Saturday, June 8, 2013

Ooh My Smartphone

Pada tarikh ni maka genaplah setahun riwayat umur handphone aku yang bijak bermodel Samsung Galaxy Note. Orang selalu kata yang smartphone ni terlalu fragile dan seriusly aku tak sangka ia boleh survive hidup bersama aku aka manusia extreme user. Aku masih lagi ingat hanphone Nokia Music Express 5300 aku dulu, belum sampai seminggu ia dah mencium tar jalan sehingga membawa beberapa kesan kecacatan kekal padanya. So aku jangka yang at least skrin smartphone aku akan pecah ke etc tapi ternyata yang handphone aku ni jauh lebih smart dari aku. Hmmm..


Apa yang aku suka pada Galaxy Note aku ni? 

1: Lukisan. Ia menzahirkan satu lagi cara menghasilkan kreativiti dalam diri aku. In case ini post pertama kau baca dalam blog aku so aku suka melukis tapi memula lukis guna Galaxy Note ni sangat menggecewakan ar. Tak macam yang digembar gemburkan dalam video promo. Setiap kali lukis hasilnya totally cam budak tadika baru belajar pegang pencil jer. Tapi as time goes by dan step by step aku makin suka hasil lukisan aku sehingga aku rasa lukis kat touch screen lebih enjoy dan mudah daripada melukis di atas kertas.

2. Kamera. Aku sangat maniac dengan camera sebelum ini. Dalam tahun 2011 aku beli 5 biji kamera baru tapi dalam tempoh setahun aku own Galaxy Note ni aku dah tak sentuh kamera aku lagi. Duh, lupa daratan betul aku. Tapi nak buat macam mana kalau kualiti gambar yang diambil guna smartphone ni rasanya kira boleh tahan gak ar. Even pernah ada kawan yang tanya kamera model apa aku guna untuk ambik certain pic tu then bila aku kata just kamera handphone then dia terkejut tak percaya. Hmmm..

3. Game. Dulu aku bukan orang yang suka main game di handphone tapi sekarang ni gamelah punca batteri aku cepat habis. Lagipun dulu games apa lah saja yang ada kan? Setakat Snake tu pun aku tak pernah lepas-lepas. Tapi sekarang aku download 16 games cuma aku main satu games je pun. Selebihnya setakat nak penuhkan handphone dan nak buat anak buah aku yang umor 2 tahun tu lepak lama-lama ngan aku je. Mungkin sebab game pada smartphone lebih interactive, lebih bijak dan punya grafik yang hebat.

4. Apps. Smartphone ada banyak applikasi yang hebat-hebat. Dari SMS percuma, Call percuma, graphic editor, code scanner, piano, al Quran, novel, komik, info cuaca, language translator, sky map, GPRS sehingga ke applikasi yang mengarut macam tambah misai, botak kepala, kucing bercakap etc. Ia totally sangat bijak dan memudahkan kerja seharian ar. 





Cuma setiap perkara tu mesti ada pro and con ar. Bab yang aku kureng sikit tentang smartphone ni ialah:

1. Bateri. Sejujurnya baterinya tak lah cepat sangat makan tapi sangat leceh untuk asyik-asyik nak charge setiap selang sehari. Bila nak pakai pun kena berpada-pada. Tengah syok-syok nak melukis tetiba tengok batteri dah 40% lagi tinggal so terpaksa berhenti. Tengah syok-syok ambik gambar then dah keluar bunyi warning kata batteri nak habis. Memang potong stim gak ar. Kalau difikirkan dengan fungsinya yang berat memang bersesuaian gak ar tapi kalau dibandingkan dengan handphone yang tak seberapa bijak yang leh bertahan seminggu tanpa charge then rasa tercabar gak ar.

2. Touch screen. Benda nama skrin sesentuh ni sangat sensitive. Aku jenis handphone masok poket seluar je then tetiba bila check rerupanya dah call orang untuk setengah jam or hantar sms yang tertulis @#!ds@s@~ banyak kali dekat orang yang sama or kita leh terdelete gambar, phone number or file penting. Or paling tak masa nak sms kawan then nak taip BARU jadi GARU etc sedangkan kalau handphone dulu-dulu tak payah tengok skrin pun jari ngan pantas leh taip tanpa kesalahan tatabahasa sikitpun kan?












Apa-apa pun aku sanga happy sebab bersama smartphone Galaxy Note untuk setahun yang lepas dan harap ia mampu bertahan untuk jangka masa yang jauh lebih lama lagi. Duh, aku tak ada kerja beb untuk setahun setengah. Huhuhu..

No comments: