Tahun ini merupakan tahun yang aku cukup banyak layan filem Melayu di pawagam (tolak masa aku kerja cinema dulu ar) dan 'banyak' untuk definisi aku tu merujuk kepada 3 buah filem dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Even kalau ikut perancangan aku akan layan 2 buah lagi filem Melayu di pawagam tahun ini kelak. Hmmmm..
Trailer filem ni dah keluar agak lama. Ia menarik perhatian aku sebab cinematografi dan jalan ceritanya totally berbeza dengan filem-filem Melayu yang tipikal. Tapi bila ia tak ada ura-ura nak keluar then aku fikir mesti sebab jalan cerita nak bunuh diri tu agak taboo dalam masyarakat kita so tayangannya digam or etc ar. Dan bila ada tarikh tepat nak keluar so aku happy ar.
Sinopsis:
Kil seorang lelaki yang nak bunuh diri. Dia dah ada beberapa perancangan yang ditulis pada buku nota dan papan hitam di dinding rumahnya tapi each plan tu gagal disebabkan dia tak berani. So one day ni dia terjumpa satu notis yang bagi tahu satu company bernama Life Action Bureau (LAB) menawarkan service untuk mereka yang nak bunuh diri. Selepas dia register then dia terjumpa ngan sorang girl yang akhirnya dia suka tapi masalahnya orang dari LAB tu dah start hunting dia. Hmmm..
Cerita ni berjalan dengan nada monotonous dan mendatar yang bersesuaian dengan emosi down pada filem ni. Tapi masalahnya emosi cerita ini tak stabil ar. Kil nak bunuh diri sebab kemurungan setelah emak dan adik dia mati disebabkan dia (ikut satu blog ni kata jalan cerita tu dah diubah. Sepatutnya emak dan adik dia bunuh diri gak so bawak dia cenderung untuk buat benda yang sama tapi LPF tak bagi lepas), dia anti sosial dan menyendiri kat tempat kerja dan social life dia sangat teruk tapi dia boleh berjenaka dan ramah dengan budak sekolah yang nak bunuh diri sebab lepas break up dan ngan girl yang dia stalk.
Itu belum masuk part lakonan Christina Suzanne dan Redza Minhat yang ada masa macam "Erk.. apa sedang berlaku ini..?" Emosi pelakon ada masanya tak sampai ar menjadikan emosi yang dibawak tu tak berjaya sangat ar. Watak mak cik India ngan Juliana Evans serta Hasnul Rahmat tu macam tak perlu kot. Then ada beberapa watak yang macam patung cendana tengah bercakap macam mak cik yang duduk rumah lama Kil dan wartawan hiburan tu oooh sangat macam budak sekolah dibagi skrip untuk berlakon. Ada 2 scene ni aku perasan yang kamera tu bergetar secara tak sengaja sama ada ditiup angin or oleh komuter yang bergerak.
The great part pulak ialah disebabkan cerita ni bergerak diluar tipikal cerita tempatan yang asyik-asyik hantu, bohsia, gangster, rempit. Kalau tengok dari awal tu buat aku teringat tentang filem dan komik Jepun yang dark di mana orang yang nak bunuh diri tu gi satu biro rahsia dibawah naungan kerajaan yang akan membunuh orang yang tak berani bunuh diri. Tapi sayang sebab kita ni Malaysia dan kita tak menyokong aktiviti membunuh diri so ending cerita ini terpaksa ditukar menjadi happily ever after dan it look and sound so lame tahap cam tengok cerita Razak Mohidin je pulak.
But still kita akan berterusan tengok filem ni tanpa terdetik nak keluar dan menyelinap masuk ke hall lain disebabkan oleh Christina Suzanne yang cantik, Redza Minhat yang hot dan gandingan mereka berdua sangat comel tahap gwiyomi. Hmmm..
Next tunggu keluar filem Hanyut lak. hmmm
No comments:
Post a Comment