Imagine kalu korang tengah sakit ssangat ttiba ada r sorang makhluk tuhan yang kurang nilai etika dalam diri ni leh tanya satu soalan “Cam mana r rasa sakit ni?”. Dan cabaran utamanya sekarang ni ialah: cam ner korang nak jawab soalan dia tanpa perlu menghentakkan kepala dia ke dinding terlebih dahulu?
Tadi secara x sengaja aku terbukak r satu web page sorang kawan ni. Dia sakit. Memang r start dari bkawan ngan dia lagi aku dah tahu dia ada sakit tu. Cuma ayat yg dia gunakan dalam page dia bwat ia nampak lebih gramatis r. Dia mengeluh. Sejak kebelakangan ni dia selalu ke klinik pakar untok rawatan. Dia takot dia akan sambot raya pon kat dalam wad kang.. hmmm..
Dalam hidop aku ni ada bberapa perkara yang leh bwat aku jadi ‘sangat bodoh’ (selain math and chinta) antaranya iaitu bila orang yang aku sayang (including kawan) menanggis or sakit. Hmmm..
Soalan Bonus 01:
Bila last time korang jatoh sakit and kesakitan apa yang paling menyakitkan bwat korang? Tumboh jerawat? Hmmm, boleh masok list kot. Kalu bagi aku, aku cuma x sakit sebelom aku umor 2 tahon and that mean start dari usia 2 tahun sehingga 24 tahon sekarang ni ialah tempoh aku sakit dan saat2 itu adalah tempoh yang paling menyakitkan. Noktah.
Soalan Bonus 02:
Apa dan di mana korang boleh lihat diri korang dalam tempoh 5 or 10 tahun lagi? Ramai dah fikir macam2. Teringat bila soalan yang sama pernah ditanya oleh sorang trainer smasa di GEMS. Ttiba bwat mata aku berkaca sekejap. Aku x dapat lihat di mana aku pada masa tu. Atau mungkin aku x mahu lihat masa depan yang aku sendiri sudah tahu penghujongnya. Noktah.
Technicallynya aku dah baca bukan setakat 1-2 artikel saja tapi banyak. Dan bila kesakitan yang sama aku rasa sekarang bwat aku cukop yakin masa depan aku. Sakit aku yang tak ada ubat. Ramai yang sama menghidap penyakit yang sama dah terbaring saja. Kaki mereka dah tak berfungsi tapi rasa sakitnya masih ada. Sakit seperti ada sekumpulan anai2 yang banyak sedang membuat sarang pada kaki aku. Bergerak. Bergerak dan teros bergerak. Ia bwat aku cukop sakit berdiri. Bwat aku sakit ketika dudok. Bwat aku rasa sakit setiap masa. So kesimpulannya aku sekadar menunggu masa. Masa untok aku sekadar terbaring.
Teringat in my early zaman keremajaan, I always cried and blamed God sebab jadikan aku berbeza dari yang laen. Sebab waktu tu aku malu sebab aku berbeza dan aku marah bila orang x boleh terima perbezaan diri aku. Realitinya aku sendiri pon x boleh terima diri aku. Dan aku pernah mintak pada tuhan agar pendekkan umor aku sebab aku dah x mampu tanggong kesakitan yang sama berulang dan teros berulang. Coz it nothing so cool kalu terpaksa pergi bwat check up seminggu 3 kali ke hospital dan each of check up perlu bwat ambik darah untok pemeriksaan and perlu telan berbelas pill setiap hari. It totally suck...!!
Family aku terutamanya my mother sangat2 protective. Mungkin x ada apa2 unsor luaran laen yg boleh menyakitkan aku yang dah sedia ada sakit so dia x nak ada unsor dalaman yg akan menjatohkan aku dan menjadikan aku lemah. Dan as usual aku akan langgar kata2 emak. Aku berkawan ngan group of guys yang akhernya menikam aku dari belakang dan bwat aku betol2 jatoh. Bwat aku x ready untok jalin apa2 serious relationship.
But as time goes by, aku mulai menerima diri aku sedikit demi sedikit. Dan kemudian aku boleh terima orang lain sedikit demi sedikit. Sehingga satu ketika bila masa aku nak pindah ke rumah sewa sebab seorang kawan ni then mak aku tanya 1 soalan balik kat aku “Sejaohmana aku sanggop berkorban untok kawan dan sejaohmana kawan aku sanggop berkorban balik untok aku?” Aku just tersenyom. Mungkin sejarah akan berulang. Atau muingkin x.
Sama seperti bila Loong, seorang kawan tanya kenapa aku still nak ikut aktiviti lasak semasa di Damai dulu kalau aku sendiri tahu ia menyakitkan aku. Sedangkan aku boleh sekadar just dudok. Waktu tu pon aku cuma tersenyom. Sebab aku nak try everything as long as I can. Sama cam aku still merokok, minum kopi, makan coklat, tomato even tho aku tahu semua tu bagi effect terok pada aku. Semua sebab hidop hanya sekali. Sebab aku x pasti pada usia bila aku akan menghadap pencipta aku tapi suatu ketika sebelom tu aku cukop pasti aku x akan mampu berada pada keadaan yang sama seperti sekarang ni. Mungkin next week, nest month or next year.. no body know.. At least pada masa tu, aku ada kenangan yang boleh aku tersenyum sorang2 kelak.
Buat anda, anda, anda dan anda yang sedang membaca. Setiap orang pasti akan mengalami kesakitan. Jangan sesekali mengeluh. Ada English phrase yg kata ‘Look at the Sun then you will never saw shadow any more”.. Sebagai Islam, tuhan menjanjikan bahawa setiap kesakitan itu menghapuskan dosa2 dan mengurangkan hukuman hari kemudian. Aku percaya.
Dan tuhan jadikan kita wujud di dunia ni bersebab. Kan?
Dan aku teringat balik kata2 mak aku masa aku darjah 4 “Kalu kita gembira kita kena share pada semua then rasa gembira kita akan berganda2. Tapi kalu kita sakit, kita kena simpan sorang2. Sebab kesakitan yang dikongsi akan buwat kita menderita berkali ganda terutama bila dia terpaksa berkongsi rasa derita yg sama…”
…
Then dia still bertanya “Cam mana r rasa sakit ni?”.
Dan aku jawab “Ia x sesedap cam makan ais krim perisa vanilla..”
Wednesday, September 16, 2009
Sakit
Post kali ni bukan publicity murahan untok diri aku tp untok promote dunia bahawa semua orang berhak untok gembira walau sehebat mana derita penyakit yang mereka alami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
2 perkataan tuk posting ni:
1:puitis (betul ke eja..haha)
2:sabar.
hadapi hidup dalam keberkatan..semoga perjalanan hdp ini seindah mentari menyinar dikala pagi hari, sesegar embun membasahi dedaun hijau...
aku plak yg nak bersyair2..haha
aida:
vanilla ROCK...!!
razy:
cam tu kot ejaan puitis
PLUS ternyata ko adaptasi kesusasteraan dalam hidop sharian ko r
tapi eskrem vanilla tak sedap..
ske coklat..hee..
selamat hri rayer ye..
moga rayer ini lebih bermakna ye encik apple juice..
Life is hard..
walaupun hard.. i know u'll get through..doa lah sama2.. insyaAllah..
Post a Comment