Thursday, September 29, 2011

In the age of 26

Cuba korang (lelaki) bagitahu sorang perempuan dari lapisan umur yang berbeza as gemok so then:
a) Kanak-kanak perempuan selalunya akan terus menanggis balik rumah, mengadu dengan parents, berkurung sambil kembang mata dalam bilik tidor or worst akan salahkan tuhan sebab jadikan fizikal dia besar.
b) Remaja perempuan pula akan buat reaksi muka cam tak ada apa-apa berlaku tapi kemudian berazam untok kuruskan badan ngan tahan lapar, muntah balik lepas makan, makan pill kurus badan, semata-mata sebab tak nak orang panggil dia as gemok.
c) Dewasa perempuan pulak dengan rileks leh kata ‘Sangat rugi para lelaki yang hanya melihat aku dari luaran sedangkan mereka tak sempat kenal siapa aku di dalam’.

So kalau ada seorang perempuan dewasa yang menanggis bila orang panggil dia gemok then dia adalah seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa. Hmmmm..

Aku sangat bersimpati pada kanak-kanak or remaja yang terlalu nak menjadi dewasa sehingga mereka berpakaian or buat what adult did sehingga mengakibatkan mereka hilang era kanak-kanak or remaja mereka. Ia sama sahaja cam aku bersimpati pada orang dewasa yang dewasa pada luaran tapi bertindak or berfikiran seperti kanak kanak. It seem pertumbuhan fizikal mereka tak seiringan dengan mental mereka aka yap, mereka terperangkap dalam diri seorang dewasa. Hmmm..





Aku bukan seorang lelaki yang gagah perkasa. Aku x ada 6 pack. Perut aku boroi. Aku x ada muscle. Aku ada psoriasis. Aku ada arthritis. Aku tak mampu bawak barang berat-berat. Aku tak mampu nak jadi cam lelaki-lelaki idaman semua wanita as dalam cerita Korea etc.




Then kalau korang kata itu adalah kelemahan aku or korang try sedaya upaya untuk tenangkan hati aku sebab aku kuarkan statement tu then aku kata "WTF yang korang sedang buat ni? Itu bukan kelemahan aku ar tapi ia adalah siapa aku"








Im 26. If you can't accept me as what I am then aku sangat bersimpati pada korang..











As sorang Indian uncle yang ator paip kat rumah sewa abang aku kata "Luaran manusia just cam pakaian. Kita boleh guna pelbagai jenis pakaian untuk mengaburi pandangan orang terhadap diri kita tapi apa dalaman kitalah yang menjadikan siapa kita.." kan?

Tuesday, September 27, 2011

2 Weeks Notice

Dude, betapa aku rindu ngan dunia blogging nih. Kalau dulu satu hari leh upload sampai 2 post tapi sekarang ni nak blogging or layan tenet seminggu sekali pun susah. Dah tak tahu apa pekembangan dunia blog (include dunia porn sekali) terkini. Al maklum orang bekerja kata kan. Kerja plak bukannya ikut masa orang lain bekerja. Hujung minggu kerja. Balik kerja pun masa orang dah lama tidur. Bila orang lain gi kerja plak, masa tu ar kita tengah lena tidur. Cuti seminggu pun sekali jer. Hari ni ar aku cuti tapi last-last kena turun tempat kerja plak sebab ada meeting. Hmmm..


Disebabkan aku x ada transport sendiri then kakak ipar aku hantar aku awal: ikut masa rehat dia ar. Aku no big deal sebab ada jer benda yang aku boleh buat kalau datang awal2 nih especially bila ada duit (masalahnya gaji kerja dulu + gaji kerja sekarang ni belom keluar lagi pon). So dengan berat hatinya aku turon kerja gak pada satu-satunya hari cuti aku ni. Tapi aku bawak labtop ar. 

Then beli 'Dark Mocha: STARBUCK' kegemaran aku dan lepak untok 4 jam guna free tenet sini. Huhuhu.

Chop. Before aku teruskan nak share satu funny incident masa aku tengah lepak ni tadi. Tengah layan tenet sambil slurp kopi then ada sorang minah Cina ni cakap-cakap something kat kaunter. Aku plak kebetolan dudok berhampiran kaunter. Then dia tunjok kat aku. Rrupanya dia nak order apa yang aku minum sbb dia kata cara aku minom seem like benda tu sedap jer.. Wakaka.. Lawak plak..



Sambong balik cerita. Technicallynya dah 2 minggu aku kerja sini. Aku dah buat almost semua kerja yang perlu dilakukan oleh semua pekerja sini. Aku dah buat ticketing. Aku dah collect ticket, bukak pintu, check piracy. Aku dah buat popcorn and semua makanan yang dijual kat GSC. But still few stuff masih lagi belum aku buat and bakal aku buat in next few week. Hmmm..


So how does it feel work in cinema?


I got good cinema manager. Yap, dia sangat baik. Dia ajar aku dengan penuh kesabaran. Yap I do admit that Im not a fast learner (tak nak ngaku lembap ar tu). Clique kerja? Yap, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang pura-pura baik etc. Ia ada di mana-mana tempat keja include politik office yang tak pernah terkecuali. Yap I do admit yang suasana kerja kali ni a bit (or a lot bit) berbeza then previous-previous kerja yang aku pernah buat cam Im easily make friends kat satu-satu tempat kerja. Friends dalam erti kata kawan yang dengan mudah aku dapat keserasian then lepak-lepak Mc D etc tapi kali ni lain.

It seems kali ni ia berbeza. Aku sendiri tak tahu mana ruang silapnya. Dah 2 minggu berlalu dan semuanya seem cam just kawan biasa-biasa jer. Mungkin salah satu sebabnya aku ada jawatan yang lebih tinggi yang tak sama ngan mereka so mereka try to buat jurang with me. Sedangkan bagi aku jawatan tu sedikitpun tak menjadikan aku lebih 'mulia' or lebih 'suci' dari mereka. Hmmmm.. Masa akan menentukannya. 



How does it feel to become a 'perantau'?


Ada beberapa kawan mempersoalkan: Aj, kenapa kerja jauh sangat? Aj, mesti susah hidup di negeri orang kan? Aj, ko boleh survive ke dengan budaya orang lain yang jauh berbeza ngan budaya ko? Aj, ko mesti homesick and rindukan keluarga and makanan kat Sarawak kan?

Membuatkan aku buat muka kehairana yang sekaligus menambahkan ke-cute-an pada muka aku sambil berkata "Dude, Pahang kan masih dalam Malaysia? Then tak lah jauh mana sangat pun aku pergi. Bukannya aku gi Papua New Guinea or Colombia ke then itu baru jauh. Budaya sini sama jer budaya sana. Bukannya aku perlu belajar cara cakap lain ker or perlu pakai costum budaya lain etc ke. Rindu Sarawak? Hmmm.. x terasa sangat kot. Sebab most of the time aku rasa aku just pergi kerja jer dan Sarawak just few meter dari sini. Hmmm"



Lastly, how Kuantan?


Where else you can find masyarakat yang dialek mereka a bit Terengganu, Kelantan and Perak kalau tak di Kuantan. Masa belajar Linguistik dulu it seem sangat susah nak cari 'Dialek Pahang' nih. Sebab most negeri-negeri di Malaysia ada dialek memasing. Satu-satunya yang aku ingat ialah dialek di Pahang punya kelajuan yang berbeza itu aliran sungai. X paham ek? Tanya sama Puan Ros aka cik Linguistik dulu. 

Satu-satunya kejutan budaya ketika berada di Kuatan ialah apabila semua orang bercakap dalam dialek yang almost sama. Bila aku kata semua orang then aku maksudkan buka just orang Melayu jer malah yang Cina dan India pun bercakap dialek yang sama. Lebih heran bila ada yang Cina sesama Cina pun cakap dialek Melayu tu gak.. Memang 1 Malaysia ar..









So 2 minggu berlalu, x lama lagi meeting dah nak bermula. Aku kena sign out dulu. Nak prepare baju.. Wakaka.. Bye, jumpa next time..

















P/S: Post kali ni tak ada kaitan ngan aku nak resign or nak sent 2 weeks notice berhenti. Hmmm..

Monday, September 19, 2011

Kaki Wayang

Technically dah seminggu aku bekerja dalam satu bidang baru yang tak pernah aku kerja or tak pernah aku terfikir akan bekerja: cinema. Aku pegang post Assistant Manager. Tapi untok 6 bulan terawal ni title aku just trainee jer dulu. Gila apa kalau masok jer terus buat semua benda-benda yang tak pernah dibuat selama ni then jadi assistant terus. Boleh jer kalu nak company ni bankrupt. Wakaka.

(typo plak. Sepatutnya Kaki Wayang tapi jadi lain plak)

So sepanjang tempoh 6 bulan ni aku akan buat dari sebasic2 perkara sehingga ke kerja assistant. Untuk minggu pertama aku duduk jadi ticketing or word dalam Golden Screen Cinema (GSC) aka tempat kerja aku ni as Box Office (BO). Maka melalui pemerhatian selama kurang seminggu tu aku boleh kelaskan penonton wayang ni kepada beberapa kumpulan:

Kaki 'Kaki' Wayang
Sejauh mana kekerapan korang menonton wayang? Seminggu sekali or sebulan sekali? Kalau korang kelaskan diri korang as kaki wayang then korang lom jumpa lagi mereka jenis ni. Sebab jenis kaki ‘kaki’ wayang ni menonton wayang setiap hari. Ulang sekali lagi: SETIAP HARI. Just imagine kalau dalam sebulan ada 9 tayangan then mereka akan menonton satu cerita sehingga 2-3 kali sebab setiap hari muka mereka saja yang beli tiket. Sehingga jurujual tiket siap dah tahu nama dan latarbelakang mereka. Kadang-kala heran gak tengok mereka ni cam tak ada social life or tak bosan ker?Nak buat cam ne ar kan kalu dah ketagihan kan?

