Monday, May 31, 2010

Re-UNION

Ttiba last few day aku check kat FACEBOOK ttiba ada jemputan events. REUNION ssama bbudak sekolah menengah dulu. Ooh damn..



Entah kenapa aku x suka benda nama reunion ni. Memang r realitinya nothing big deal pon sekadar lepak2 sambil makan2 dan cakap2 tentang apa yang berlaku sepanjang 9 tahun lepas. Then akan ada yang kata

Aku dah kahwen. Dah ada 2 orang anak (yang second child dia ialah anak hasil hubongan ngan lelaki bukan laki dia sendiri). X ada kerja then may be plan nak tambah anak lagi. Dan lagi dan lagi ..

Aku kerja kat 1 company antarabangsa ni dan dah ada sebijik kereta antarabangsa bla blaa blaaa..

Aku dah lakukan seks ngan banyak orang then pergi sana sini kat luar dalam negara ngan si itu dan ini dan kereta aku dah tukar sekali lagi dan bla blaa blaaa (ini garenti kazen aku r)

Aku sekarang ambik master then plan jadi pensyarah kat universiti itu ini pasal banyak sangat tawaran dah menanti.. ya yaa yaaa

Aku dah bertunang

Aku baru kahween


Aku dah kahwen dan cerai dan kahwen lagi..







Then ttiba semua tengok kat aku yang selama 1 jam 55 minit tadi just senyom dan angok2 dengar cerita orang laen. Kedian salah sorang dari mereka pon tanya r ngan ayat penoh budi bahasa: “Aj, cerita r tentang hidop ko selama ni…”


So aku senyom r sambil dalam hati aku sumpah seranah pasal dia ttiba leh plak perasan kewujodan aku kat sudot meja paling hujong dan terbelakang sekali. Then perlahan2 aku jawab:

“Aku tak kahwen lagi. Bertunang pon belom. Couple pon tak ada lagi…”

Then garenti kazen aku akan menyampok tanya:
“Takkan couple laki pon x ada gak …?”

So aku tengok dia sambil tersenyom sambil tangan sebelah kiri aku sedang menunjokkan lambang lucah kepadanya dan jawab balik:

“Couple laki pon x da gak r, kazen. Plus aku x ada kerja tetap lagi. Still dudok ngan parents. And even harta paling mahal yang aku ada sekarang pon just kamera digital ngan hp NOKIA yang kalu aku jual balik dah x ada apa2 nilai harga pon…”

So aku dah target muka mana akan ketawa masa tu. Dan certain yang akan keluar suara “What such a statement. Looser sungoh beliau itu. Dulu kat sekolah bukan maen berlagak lagi. Asyik dapat nombor 1 then hujong tahon hadiah x pernah miss.. tapi sekarang x da life langsong…”



So saat tu lah aku terfikir kalu ada masa mereka menoleh kat arah laen, aku akan meludah satu-satu gelas mereka yang ‘cinabeng’ kat aku. Biar coke mereka bertambah extra buih.. wakaka…








Realitinya itu semua hanyalah imaginasi penulis. Aku x pedulipon kalu mereka nak kata yang aku ni masa sekolah dulu bukan maen pandai lagi, plus ada masa depan yang cerah ker, ciri2 kepimpinan yang tinggi ker or what ever ke tapi bila sekarang looser nak mampuih. Sukati diaorang r. (plan meludah tu may be still on kot)



Even realitinya aku sangat bangga ngan kehidupan aku sekarang. Setiap apa yang aku lalui sejak aku tinggalkan bangku sekolah tu: jatoh dan bangon aku, ketawa dan tangis aku dan setiap orang dengan pengalaman dan kisah suka duka yang menjadikan aku sekarang. Satu nilai yang tak terbayar oleh wang ringgit. Dan aku jumpa ramai kawan (yang sebahagiannya aku bergadoh ngan mereka) sepanjang 9 tahun yang lepas..


I wish that aku x nak pergi. Sekolah menengah dulu adalah saat yang kalu boleh aku just nak tinggalkan as my past yang kalu boleh aku x nak sentoh lagi. Tapi sebab aku dah janji yang aku x akan lari dari smua tu lagi. Aku perlu berdepan ngan semuanya. Then kat FACEBOOK’s invitation tu aku click status ‘may be’. Hmmmm…






So may be next Tuesday’s nite nanti aku akan ready untok diketawakan or mengetawakan orang2 yang jaoh ebih looser dari aku.. (dan ready minuman di ludah kembali)… hmmmm…

Friday, May 28, 2010

Anasir NAZIR

I got a cousin (second cousin realitinya tapi sebab first cousin aku always anggap as adik beradik pasal dah rapat sangat) bernama NASIR tapi post kali ni bukan tentang dia.



Everytime aku ajak sorang kawan ni kuar, bila masa aku kat luar rumah dia then pasti emak dia akan curi2 lihat kat tingkap rumah. Aku senyom dan tegor then dia balas balik tp still ngan aksi yang penoh mencurigakan dia akan teros lihat aku sehingga r anak dia turon dan kami berlalu pergi. Ia berlaku setiap kali dan berulang2 kali.

Sama gak kalu aku gi rumah kawan sorang ni. Aku lepak dalam rumah tunggu kawan ni bersiap then parents dia lalu lalang ngan muka masam (even aku tegor n senyom lagi) tengok aku semacam jer.

Even aku rasa kalu aku gi rumah setiap kawan laki yang aku lepak kuar then jumpa parents diaorang then pasti reaksi yang lebih kurang sama or may be lebih annoying and irritating akan berlaku..

hmmm


It seems like both of their parents anggap aku ni cam pembawa anasir jahat pada anak2 diaorang. Memang r kami lepak balik pagi2. Ada yang lepak kat kat luar rumah sambil rokok2 and borak2 sampai ppagi. Tapi masalahnya bukannya aku bawak anak diaorang gi mabok2 clubbing ker. Lepak pon sekadar tengok wayang, makan2, jalan2 shopping je r. Even ada kawan tu aku tolong bwat kerja parents diaorang lg and itupon mereka still x ucap terima kasih. Duh…


Memang r aku ni bukannya budak baek yang nak bawak anak diaorang gi jemaah kat masjid or dudok2 kat rumah diaorang ajar hal agama or kehidupan di akhirat ker. Cuma aku x akan ajar orang bwat benda jahat. Even kalu aku masokan ‘air setan’ kat dalam mulot anak korang pon, semuanya bergantong pada mereka nak telan or buang. Pasal anak korang tu bukannya umor belasan tahon. Mereka dah 25 ke atas. Even kalu anak korang nak merokok (kalu x merokok before r) pon aku akan halang.




Plus itu anak korang. Kalu betol ajaran korang kat mereka since dari kecik lagi then atas dasar tu aku yakin mereka akan kukoh pendirian. Dan pada masa tu mereka pasti x akan kawan r ngan makhluk perosak cam aku nih…



Then ttiba timbol persoalan dalam diri aku: abis tu kenapa anak korang still nak kuar ngan aku? Either dia pon sama2 makhluk perosak gak or dia perlukan seseorang yang dia x jumpa di rumah..







hmmmm

Wednesday, May 26, 2010

3D

Last night layan SHRIEK: The Final Chapter dalam bentok 3D. And kalu x silap ini first animation aku layan kat wayang. Walupon effect 3Dnya kurang berkesan sikit tapi mmg ada part yang leh bwat kita terkesima dan terdiam (even AZAN yang leh cakap 24/7 tanpa henti pon leh diam gak semalam).



Bab tu ialah pada masa SHRIEK dan FIONA tengah bergadoh semasa first anniversary babies diaorang. So then FIONA kata r kira cam ni “Ko (SHRIEK ni r) dah ada family yang sayangkan ko, kkawan yang sayangkan ko and even ramai lagi sayangkan ko cuma masalahnya sekarang ni Cuma ko sahaja yang x nampak..”

