Sunday, December 27, 2009

Paranormal ME

Malam tadi layan Paranormal Activity (cetak rompak punye r).. then bwat aku teringat bberapa accident paranormal yang berlaku dalam hidop ni yg x da penjelasan kenapa dan bagaimana ia berlaku. Sesuatu yang diluar logika akal untok berlaku tp ia berlaku gak. Ada 1 garisan yang memisahkan otak manusia biasa (cam aku) ngan ‘alam’ tu. So post kali ni aku nak bwat countdown perkara paling Goosebumps dalam hidop aku. Hmmm….

05. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Orang yg pernah masok UKM musti akan kata universiti ni mmg tempat jin bertendang. Mahunya x ngan bangunan yang prasejarah plus hutan tebal nak mampos. Even kalu nak bwat shooting cerita seram mmg best. Then selalu r gak dengar cerita2 kkawan yang kata kat Dectar sangat keras (ada guard jumpa budak carik bapak ttgh pagi jam 1-2 am) then kat Kolej Ibrahim Yaakob pernah nampak minah terbang ngan kain putih. X terkecuali dengar urban legend bagitau yg kat UKM ada 3 or 7 perigi yang own by native Bangi tu so perjanjiannya pihak UKM perlu sediakan bas selepas jam 11 malam. Then bila malam2 even sampai jam 1-2 am kita musti akan tengok bas pusing2 tanpa ada sorang pon kat dalam. Pelik gak r. Sedangkan perkhidmatan bas dah lama abis. Pelik..

Tapi kalu student dalam sana musti kata x mungkin aka nada hantoo kat UKM. Pasal apa? Sebab bbudak UKM mmg x akan tidor sehingga r matahari terbit. Mmg r jalan agak sunyi tp kolej kediaman cam Ungku Omar mmg x pernah sunyi. Gi je foyer kolej, berbelas yang tgh surf tenet. Gi dobi, ramai lagi tgh berator nak cuci baju. Pergi sana sini sikit, jumpa couple tgh dating. Tengok bilik2, bunyik bising maen game. Gi kuar UKM, ramai layan mapley. Even jenis yang susah tido cam aku, leh pusing2 jalan kaki gi Fakulti Sains Sosial, Fakulti Sains Teknologi, gi Masjid UKM ssorang jam 2-3 am still nothing happen. Cuma kalu bertuah je leh jumpa Salleh yang kebetolan tgh bwat tawaf skali (pasal x leh tidor gak).

Cuma pada tahoon tahun 3 several thing happen r. Waktu tu dudok kat bilik K7C 202 ngan rumate yang paling lama bertahan ngan karenah aku iaitu mr ISYRAF. Antara event yang aku ingat cam beg kecik yang aku simpan kat rak atas tempat aku duduk ttiba leh terpelanting jauh ke belakang. Heran gak r. x ada angin or tikus ker. At least kalu ia jatoh, ia akan jatoh kat depan aku r… Then pernah gak ada suara ttiba panggil aku dekat kat sebelah telinga sedangkan x ada ssapa kat bilik masa tu. Even rumate pon pernah gak ‘kena’ r masa bbaring. Then kemuncaknya bila Ali, jiran sebelah yang ada ‘kelebihan’ pernah lihat bbayang cam aku berdiri kat depan pintu bilik aku.. hmmm…


04. Rumah Kazen kat Gombak
This event happen sebelum semester ke-2, tahun 3 U start. Abang aku nak bertunang r. So parents n family bermalam di rumah kazen ni kat Gombak. On first nite tu aku sangat keletihan then teros tido x sedar apa2 r. Malam kedua, family sebelah emak start ramai datang and then Bang Aenal (kazen) start cerita r. Dia kata kalu ttgh malam ttiba jer dengar bunyik cam orang heret barang or lari2 dari tingkat atas then jangan heran r. Tambah dia lagi, that thing bukan jer berlaku kat rumah dia jer even kat semua rumah kat situ. Even dia mmula ingatkan jiran atas nak pindah barang ttgh malam tapi ia berlaku almost every nite. Rrupanya ‘ia’ x wujod. Cuma ‘benda tu’ x pernah kacau selain dari versi visual semata2..