Hidup Mati Wayang
Sejak bila korang start tengok wayang? Usia 10 tahun, 20 tahun or 30 tahun? Dan pada usia bila plak korang fikir akan berhenti tengok wayang? 50 tahun, 60 tahun or after balik dari haji? For most people, wayang sekadar wayang tapi bagi golongan hidup mati wayang ni lain. Mereka ada terlalu banyak memori dalam panggung wayang. Parents mereka bawak waktu kecik, jumpa awek kat wayang, melamar kat wayang (berlaku sehari sebelum aku lapor diri) bawak anak pertama tengok wayang bla bla bla.. So golongan ni terlalu susah nak melepaskan diri dari wayang or kesetiaan mereka dapat dilihat bila dah tua-tua cam mana sekalipun mereka masih rela beratur panjang nak beli tiket walau seuzur mana sekalipun. Dah hidup mati wayang nak buat cam mana lah kan? Hmmm..

Penonton Wayang Biasa
Cam mana nak kata ek? Better aku buat flow chart ar. Mereka datang kaunter-mereka pilih movie-mereka pilih seat-kalau seat tu tak ada then kita recommendkan seat lain pun mereka tak kisah-mereka bayar-mereka blah. Sangat-sangat command ar. Kumpulan ni sangat-sangat biasa dan sangat-sangat banyak.

First Timer Wayang
Bagi certain orang, wayang ialah alternative lain untuk mereka menonton cerita selain beli DVD pirate or tunggu tayangan filem tumasa raya nanti tapi bagi certain orang lain plak, wayang ialah tempat yang sangat mewah. Then nak pergi setahun sekali pun sangat ar susah. Mereka ni nak gelak susah nak simpati pun susah gak. Bila sampai kat kaunter then mereka sampai berpeluh dahi. Kita tanya movie apa then mereka balas balik ngan soalan yang sama. Pendek kata ia akan ambik masa lama sangat nak entertain mereka. Kalau ada jurujual yang baik akan tunjok satu persatu ar tapi kalau yang malas nak layan then sumbat jer dudok seat paling depan. Itu belum lagi part diaorang masok hall lagi.. Hmmm..

Penonton Diraja
Dalam customer service, customer is a king tapi golongan penonton di Raja ni plak jenis yang nak kita layan dia sebagai raja jer sepanjang masa. It seem jurujual ni cam hamba abdi yang tak ada perasaan or kedudukan sangat rendah dalam struktur masyarata yang ditugaskan khas untok layan mereka jer. They dont care feeling jurujual ni. Kalau satu hall tu dah penuh dan yang tinggal seat depan screen jer then mereka nak gak duduk seat tengah or belakang. Bila kita kata seat tu dah penuh still mereka tak percaya. Even sempat nak ugut panggil manager lagi. Belum masok bab muka yang masam jer all the time. Sangat malas nak layan mereka.

Penonton Keliru.
Ada penonton yang sangat sekejap berada kat kaunter sebab mereka dah awal-awal tahu apa nak tengok, jam berapa, seat mana etc. Tapi tak semua custumer cam tu. Ada customer sangat susah nak tentukan filem apa nak ditengok. Mereka ni sangat lama kat kaunter. Sehingga jurujual rasa cam bersalah plak pada mereka yang beratur panjang dibelakang. Dah lah mereka ambik masa lama buat satu keputusan filem apa yang nak ditengok then nak pilih masa lagi or then seat lagi memang berjanggut nak tunggu. Belum masok part bila dah buat satu keputusan then tak jadi then buat sekali lagi then cancell lagi. Aaaargh...!!

Penonton Booth Telephone.
Ada penonton yang terlalu susah nak berenggang dengan telefon. Mereka jadikan telefon lebih daripada gadjet then to them ia cam teman hidup mati mereka jer. So jenis penonton cam ni pun menyakitkan hati gak. Mereka datang kaunter sambil bergayut ngan handphone then buat signal suroh kita tunggu jap. Then seminit berlalu masih lagi bercakap tanpa henti. Bila dah berhenti then mereka buat pilihan movie then tak pasti berapa tiket nak beli or seat nama nak duduk then mereka call lagi for few minutes. Sangat-sangat sengal dan meyakitkan hati gak..