Kira hebat r statement tu. Plus bila fikir on what happens lately bwat aku terfikir “Hei, Im not invinsible anymore..!! Im somebody now” Why Im saying that? Sebab aku rasa kewujudan aku ttiba penting bwat orang2 tertentu. Mereka menghargai aku sehingga mengakibatkan aku rasa betol2 alive.


Im 3D now. Aku bukan sahaja boleh dilihat malah aku dah boleh disentoh. Dan aku dapat rasa haba dari semua. Gosh.. Im totally alive.







(then ada akan kata ‘Mamat ni gila di bawah pengaruh media masa yang sangat hebat sehingga dia leh fikir yang dia ada supernatural invincible power r plak’)







Then aku jawab ‘What ever…!!”

Sunday, May 23, 2010

Reason to Quit

Kalu korang tanya aku: a) Kenapa aku join form 6 dulu then jawapannya sebab aku x nak kerja. b) Kenapa aku masok universiti then jawapannya sebab aku nak lari dari rumah. c) Kenapa aku joins GEMS then jawapannya sebab aku nak lari dari masalah. d) Kenapa aku join PEMERKASAAN di Wisma Bapa sekarang then jawapannya….


Bila aku berhenti mengajar di LODGE dulu bwat aku terfikir sekarang betapa keputusan tu adalah looser sangat2. Im not even been there untok 2 bulan pon. Biasa r persekitaran baru perlukan penyesuaian. Then kalu aku kata reason aku berhenti hanya sebab umpatan dan gosip2 liar yang dihantar ke Mr CHAIRMAN memang aku rasa sangat bodoh r kalu aku berhenti. Even aku x join pon politik office sana lagi teros mengalah. Tapi realitinya aku berhenti sebab betapa aku sayang pada students2 aku. Then aku nak ada proper guru yang leh ajar mereka perkara yang aku x mampu ajar. May be that a good reason untok mengundor diri. Hmmm…




The same situation happen again. Aku rasa betapa aku perlu berhenti. Sekali lagi mungkin setahun yang akan datang aku akan kata betapa keputusan berhenti hanya kurang 2 bulan adalah keputusan yang sangat2 looser. Kalu aku kata gosip2 dan umpatan kakak dan abang2 seniar kat sana pada aku jadi reason untok aku berhenti sangat2 r lemah. Kat mana2 pon politic office cam tu memang akan ada. Kita Cuma perlu berdepan ngan mereka ni ngan cara bijaksana jer. hmmm..

Then aku aku kata aku x pernah bwat kerja ngan betol sehingga ada 1 ketika tu PENGURUS BESAR kena effect bila surat yang dihantar tersalah data. Orang yang baru kerja govern kuarang sebelas tahon ttiba data kata dia dah kerja start umor 2 tahun lagi (might sound funny tapi reality sangat sucks bila kena tegor by Pengurus Besar that day) dan aku yang handle and sent that letter. Sekarang kena handle beratos2 lagi application pekerja govern di Sarawak yang nak naek gaji dan pangkat. Prosedurenya mukan mudah pon. What if I make another mistake again and again. Besar wei tanggungjawabnya. Then pasti ada akan kata gak ‘Biasa r baru 2 bulan mana leh master in everything. Orang yg kerja bertahon pon x perfect mana pon..’.


Then aku persoalkan balik : When are the rite time untok berhenti? Selepas 2 tahon kahwen dan ada anak sorang or pada usia 58 tahun? Duh.. aku rasa tempoh 2 bulan adalah masa yang terbaek untok aku lihat bagaimana aku di persekitaran ni. Sama ada ia sesuai ataupon x. Dan aku x nak bazir masa aku yang ada. Kan…?



