Saturday, June 22, 2013

Jerebu 1997

Aku masih ingat lagi waktu tu. Aku belajar darjah 6 di SRK Santubong. Jerebu waktu tu sangat teruk. Aku ngan abang aku naik motosikal round-round kampung memang nampak puteh jer. Pemandangan kurang 2 meter. Macam feel hujan lebat di Tanah Tinggi Genting. Yap, masa aku gi Genting tu kebetulan hujan lebat.  (part tak best mestilah semua game luar tak dapat main) Semuanya putih sehingga last-last kerajaan isytiharkan cuti darurat. Hmmm..


Cuti darurat tu diisytiharkan tepat-tepat lepas tamat cuti pertengahan tahun. Budak-budak biasa happy sebab cuti sekolah (seminggu or dua tu aku tak ingat) yang baru habis then sambung cuti tambahan selama seminggu. Aku lak happy sebab aku tak sempat bercuti untuk sepanjang cuti sekolah tu so kiranya cuti darurat tu memang khas untuk aku je lah. Sebab aku tak bercuti ialah sebab aku join kursus motivasi dan persediaan UPSR di MRSM Kuching.

Kursus tu dianjurkan untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi ujian UPSR tapi hanya beberapa orang wakil dari sekolah-sekolah tertentu di bandaraya Kuching je yang leh join. Sekolah aku hantar 8 orang wakil. Dan aku mostly hampir tak tercalon untuk pergi.



Aku pindah ke sekolah tu darjah 5. Aku bukan budak yang bijak sangat. Sepanjang darjah 5 aku hanya dapat nombor 7 untuk kedua-dua semester. Even semester pertama darjah 6 pun aku still dapat nombor 7. Plus aku dont mix well sangat ngan bebudak kelas aku. Ada orang kata aku ni budak bandar yang pindah kampung sehingga ada masa aku tak paham apa mereka cakap. Memang ar aku cakap dialek Melayu Sarawak yang sama tapi banyak istilah-istilah yang lebih dark dan pekat tu memang first time dengar yang parents aku sendiri pun tak tuturkan di rumah. And among cikgu-cikgu pun aku tak popular.

So satu hari tu beberapa orang cikgu darjah 6 ni masuk kelas dan pilih 8 orang pelajar untuk wakil sekolah ke kursus tu. Kalau ikut rasionalnya aku selalu nombor 7 dalam kelas then mesti automaticnya akan terpilih tapi tak. So sorang cikgu ni bersuara dan suggest nama aku. Reaksi yang berlaku: Cikgu-cikgu tu debat kecik-kecik among mereka depan kelas. Most cikgu kata aku ni tak nampak potensi besar pada result UPSR sekolah but still cikgu tu pertahankan aku sehingga lastly cikgu besar separa terpaksa masukkan aku dalam list yang akan pergi kursus tu.








Btw cikgu tu namanya Cikgu Siah. Dia totally macam Fran Drescher dalam The Nanny laa. Dengan rambut kembang, baju ketat yang menampakkan susuk badan, heel yang setiap kali jalan pasti akan bunyi, make up, minyak wangi. Dan dia ajar kami math darjah 6. Seriusly aku bukan kaki math sebelum tu tapi bila dia ajar then aku jadi sangat suka math. Hasilnya math aku lepas dia ajar mesti either 100% or satu dua soalan je salah. 









Bila result UPSR keluar, aku gi sekolah, tak ada sorang cikgu pun percaya yang pada result aku. Aku antara terbaik sekolah dengan result 4A 1B sehingga guru besar pergi rumah aku lagi.










Apa yang aku nak share hari ini ialah: Walau betapa satu dunia menentang engkau dan kata kau tak ada apa-apa kelebihan or kau hanya menyusahkan, sampah or etc sekalipun then betapa bestnya kalau ada seorang yang kata sebaliknya dan mempertahankan kau. Hmmm..






Sekalipun orang macam tu belum datang dalam hidup kau then why not buat untuk orang lain dulu..

Tuesday, June 18, 2013

Mulut Berbuih

Kalau korang fikir post ini berkaitan tentang seorang menteri tu yang recently bila dapat portfolio tertentu tu tetiba banyak keluar statement totally macam lawak tahap tak sesuai standard menteri, then korang salah. Tapi post ni memang inspired dari special ability dia ar iaitu: Mulot berbuih.


Bila setiap kali orang cakap tentang mulut berbuih then otak aku mesti akan buat flash back pada tahun 1994. Waktu tu aku masih lagi di SRB St Anne, Sarikei dalam darjah 3 Anggerik. Cikgu kelas dan cikgu ajar BM kami masa tu ialah cikgu Awang. Aku tak ingat nama penuh dia tapi so sure aku tak akan pernah lupakan dia sampai bila-bila. Dengan stail rambut, baju vintage dan cermin mata tu semua. Sebab apa? Bukan sebab muka dia macam Aaron Aziz ke apa tapi sebab setiap kali dia bercakap then akan muncul buih-buih kecil yang memutih di tepi bibir dia.

