plik gler2 la... even aku yang x alim glka tok pun dh panas, apatah g org yg alim gler... xda benda lain g ka mok di bakar.., bakar la kebun jagung ka, kbun nanas ka, balai polis ka, paling extreme la bakar kebun ninek aku... blum sempat mok bakar sgek lembing menusuk d kapala nya..... (panas masih membara....)

Anonymous said...

sapa ko rasa..........