REASON TO STAY
CHIN dan PIZA (Pelajar praktikal KAUNSELING dari UNIMAS) tanya kenapa aku pilih PEMERKASAAN di JABATAN KETUA MENTERI. Jawapan dari aku bwat mereka terkejut. They don’t even think that reason adalah jawapan yang mereka harus dengar. Walupon awal2nya mereka kata reason tu x kukoh then bila aku jelaskan then mereka setuju. So as time goes by, walupon hanya dalam 2 bulan aku rasa aku dah fulfill the reason. So may be pada saat aku accomplish it so aku dah boleh berhenti dengan lega hati.

Dalam tempoh kurang 2bulan ni jugak aku temui kawan2 baru. Kali kedua aku rapat dengan seorang wanita yang aku anggap as kawan (yang harapnya x ada perasaan lain) selepas DIDI. Seorang wanita yang menjadikan aku lebih dalam memahami wanita (may be next post akan cerita tentang FIONA). Dan juga SALMIAH dan KURT HUSKY. Malah aku juga mulai mengenali WAN AZAN yang selama ini hanya wujud pada rupa dan nama sahaja.




















Lalu aku mungkin akan berhenti sebelum aku melakukan kesalahan dan kesalahan lagi melainkan akan ada seseorang yang berjaya menahan aku. Or may be benar kata NAZ, it it is in our genetic bila kami kata ya that mean ya and not even anyone can stop us..




Mungkin tertutupnya pintu ini, akan terbuka pintu lembaran yang baru.. Hmmmm…

Friday, May 21, 2010

knowingMeknowingYOU

Last Wed masa rehat lunch, aku dan WAN AZAN ngan baju office wear gi layan maen. Walupon reality dia jer yang maen n aku just penyokong tapi at the end of the session dia asyik itok (local dialect yang I do not sure translation dalam Bahasa Melayu standard). Dia asyik berkira nak bayar balik RM10 yang aku bayar untok maen bowling tu tapi aku plak x nak terima. So last nite dia ajak kuar tengok wayang n layan Mc D (tempat makan utama).


So malam tadi, masok je dia ke dalam kereta teros dia kuarkan 1 statement ‘Aku x pernah sangka yang kita akan keluar sama (sebelom ni memang pernah kuar sama tapi in group with other friend r) pasal aku fikir yang ko jenis yang akan keluar ngan kawan2 tertentu je”. Then jalan2 sekitar Spring sambil cakap2, kami lepak makan Mc D sambil cakap2, lepak kat Kuching Waterfront sambil cakap2, tengok cerita ROBIN HOOD sambil cakap2, and lastly lepak minom kat Benteng sambil cakap2. Dalam masa tu dia kuar statement lagi ‘Next time kita kena bawak kuar 2-3 kawan lagi tapi ada masa kalu perlu keluar berdua pon wokey gak. Best gak pasal ada geng yang ada persamaan dan leh faham dan ketawa pada cerita aku..”. Aku ketawa.


In realitinya statement cam tu memang dah kira cam tipikal statement yang aku sentiasa dengar dari mulot2 kawan lelaki yang kuar lepak bersama. Pasal before, mereka akan judge aku differently: before and after lepak kuar malam bersama. Before just kenal biasa2 then mereka fikir aku itu ini r tapi bila ttiba 1 malam mereka ajak lepak kuar malam (mostly atas alasan x da kawan laen yg free masa tu) then mereka akan ajak kuar lagi dan lagi dan lagi. Then lepak merokok kat rumah sampai 1-2 pagi etc. So standard words mereka ialah:

Aku x sangka akan kuar ngan AJ

Aku fikir AJ ni x mungkin akan nak lepak sama2 aku.

Aku x sangka yang kita ada banyak pesamaan.

Aku x sangka AJ akan nak dengar and share cerita ngan aku.

Bla..bla..bla…








Duh.. may be that why dalam keputusan LEONARD PERSONALITY TEST bagitau bahawa sifat aku akan sentiasa disalah anggap oleh orang laen. So it not fair to judge me tanpa kenal aku sebenarnya kan?