Setiap kali dia mengajar then dia akan bercakap penuh semangat. Mungkin sebab dia tengok orang fokus sangat pada dia kot. Dan aku pulak jenis yang mudah hilang fokus bila ada sesuatu yang mengganggu. So setiap kali buih putih macam buih teh tarik tu mnncul di tepi bibir dia then fokus aku hanya benda alah tu jer. Aku tak ingat pun apa yang aku belajar. Aku tak nak ar salahkan dia tapi sepanjang tahun tu kedudukkan aku almost nak mencapai nombor-nombor terakhir kelas. Secara logiknya tak kan ar kelas dia buat aku hancus kelas-kelas lain gak kan? Sedangkan cikgu lain tak pulak ada ability mengeluarkan buih macam cikgu Awang tu.. Wakaka..












Andai kata korang pernah diajar oleh cikgu yang sama di sekolah yang sama or korang kenal dia as sedara or jiran or kawan FB, please sampaikan salam maaf aku untuk dia yaa..












Or korang kenal menteri tu sama ada as kawan bekas sekolah, sedara or jiran or kawan FB dia ke then please kata kat dia "Tak semua menteri nampak lebih cool bila banyak cakap...!!"

Saturday, June 15, 2013

Doubt A Book Review

Kalau korang nak tahu, aku ialah seorang lelaki yang berhati kulus, kudus, mulus (ada makna ke frasa tu semua?). Buktinya: Aku tak mampu nak tengok cerita kekejaman manusia waras terhadap manusia lain seperti dalam Saw, Hostel etc. Pernah satu hari kekawan aku perangkap bawak aku gi wayang yang tajuknya totally sangat aman damai tapi once lagak kejam tu bermula.., aku terus berpaling ke arah seat belakang sehingga cerita tu habis. Hmmm...


Apa novel tempatan yang paling best bagi korang..? Please jangan kata 'Sebenarnya Saya Isteri dia' or 'Suami Aku Ustaz' ialah pilihan korang. Dari tajuk je dah tahu yang cerita tu gila-gila mengarut. p/s: Sorry, aku tak layan novel-novel cintan cintun macam tu lagi yaa. 

Minggu ni tadi aku dah meletekkan satu novel baru sebagai novel tempatan dan tak salah aku katakan kalau ia adalah novel terbaik yang pernah aku baca. Novel yang aku maksudkan ialah Doubt oleh Bissme S. Sebenarnya ia bukanlah novel sebaliknya antologi 45 buah cerita pendek. Dan buku ni sangat kecik dan nipis tapi effectnya sangat besar bagak.



...


Korang percaya pada penamat happy ending? Atau korang lahir dan membesar dalam persekitaran orang baik-baik? Setiap cerita ni berakhir dengan penamat happy ending tapi bukan dari perspektif yang kau mampu fikirkan. Dan membaca buku ni akan membuatkan kau mampu mempersoalkan sisi lain yang ada pada orang-orang baik disekitar kau. Buku ni sangat kejam. Ia sangat gila tapi cukup pasti ia mengghairahkan.

Macam mana aku nak gambarkan tentang buku ni ek? Kau selalu menonton drama Cerekarama di TV atau filem-filem Melayu di pawagam? Then buku ni totally tak akan menggambarkan 1 peratus pun tentang buku ni. Buku ni bergerak di luar norma yang normal. Ia tentang seorang ibu yang sangat benci dengan anaknya sendiri sehingga dia sanggup tatookan tangan anaknya since dari kecil lagi, tentang seorang pencinta yang sanggup upah orang bunuh anak si kekasih semata-mata mahu hidup berdua, tentang adik beradik kembar yang sanggup have a sex bersama semata-mata untuk duit, tentang lelaki yang sanggup bersenggama dengan mayat untuk membuktikan rasa cintanya dan etc. 

Still aku tak dapat nak gambarkan sedikitpun tentang cerita ni. Ia ditulis dalam Bahasa Inggeris yang cukup mudah, sekadar kurang 5 muka surat tapi penggunaan ayatnya sangat detail, kejam, gila, berahi etc dan ia menghasilkan impak gramatis.









Aku baca buku ni di tempat yang ramai khalayak lalu lalang. Setiap kali aku tamat satu cerpen then aku toleh kiri-kanan dan aku perhatikan mereka semua. Sebab watak dalam cerita ni could be anyone. Walaupun cerita dalam buku ni terlalu gila tapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab semua orang ada kegilaan dalam diri tapi ia bergantung kepada sejauh mana kita nak jayakan kegilaan tu or just simpan kemas-kemas dalam hati je. Dan mereka-mereka dalam buku ni merealisasikan kegilaan mereka dengan gila sekali. 










Aku pun ada kegilaan yang aku boleh relate dengan cerita ni cuma aku tak nak share sebab nanti kau akan kata aku gila pulak. Btw buku ni sememangnya mesti dibaca dan dimilikki. Cuma nasihat aku pada orang yang berjiwa lemah, jangan terbawak-bawak sebab kau memang ada kebarangkalian untuk mencuba. Hmmm..

Thursday, June 13, 2013

Man Of Steel Movie Review

Apa yang lebih mengarut bila wujud seorang superhero pakai spandex ketat ngan seluar dalam warna merah di luar yang menjadi kegilaan semua orang di dunia tapi bila dia pakai baju biasa dengan cermin mata nerd, sorang pun tak perasan bahawa dia dan superhero tu ialah orang yang sama? Stupid white man...!! Hmmm... 


After form 6 aku pernah kerja kontraks as pembantu pustakawan di Pustaka Negeri Sarawak. So salah satu tugas aku ialah bila ada buku baru datang then kami ialah antara orang yang terawal akan buka dari kotak. Aku masih ingat lagi salah satu buku ni iaitu The DC Comics Encyclopedia. Aku sangat teruja ar. Aku yakin mostly semua lelaki pasti akan teruja ar. Encyclopedia ni talks about semua watak yang ada dalam komik diaorang secara terperinci. In case korang tak tahu, antara komik terkenal diaorang ialah Superman, Batman, Flash, Wonder Woman (bukan Wonder Girl) etc. Then kalau korang tanya Iron Man, Spiderman, Thor tu sama ke..? Tak, sayang. Itu Marvel Comics.

...

Man Of Steel ialah filem yang aku quite tunggu-tunggu ar bila dapat tahu tentang jalan ceritanya yang totally less comic dan lebih kepada realiti. Lelaki mana yang tak suka layan komik, kartun, drama, filem superhero tu totally sangat menyedihkan ar. Lagipun ini Superman ar. Bukan Suparman bin Suparjo. Walaupun filem terakhir: Superman Returns agak mengecewakan dan Smallville makin lama makin mengarut but still semua orang suka Superman dan underwear merahnya. Tapi bila keluar spoiler dulu dulu tu kata Superman kali ni tak pakai seluar dalam kat luar lagi then kita yakin yang kali ni ia pasti lebih hebat dari sebelumnya. Lebih-lebih lagi bila nama Christoher Nolan dikatakan bertindak sebagai penerbit bersama. 

Komen aku tentang filem ni.
1. Plot cerita ni tak berjalan bermula ikut turutan A,B,C sampai Z sebaliknya ia start A,B,C,M,N,O,D,P bla bla bla. Pendek kata cerita ni tak bermula dengan pengenalan santai-klimaks-peleraian tapi ia terus dengan babak-babak penting. Kiranya tak macam filem Spiderman ar bila start ngan Peter Parker kena buli dekat sekolah, dia pergi lawatan pusat science dan kena gigit labah-labah mutasi, belajar panjat dinding bla-bla-bla. So dalam ni kita tak tahu secara terperinci apa yang berlaku masa Marta and Jonathan Kent jumpa Kal-El kat ladang gandum (macam dalam iklan Coco Krunch), bila dia dapat kuasa pertama, macam mana dia dekat sekolah, couple ngan Lana etc.

2. Sebab aku dah membesar dengan Superman so aku nak tahu macam dia jumpa Lois Lane, macam mana dia dapat kerja dekat The Daily Planet, macam mana dia create costume tu, macam mana rupa kriptonite dalam filem ni, ada cameo Lux Luthor ke tak, ada cameo Lana Lang tak, nak tengok rupa statue Planet ngan ring pada The Daily Planet, adakah tempat Jor-El di bumi sama macam filem Superman yang previous ke etc. Dan hampir semuanya terjawab.

3. Apakah Superman tanpa Lois Lane..? Bila aku dapat tahu yang Amy Adam si puteri Enchanted akan bawa watak Lois Lane aka sorang wartawan yang keras kepala, aktif, boyish, mulut laser plus cantik then aku tak dapat imagine Amy Adam. Sebab Amy Adam seorang yang lemah lembut percakapannya dan pergerakannya. Plus rambut dia blond. Aku lebih refer girl dark hair bermata nakal macam Megan Fox ke. Even sampai sekarang masih ingat dalam otak aku bila Teri Hatcher jadi Lois Lane dalam series Superman dulu. Tapi bila tengok filem ni, dia quite okeylah. Mungkin sebab kehendak filem ni lebih realistik then Amy Adam nampak educated dan sesuai as seorang wartawan. Okey-okey je lah.

4. Henry Cavill bawa watak Superman..? Aku no big deal sangat ar. It still better than Brandon Routh yang terlalu nak tiru Christoper Reeve sangat kot. Cuma bagi aku ada beberapa part yang agak lucu tentang Superman kali ni ialah sebab Superman kali ni berbulu dada yang quite banyak sehingga bila dia pakai costume tu, bulu dada dia sampai nampak. Plus ada masa effect CGI or animasi komputer tu jelas sangat sehingga effect tak menjadi. Part mata keluar laser tu buat aku teringat watak Cyclops dalam X-Men. Dan ada part korang akan buat korang teringat cerita Transformers. Hmmm..

5. Mantel pada costume dia sangat menganggu fokus aku. Aku asyik terfikir 'Tak menyusahkan ke pakai benda panjang mengheret ke lantai tu..? Tak tersandung ke kaki or kan kotor kain meleret lap lantai..!!' dan menjawab soalan aku tu bila watak jahat ni guna mantel tu untuk buat aksi lontar peluru kat Superman. Padan muka..!!

6. Walaupun ini filem Superman tapi ia tak fokus pada watak Superman sangat ar. Emosi as Superman dan Clark Kent pun macam tak ada. Apatah lagi emosi Clark Kent ngan Lois Lane macam tak ada apa-apa tapi suddenly leh cium mulut.

7. Filem ni buat aku lupa yang Superman ini alien rupanya. Dan planet asal Spiderman ini macam familiar sangat. Cerita apa ek..?

8. Kat planet Kryptonite cuma ada satu brand baju yang berhuruf S di dada sahaja. Plus aku rasa filem ni lebih kepada Kryptonite berbanding Superman dan aku suka idea tentang planet ni bila sistem masyarakat ini ditentukan secara genetic so penjahat cerita ni bukan penjahat sebenarnya. Dia sekadar dah ditetapkan dari genetik apa matlamat dia hidup.

9. Ending ni kita dapat tahu macam mana dia bekerja di Daily Planet cuma part yang tak best bila Lois Lane awal-awal lagi dah tahu yang dia ialah Superman. Rasanya kalau ada sequel then pasti ada watak Lex Luthor. 













Cerita ni best dan berbaloi untuk tengok dua kali atau lebih di pawagam tapi jangan buat benda tu kalau ko ialah penganggur yang dah setahun setengah tak bekerja. Dan itu aku merujuk diri sendiri. Wakaka.


Sunday, June 9, 2013

Langit Nan Gelap A Book Review

Biasanya before aku nak beli mana-mana novel tempatan then aku buat research dulu. Aku cari-cari review pembaca lain tentang buku tu. Tujuannya bukan untuk aku tahu macam mana ending cerita tu ke etc tapi sebaliknya sama ada berbaloi untuk aku aka seorang penganggur menghabiskan RM20 untuk buku tu. Tapi ada masanya aku tak sempat buat research dan terus beli sehingga mengakibatkan buku tu sekadar jadi bahan untuk aku hantar ke pusat kitar semula jer. Hmmm..


Sama seperti Langit Nan Gelap oleh Resmanshah ni. Memulanya aku suka tajuk dan genre seram yang dibawa so aku search on internet. Rata-rata kata bahawa buku ni sebenarnya ialah seram komedi. Dan ditambah pula ia adalah antara buku bahasa Melayu yang quite hangat dipasaran so sampai kedai aku terus sambar satu.

...

Korang pernah baca majalah Ujang tak? Aku tak pasti sama ada ia masih wujud lagi tak sekarang ni. Dulu abang-abang dan kakak aku selalu sangat beli majalah komik tu. Aku just tukang bacanya jer. Dan salah seorang pelukis yang aku suka ialah Lambok sebab lukisan dia tentang cerita hantu tu sangat dark dan realistik tapi sebab komik Ujang ni ialah bergenre lawak so cerita hantu dia akan berakhir lawak tahap sengal. But still kita akan suka gak.

Baca novel ni sama je mood baca kolum lukisan Lambok dalam Ujang. Ia bermula dengan adegan seram yang melampau tapi bila ending then ia di-spin jadi lawak. Baca cerpen pertama memang kelakar. Baca cerpen kedua then rasa dah a bit imun but still ada unsur humor lagi. Baca cerpen ketiga dan seterusnya dah boring habis sehingga kau hilang mood nak membaca. 







Lejen Press ialah satu jenama buku independent yang boleh dipercayai. Aku ada 4 novel by Lejen before. 2 dari Nami Cob Nobbler dan 2 dari A.B. Hashim dan keempat-empat novel  tu sangat hebat.  Tapi bila baca Langit Nan Gelap ni buat aku tak tahu apa yang sedang berlaku. 