So that nite aku ngan Taufiq (the other cousin) tido lewat. Aku still ingat kami tengok Miami’s Ink malam tu.. Uda, bapak & bapak (bapak Taufiq) dah lama tidor berdengkor kat ruang tamu. Bila abis jer kami tutop tv r. Start baring jer, suasana mmg sunyi r. Then kuar r bunyi dari atas. Bunyik cam ada yang tengah bwat make over house. Perabot yang besar dan berat di tarik. Then berhenti then sambong balik. Then ada bunyik orang berlari. Yang peliknya, bunyik berlari tu just came dari satu arah. Ia start dan berhenti. Kedian ia bermula dari tempat yang sama lagi. Sedar x sedar aku dah tertidor.

Keesokannya aku dan Taufiq cakap2 r yang kami dua mmg dengar benda yg sama. Then bila majlis bertunang selesai semua family member balik then tinggal aku, Uda n parents jer. Entah kenapa malam tu aku letak 1 niat dalam hati kecil r. Aku bwat r monolog dalaman ‘Musti best kalu aku leh nampak benda tu. Bukan sekadar just bunyi jer..' Then malam tu aku still gak ingat layan Kami Series (ulangan kali ke berapa entah) yang habis dia mmg akher gak r. Then bila start nak baring, ttiba bunyi tu datang lagi. Mmula ia dari tingkat atas cam semalam. Aku ambik satu bantal tutop telinga r. Then bunyik tu beralih arah. Aku sangat yakin apa yang aku dengar. Ia beralih ke aras kami. Aku dengar bunyik berlari tu dalam gema ruang tamu rumah tu. Then ngan lampu kuning dari dapur, aku curi2 tengok dari ruang kecil bantal yang menutup muka aku. Aku terfikir: wat if ‘benda’ yang berlari tu ttiba terlanggar kali aku..

The next nite: aku tido ngan parents dalam bilik. Wat such a penakot. Wakaka..


03: My family
Pernah zaman U dulu, kami bbudak teater dudok2 dalam group kecil talk ttg cerita hantu sampai pagi2. Sorang kawan tu tanya kat aku either family aku ada ‘pelihara’ ‘benda’ tu x? He asked me that question pasal bapak aku asal Sarawak then rumor kata Sarawakian banyak guna ‘pelindung’, ‘minyak’ & etc. Aku ketawa. Aku bagitau r yang family sebelah bapak sangat2 bersih. Tapi berlawanan ngan family sebelah emak dari Johor yang banyak cerita. Biasa r orang dulu2 mostlynya ‘pelihara’ ‘benda’ tu untuk melindungi keluarga dan tanaman. Atok aku dulu pon dengar ceritanya perlu wariskan ‘peliharaannya’ pada one of my cousin before meninggal.

Then early of this year (or late of last year), 1 big thing happens r. Masa tu aku ngan emak jer di rumah. Tgh syok layan tv tiba mak panggil dari bilik. Mak tengah atas katil masa tu teros kuar skrip yang menakotkan r. Dia berulang2 kali cakap skrip yang sama. Dia tanya “Emak ko mana..?”. Mmg mengalir r air mata aku. Aku called bapak kat surau suroh dia balik. Aku suroh dia mengucap and ingatkan dia balik siapa dia. Tp dia still kata benda yang sama. Lebih gramatis bila dia kuar ayat power “Emak rasa emak bukan emak. Emak rasa emak-emak (my late granny) ada dalam badan emak. Dulu pon ada benda laen dalam badan emak-emak..”.. Dude… seriously shit. Seram wei..

Then bapak balik dan bwat air penawar. Kedian bberapa hari kedian, bila keadaan emak dah woke aku tanya r balik ayat dia malam tu. Either dia mengelamun or wat. Dia kata sebaliknya. Dia kata masa emak-emak muda dulu mmg ada ‘benda’ laen dalam badan dia (my late granny).. Even teringat sejak dari kecik sampai r sekarang, bila tengok potret lukisan arwah emak-emak mmg Goosebumps r.. Gambar tu memperlihatkan seorang wanita yang sangat x termakan oleh usia. Dan mata dia seperti benar2 hidup dan sedang mmerhati..
So may be benda tu mmg dah ada dalam darah each of our family member.. 'ia' mengikut ke mana sahaja kami pergi. Cuma kami sahaja yang x dapat melihat. Dan sesekali 'ia' keluar...

