Sunday, September 9, 2012

My Beautiful Skin

Setiap kali aku upload post tentang kulit aku that mean yang my psoriasis dah berada pada kitaran yang teruk. Pada waktu-waktu cam ni aku totally rasa cam aku sorang lelaki yang sedang datang bulan. Sebab ia totally melibatkan emosi yang sangat down. As aku kata yang setiap kali ia turn teruk then ia akan jadi jauh lebih teruk dari sebelum ni. Sekarang ni my Psoriasis dah ambik almost 80% of my body. Hmmmm


Kaki aku jangan kata lagi ar memang almost 100% effected. My pot belly pulak dah terbentuk satu peta dunia yang it neither Earth nor Pandora. Tangan aku plak cam ada rintik-rintik hujan berwarna merah yang terus melekat kat situ. Kat muka pun dah x jauh beza ngan tangan. Even kali ni buat pertama kali psoriasis tumbuh di atas bibir aku. Terasa pelik pulak bila bibir terasa keras cam ni. 

Aku tak tahu apa lagi yang nak dibuat. Ubat-ubatan yang sama aku guna dah imun pada kulit. Ia tak mengurang sikit pun. Dan last few day after Maghrib aku tetiba leh menanggis dan mintak satu perkara yang sejak otak aku cukup dewasa untuk berfikir, aku x pernah mintak doakan benda tu dari Tuhan. Aku mintak Tuhan agar jadikan aku normal. Sedangkan normal ialah satu perkara yang aku sangat-sangat tak suka. It seem like ia merubah diri aku. I'm proud to be a guy with Psoriasis.

Sekarang ia dah cukup teruk then what will happen next time ketika ia jauh lebih teruk dari ni..? Im jobless. Im will not be in any relationship. Aku tak ada duit. What next....?















Waktu aku keluar ke bandar tempohari aku dah cukup jadi bahan perhatian orang. Walau apapun cara aku guna untuk menutup kulit aku agar tak center of attraction sesapa but it fail. Dan cara mata tu memandang cam aku ialah pesakit AIDS or Kusta yang bebas dan bakal menjangkiti diaorang suka. Im tired and sick of this perangai yang totally crabby.













Tadi anak jiran sebelah datang rumah. Dia memang banyak mulot. Bila dia tengok kulit aku then terus dia cakap "Kenapa keluar ni? Dudoklah dalam bilik. Sembunyi. Kalau dah sembuh nanti baru keluar..." Aku tak kecik hati pon sebab kanak-kanak memang jujor bila bercakap. Dan apa yang dia cakap ialah apa yang ramai manusia dewasa luar sana nak cakapkan tapi mereka tak berani. Sebab manusia hanya mahu melihat kau dalam keadaan yang sempurna sahaja.













Aku berharap satu hari kelak aku akan jumpa manusia yang melihat sama seperti apa yang aku lihat. So mereka akan kata "Aj, you got the most beautiful skin I've ever seen...". Hmmmm

7 comments:

Anonymous said...

Correction, bukan " that mean" tapi " that means"....

Anonymous said...

actualy ive no words to comment ur post.Just thinking if im in ur shoe, maybe im not as strong u to live w that sickness. But i believe there's a reason y u. May good think hapens someday.

And anon kat atas nih, kamonlah..stupid giler kut.

MORIBAYU said...

salam


cuba kamu berhenti melawan.
biar sakit dan beban itu meranap diri kamu seadanya.
kerna ujian datang bukan untuk mencari jawapan.

serah diri pada tuhan.
kerna KUN FA YA KUN itu dicipta oleh-NYA.

..me cakap begini berdasarkan pengalaman.
dulu me pernah lalui ujian yg sama getir seperti kamu.walau rupanya berbeza.tapi ianya tetap membuatkan me menangis hampir setiap malam.
me mula mempersoalkan ? kenapa me menerima takdir sebegini.kenapa tak orang lain.kenapa tuhan bagi ujian ini..kenapa tak bagi ujian yg lain ?.

bertahun-tahun me mencari jawapan.

akhirnya me give-up.

me menyerah.hingga me doa pada tuhan

"Jika kamu mahu buat aku kalah..maka biarlah tersungkur kalah-namun jika kamu mahu buat aku menang,maka berikanlah hari yg terbaik untuk aku lalui.Aku bukan mahu kaya,hidup panjang..ataupun sempurna.cukuplah...sebuah takdir yg punya belas..".

dan hari ini.
bila melihat kehidupan yg me lalui.
lebih tenang dan lebih luas..dari dulu.

buat me percaya

Tuhan itu mendengar.
tuhan itu menjawab....


cuma



kita perlu diam sebentar

kalah




dan menyerah

dillataib said...


there is thing one thing that sums up about life,it goes on no matter what..

so,be strong n i do hope u get better soon.!

Aj Abdullah said...

Anons 1: Aku fikir-fikir mungkin dia ialah seorang pensyarah muda yang ambik master linguistik tapi mengajar masscom yang suka membetulkan kesalahan bahasa aku tapi kamu bukan dia. But still aku nak terima kasih sebab menegur.

Anons 2:Thanks for the support. Entah ar rasanya it happens pada semua orang kot. Ada masa mereka rasa mereka dah cukup kuat untuk menghadapi semua masalah tapi ada masanya cukup satu perkara kecil leh buat dia jadi seorang yang cukup lemah. hmmmm

Megat: Thanks banyak2 sebab ayat-ayat kamu yang sentiasa ada ketika aku memerlukan. Entah ar, rasanya aku dah lama berhenti melawan, berjalan pada laluan yang ditetapkanNya cuma may be aku belum cukup menyerah, masih belum mengabdikan diri sepenuhnya kepadaNya. hmmmm

Dilataip: thanks sebab support. yap, hidup kena terus walau apapun yang mendatang. cuma rasanya perlu rehat, lari dan sembunyi seketika sebelum leh kembali semula meneruskan kehidupan. hmmmmm

MORIBAYU said...

setiap malam..sebelum tidur.
me selalu berdoa.
untuk ibu ,abah , my adik dan semua umat.

malam tadi.










me masukan kamu sekali dalam senarai nama.
tapi..me sebut "AJ blogger".




harap ianya diterima oleh 'orang kat atas'.

Nizam Zahri said...

hAha AJ. aku lama tak bukak blog..

Suddenly.. Aku baru perasan ada habuk kat keyboard aku.. Aku sapu.. Aku bersihkan.. Aku cuba bersihkan.. Akhirnya aku biarkan habuk tu terus bermain di ruang udara..

Sebab aku tak setabah ko.. Menghadapi kehidupan yang tidak adil..