Kesimpulannya: kalau kau jenis orang yang mudah ketawa oleh lawak yang dibuat oleh Amir Rajalawak then buku ni memang sesuai untuk engkau. Tapi kalau kau jenis muka ketat dan perlukan lawak bijak then buku ni rasanya kau tak perlu toleh sikitpun. Hmmm..

Saturday, June 8, 2013

Ooh My Smartphone

Pada tarikh ni maka genaplah setahun riwayat umur handphone aku yang bijak bermodel Samsung Galaxy Note. Orang selalu kata yang smartphone ni terlalu fragile dan seriusly aku tak sangka ia boleh survive hidup bersama aku aka manusia extreme user. Aku masih lagi ingat hanphone Nokia Music Express 5300 aku dulu, belum sampai seminggu ia dah mencium tar jalan sehingga membawa beberapa kesan kecacatan kekal padanya. So aku jangka yang at least skrin smartphone aku akan pecah ke etc tapi ternyata yang handphone aku ni jauh lebih smart dari aku. Hmmm..


Apa yang aku suka pada Galaxy Note aku ni? 

1: Lukisan. Ia menzahirkan satu lagi cara menghasilkan kreativiti dalam diri aku. In case ini post pertama kau baca dalam blog aku so aku suka melukis tapi memula lukis guna Galaxy Note ni sangat menggecewakan ar. Tak macam yang digembar gemburkan dalam video promo. Setiap kali lukis hasilnya totally cam budak tadika baru belajar pegang pencil jer. Tapi as time goes by dan step by step aku makin suka hasil lukisan aku sehingga aku rasa lukis kat touch screen lebih enjoy dan mudah daripada melukis di atas kertas.

2. Kamera. Aku sangat maniac dengan camera sebelum ini. Dalam tahun 2011 aku beli 5 biji kamera baru tapi dalam tempoh setahun aku own Galaxy Note ni aku dah tak sentuh kamera aku lagi. Duh, lupa daratan betul aku. Tapi nak buat macam mana kalau kualiti gambar yang diambil guna smartphone ni rasanya kira boleh tahan gak ar. Even pernah ada kawan yang tanya kamera model apa aku guna untuk ambik certain pic tu then bila aku kata just kamera handphone then dia terkejut tak percaya. Hmmm..

3. Game. Dulu aku bukan orang yang suka main game di handphone tapi sekarang ni gamelah punca batteri aku cepat habis. Lagipun dulu games apa lah saja yang ada kan? Setakat Snake tu pun aku tak pernah lepas-lepas. Tapi sekarang aku download 16 games cuma aku main satu games je pun. Selebihnya setakat nak penuhkan handphone dan nak buat anak buah aku yang umor 2 tahun tu lepak lama-lama ngan aku je. Mungkin sebab game pada smartphone lebih interactive, lebih bijak dan punya grafik yang hebat.

4. Apps. Smartphone ada banyak applikasi yang hebat-hebat. Dari SMS percuma, Call percuma, graphic editor, code scanner, piano, al Quran, novel, komik, info cuaca, language translator, sky map, GPRS sehingga ke applikasi yang mengarut macam tambah misai, botak kepala, kucing bercakap etc. Ia totally sangat bijak dan memudahkan kerja seharian ar. 





Cuma setiap perkara tu mesti ada pro and con ar. Bab yang aku kureng sikit tentang smartphone ni ialah:

1. Bateri. Sejujurnya baterinya tak lah cepat sangat makan tapi sangat leceh untuk asyik-asyik nak charge setiap selang sehari. Bila nak pakai pun kena berpada-pada. Tengah syok-syok nak melukis tetiba tengok batteri dah 40% lagi tinggal so terpaksa berhenti. Tengah syok-syok ambik gambar then dah keluar bunyi warning kata batteri nak habis. Memang potong stim gak ar. Kalau difikirkan dengan fungsinya yang berat memang bersesuaian gak ar tapi kalau dibandingkan dengan handphone yang tak seberapa bijak yang leh bertahan seminggu tanpa charge then rasa tercabar gak ar.

2. Touch screen. Benda nama skrin sesentuh ni sangat sensitive. Aku jenis handphone masok poket seluar je then tetiba bila check rerupanya dah call orang untuk setengah jam or hantar sms yang tertulis @#!ds@s@~ banyak kali dekat orang yang sama or kita leh terdelete gambar, phone number or file penting. Or paling tak masa nak sms kawan then nak taip BARU jadi GARU etc sedangkan kalau handphone dulu-dulu tak payah tengok skrin pun jari ngan pantas leh taip tanpa kesalahan tatabahasa sikitpun kan?