02. Pustaka Negeri Sarawak
After tamat form 6 aku bwat kerja kontrak kat Sarawak State Library. Kat sana aku handle naskah2 lama and simpanan negeri. Dan satu tempat yang selalu kami (group of three laa) berada antaranya ialah ruang simpanan yang cukup2 terasing dari dunia luar. Ia x lah besar sangat tapi penuh ngan rak2 besi yang besar dan tinggi dan banyak. Sebelom ni kami bertiga cukup suka bermain kat dalam sana. Makan2 (walupon dilarang), ketawa2 etc. So 1 hari ni tadi aku dudok2 r ssorang kat dalam sana, susun2 buku. No big deal pon bwat kerja tu ssorang sebelom ni. Tapi entah kenapa ari tu aku rasa semacam. Tapi aku bwat as nothing happen r.. then kedian aku start dengar r bunyi tapak kaki berlari. Aku x peduli lagi. Ingatkan si Zool (kawan) ni r yang nak menyakat aku. Pasal kami mmg selalu gak berlari2 kat dalam sana pasal org luar x akan dengar pon. Dan bunyi tapak kaki berlari tu mmg sama cam yang selalu kami buat.. then bunyi tu berterusan tapi mamat Zool ni still x ada gak.

Then aku kuar. Si Zool ni still setia menaip bar code kat meja luar. Aku tanya dia either dia ada masok. Dia ngan blur jawab x ada. So aku dudok sana. Jantong dah nak jatoh. Muka sangat2 pucat. Aku bagitau dia apa yang berlaku dan sejak ari tu aku x berani masok sana walau sekejap pon ssorang..

Cerita ni x tamat kat sini je. Kedian bila aku dah sambong U, then balik untok raya. Angah (kakak aku) cerita r kesinambungan cerita aku dulu. Waktu tu Angah tengah mengandong anak kedua. Dia masok ke the other store yang jaoh lebih besar ngan rak besi yang lebih banyak dan lebih besar. Dia ssorang je masok dalam nak ambik fail petang tu. Mmula nothing happen r.. then kedian dia dengar bunyi orang berlari. Dia x peduli. Then kedian dia toleh sebelah. ‘Benda tu’. Sorang budak berdiri sebelah dia dan melihat dia. Angah bagitau budak tu hitam cam terbakar ngan rambut yang mengerinting. Tau apa tindakan Angah aku, dia just lalu sebelah dia dan back to her seat. Gosh.. Thanks God cause nothing bad happens to her and her baby dalam perot.




Dude.. Banyak lagi benda2 sengal ni yang happens kat aku yg x dcerita cam cermin dalam bilik etc. Then muncol plak paranormal kkawan yang ada special 'gift' yang leh nampak benda yang x terlihat oleh mata manusia etc. Even aku yakin semuaorang ada cerita mmasing yang x masok dek akal yang x leh dijawab oleh sains. Cuma selebihnya bergantong pada kita nak lihat ia dari sudut pandangan yang cam ner. Bak kata Uda (my bro) "Jangan fikir then benda tu x akan wujod". Kira cam kalu korang jenis kipas susah mati cerita TWILIGHT then korang nak terima or x idea vampire and werewolf ni wujud dalam kehidupan reality. Plus kata aku yang gila penakot dan lom berjumpa then teringin gak nak jumpa.. janji bukan jenis hantoo Korea yang nak balas dendam dah..





Btw then ada yang tanya, mana nombor 1?











2 comments:

pengLipur Rimba said...

mana no 1 aj??
wah2...
ada mention nama aku..
huhuhu..

Aj Abdullah said...

then ini r salah sekor mahluk
tuhan yang leh gak tanya nombor satu.. hmmmm

btw,kalu bab cerita2 seram kalu x sebot nama ko then x menjadi r seramnya... wakaka