Sebenarnya ada banyak lagi type of penonton nih yang malas nak tulis semua. Tak ada masa. Sebab aku dah nak masok kerja few minute nih. Kali ni pun aku dapat blogging guna wifi free STARBUCK. Contoh penonton lain cam jenis yang belagak hebat bila kuar ngan awek, penonton yang datang dalam group yang besar then masing-masing dengan perangai pelik then nak bayar dan ambik masa lama kumpol duit sorang-sorang, penonton yang cuma ada duit RM1 dan syiling, penonton yang loner yang setiap hari habis kerja akan menonton sesorang, penonton yang setiap kali datang akan bawak awek berbeza etc.



















A week di sini memang syok. Ada rakan sekerja yang woke dan ada gak yang SHIT. Plus aku ada jumpa kawan baru yang aku rasa aku akan ada kawan baik baru lepas ni. Tak sabar nak masok kerja.
















So jumpa next time dan buat pembaca yang berada di bandar Kuantan then jangan lupa gi East Coast Mall dan tegor aku. Mana tau aku leh bagi tiket wayang free ar kan?Hmmm..

Sunday, September 18, 2011

Monolog Dalaman

Selama ni aku fikir dia seorang lelaki yang kuat. Yap, it not fare untuk aku judge dia hanya based dari few hour aku kenal dia exclude aku juga kenal adik beradik dia yang lain sekali. Tapi dia seem nampak berbeza dari abang or adik lelaki dia. He seems jauh lebih matang. Or in other word, dia macam boleh menghadapi cubaan dan dugaan dengan lebih kuat. Tapi once again it not fair for me to judge him hanya dari few hour aku bercakap dengan dia jer. 

Sehingga mesej-mesej terakhir dia berbunyi agak pelik buat aku rasa there something happen to him. So dia call. Dan dia suarakan masalah dia. Buat aku yakin gerak hati aku memang betul. Dan aku sekali lagi dengan mudah bersimpati dengan orang yang baru aku kenal hanya kerana dia menyuarakan masalah dia pada aku. Aku yakin dia berbeza. Sama seperti aku yakin yang that previous SHIT guy as berbeza sehingga mengakibatkan aku hilang seorang yang boleh jadi kawan baik aku.













Tapi cukup pasti seorang lelaki tak akan berkongsi masalah dengan orang lain melainkan atas  2 sebab: 
a) Dia benar-benar ada masalah dan dia cerita sebab dia tak mampu lagi tanggung semuanya sorang diri or
b) Dia sekadar nak ambik kesempatan atas kelemahan orang lain.

























Yap, aku terlalu rindu nak berblogging lagi.. Hmmm..

Sunday, September 11, 2011

I Dont Speak Chinese

Tengah berbaris masa nak bayar barang kat Carrefour tengahari tadi then ada sorang Chinese aunty ni tertarik ngan 'roti perancis' aka baguette so dia start ar cakap ngan aku. Dia sangat sweet walaupun dah berusia. Ramah plak tu. Cuma masalahnya aku tak faham sepatah haram apa dia cakap sebab dia cakap 'Cina' ngan aku. Aku cakap 'Cina' sebab aku tak tahu either itu Mandarin ke, Kantonis ke, aku tak tahu beza. Hmmmm..


Sebelom tu ada sorang Chinese guy pun buat benda yang sama gak. Tapi bila aku balas balik dalam Bahasa Melayu then dia tengok aku atas bawah then blah cepat-cepat.

Aku most of the time sangat heran entah apsal situasi ni leh berlaku. Mata aku bulat (belom cakap bab perot aku lagi), kulit aku hitam, aku x ikot trend pakaian Cina aka pendek katanya: aku tak nampak ciri-ciri Chinese dalam diri aku nih. Lain ar Uda or Angah yang puteh dan dari kecik lagi semua orang kata diaorang anak Cina sebab memang sebijik Cina nak buat apa ar kan? Tapi aku lain ar.






Tapi era U baru start issue ni. Budak Cina cakap Cina ngan aku. Budak Melayu (yang racist) tak nak kawan ngan aku. Last-last baru tahu confirmation bila mereka kata "Laa, aku fikir kau Cina selama ni.." So, kalau aku bukan Melayu, korang tak nak kawan aku ar?













Itu belum part ada minah-minah yang kuar statement "I suka lelaki Sarawak sebab diaorang Chinese-look" or in other word: potensi aku untok dapat lelaki Cina susah so at least dapat yang Chinese look kira okey je arr.. Wakaka




















Techinically aku dah berada di Pahang so okey, it start again..