Apa-apa pun aku sanga happy sebab bersama smartphone Galaxy Note untuk setahun yang lepas dan harap ia mampu bertahan untuk jangka masa yang jauh lebih lama lagi. Duh, aku tak ada kerja beb untuk setahun setengah. Huhuhu..

Friday, June 7, 2013

Gigi Palsu aku Patah

'Oooh seriusly..? Gigi palsu patah pun nak upload kat Blog gak ke? Dah tak ada benda lain lagi ke yang nak diceritakan selain gigi palsu? What next? Kucing peliharaan patah kuku or anjing yang berbunyi macam kambing ke?' Jawapan aku: WHAT EVER..!! Better aku tulis apa saja yang aku nak before kerajaan Malaysia kuat kuasakan peraturan kata semua blogger mesti berdaftar then baru leh blogging yang totally mengarut nak mampus. What next? Lesen untuk Facebook ke? Hmmm..


Waktu form 5 ni aku involve ngan satu self accident sebab memandu motosikal waktu hujan di hadapan gas station. Waktu tu aku patah 1 gigi dan 2 lagi terpaksa dicabut sebab longgar macam tarian hawaii. 2 minggu lepas tu aku dapat gigi palsu dan pada hari yang sama gak aku terlibat ngan kemalangan kedua apabila aku dilanggar oleh sebuah kereta. Kemalangan kali kedua ni bagi impak yang lebih serius apabila rahang muka aku lari, bibir pecah, bahagian antara jari manis dan jari hantu aku koyak, pergelangan tangan kanan aku retak dan .... aku kehilangan 3 gigi. Sehingga lepas tu kawan-kawan sekolah aku buat lawak kata next time kalau diaorang jumpa aku then mereka akan check berapa kali aku accident dan berapa banyak lagi gigi aku akan hilang. Hmmm..

Waktu ambik gigi palsu kedua ni, nothing happen (walaupun aku banyak kali lagi accident tapi tak ada penglibatan gigi berlaku) cuma waktu universiti antara tahun 2007 atau awal 2008 then ada sesuatu berlaku pada gigi palsu aku. Aku ada satu habit ni bila makan ayam. Aku lebih suka pilih ayam pada bahagian yang banyak tulang sebab aku suka makan tulang ayam. Waktu kecik dulu aku selalu gaduh ngan kakak aku sebab kami berebut nak makan bahagian ayam yang bertulang. Kalau aku makan kat KFC then biasanya pinggan aku sangat licin sebab aku makan ayam ngan tulang-tulangnya sekali. Wakaka.

Itulah satu hari ini tadi macam biasa aku makan tulang ayam dengan rakusnya sehingga tetiba ada bunyik KRAK..!! dalam mulut.Yap, gigi palsu aku patah. Tapi thanks goodness walaupun patahnya agak besar (1/3) tapi ia hanya pada part lelangit jer. Dan aku still boleh pakai sampai 2011.



Cuma perkara yang sering berlaku kepada pengguna gigi palsu (selain apa yang diperkatakan dalam iklan Polident iaitu rasa tak selesa bila makan dan sisa makanan terperangkap sekali dalam ruang gigi palsu adalah sangat benar) ialah apabila gigi sihat bersebelahan gigi palsu biasanya akan effected dan ia terdedah untuk rosak. Mungkin sebab ada ruang (as dalam iklan Colgate) yang membenarkan sisa makanan tersekat dan lama-lama ia rosak dan terpaksa dicabut. 


So sehingga tarikh hari ni aku ada around 9 or 10 (aku malas nak kira) batang gigi palsu dibahagian atas. 4 nya ialah gigi bersebelahan yang rosak akibat gigi palsu. Hmmm..







..



Hari ni tadi aku makan seperti biasa. Apa yang aku makan? Kacang. Dan tetiba aku rasa macam aku tergigit batu. Duh, batu dalam kacang? Rasa macam nak saman jer company kacang ni. Then aku keluarkan dari mulut then tengok pelik betul batu ni. Tengok betul-betul: Duh rerupanya ia gigi. Lagilah rasa macam nak marah bila jumpa gigi dalam kacang tu. Pengotor betul syarikat pengeluar kacang ni. Ada gigi manusia. Ni dah kira sama tahap jumpa cacing dalam coklat or tikus mati dalam roti or jari manusia dalam sos cili. Then entah apsal ada something pelik dalam mulut. Aku check guna lidah: Ceh, gigi palsu aku yang patah rupanya. Batal niat nak saman. Hmmm..

Sunday, June 2, 2013

Restoran Kelas F

Aku sangat cerewet bila masuk part makanan. Sentiasa ada saja yang aku akan komen setiap kali makanan masok dalam mulut aku. Aku bukannya tak bersyukur tapi semua orang pasti akan komen benda yang sama kalau korang berada di situasi aku. So most of the time untuk menggelakkan mulut aku membebel panjang so aku lebih refer untuk makan di fast food restaurant yang tak banyak songeh.


