Showing posts with label Halusinasi. Show all posts
Showing posts with label Halusinasi. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

4 Hari Yang Hilang

Masa nengok wayang cerita ‘The Wolfman’ ari tu mmg dah rasa something r (selain akibat sakit leher pasal seat 2 paling hadapan dari screen). Then habis jer cerita kami teros balik tanpa singgah makan2 cam biasa. Balik rumah teros tidor dan bila bangon keesokan hari: aku dah demam.


Aku demam 2 hari. Duh.. memang x ada apa2 aktiviti selain tidor dan makan bubor (bubor nasi yang kosong sangat2 terasa sedap masa demam).. hari ketiga walopon demamnya dah hilang tapi still batok2 dan selsema. So still aktiviti rasmi ialah tidor. Malam dah bangon then x tau apa nak bwat. ALONG tgh layan PC dalam bilik aku. ASTRO plak tengah bwat siri ulangan kali keberapa ntah. So aku ambik buku lukisan, acrylic color dan beros. Sambil makan jambu air aku fikir: apa r yang aku nak lukis. Most of the time aku akan ada masalah part ni. X tau apa yang nak dilukis. Dan most of the time tu jugak aku akan ambik masa skitar sejam tak bwat apa2 ngan beros kat tangan. Hmmm..

So hasilnya aku lukis gambar kat atas ni..

Hari ke-4 still selesema dan batok x berkurangan. Kedian ISYRAF (rumate terakher zaman U) sms tanya apa yang dia leh bwat untok hilangkan keboringan tahap dewa dia. So aku bagi dia route sekitar KL untok dia jalan kaki dan ambik gambar. Pasal kalu zaman U dulu ni r antara aktiviti yang selalu aku bwat waktu tengah2 boring dulu.


Then aku tengok diri aku sendiri.. duh.. Im doing nothing rite now… membesarkan diameter perot aku jer.. duh… lambat laun aku leh join the next biggest loser asia r kalu teros cam ni.. hmmm…

So aku ambik CROCS RM 12.00 yang bila ntah aku beli dan kedian aku teros bwat coating spray warna hitam. Then aku potong tebu satu batang dan kunyah dan kunyah dan kunyah lagi.. duh.. aku mesti bwat sesuatu.. Kalu x sebab aku demam 4 hari ni tadi x mungkin aku perasan yang masa berlalu sangat cepat pasal most of the time aku akan tido.. x sangka yang 4 hari dah berlalu just like that jer.. tengok calendar rrupanya dah 40 hari aku menanggor.. x bwat apa2 yang memberi pulangan.. duh…












PS: paranormal thing that happen lately: setiap kali aku pergi tempat2 gelap kat dalam rumah kedian terasa cam ada bayang2 hitam lalu depan2 aku. Pendek jer. then teringat yang aunt aku asyik bagitau yang dia selalu termimpi2kan arwah nenek dalam mimpi. May b pasal tu ada yang kata ‘Roh masih merayau2 kat bumi dalam tempoh 40 hari’.. hmmmm… aku x pasti either statement tu fakta atau auta…

Friday, January 1, 2010

Contesto de Lour

Sebab benda ni percuma dan aku nakkan top-up free then aku join r contest ni..
Yang bawah ni entry aku:


Kita terlalu dewasa..
Lalu melihat dunia hanya dari pandangan mata dewasa..
Menjadikan dunia ini hanya milik orang dewasa…
Mementingkan nilai wang…
Mementingkan nilai harta…
Menghapuskan nilai persahabatan..
Menghapuskan nilai kekeluargaan…
Menghapuskan semua gelak ketawa..

Menghapuskan fantasi dari dunia realiti..


Lalu kenapa tidak kita kembali pada dunia kanak-kanak?

Walaupun dunia mereka hanya fantasi
Tapi di dalamnya ada nilai realiti….




























click here 4 more info

Monday, August 31, 2009

Ghost in The Shell

Macam mana nak memulakan post kali ni? Ideanya ada cuma x pasti ayat yang paling sesuai untok bercerita. Mungkin aku patot start with “Korang percaya hantoo x?” Aku ni bukan jenis yg percaya hantoo tp aku mmg penakot r. Penakot gile. Ni ada nak share something r. Seram tp syiok..