Things Change

Tiga tahun aku tinggalkan bumi semenanjung Malaysia (realitinya last 2 month aku dah pergi KL tapi it just literally jer sebab aku tak sempat ke mana-mana pun waktu tu sebab after that kami: aku ngan emak terus je ke Pahang) Tapi kali ni berbeza. Even matlamat datang kali ni pun lain. Atas sebab kerja. Hmmmm..


Aku sengaja meninggalkan Sarawak lebih awal. Sebab aku plan nak jumpa cik Nor Diana Saupi yang dah 2 tahun x jumpa plus dah lama x jalan-jalan area KL nih. Flight aku ambik jam 11 malam dan tiba di KLIA jam 12.40 am cam tu. Rindu feel awal-awal pagi di KLIA yang tak pernah sunyi ngan manusia. So sepatutnya cik DIDI ambik aku tapi sebab as usual that girl akan ambik masa yang sangat lama nak make-up, fikir baju nak pakai etc plus aku sangat tension menunggu 10 jam di airport so aku bertolak keluar je guna bus sana.

First destination aku pergi ialah KL Central. Last two month punya projek between ngan monorail belom lagi siap (cam lah leh siap dalam masa 2 bulan jer projek besar cam tu) so aku x nak naik monorail sebab jauh dan aku perlu bawak 2 beg lagi. KL Central makin padat. Pembaharuan yang aku suka ialah sebab dah ada BURGER KING.. Wakaka..

Even laluan train pun tak ada perubahan selama 3 tahun ni. Aku tak perlu tanya sesapa or tengok peta laluan pun. So naik PUTRA then transit ke MASJID JAMEK naik STAR ke TITIWANGSA. Then beli tiket kat PEKELILING. Totally tak ada yang berubah kecuali pembangunan di luar lah.

Then kat sana jumpa DIDI yang totally aku x jumpa effect make up berjam-jam melainkan dia nampak jauh lebih kurus ketika aku jauh lebih gemok. Wakaka..

So kedian kami jalan-jalan ke pasar malam jalan TAR. Sebab aku sangat rindu ngan puding karamel or puding telor yang dijual kat sana masa zaman belajar dulu. Tapi sayangnya kami tak jumpa plak warung dia. Either warung tu dah tak wujud lagi after 3 year or dia tak bukak kedai semalam. Hmmm..











Sepanjang 2 jam aku cakap-cakap itu ini ngan DIDI. Dia masih lagi orang yang sama yang aku pernah kenal selama 3 tahun di universiti dulu tapi pemikirannya dah berubah. Pendiriannya. Sama cam aku gak. Menuju kedewasaan.












So tak semua benda berubah kan?














X sabar esok mode kerja hari pertama.. Wohoho

Friday, September 9, 2011

Notis Berhenti Berblogging

Apakah faktor yang menjadikan seseorang blogger tidak aktif lagi berblogging?
a) He/she is a poser aka buat blog sebab ikut trend semasa jer.
b) He/she change his/her status relationship from single to not single any more.
c) He/she baru dapat kerja baru so terpaksa kerja gigih or berlakon gigih depan bos.
d) His/her only labtop kena curi masa tengah guna wifi free kat kedai mamak.
e) He/she dah kering idea yang terlampau-lampau sehingga tak dapat nak tulis sepatah ayat pun.
f) He/she pass away. Hmmmm...


Technically or literally aku tak lah berhenti sepenuhnya cuma aku dapat kerja baru (yap sekali lagi kerja baru) dan kerja tu memerlukan aku berada jauh dari rumah or lebih tepat sangat-sangat jauh dari rumah. Aku dapat kerja di Kuantan, Pahang. So aku x pasti lagi bila aku akan dapat berblogging. Memang ar sana pasti ada tempat yang ada free wifi tapi aku tak nak plak ttiba tengah berblogging kat satu kedai mamak sana suddenly ada perompak datang terus ambik labtop aku nih.. Naya plak kang.. Wakaka..

So malam ni aku akan memulakan perjalanan (tapi pada waktu ni yang beberapa jam saja lagi aku akan terbang suddenly seluar yang aku nak guna koyak besar kat bahagian punggong). Jadi sesiapa yang rasanya sangat ada banyak dosa besar ngan aku or rasa aku pernah berdosa besar pada korang dan korang nak aku sujud kat kaki korang then sila datang ke KLIA sebab aku akan ada kat sana sepanjang malam ni sehingga esok pagi. Kediannya aku akan bersosial bersama seorang pensyarah muda dari salah sebuah universiti tempatan di Klang Valley.. Wakaka..







...







Ada kawan aku tanya "Apsal ko nak terima gak kerja ni walaupun realiti ko boleh jer kerja kat sini (Kuching) sebab walaupun gaji sini tak besar mana tapi sara hidup sini rendah dan kalau ada apa-apa masalah, kau boleh mintak tolong ngan sesiapa sebab family member ko banyak sini.."