Apakah ciri-ciri yang boleh buat korang mengkelaskan satu restoran ni layak mendapat markah F aka fail? Ini ialah list aku:

Service slow macam siput
Kau datang restaurant tu dengan harapan kau akan dilayan secepat mungkin. Melainkan kau tahu yang kau datang pada waktu genting dimana seluruh kedai makan tu penuh then itu totally kes lain ar. Tapi masalahnya kau datang kedai itu, hanya ada beberapa meja saja yang berpenghuni. But still tak ada pelayan yang nak serve kau. Even lalat datang lebih awal berbanding waiter tu. Bila order dah diambik then masalah kedua ialah masa makanan tu sampai kat kau. Jangan katakan makanan, minuman pun ambik masa setengah jam gak nak sampai. Lebih sucks bila orang yang datang lambat dari kau dapat makanan lebih awal dari kau. Hmmm..



Kebersihan tahap tandas
Kita datang satu-satu restaurant ni bukan saja sebab makanan tapi juga untuk dapatkan service kedai tu sekali. Kau duduk kerusi basah, meja masih lagi penuh dengan pingan dan sisa makanan last customer, pekerja free hair dengan kuku warna warni, kat makanan ada rambut manusia, kucing liar mengiaw-ngiaw sambil tergesel-gesel kat kaki kita, lalat bermaharajalela terbang sana sini, gelas berminyak or ada kesan sabun lagi, pekerja pegang gelas kat bahagian jari dia tercelup sekali ngan air minuman kita etc. Hmmm..


Buku menu versus realiti
Hiasan kedai tu sangat tip top ngan tema yang tersendiri.  Fikir mesti makanan kat kedai ni hebat dan sedap-sedap. So buku menu diserahkan. Tengok nama dish hebat-hebat ngan gambar macam menyelerakan giler. So bagitau pelayan yang kita nak order itu ini. 15 minit berlalu then mamat tu datang balik ngan berbudi bahasa kata ‘Sorry bang, makanan tu dah habis’ so kita order makanan lain. 15 minit berlalu dia datang lagi ngan statement sama. Then tanya apa yang ada rerupanya hampir semua dah tak ada. Or paling teruk buku menu nampak hebat tapi bila makanan dah sampai: HANCUS..!! Hmmm..


Pekerja ke boss ni..?
Waktu boss ada then restaurant tu jadi 5 bintang tapi bila boss tak ada so mereka dah jadikan kedai tu as rumah mereka sendiri. Mereka duduk meja belakang ramai-ramai dan cakap kuat ngan gelak ketawa besar, bila kita panggil nak order then tak ada response. Panggil sekali lagi then dia toleh ngan muka marah.  Ngan penuh moody dia datang dan layan tak layan je kita. Bila part nak bayar lak tetiba kita heran apsal mahal sangat so kita suruh dia bagitahu harga satu-satu tetiba harga dia tadi terlebih RM2 dari harga sebenarnya. Sah, dia fikir restoran tu dia yang punya.







Semalam aku, bapak ngan Along gi satu kedai makan ni. Technically kami tak familiar dengan tempat tu dan kedai makan tu punya brand yang dikenali sebab ia dah ada 3 cawangan di Sarawak dan kebetulan ia adalah kedai makan pertama kami jumpa. Masuk dan tak ramai orang. Mungkin sebab semalam hari Gawai dan university tengah cuti semester (kedai tu area depan university). Hari sangat panas, kami haus plus lapar so kiranya tak ramai orang then ngan harapan semuanya datang cepat.

Unfortunately lalat lebih cepat datang kepada kami daripada waiter kedai tu. Based on helaian menu, 1/3 dah dilabel ngan sticker tulis out of stock. So kami order benda biasa-biasa ar: soto ayam, mee goreng ngan nasi goreng ayam dan 3 minuman. Secara logiknya air akan datang lebih awal. 5 minit tak datang. 10 minit tak datang gak. Sedangkan aku order Coke je kot. Tak kan ar masukkan ais dalam gelas pun ambik masa 15 minit gak..?

Minuman dah sampai tapi makanan tak gak sampai. Rerupanya pekerja yang handle bahagian air ialah lelaki yang termenung panjang belakang meja kami. Bila dia dapat order dari 10 minit sebelum tu dia tak buat apa-apa pun. Akhirnya minuman aku dan along aku dah habis. Dan waktu aku tertoleh ke bahagian kitchen. Satu order ni dah sampai (tapi bukan kami punya), dan waiter ni nak check something dalam makanan tu. Mungkin customer yang order tak nak sayur ke etc. Kau tahu macam mana dia check? Dengan tangan yang tak basuh, dia terus je selongkar mee tu macam ayam cari cacing dalam tanah. Duh, pengotor giler.

