Monday, May 31, 2010

Re-UNION

Ttiba last few day aku check kat FACEBOOK ttiba ada jemputan events. REUNION ssama bbudak sekolah menengah dulu. Ooh damn..



Entah kenapa aku x suka benda nama reunion ni. Memang r realitinya nothing big deal pon sekadar lepak2 sambil makan2 dan cakap2 tentang apa yang berlaku sepanjang 9 tahun lepas. Then akan ada yang kata

Aku dah kahwen. Dah ada 2 orang anak (yang second child dia ialah anak hasil hubongan ngan lelaki bukan laki dia sendiri). X ada kerja then may be plan nak tambah anak lagi. Dan lagi dan lagi ..

Aku kerja kat 1 company antarabangsa ni dan dah ada sebijik kereta antarabangsa bla blaa blaaa..

Aku dah lakukan seks ngan banyak orang then pergi sana sini kat luar dalam negara ngan si itu dan ini dan kereta aku dah tukar sekali lagi dan bla blaa blaaa (ini garenti kazen aku r)

Aku sekarang ambik master then plan jadi pensyarah kat universiti itu ini pasal banyak sangat tawaran dah menanti.. ya yaa yaaa

Aku dah bertunang

Aku baru kahween


Aku dah kahwen dan cerai dan kahwen lagi..







Then ttiba semua tengok kat aku yang selama 1 jam 55 minit tadi just senyom dan angok2 dengar cerita orang laen. Kedian salah sorang dari mereka pon tanya r ngan ayat penoh budi bahasa: “Aj, cerita r tentang hidop ko selama ni…”


So aku senyom r sambil dalam hati aku sumpah seranah pasal dia ttiba leh plak perasan kewujodan aku kat sudot meja paling hujong dan terbelakang sekali. Then perlahan2 aku jawab:

“Aku tak kahwen lagi. Bertunang pon belom. Couple pon tak ada lagi…”

Then garenti kazen aku akan menyampok tanya:
“Takkan couple laki pon x ada gak …?”

So aku tengok dia sambil tersenyom sambil tangan sebelah kiri aku sedang menunjokkan lambang lucah kepadanya dan jawab balik:

“Couple laki pon x da gak r, kazen. Plus aku x ada kerja tetap lagi. Still dudok ngan parents. And even harta paling mahal yang aku ada sekarang pon just kamera digital ngan hp NOKIA yang kalu aku jual balik dah x ada apa2 nilai harga pon…”

So aku dah target muka mana akan ketawa masa tu. Dan certain yang akan keluar suara “What such a statement. Looser sungoh beliau itu. Dulu kat sekolah bukan maen berlagak lagi. Asyik dapat nombor 1 then hujong tahon hadiah x pernah miss.. tapi sekarang x da life langsong…”



So saat tu lah aku terfikir kalu ada masa mereka menoleh kat arah laen, aku akan meludah satu-satu gelas mereka yang ‘cinabeng’ kat aku. Biar coke mereka bertambah extra buih.. wakaka…








Realitinya itu semua hanyalah imaginasi penulis. Aku x pedulipon kalu mereka nak kata yang aku ni masa sekolah dulu bukan maen pandai lagi, plus ada masa depan yang cerah ker, ciri2 kepimpinan yang tinggi ker or what ever ke tapi bila sekarang looser nak mampuih. Sukati diaorang r. (plan meludah tu may be still on kot)



Even realitinya aku sangat bangga ngan kehidupan aku sekarang. Setiap apa yang aku lalui sejak aku tinggalkan bangku sekolah tu: jatoh dan bangon aku, ketawa dan tangis aku dan setiap orang dengan pengalaman dan kisah suka duka yang menjadikan aku sekarang. Satu nilai yang tak terbayar oleh wang ringgit. Dan aku jumpa ramai kawan (yang sebahagiannya aku bergadoh ngan mereka) sepanjang 9 tahun yang lepas..


I wish that aku x nak pergi. Sekolah menengah dulu adalah saat yang kalu boleh aku just nak tinggalkan as my past yang kalu boleh aku x nak sentoh lagi. Tapi sebab aku dah janji yang aku x akan lari dari smua tu lagi. Aku perlu berdepan ngan semuanya. Then kat FACEBOOK’s invitation tu aku click status ‘may be’. Hmmmm…






So may be next Tuesday’s nite nanti aku akan ready untok diketawakan or mengetawakan orang2 yang jaoh ebih looser dari aku.. (dan ready minuman di ludah kembali)… hmmmm…

No comments: