Soalan Bonus:
Ko tengah berbaris nak order kat satu kedai makanan ringan ni. Then bila part mamat depan kau punya turn tetiba kau dengar dia cakap omputeh. Reaksi kau:
a) Ketawa terbahak-bahak then cuit bahu mamat tu sambil kata "Bro, kita kat Malaysia kot. Tak perlu ar nak speaking mat salleh pelbagai. Malu jadi orang Melayu ke dah buang tebiat..?"
b) Ko cuba sedaya upaya tahan ketawa tapi lepas ambik order dan duduk kat meja ngan kekawan then kau terus ketawa sambil kata "Mamat tadi tu dah ar muka cam Salleh Yaakob, baju lak Adidas yang sah-sah pirate tulis Adidos tapi ada hati nak cakap omputeh. Hancuuur..!!"
c) Kau tergamam, terkesima, terkedu then upload status kat FACEBOOK then layan jawapan orang lain.
d) Kau terdiam seketika tapi kemudian kau respect kat dia yang walaupun Englishnya tunggang langgang tapi dia ada usaha nak memperbaiki bahasanya.
e) Selepas mamat tu blah then kawan kau ketawa besar sambil tanya pendapat kau. Tapi kau punya reaksi lak "Seriously..? Aku tak perasan lak..." Hmmmm
Aku suka STARBUCKS. Sebab aku sorang yang maniac ngan kopi dan STARBUCKS menawarkan kepuasan kopi yang sebenar kepada aku. Ramai orang kata yang kopi STARBUCKS mahal. Just imagine sekitar RM17.00 (yang aku selalu order) untuk segelas kopi. Sedangkan kopi kedai mamak tu just RM0.80 secawan jer kot. So ngan nilai yang sama leh buat perut ko kembong ngan kopi. Memang ar RM17.00 ngan RM0.80 tu besar bezanya tapi sejujornya bagi aku rasa kopi tu senilai ngan harganya. Ia buat aku lebih addicted ngan kopi. Hmmm..
Plus tak lupa yang STARBUCKS punya customer service yang sangat terbaik ngan fasiliti tempat yang sangat selesa tahap cam berada kat rumah sendiri.
Tapi ada satu part yang bagi aku cukup tak puas hati ngan STARBUCKS yang difokus lebihkan untuk STARBUCKS Kuching ni ar. Baristanya asyik cakap omputeh jer ngan aku. Sedangkan both orang Sarawak yang masing-masing tahu Dialek Melayu Sarawak. Sebab most of the time ot happens bila si Barista ambik order then cakap-cakap ngan staff lain in Dialek then bila aku cuba borak-borak in Dialek then dia kembali cakap omputeh. Or orang yang depan line kita dilayan ngan Dialek tapi bila turn aku lak dia cakap omputeh. Haaaa...?
Ia berbeza ngan STARBUCKS di Semenanjung. Ada barista yang cakap Bahasa Melayu or memula cakap omputeh then bila aku cakap Bahasa Melayu so dia switch language.
So adakah:
a) Muka aku ni cam orang yang tak tahu cakap Dialek or Bahasa Melayu...? Even recently ada beberapa orang Melayu Sarawak yang leh kata aku Cina lak. Dulu kat Semenanjung jer. Tapi tak pernah lak ada kes Barista Cina cakap Cina ngan aku. Hmmm..
b) Bahasa Inggerish menjadikan seseorang or satu tempat tu jauh lebih ada class tersendiri...?
c) Sarawakian can speak English well..? Buat aku teringat masa kerja operator TM dulu, awal-awal lagi manager training kata "Panggilan Bahasa Inggerish sebahagian besarnya akan dihantar ke Sarawak sebab 'mereka' kata orang Sarawak lebih pandai speaking.." Hmmm..
Tadi aku gi airport nak ambik Uda, kakak ipar dan baby Adam. So before tu aku seperti kebiasaanya akan gi STARBUCKS dan kali ni order Soy Green Tea (yang better than ori green tea Frap) ngan free slice of cake. Dia cakap omputeh dan aku balas omputeh dan kami berbual agak panjang gak dalam bahasa omputeh. Bila semuanya dah siap aku blah dan teringat satu term orang-orang Sarawak ni:
LOBA
p/s: Loba ni kira adik beradik sombong, belagak, kekwat etc ar. Hmmm