Soto ayam aku datang, aku makan then habis. Order Along aku belum lagi datang. Then mee goreng datang, bapak aku dah nak habis makan baru nasi goreng ayam Along aku datang. Itupun membuatkan kami moody bila satu persatu orang yang datang lebih lambat dari kami dapat makanan lebih awal. Ingatkan ambik masa lama masak tu kira special habis ar. Rerupanya sekadar nasi goreng kosong ngan ayam goreng yang dah sedia lama masak ngan timun potong sehiris ngan seculit sambal. Part mana yang ambik masa lama sangat ni..? Mengarut…!!












Aku totally tak cadangkan korang datang kedai tu. Kedai apa? Kopi O’ Corner cawangan Kota Samarahan. Hmmmm..

Saturday, June 1, 2013

KIL a Movie Review

Tahun ini merupakan tahun yang aku cukup banyak layan filem Melayu di pawagam (tolak masa aku kerja cinema dulu ar) dan 'banyak' untuk definisi aku tu merujuk kepada 3 buah filem dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Even kalau ikut perancangan aku akan layan 2 buah lagi filem Melayu di pawagam tahun ini kelak. Hmmmm..


Trailer filem ni dah keluar agak lama. Ia menarik perhatian aku sebab cinematografi dan jalan ceritanya totally berbeza dengan filem-filem Melayu yang tipikal. Tapi bila ia tak ada ura-ura nak keluar then aku fikir mesti sebab jalan cerita nak bunuh diri tu agak taboo dalam masyarakat kita so tayangannya digam or etc ar. Dan bila ada tarikh tepat nak keluar so aku happy ar.

Sinopsis:
Kil seorang lelaki yang nak bunuh diri. Dia dah ada beberapa perancangan yang ditulis pada buku nota dan papan hitam di dinding rumahnya tapi each plan tu gagal disebabkan dia tak berani. So one day ni dia terjumpa satu notis yang bagi tahu satu company bernama Life Action Bureau (LAB) menawarkan service untuk mereka yang nak bunuh diri. Selepas dia register then dia terjumpa ngan sorang girl yang akhirnya dia suka tapi masalahnya orang dari LAB tu dah start hunting dia. Hmmm..


Cerita ni berjalan dengan nada monotonous dan mendatar yang bersesuaian dengan emosi down pada filem ni. Tapi masalahnya emosi cerita ini tak stabil ar. Kil nak bunuh diri sebab kemurungan setelah emak dan adik dia mati disebabkan dia (ikut satu blog ni kata jalan cerita tu dah diubah. Sepatutnya emak dan adik dia bunuh diri gak so bawak dia cenderung untuk buat benda yang sama tapi LPF tak bagi lepas), dia anti sosial dan menyendiri kat tempat kerja dan social life dia sangat teruk tapi dia boleh berjenaka dan ramah dengan budak sekolah yang nak bunuh diri sebab lepas break up dan ngan girl yang dia stalk.

Itu belum masuk part lakonan Christina Suzanne dan Redza Minhat yang ada masa macam "Erk.. apa sedang berlaku ini..?" Emosi pelakon ada masanya tak sampai ar menjadikan emosi yang dibawak tu tak berjaya sangat ar. Watak mak cik India ngan Juliana Evans serta Hasnul Rahmat tu macam tak perlu kot. Then ada beberapa watak yang macam patung cendana tengah bercakap macam mak cik yang duduk rumah lama Kil dan wartawan hiburan tu oooh sangat macam budak sekolah dibagi skrip untuk berlakon. Ada 2 scene ni aku perasan yang kamera tu bergetar secara tak sengaja sama ada ditiup angin or oleh komuter yang bergerak. 

The great part pulak ialah disebabkan cerita ni bergerak diluar tipikal cerita tempatan yang asyik-asyik hantu, bohsia, gangster, rempit. Kalau tengok dari awal tu buat aku teringat tentang filem dan komik Jepun yang dark di mana orang yang nak bunuh diri tu gi satu biro rahsia dibawah naungan kerajaan yang akan membunuh orang yang tak berani bunuh diri. Tapi sayang sebab kita ni Malaysia dan kita tak menyokong aktiviti membunuh diri so ending cerita ini terpaksa ditukar menjadi happily ever after dan it look and sound so lame tahap cam tengok cerita Razak Mohidin je pulak.

But still kita akan berterusan tengok filem ni tanpa terdetik nak keluar dan menyelinap masuk ke hall lain disebabkan oleh Christina Suzanne yang cantik, Redza Minhat yang hot dan gandingan mereka berdua sangat comel tahap gwiyomi. Hmmm..

















Next tunggu keluar filem Hanyut lak. hmmm