Saturday, June 15, 2013

Doubt A Book Review

Kalau korang nak tahu, aku ialah seorang lelaki yang berhati kulus, kudus, mulus (ada makna ke frasa tu semua?). Buktinya: Aku tak mampu nak tengok cerita kekejaman manusia waras terhadap manusia lain seperti dalam Saw, Hostel etc. Pernah satu hari kekawan aku perangkap bawak aku gi wayang yang tajuknya totally sangat aman damai tapi once lagak kejam tu bermula.., aku terus berpaling ke arah seat belakang sehingga cerita tu habis. Hmmm...


Apa novel tempatan yang paling best bagi korang..? Please jangan kata 'Sebenarnya Saya Isteri dia' or 'Suami Aku Ustaz' ialah pilihan korang. Dari tajuk je dah tahu yang cerita tu gila-gila mengarut. p/s: Sorry, aku tak layan novel-novel cintan cintun macam tu lagi yaa. 

Minggu ni tadi aku dah meletekkan satu novel baru sebagai novel tempatan dan tak salah aku katakan kalau ia adalah novel terbaik yang pernah aku baca. Novel yang aku maksudkan ialah Doubt oleh Bissme S. Sebenarnya ia bukanlah novel sebaliknya antologi 45 buah cerita pendek. Dan buku ni sangat kecik dan nipis tapi effectnya sangat besar bagak.



...


Korang percaya pada penamat happy ending? Atau korang lahir dan membesar dalam persekitaran orang baik-baik? Setiap cerita ni berakhir dengan penamat happy ending tapi bukan dari perspektif yang kau mampu fikirkan. Dan membaca buku ni akan membuatkan kau mampu mempersoalkan sisi lain yang ada pada orang-orang baik disekitar kau. Buku ni sangat kejam. Ia sangat gila tapi cukup pasti ia mengghairahkan.

Macam mana aku nak gambarkan tentang buku ni ek? Kau selalu menonton drama Cerekarama di TV atau filem-filem Melayu di pawagam? Then buku ni totally tak akan menggambarkan 1 peratus pun tentang buku ni. Buku ni bergerak di luar norma yang normal. Ia tentang seorang ibu yang sangat benci dengan anaknya sendiri sehingga dia sanggup tatookan tangan anaknya since dari kecil lagi, tentang seorang pencinta yang sanggup upah orang bunuh anak si kekasih semata-mata mahu hidup berdua, tentang adik beradik kembar yang sanggup have a sex bersama semata-mata untuk duit, tentang lelaki yang sanggup bersenggama dengan mayat untuk membuktikan rasa cintanya dan etc. 

Still aku tak dapat nak gambarkan sedikitpun tentang cerita ni. Ia ditulis dalam Bahasa Inggeris yang cukup mudah, sekadar kurang 5 muka surat tapi penggunaan ayatnya sangat detail, kejam, gila, berahi etc dan ia menghasilkan impak gramatis.









Aku baca buku ni di tempat yang ramai khalayak lalu lalang. Setiap kali aku tamat satu cerpen then aku toleh kiri-kanan dan aku perhatikan mereka semua. Sebab watak dalam cerita ni could be anyone. Walaupun cerita dalam buku ni terlalu gila tapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab semua orang ada kegilaan dalam diri tapi ia bergantung kepada sejauh mana kita nak jayakan kegilaan tu or just simpan kemas-kemas dalam hati je. Dan mereka-mereka dalam buku ni merealisasikan kegilaan mereka dengan gila sekali. 










Aku pun ada kegilaan yang aku boleh relate dengan cerita ni cuma aku tak nak share sebab nanti kau akan kata aku gila pulak. Btw buku ni sememangnya mesti dibaca dan dimilikki. Cuma nasihat aku pada orang yang berjiwa lemah, jangan terbawak-bawak sebab kau memang ada kebarangkalian untuk mencuba. Hmmm..

5 comments:

Bissme said...

Hello I am Bissme S, the author for Doubt . Thank you for reading my novel and above all this lovely review.... terima kasih sekali lagi

Coke Infy said...

aku pun baca buku ni..cerita2 dia buat mulut aku macam (*0*)..haa macam tu lah..tapi untuk baca karya macam ni aku rasa pembaca tak boleh ada perception yg 'ee kotor' or 'teruknya'..sebab cerita dia cukup jelas..bukan untuk sampaikan happy ending or mesej baik2..apa pun..buku ni memang terbaik and buat aku pusing page sebelum2nya banyak kali..

syndi azrah said...

Betapa gila nya hidup kau selepas membaca buku ni. Hahahaha!

syndi azrah said...

Betapa gila nya hidup kau selepas membaca buku ni. Hahahaha!

Aj Abdullah said...

coke infy, yap, mulut terbuka tanpa henti sepanjang masa kot. hahaha

syndi azrah, jujur sehingga mendorong ke arah depression dan anxiety kot. hahaha