So aku jawab "Yap, aku pernah fikir benda tu dulu. Tapi lepas fikir masak-masak, memang ar aku banyak menumpahkan darah ke tanah ni tapi kalau aku masih nak kerja sini then posibility aku resign kerja lagi sangat besar. At least bila sesorang kat negeri orang, setiap kesusahan tu menjadikan aku lebih appreciate kerja tu"













So selamat tinggal Sarawak and welcome to Pahang..






















Plus aku yakin tuhan ada perancangan khas untok aku di sana.

Thursday, September 8, 2011

Open Minded Citizens

Last week masa tengah layan MHI kat TV3 Abby and M. Zul (kalau x silap) baca laporan muka depan akhbar-akhbar utama negara. Then ada satu news cerita tentang seorang lelaki disimbah asid disebabkan ada orang jeles hubungan dia dengan seorang tranny aka pondan ar as local said. Buat aku a bit pelik. Sebab selalunya muka or mata mangsa  akan dipixelatekan or nama yang digunakan selalunya bukan nama sebenar etc tapi kali ni lain.


Plus ayat-ayat yang digunakan oleh wartawan tu memang agak gramatis gak ar cam: ada lelaki lain yang mencemburui hubungan diaorang, mereka dah lama merancang nak hidup bersama di negeri lain, hubungan ditentang oleh ahli keluarga, si lelaki tu kacah meanwhile tranny tu cantik cam pinang dibelah dua lalu dicemburui ramai bla bla bla..

Buat aku teringat masa sekolah dulu aku pernah cakap-cakap ngan sorang kawan gay aku ngan issue "What if in the future, Malaysian boleh terima homo stuff dengan penuh open minded?". So cerita punya cerita then kami rumuskan yang then at that time ada rombongan dari keluarga lelaki datang nak memetik kumbang di taman aka nak merisik anak lelaki rumah tu. Akhirnya mereka bertunang dan setahun kemudian majlis akad nikah berjalan dengan penuh meriah. Kedua-duanya nampak segak berbaju melayu siap dengan tanjak dan keris lagi. Kedian keluarga dari kedua-dua pihak menepung tawar kedua-dua pengantin baru bagi meresstui mereka. So mereka hidup bahagia happy ever after. Hmmmm.. Sound weirdo kan?






As orang kita kata kalau semua tu dah berlaku then malapetaka ar yang akan berlaku kedian. Tsunami, gempa bumi, taufan, banjir etc semua akan datang tanda tuhan nak bagi hukuman pada kemungkaran yang dilakukan oleh manusia kat atas muka bumi Dia ni. Hmmmm..










...





Aku memang a bit homophobic. Even aku memang khaskan satu part dalam diri aku agar tak sepenuhnya open minded or liberal. At least biar ada 10-20% part of me stay kolot. Contoh cam previous ni ada sorang kawan confess yang dia GAY dan buat aku sangat-sangat tak puas hati. Realitinya aku ada kawan GAY or relatives GAY dan aku open jer ngan diaorang tapi dia lain. Dia seorang lelaki yang sangat ada agama. Dia pergi surau or masjid selalu. Setiap kali dia talks then pasti akan kaitkan agama. Pendek kata kalau masok IMAM MUDA leh jadi juara. Even kalau aku ada adik perempuan then aku letak 100% pada dia. Dia ada muka. Dia ada otak.  Yang paling penting: dia ada agama. Dan dia kata dia GAY..







Aku tak dapat nak masok link tu sama cam iklan tadi. Aku tak boleh nak imagine sorang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan penuh keimanan but then he fuck man's asses? Yap memang ada kumpulan di luar sana yang memperjuangkan GAY MUSLIM tapi apa matlamat di situ? Menghalalkan sesuatu yang totally cukup pasti haram? Cam dah tahu kek lapis tu guna majerin dari DNA babi tapi kita still nak makan sebab rasa ia sedap.















Realitinya kalau kita perhatikan kiri kanan kita, semuanya memang dah berlaku. Most of the time kita just tak ambik peduli. Sebabnya perkara tu tak akan ada effect pun pada hidup kita dan keluarga kita. Sebenarnya tindakan kita tu ialah sebagai langkah menggalakan tindakan mereka.

















Im not judging anyone as betol or salah. Cuma aku tak nak akan ada pada masa depan akan wujud gak IMAM GAY di Malaysia yang menggalakan perkahwinan sejenis kelak. Hmmm..












p/s: untuk kawan tu, I will not judging you dan aku mintak maaf sebab word aku waktu tu. Kita patut keluar sama satu hari kelak. Bukan sebab aku nak 'basoh' kau tapi sebab aku dah janji nak bawak kau ke satu tempat tu. Ko masih ingat kan?