Cuma kekadang sakit hati gak r kalu ada yang guna alasan sebab kawan laen x free baru terfikir nak ajak aku r, or sebab terhutang duit n budi baru ajak kuar. Then bila dah lepak kuar ssama baru kuar balik statement ‘AJ, ko kawan yang baek r rrupanya. Menyesal aku x ajak ko keluar awal2 dulu’ yang seterusnya buat aku kata ‘ERK…’

Tuesday, May 18, 2010

Me & MY SHADOW

Semalam ada seorang kawan bertanya: ke mana hilangnya AJ yang dahulu? AJ yang sentiasa tersenyom dan ketawa. Dan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dan ketawa kerana senyumannya. Dia yang sentiasa memberi harapan dan kekuatan kepada setiap kawan yang memerlukan. Sentiasa ada untok jadi telinga untok mendengar setiap cerita mereka. Berkongsi jenaka dan cerita sedih bersama. Menjadi tempat untok mengeringkan air mata. Dan dia tanya lagi: kenapa AJ sekarang berbeza. Dia jadi cukop lemah…



Kemudian aku jawab. AJ yang ada sekarang masih lagi AJ yang dulu. AJ sekarang masih lagi ketawa. Ketawanya makin bertambah kuat. sekarang AJ dah mulai belajar untuk mengeluarkan emosi yang lain. Walau dia masih tersenyom tapi kita akan mudah membaca emosinya. Hanya melalui riak wajahnya. Dia tersenyom tapi kita tahu hatinya sedih. Dia tersenyom tapi kita tahu dia tersentoh. Dia tersenyom dan kita tahu betapa dia x ingin tersenyom dan betapa senyumanya itu cukop menyakitkan hati sesiapa yang melihat.

Mungkin sebab AJ yang dulu percaya bahawa dia boleh hidop sendiri tanpa perlu peduli tentang apa orang akan kata tentang dirinya. So he don’t believe in love (kecuali cinta sejati). He don’t believe in friendship. He don’t believe in any one. He just AJ yang mementingkan diri sendiri. He just accept everything people gave to him without turn it back to them. Lalu mungkin kerana itu membuatkan AJ yang dulu cukop kuat. Mungkin kerana pengalaman lalu membuatkan AJ sebegitu..







Tapi pada awal tahun yang lepas AJ asked his GOD for a favor. Dia x mintak TUHANnya untok sembohkan penyakitnya. Tapi dia mintak something else. He asked for a friend. Cukoplah hanya seorang kawan. Seorang kawan yang mampu menjadikan dia sempurna di sebalik kekurangannya.





Jadi 2009 adalah tahun TERBESAR untoknya. ‘THE BIG INCIDENT’ memang membuatkan dia benar2 jatoh. Benar2 kecewa. Jadi dia lari dan sembunyi. Dan pada waktu itulah AJ yang dahulu mulai berubah menjadi AJ yang kini. Semuanya kerana dia mulai percaya bahawa TUHANnya telah menunaikan impiannya. Dan kerana rasa percaya itulah menjadikan dia mulai berubah.






But still AJ yang dulu ada dalam dirinya. Dia masih lagi menjadi telinga untok setiap cerita tapi dia sendiri x pernah bercerita anything about him. Dia ingin bercerita tapi dia x tahu bagaimana. Dia ingin meluahkan perasaanya tapi still dia masih lagi diri yang x tahu cara memberi. So he still doing the same mistake berulang2 kali.















Then aku kata pada kawan tu: aku masih lagi merangkak untok memulakan semuanya dari mula. Jadi aku perlukan tangan yang mampu mengajar aku berdiri, berjalan dan seterusnya berlari. Then dia balas balik: Orang x akan beri tangan mereka melainkan kalau ko yang bagi dulu.









But I never gave my hand first…













*AJ ialah penulis aka aku

Monday, May 3, 2010

Prank FRIEND

Kalu korang layan Panggilan Hangit kat HOT.FM or Panggilan Kena Burn kat X-FRESH.FM (dah x ada lagi pasal Burn dah pindah station), WAKENABEB kat NTV7 ke or BANG BANG BOM kat TV3 then aku pasti korang akan layan giler karenah yang jadi mangsa. Bukan maen hebat lagi diaorang kena prank dek kkawan sendiri. Then soalan sekarang ialah what if suddenly korang kena prank.. leh ke korang ketawa balik…? Hmmm…


Selepas seminggu bercuti dari bwat apa2 kerja then bila balik office rrupanya kerja yang aku dah bwat a week before that still lom selesai. Bukan sebab KURT HUSKY or JULIAN x buwat apa2 kerja tp as usual sentiasa ada perubahan demi perubahan setiap hari pada kerja yang sama. Akibatnya banyak pembetolan demi pembetolan yang perlu dibuat b4 hari due date. Kebetolan hari aku masok kerja balik ni ialah hari BIG BOSS aka DATOK gi meeting so perubahan terbaru dibwat last2 minit. Mmg kelam kabot gak r nak handle itu ini dalam masa singkat shingga mengakibatkan perot jadi terlapar yang teramat bila kerja akhernya dah tamat.

So sekitar 11.30 cam tu turon r ke café ngan FIONA dan SAL (KURT dah hilang entah ke mana r plak). Lepas order ROJAK INDIA ttiba dapat msj dari kawan sorang ni r plak (satu building tapi laen tingkat r). Dia mintak nombor contact pejabat aku pasal nak bagitau 1 hal penting ni r. Aku bagitau r yang aku kat café so x da faedah r nak suroh dia call office. Ttiba ada call ni. Aku jawab r. Ayat dia pendek jer. Ppaham r yang telinga aku ni ada probs sikit so aku dengar something yg x best r. Lebih gratis, lom sempat aku nak kata apa2 ttiba talian terputos.

Then aku teros je keluar dari café tanpa peduli perot yang sedang lapar ngan order lom sampai plus kawan yang x tau hujong pangkal cerita tengok perangai semacam aku… Bila aku call his handphone x berjawab. Called balik nombor talian tetap yang dia guna called aku tadi pon x ada yang jawab. Duh.. Aku teros naik je tingkat office dia nak tahu apa kata kkawan yang kenal dia.

Sampai je depan office dia tengok dia wokey jer sambil sibok bwat kerja. Kalu boleh aku blah jer tp aku tunggu dia kurang busy layan senior office dia. Kot2 there are something hidden disebalik senyoman dia. Then rrupanya perkara penting yang dia nak bagitau ialah nak ajak aku makan ke luar. Dude…


WHAT DA FCUK..



Bila aku balik semula ke café, rasa lapar dah hilang. Dan order aku still blom siap lagi. Dan sorang kawan tu tanya: apsal muka aku nampak sedih? Plus yang sorang tanya: apsal muka aku nampak kecewa sangat? Hmmm…


GUYS,
Ko or memana kawan or family or sesapa yang aku kenal dan sayang.. kalau ada something happen to you guys, I don’t thinks that I can just let it go cam x da apa2 berlaku. What hurts you guys will effect me double or triple. Please do not pranks me with a jocks yang cukop pasti x akan bwat aku ketawa if anything happens to you.

Dan jangan kata something penting melainkan ia benar2 penting.













Balik dari kerja aku dikejotkan apabila EMAK bagitau yang FAIZUL (anak buah aku yang x jaoh beza usia kami) anak ANDAK accident last month dalam kemalangan x jaoh dari rumah di RENGIT. Dia bawak motosikal try untok elak berlanggar dengan kereta tapi terlanggar pokok plak. Tulang belakang dia patah so dia terpaksa makan dan berak terbaring atas katil jer. FAIZUL ialah relative yang agak rapat sebab kami selalu bermain bersama ngan KAK ILAH (kakak dia) ngan ANGAH (kakak aku) dan UDA (abang aku) masa kecik2 dulu kat rumah di BELAHAN TAMPOK. Dia seorang yang berbadan besar dan aktif tapi sekarang dengar beritanya dah jadi sangat kuros dan x leh bwat apa2 pon. Dan ianya bukannya pranks.