Apakah ciri-ciri yang boleh buat korang mengkelaskan satu restoran ni
layak mendapat markah F aka fail? Ini ialah list aku:
Service slow macam siput
Kau datang restaurant tu dengan harapan kau akan dilayan secepat
mungkin. Melainkan kau tahu yang kau datang pada waktu genting dimana seluruh
kedai makan tu penuh then itu totally kes lain ar. Tapi masalahnya kau datang
kedai itu, hanya ada beberapa meja saja yang berpenghuni. But still tak ada
pelayan yang nak serve kau. Even lalat datang lebih awal berbanding waiter tu.
Bila order dah diambik then masalah kedua ialah masa makanan tu sampai kat kau.
Jangan katakan makanan, minuman pun ambik masa setengah jam gak nak sampai.
Lebih sucks bila orang yang datang lambat dari kau dapat makanan lebih awal
dari kau. Hmmm..
Kebersihan tahap tandas
Kita datang satu-satu restaurant ni bukan saja sebab makanan tapi juga
untuk dapatkan service kedai tu sekali. Kau duduk kerusi basah, meja masih lagi
penuh dengan pingan dan sisa makanan last customer, pekerja free hair dengan
kuku warna warni, kat makanan ada rambut manusia, kucing liar mengiaw-ngiaw
sambil tergesel-gesel kat kaki kita, lalat bermaharajalela terbang sana sini,
gelas berminyak or ada kesan sabun lagi, pekerja pegang gelas kat bahagian jari
dia tercelup sekali ngan air minuman kita etc. Hmmm..
Buku menu versus realiti
Hiasan kedai tu sangat tip top ngan tema yang tersendiri. Fikir mesti makanan kat kedai ni hebat dan
sedap-sedap. So buku menu diserahkan. Tengok nama dish hebat-hebat ngan gambar
macam menyelerakan giler. So bagitau pelayan yang kita nak order itu ini. 15
minit berlalu then mamat tu datang balik ngan berbudi bahasa kata ‘Sorry bang, makanan
tu dah habis’ so kita order makanan lain. 15 minit berlalu dia datang lagi ngan
statement sama. Then tanya apa yang ada rerupanya hampir semua dah tak ada. Or
paling teruk buku menu nampak hebat tapi bila makanan dah sampai: HANCUS..!!
Hmmm..
Pekerja ke boss ni..?
Waktu boss ada then restaurant tu jadi 5 bintang tapi bila boss tak ada
so mereka dah jadikan kedai tu as rumah mereka sendiri. Mereka duduk meja
belakang ramai-ramai dan cakap kuat ngan gelak ketawa besar, bila kita panggil
nak order then tak ada response. Panggil sekali lagi then dia toleh ngan muka
marah. Ngan penuh moody dia datang dan
layan tak layan je kita. Bila part nak bayar lak tetiba kita heran apsal mahal
sangat so kita suruh dia bagitahu harga satu-satu tetiba harga dia tadi
terlebih RM2 dari harga sebenarnya. Sah, dia fikir restoran tu dia yang punya.
Semalam aku, bapak ngan Along gi satu kedai makan ni. Technically kami
tak familiar dengan tempat tu dan kedai makan tu punya brand yang dikenali
sebab ia dah ada 3 cawangan di Sarawak dan kebetulan ia adalah kedai makan
pertama kami jumpa. Masuk dan tak ramai orang. Mungkin sebab semalam hari Gawai
dan university tengah cuti semester (kedai tu area depan university). Hari
sangat panas, kami haus plus lapar so kiranya tak ramai orang then ngan harapan
semuanya datang cepat.
Unfortunately lalat lebih cepat datang kepada kami daripada waiter
kedai tu. Based on helaian menu, 1/3 dah dilabel ngan sticker tulis out of
stock. So kami order benda biasa-biasa ar: soto ayam, mee goreng ngan nasi
goreng ayam dan 3 minuman. Secara logiknya air akan datang lebih awal. 5 minit
tak datang. 10 minit tak datang gak. Sedangkan aku order Coke je kot. Tak kan
ar masukkan ais dalam gelas pun ambik masa 15 minit gak..?
Minuman dah sampai tapi makanan tak gak sampai. Rerupanya pekerja yang
handle bahagian air ialah lelaki yang termenung panjang belakang meja kami.
Bila dia dapat order dari 10 minit sebelum tu dia tak buat apa-apa pun. Akhirnya
minuman aku dan along aku dah habis. Dan waktu aku tertoleh ke bahagian
kitchen. Satu order ni dah sampai (tapi bukan kami punya), dan waiter ni nak
check something dalam makanan tu. Mungkin customer yang order tak nak sayur ke
etc. Kau tahu macam mana dia check? Dengan tangan yang tak basuh, dia terus je
selongkar mee tu macam ayam cari cacing dalam tanah. Duh, pengotor giler.
Soto ayam aku datang, aku makan then habis. Order Along aku belum lagi
datang. Then mee goreng datang, bapak aku dah nak habis makan baru nasi goreng
ayam Along aku datang. Itupun membuatkan kami moody bila satu persatu orang
yang datang lebih lambat dari kami dapat makanan lebih awal. Ingatkan ambik
masa lama masak tu kira special habis ar. Rerupanya sekadar nasi goreng kosong
ngan ayam goreng yang dah sedia lama masak ngan timun potong sehiris ngan
seculit sambal. Part mana yang ambik masa lama sangat ni..? Mengarut…!!
Aku totally tak cadangkan korang datang kedai tu. Kedai apa? Kopi O’
Corner cawangan Kota Samarahan. Hmmmm..
2 comments:
Salam...
Cuba suggest kedey mkn nk best n yummy d kch lok...
Lak mek g kch sik bingong nk mkn ke sini... Hihi
Duh, kamek tok bukan jenis suka makan luar gilak. Mun makan luar kelak sampey rumah palak lalu angol sebab makan banyak gilak ajinomoto. Mun tempat makan okey bagi kamek mcm My Mum Laksa, Kopi O Corner Satok, Satey Ceko, Raja Ayam Penyet etc ar
Post a Comment