Thursday, June 13, 2013

Man Of Steel Movie Review

Apa yang lebih mengarut bila wujud seorang superhero pakai spandex ketat ngan seluar dalam warna merah di luar yang menjadi kegilaan semua orang di dunia tapi bila dia pakai baju biasa dengan cermin mata nerd, sorang pun tak perasan bahawa dia dan superhero tu ialah orang yang sama? Stupid white man...!! Hmmm... 


After form 6 aku pernah kerja kontraks as pembantu pustakawan di Pustaka Negeri Sarawak. So salah satu tugas aku ialah bila ada buku baru datang then kami ialah antara orang yang terawal akan buka dari kotak. Aku masih ingat lagi salah satu buku ni iaitu The DC Comics Encyclopedia. Aku sangat teruja ar. Aku yakin mostly semua lelaki pasti akan teruja ar. Encyclopedia ni talks about semua watak yang ada dalam komik diaorang secara terperinci. In case korang tak tahu, antara komik terkenal diaorang ialah Superman, Batman, Flash, Wonder Woman (bukan Wonder Girl) etc. Then kalau korang tanya Iron Man, Spiderman, Thor tu sama ke..? Tak, sayang. Itu Marvel Comics.

...

Man Of Steel ialah filem yang aku quite tunggu-tunggu ar bila dapat tahu tentang jalan ceritanya yang totally less comic dan lebih kepada realiti. Lelaki mana yang tak suka layan komik, kartun, drama, filem superhero tu totally sangat menyedihkan ar. Lagipun ini Superman ar. Bukan Suparman bin Suparjo. Walaupun filem terakhir: Superman Returns agak mengecewakan dan Smallville makin lama makin mengarut but still semua orang suka Superman dan underwear merahnya. Tapi bila keluar spoiler dulu dulu tu kata Superman kali ni tak pakai seluar dalam kat luar lagi then kita yakin yang kali ni ia pasti lebih hebat dari sebelumnya. Lebih-lebih lagi bila nama Christoher Nolan dikatakan bertindak sebagai penerbit bersama. 

Komen aku tentang filem ni.
1. Plot cerita ni tak berjalan bermula ikut turutan A,B,C sampai Z sebaliknya ia start A,B,C,M,N,O,D,P bla bla bla. Pendek kata cerita ni tak bermula dengan pengenalan santai-klimaks-peleraian tapi ia terus dengan babak-babak penting. Kiranya tak macam filem Spiderman ar bila start ngan Peter Parker kena buli dekat sekolah, dia pergi lawatan pusat science dan kena gigit labah-labah mutasi, belajar panjat dinding bla-bla-bla. So dalam ni kita tak tahu secara terperinci apa yang berlaku masa Marta and Jonathan Kent jumpa Kal-El kat ladang gandum (macam dalam iklan Coco Krunch), bila dia dapat kuasa pertama, macam mana dia dekat sekolah, couple ngan Lana etc.

2. Sebab aku dah membesar dengan Superman so aku nak tahu macam dia jumpa Lois Lane, macam mana dia dapat kerja dekat The Daily Planet, macam mana dia create costume tu, macam mana rupa kriptonite dalam filem ni, ada cameo Lux Luthor ke tak, ada cameo Lana Lang tak, nak tengok rupa statue Planet ngan ring pada The Daily Planet, adakah tempat Jor-El di bumi sama macam filem Superman yang previous ke etc. Dan hampir semuanya terjawab.

3. Apakah Superman tanpa Lois Lane..? Bila aku dapat tahu yang Amy Adam si puteri Enchanted akan bawa watak Lois Lane aka sorang wartawan yang keras kepala, aktif, boyish, mulut laser plus cantik then aku tak dapat imagine Amy Adam. Sebab Amy Adam seorang yang lemah lembut percakapannya dan pergerakannya. Plus rambut dia blond. Aku lebih refer girl dark hair bermata nakal macam Megan Fox ke. Even sampai sekarang masih ingat dalam otak aku bila Teri Hatcher jadi Lois Lane dalam series Superman dulu. Tapi bila tengok filem ni, dia quite okeylah. Mungkin sebab kehendak filem ni lebih realistik then Amy Adam nampak educated dan sesuai as seorang wartawan. Okey-okey je lah.

4. Henry Cavill bawa watak Superman..? Aku no big deal sangat ar. It still better than Brandon Routh yang terlalu nak tiru Christoper Reeve sangat kot. Cuma bagi aku ada beberapa part yang agak lucu tentang Superman kali ni ialah sebab Superman kali ni berbulu dada yang quite banyak sehingga bila dia pakai costume tu, bulu dada dia sampai nampak. Plus ada masa effect CGI or animasi komputer tu jelas sangat sehingga effect tak menjadi. Part mata keluar laser tu buat aku teringat watak Cyclops dalam X-Men. Dan ada part korang akan buat korang teringat cerita Transformers. Hmmm..

5. Mantel pada costume dia sangat menganggu fokus aku. Aku asyik terfikir 'Tak menyusahkan ke pakai benda panjang mengheret ke lantai tu..? Tak tersandung ke kaki or kan kotor kain meleret lap lantai..!!' dan menjawab soalan aku tu bila watak jahat ni guna mantel tu untuk buat aksi lontar peluru kat Superman. Padan muka..!!

6. Walaupun ini filem Superman tapi ia tak fokus pada watak Superman sangat ar. Emosi as Superman dan Clark Kent pun macam tak ada. Apatah lagi emosi Clark Kent ngan Lois Lane macam tak ada apa-apa tapi suddenly leh cium mulut.

7. Filem ni buat aku lupa yang Superman ini alien rupanya. Dan planet asal Spiderman ini macam familiar sangat. Cerita apa ek..?

8. Kat planet Kryptonite cuma ada satu brand baju yang berhuruf S di dada sahaja. Plus aku rasa filem ni lebih kepada Kryptonite berbanding Superman dan aku suka idea tentang planet ni bila sistem masyarakat ini ditentukan secara genetic so penjahat cerita ni bukan penjahat sebenarnya. Dia sekadar dah ditetapkan dari genetik apa matlamat dia hidup.

9. Ending ni kita dapat tahu macam mana dia bekerja di Daily Planet cuma part yang tak best bila Lois Lane awal-awal lagi dah tahu yang dia ialah Superman. Rasanya kalau ada sequel then pasti ada watak Lex Luthor. 













Cerita ni best dan berbaloi untuk tengok dua kali atau lebih di pawagam tapi jangan buat benda tu kalau ko ialah penganggur yang dah setahun setengah tak bekerja. Dan itu aku merujuk diri sendiri. Wakaka.


2 comments:

skulluv said...

kalau kau perasan, ada satu tanda LEXCORP tak silap aku dekat lori masa ZOD and Superman gaduh.

hehe

Aj Abdullah said...

Yap, aku memang lelaki perasan. Satu-satunya cameo kewujudan Lex dalam filem ni. huhuhu