Wednesday, September 7, 2011

Lelaki Berpendirian

Ada proverb in English bagitahu Lelaki ialah makhluk yang cukup hebat dalam buat peraturan or bab-bab pendirian ni tapi dalam masa sama lelaki jugak ialah makhluk yang cukup gemar melanggar peraturan or pendirian yang mereka cipta sendiri. Hmmm.. Btw bab mana Englishnya proverb nih?


Aku melihat perempuan yang berpendirian as seorang perempuan yang sangat HOT. May be it is because it hard untok jumpa girl yang buat pendirian dan bertahan sehabis mungkin atas pendirian yang dia buat. Bukan tak ada tapi tak banyak dan susah nak jumpa. Because mostly girl yang biasa-biasa ni memang ada pendirian tapi then bila kita ayat-ayat or cucok-cucok sikit then terus rapuh jer pendirian tu.

Aku pernah attracted ngan few girl ni yang punya pendirian yang cukup kukuh. Ada yang bertudung walau apa situasi sekalipun. Ada yang akan solat walau kat mana sekalipun kalau dah masuk waktu. Ada yang tak nak kuar malam. Ada yang sangat patuh pada rules by parents dia. Ada yang tak nak jalin any relationship selagi tak tercapai misinya. Bla bla bla..









May be that why orang kata lelaki ni suka benda yang susah nak dapat. Kalau perempuan diibaratkan seperti ayam then girl biasa-biasa kira cam ayam daginglah yang banyak dalam kandang. Kita hanya perlu bagi pengemuk, suntik hormon itu ini then beberapa minggu dah boleh sembelih. Even ia dah tak dapat bergerak pun sebab gemuk sangat. Then pergi KFC, Mc D or pasar-pasar basah biasa leh dapat ngan mudah. Rasa empuk, gebu etc. Usia 30 tahun check hospital dah ada sakit pelik-pelik yang tak tahu asal dari mana entah.

Ayam kampunglah diibaratkan seperti perempuan yang berpendirian. Kita lepaskan bebas then ia akan berkeliaran seluruh kampung then tahu-tahu petang nanti dia dah balik semula ke kandang dia sendiri. Kita tak perlu bagi ia makan sebab ia tahu nak cari makan sendiri. Dan bila nak tangkap ar bab paling azab sekali. Tapi bila dah makan then dapat rasa 'Ia berbeza'. Hmmmm...




...




Ada orang kata peraturan ni menyusahkan. Sama cam agama Islam dikatakan meyusahkan sebab banyak sangat yang tak boleh. Arak tak boleh, babi tak boleh, anjing tak boleh, hubungan sejenis tak boleh, sentuh bukan muhrim tak boleh, riba tak boleh aka pendek katanya terlalu banyak yang tak boleh dari yang boleh. Betul ke? Or statement ni biasanya dikeluarkan oleh orang yang melihat benda tak boleh jer dari yang boleh sebab banyak benda yang boleh dibuat dalam Islam apa..?

Aku ada seorang kawan dari agama yang berbeza. Dia suarakan tak puas hati dia pada agama dia sebab kata dia terlalu banyak mazhab-mazhab baru yang muncul dari agama dia. Terbaru last few year ada seorang lelaki bermimpi nabi aka tuhan anak dia bagitahu supaya kuarkan mazhab baru. So ada lagi rumah agama baru dibina ngan peraturan baru digubal. Dari dulu hanya lelaki-perempuan jer leh kahwen sekarang lelaki-lelaki or perempuan-perempuan pun leh kahwen. Even kitab agama pun boleh diubah ikut kesesuaian waktu. Membuatkan aku berfikir: itu ke orang kita nak? Pendirian yang boleh diubah-ubah ikut suka hati kita?





...






Aku tak pernah kata lelaki ada tanggungjawab lebih besar berbanding perempuan or lelaki pemimpin dan perempuan dipimpin etc. Both ada tanggungjawab yang sama. Contoh dalam bab pendirian ni, aku memang pernah jumpa lelaki yang ada pendirian dan mempertahankan kuat pendirian mereka. Tapi lebih banyak lelaki yang aku jumpa tak ada pendirian langsung. Yang kononnya free thinker yang tak nak terikat dengan mana-mana peraturan. Lahir-makan,tidor-kawen-buat anak dan anak-anak korang teruskan recycle tu sampai bumi ni musnah. Sebijik cam haiwan.














Aku ada pendirian walaupun pendirian tu taklah sebesar mana or sehebat mana pun tapi aku sedaya upaya untuk mempertahankannya. Cuma aku tak boleh berpura-pura tak ada apa-apa berlaku kalau memang ada sesuatu yang berlaku. Hmmmm...