Bila masok bab hantoo: Along aku cukop suka timbolkan perkara pelik2 such as setiap bangsa ada hantu masing so persoalan dia ialah hantu berbilang bangsa ni saling mengenali satu sama laen x aka diaorang nil eh hidop as 1 hantoo cam idea 1 Malaysia x? wakaka..

Pengalaman ngan hantoo: fisrt time masa kerja kat Sarawak State Library (PUSTAKA) dulu. Sangat2 seram sampai aku still leh ingat bunyi yang aku dengar masa tu. Then masa kat U, bilik pon ada penghuni gak selain aku ngan roommate. Hingga ada jiran sebelah asyik kata nampak lembaga hitam (yang dia kata mmg cam aku) berdiri depan pintu bilik jam 2-3 pagi. Then lastly masa dudok rumah cousin kat Gombak. Semua x akan lupa r.

Walupon reality aku ni penakot nak mampos tp aku sangat suka cabar diri aku bila bab2 cam ni. Aku sentiasa try cabar nak tau what next: aku leh nampak ke gak ‘benda’ tu depan mata sendiri. Mungkin sbb pengaruh filem2 seram r yg hero-heroin bukan maen berani lg. Tp mostlynya aku x akan sampai bab tu r pasal aku penakot. Diulangi dalam D major: aku penakot.

Kembali ke reality: Meja tulis dlm bilik aku menghadap tingkap. Belakang aku kira2 semeter setengah ada almari baju 3 pintu ngan cermin badan kat center. Mostly bila otak aku dah x leh nak masok data aku akan buat aktiviti bebas such as tengok cermin kat belakang aku. Selalunya bila tengok cermin akan ada kesan kotor then aku bersihkan ngan kain r.

So semalam aku bwat yg sama r. Dan hari ni tadi pon aku bwat gak. Tapi dsebabkan otak aku ni lembap dan sembap sangat, dah beberapa bulan or may b: tahon dah berlalu baru hari ni aku perasan. So aku kuar statement monolog dalaman sorang diri r “Bukan smalam aku dah cuci cermin ni ke? Then apsal plak kesan kotor dia tetap ngan corak yg hampir sama? Even corak yg sama last time aku bersihkan?”. Aku x peduli r. Aku amik kain lg then bersihkan.

Belajar and belajar kira2 15 minit cam tu, aku toleh lagi. Duh. Corak kotoran 2 muncol lg. Kesan tapak tangan dan jari2 cam manusia yang lebih besar sikit diheret2 ke bawah..



Sah.. bilik aku ada hantoo..!!!







Bwat aku terfikir: Apa benda tu? Macam tangan manusia tapi sedikit besar. Kenapa ia bentok tangan yang diheret panjang? Apa yg ia nak? As kalu dalam filem2 seram Korea ia nak bagitahu sesuatu or as what happen kat PUSTAKA dulu; ia saja nak maen2. Hmmm. Jangan biarkan hidop anda diselubungi MISTERI...

Thursday, February 19, 2009

Halusinasi

Bagaimana jika mimpi ialah realiti? Dan bagaimana pula jika realiti itu ialah mimpi?


Aku sangat2 x paham ttg fungsi otak aku sejak kebelakangan ni. Ia dah makin menjadi2. 4 example: Sejak bebrapa hari lepas otak aku asyik membuat satu imej ttg 2 ekor anjing liar warna coklat cerah sedang berlindung dari panas tengahari d bawah sebuah lori pendek warna hijau. Aku x pasti sama ada ia adalah mimpi atau sesuatu yg benar2 aku pernah lihat. Aku dapat rasa suasana panas, silau dan perasaan aku sedang melimpasi anjing tu. Semuanya seperti reality. Tapi aku sangat2 x ingat bila aku pernah alami semua tu.


Bagaimana jika semua yg aku rasakan as mimpi itu sebenarnya ialah reality or sebaliknya? So aku akan hidop berlandaskan mimpi sebagai satu yg benar? Ingatan aku rupa2 selama ni hanya palsu?


Then what will happens next? Aku akan lihat makhluk2 pelik sekitar aku? Aku akan dengar orang berbisik di telingga aku? Aku akan bercakap ngan kawan yg org laen x nampak? Akan ada bayang2 hitam yg cuba mengekori aku? Rumbut akan rasa setajam pisau?






Tolong bagitau aku, apa yg aku alami ini ialah normal dan d alami oleh org laen? Sbb aku mulai rasa ada sesuatu yg sedang berbisik d telingga aku... (ceh, ayat terakher yg amat poyo...!!)