Friday, January 30, 2009

Made by mistake

Ada 1 masa 2 aku gi kenduri kawen salah sorg kazen. Agak terkezot bila dpt tau yg dia rrupanya kahwin atas dasar pilihan keluarga. Dia x kenal sangat pon siapa yg dia bakal kahwin 2. Aku rasa cam dia x bebas untok bwat kputusan sendiri. Ada 1 mutiara kata dari sorang cendiakawan barat (yg aku x ingat nama dia) bagitau: Kebebasan ialah apabila seseorang boleh membuat keputusan untok memilih sesuatu yg salah

Aku selalu berdiri dgn prinsip ‘HIDUP ADALAH TTG PILIHAN’. Dan ada sorg lagi cendiakawan Barat (yg pon aku x kuasa nak ingat nama dia) bkata: lelaki ialah makhluk yg cukop pandai bwat prinsip dan cukop selalu melanggar prinsip yg dbwat sendiri. So stiap pilihan yg aku ambik (yg aku rasa amat betol bg aku) berakher ngan sebaliknya. Aku x sedar sejak bila tp cukop pasti aku dah bwat benda ni lama lagi.

Aku x sepatotnya amik course safety n health ni. Aku spatotnya amik something yg leh mencabar kreativiti aku (bak kata Uda). Aku amik ni pasal aku beranggapan aku jenis more to technical. Tp bidang ni penoh ngan dokumentasi, report dan report.

Aku x sepatotnya amik course linguistic dulu. Aku sepatotnya amik something such masscom, graphic, art etc. Aku amik ni pasal aku nak lari dari rumah dan cari kehidopan baru yg jaoh dari bayangan hitam lepas. Last2 aku sedar bidang ni terlalu banyak teori dan x dpt adapt ngan kehidopan.

Aku x sepatotnya amik form 6 dulu. Aku sepatotnya teros amik course graphic kat kolej swasta 2. Tp aku amik ni pasal aku x nak kerja. Last2 aku bazirkan 2 tahon x bwat apa2. Aku datang ngan rasa marah dan benci dan aku keluar ngan rasa yg sama.

Aku x sepatotnya amik aliran sastera masa sekolah dulu. Aku sepatotnya amik tawaran 1 sekolah aliran sains dulu pasal result aku cukop bagos masa PMR. Tp aku still kat sekolah 2 pasal aku rasa aku dah jumpa kawan terbaek yg boleh sehidop semati bwat kerja gila2. Last2 aku kena tikam dr belakang, pelajaran aku tungang langang dan aku mulai membenci.

So kesimpulannya apa yg boleh kita belajar hari ni (slain dari sikap aku yg suka mengeluh): AKU X ADA CITA-CITA. Mmg tipu r kalu aku kata aku x ada cita-cita tp kalu kerja kat kedai buku, kedai cd, kedai barang antic, mc d 2 leh kira as cita2 gak ker? Dan sekali lagi ada sorg cendiakawan Barat (yg haram jadah aku x tau nama dia) bagitau: manusia yg x merancang masa depan ialah manusia yg merancang kegagalan. So atas semua kesalahan yg aku bwat sepanjang apa yg brlaku sebelom ni bukan berlaku sbb tersalah bwat pilihan tp pasal aku x ada garis panduan yg aku leh jadi petunjok arah mana aku patot pergi aka aku x ada cita2. So aku perlu tanam 1 cita2 b4 terlambat. b4 aku bwat pilihan yg salah lagi pd masa dpan. Then dgn tentuan tuhan, InsyaAllah kita akan berjaya. Tamat

Dan akhir kata sorang cendiakawan yg bernama David Frost (tau r nama dia) berkata: Don’t aim for success. If u want it, just do what u love and believe in and it will come naturally. Ayat giler punyer cantik tp then ttiba ada masalah baru plak muncul: apa yg aku suka bwat? Duh kalu ada then aku x yakin r. Boleh plak..








Dan x lupa mak jah (jiran enche Isyraf) pon ada kata: bwat yg terbaek dlm apa jua nanti akan ada sinar. Huuu… baek betol r mak jah ni. Siyap leh bagi mutiara kata lg.. slamat x bagi mutiara naga skali...
Lupa plak ttg kazen aku yg aku bagitau awal2 tadi. Skarang dia sangat2 happi ngan pasangan dia. skarang dah ada sorg anak dan sorg dlm kandungan. Duh..!!

2 comments:

razy san™® said...

kalo everything ko war are made by mistake...ko x bsyukur tu...jgn pndg sempit ke-arah pe yg ko nk kecapi...think outside the box..byk bnda kt dunia ni made by mistake...tp jgn kita mnyesal sbb sume tu ketentuan Tuhan(dh mcm ustaz la plak ak ni...hhaaha)..amin

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

Fuyoo... aku rasa ko bukan razzy r, someone else type comment ni guna komputer ko yg razzy sbenar lupa nak signout or kursos kawen dulu 2 dah brainwash razzy sebenar punyer otak...!! kui3