Saturday, September 3, 2011

Orang Melaya

Few years ago, few of my family members dari Johor datang ke Sarawak untok majlis resepsi kahwin Uda. So satu part ni one of the local guy sana bercakap ngan cousin aku ni so aku kata ngan diaorang dalam dialek Melayu Sarawak "Sik nya tauk apa dikelakar kitakorang ya sebab nya Orang Melaya" aka in translationnya berbunyi dia tak akan faham apa yang korang cakapkan sebab dia 'Orang Melaya'. So cousin aku dengan curious cakap yang 'Orang Melaya' ialah istilah yang digunakan untuk mengutuk orang dari Semenanjung. Wakaka


Realiti sebenarnya ialah 'Orang Melaya' ni merujuk kepada orang dari Semenanjung. Aku tak tahu asal usulnya dari mana. Mungkin berasal dari Tanah Melayu ----> Malaya -----> Orang Melaya. Kira sama cam  istilah Harimau Malaya yang mostly Sabah-Sarawak kurang setuju sebab it seems cam ia lebih merujuk kepada perjuangan bola sepak di Semenanjung Malaysia sahaja tanpa include geng Borneo sekali. Or apa salah kalau just guna Harimau Malaysia etc ker?

Or sama cam sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun sedangkan 54 tahun dahulu Malaysia belum wujud lagi then macam mana nak sambut kemerdekaan one thing yang belum wujud. Sedangkan usia Malaysia baru je sekitar 48 tahun. Or bila ada aktivis poser yang kuar statement 'Sabah Sarawak menyertai Malaysia' tapi persoalannya cam mana Sabah dan Sarawak nak menyertai Malaysia yang technicallynya belum lagi wujud before 1963? Realitinya Sabah dan Sarawak dan Tanah Melayu dan Singapuralah yang membentuk gagasan Persekutuan Malaysia. 





Aku dah start melalut jauh.








Kadang-kadang Laut China Selatan yang tak seberapa nak besar tu bagi jurang yang a bit besar pada penduduk di west and east Malaysia ni. Semasa aku belajar di Selangor dulu, dapat lihat dengan jelas wujud certain golongan masyarakat yang punya mentaliti dan perspektif yang kurang best terhadap kumpulan masyarakat dari Sabah dan Sarawak. Dari sekecik-kecik issue yang sound quite lawak sehingga issue-issue besar yang sangat menyedihkan.

Ada yang kuar statement kata Sarawakian ni still hidup atas pokok or dalam gua then pakai cawat dan sangat jakun tengok bangunan tinggi kat KL kedian berak gali lubang kat tanah etc. Or worst kata Sabah Sarawak menumpang kekayaan dari Semenanjung bla-bla-bla yang aku sendiri pun sangat tak suka nak tulis sebab ia sangat menyakitkan hati. 

Ada kawan yang sangat sakit hati ngan kumpulan manusia tu. Aku plak x layan sangat sebab aku tahu kumpulan tu biasanya memang dari jenis yang x betul sangat pun. Cuma dari effect jangka masa panjang  terhadap kesejahteraan Malaysia memang tak best ar terutama kalu mereka leh recruit lebih banyak lagi team sehaluan. Hmmmm...











...





Tadi keluar beraya di rumah kawan Uda: seorang lelaki dari Perak yang berkahwin dengan wanita dari Sarawak. Then dia bawak Adam sambil kata "Datoknya dari Sarawak kahwen dengan orang Johor yang anak mereka kahwin dengan orang Selangor. Memang dah banyak campur-campur budak ni..."
















Kadang-kadang aku keluar, orang akan keliru apa bangsa aku or dari mana aku asal. Bagi aku, aku ialah rakyat Malaysia tanpa peduli apa bangsa or dari mana aku berasal. So tak terlalu awal untuk aku wish SELAMAT HARI MALAYSIA kan?

Thursday, September 1, 2011

Forget & Forgive

Aku masih ingat lagi setahun yang lepas. Aku tunggu depan rumah kau almost or may be lebih dari setengah jam. Dah berapa batang rokok dah masok paru-paru aku malam tu. Lastly kau keluar tanpa nak mintak maaf or try to explain apa yang menjadi punca kelambatan kau tu. Kau panggil aku masuk rumah cam tu jer dari jauh. Then bila aku masuk rerupanya sebab kau lambat ialah kau tengah layan kawan-kawan kau membuatkan aku berfikir: aku ni siapa?. Dan sepanjang tempoh tu aku je yang terhegeh-hegeh nak join 'the group' tapi kau pulak try to create the gap.


And suddenly kau boleh jemput aku datang lagi rumah kau tahun ni? 





















Aku mungkin dah maafkan semua SHIT things that you did to me before tapi aku tak mungkin akan lupa semua benda tu.. sampai bila-bila..

























Hmmmm...