Monday, June 14, 2010

Innocence

Teringat zaman UNIVERSITI dulu saat zaman2 kita leh hantar SMS tru satu laman web ni. Second year second sem kalu x salah aku. Then ada r satu pagi tu ttengah aku nyenyak tidor ttiba dapat 1 mesej SMS dari UNKNOWN via web site tu. Msj tu dalam bentok serangkap lirik dari lagu INNOCENCE by AVRIL LAVIGNE. Keesokan hari dapat tahu dari BLOG sorang JUNIOR ni yang dia pon terima msj yg sama beberapa saat lebih awal. Sehingga hari ni still aku x tau apa motif or sapa yg hantar msj tu.. hmmm…



Sejujornya INNOCENCE ialah antara lagu nyanyian AVRIL LAVIGNE yang sentiasa menjadi EVERGREEN bagi aku. Kalu mood aku down then lagu tu (or mostly lagu by EVANESCENCE) r aku akan letak as SMS ringtone. Memang layan r. Secara keselurohan lagu ni ialah tentang feel of a moment yg leh bwat kita anggap everthing as baru dan penuh bernilai. Hmmm..

Dan antara semuanya aku paling suka ngan frasa ‘the little thing that makes life great..’ So itu r topic yang aku nak bawak kali ni. Hmmm…


Sebab aku ni jenis anti motivasi (aku x terima motivasi seharusnya datang secara teros depan2 melalui sorang motivator sebaliknya motivasi harus datang dari dalam diri) so sama gak ngan perkara2 laen cam moral values, kasih sayang dan etc. Sejujornya sekali lagi aku x paham apa yang aku sedang tulis ni. Cuma dalam bahasa mudahnya aku nak tanya pernah x perkara2 kecik bagi impact besar dalam hidop korang. Hanya one little thing yang bwat korang rasa dunia korang sangat great. Hmmm..


Yesterday entah kenapa hanya sebab 1 msj ni dari sorang kawan betol2 bwat aku rasa kerkesima aka terkejot dan tergamam. Ayatnya just sekadar ‘..kesian la ko pake moto . kelak ujan ka pa…’. Then aku pasti akan ada mulot jahat tanya ‘What so big deal with that statement?’. May be bagi korang ia sekadar nothing tapi bagi aku ia sangat bermakna. Mungkin sebab aku ni jenis yang sangat sukar untok meluahkan perasaan aku then dalam masa sama aku sukar untok terima perasaan orang laen gak. So bila dengar ayat ‘BAEK’ cam tu (yang dah lama x dengar) then aku rasa cam nak terima je ‘FEEL’ perasaan tu bulat2. Seolah2 perasaan tu sangat tulus and pure. Duh…


Sama gak cam kalu korang x minom buih teh tarik korang then korang letak kat minoman aku, or makanan yg korang x makan then korang letak kat pinggan aku or korang pinjam baju aku or korang letak tangan korang kat bahu aku or even kalu korang terima salam aku rasanya sangat2 bermakna dalam hidop aku..



Seolah2 korang derma darah korang ketika aku perlukan then aku dapat rasa dan kongsi setiap kehanggatan dari aliran darah korang yang bergerak dalam diri aku…





Cam mana perkara2 kecik cam tu leh bwat aku tergamam, dan rasakan ianya as something yg bwat my life feel great..







Then mulot jahat pon kata “This guy r FREAK..!!”



No comments: