Kalau korang fikir post ini berkaitan tentang seorang menteri tu yang recently bila dapat portfolio tertentu tu tetiba banyak keluar statement totally macam lawak tahap tak sesuai standard menteri, then korang salah. Tapi post ni memang inspired dari special ability dia ar iaitu: Mulot berbuih.
Bila setiap kali orang cakap tentang mulut berbuih then otak aku mesti akan buat flash back pada tahun 1994. Waktu tu aku masih lagi di SRB St Anne, Sarikei dalam darjah 3 Anggerik. Cikgu kelas dan cikgu ajar BM kami masa tu ialah cikgu Awang. Aku tak ingat nama penuh dia tapi so sure aku tak akan pernah lupakan dia sampai bila-bila. Dengan stail rambut, baju vintage dan cermin mata tu semua. Sebab apa? Bukan sebab muka dia macam Aaron Aziz ke apa tapi sebab setiap kali dia bercakap then akan muncul buih-buih kecil yang memutih di tepi bibir dia.
Setiap kali dia mengajar then dia akan bercakap penuh semangat. Mungkin sebab dia tengok orang fokus sangat pada dia kot. Dan aku pulak jenis yang mudah hilang fokus bila ada sesuatu yang mengganggu. So setiap kali buih putih macam buih teh tarik tu mnncul di tepi bibir dia then fokus aku hanya benda alah tu jer. Aku tak ingat pun apa yang aku belajar. Aku tak nak ar salahkan dia tapi sepanjang tahun tu kedudukkan aku almost nak mencapai nombor-nombor terakhir kelas. Secara logiknya tak kan ar kelas dia buat aku hancus kelas-kelas lain gak kan? Sedangkan cikgu lain tak pulak ada ability mengeluarkan buih macam cikgu Awang tu.. Wakaka..
Andai kata korang pernah diajar oleh cikgu yang sama di sekolah yang sama or korang kenal dia as sedara or jiran or kawan FB, please sampaikan salam maaf aku untuk dia yaa..
Or korang kenal menteri tu sama ada as kawan bekas sekolah, sedara or jiran or kawan FB dia ke then please kata kat dia "Tak semua menteri nampak lebih cool bila banyak cakap...!!"
1 comment:
Interestiing thoughts
Post a Comment