Tuesday, December 30, 2008

23 Years Old VIRGIN



Hari ni NENEK aku bwat pembedahan. Awal pagi semalam, mata dia keluar darah. Dan kebetolan kelas aku dbatalkan so aku berada di hospital sampai jam 6 pm. Dia sangat2 keletihan. Dan ramai gak sedara mara yg datang. Dan antaranya KAZEN aku 2. Then kami keluar dan cakap2. Aku x nak ungkit apa yg dah dia bwat ari tu. So kami cakap2 ttg apa yg belaku sepanjang tempoh lepas. Dia as usual cerita ttg kerja dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia (ini bukan typing error tp mmg sengaja buat penegasan) & ttg skandal dia, ttg skandal dia dan ttg skandal dia.

Then satu bab dia tanya ttg status sorang kazen kami yg kerja as doctor specialist. Jawapan aku pendek: DIA GAY. Pasal apa aku tau? Hari tu dia bawak ANAK IKAN dia pergi tempat kerja dan belaku 1 incident yg mmbuatkan belakunya syak wasangka yg jelas lagi nyata. GOTCHA..!!

Pas 2 kazen aku bgitau r plak cerita ttg salah sorang UNCLE kami ni yg bwat aku ketawa kecil. Dia penah bwat hubungan ngan antara mamat paling MACHO kat kampong. Bab yg bwat aku ketawa ialah mamat 2 ialah ANAK CIKGU yg kami kureng suka kat sekolah dulu. Dulu bangga kat anak sangat then br tau yg anak dah kena COP.

Even budak LOOSER yg x pernah bjaya untok ada couple masa sekolah dulu (kawan baek aku gak r) pon baru hilang teruna tahon ni ngan sorang mamat (yg kira looser jugak r) dlm aksi 1 nite stand. Wakaka..

So kesimpulannya: cuma aku satu2nya budak llaki yg still teruna pada usia 23 tahon. Cis.. LOOSER..!! Dan untok kazen2, kawan2, uncle2 aku yg dah bwat sekali dan nak lagi tu.. aku nak bagitau yg aku still hormat korang x kira apa pon pilihan yg korang bwat. Walaupun aku x menentang tp still aku x menyokong. Plus untok MIZZ DIDI, sori r pasal aku mungkin akan tolak balik isu OPEN DOOR dulu 2 r. Im still straight. Totally so sure..!!(dan aku akan pastikan ko orang petama yg aku bagitau kalu aku nak berubah jadi queer or saat2 hilang teruna kelak wokey)


Then kazen aku akan kata the magic words ‘Ko x kan x ada cinta hati kot. Ompuan ke? Llaki ker?’






Aku malas nak layan soalan berulang...!!

Sunday, December 28, 2008

Good bye Disember

26 hb adalah ulangtahun ke 4 bagi fenomena TSUNAMI. Masih ingat masa tengok TV3 pagi hari 4 tahon lepas, belaku gegaran kecil di SELANGOR then petang sikit dah heboh ngan TSUNAMI yg belaku di ACHEH, SRI LANGKA dan ETC termasok r PULAU PINANG (dan LANGKAWI tp issuenya disembunyikan atas sebab2 tertentu). Then masa masok U kenal sorang kawan ACHEH (yg turut kehilangan sebahagian besar ahli keluarga) yg kongsi becerita dan sangat baek iaitu ODAN.

Semalam pulak NENEK aku (adik DATOK aku) masok WAD setelah beberapa hari sakit mata yg teramat sangat. Sorang SEDARA aka juga seorang PAKAR MATA bagitau yg ada tumboh nanah dlm mata dia dan nanah tu dah pecah. Dan kalau keadaan terok mungkin anak mata perlu dibuang. Duh..!! so dah 2 hari ni aku ngan ABOK (mak cik aku aka anak angkat NENEK aku) handle urusan itu ini. Mmg letih. Semoga x ada apa2 yg terok r belaku.

Hari yg sama gak birthday UDA aku (ya kakak ipar, dia suami anda) yg ke 26. Emak aku sepatotnya tahankan kandungan dia selama beberapa hari jer then dia akan jadi setahon lebeh tua. Akibatnya UDA aku akan sentiasa kata dia masih muda pasal lahir akher DISEMBER dan aku tua pasal aku lahir awal JANUARI. Huh…!!

Hari ni ttiba kaki jadi sangat sakit sampai tulang temulang. Huuu.. Tp nak x nak banyak gak urusan hospital yg perlu dbwat. X lupa bapak aku kata yg cousin aku (ya DIDI, budak tu) dah balik. May b next issue aku akan ungkit ttg cousin aku 2.

Esok tahun baru Islam: 1430 HIJRAH. Then tahun baru MASIHI: 2009. Duh...!! Dah tambah 1 angka lagi pada usia.



p/s: kamera aku dah rosak terok & hp aku pon rosak sikit. So aku perlu beli kamera or hp dlm jangka masa tdekat? ya..ya.. aku mmg akan beli kedua2nya sekali..

Thursday, December 25, 2008

Keris Mas

Untok semua rakyat dunia yg paham Bahasa Melayu, aku nak wish korang Selamat Hari Kristmas aka Hari Natal. Ingat masa dudok flat Polis Sarikei dulu sambot gak r hari Kristmas. Masa 2 jjiran banyak Bumiptera yg mostly balik kampong masa Gawai jer. So diaorg sambot Kristmas kat flat r. So jalan2 r satu family gi kat rumah jiran2 Kristian. Skarang walopon ramai gak kkawan Kristian tp still x gi rumah diaorg. Cuma leh wish tru sms jer...

Tuesday, December 23, 2008

SHIT

Mood sekarang sangat2 down. Entah apsal, sejak semalam smua benda bwat aku nak cakap ‘Shit..Shit..Shit’ jer all the time. Start ngan pagi hujan, kelas plak pengajar yg dah tua + jenis yg otak sempit + asyik kata2 dia jer yg betol + nak salahkan aku jer stiap masa, elaun plak masih blom masok. Bukan maen banyak lagi alasan2 baru dia bg. MOF belom bg cek r. Ketua gi Sabah r. Ttiba cek dah ada then ttbila cek lom bg lagi. Apa kes ni? Motosikal entah apsal ttiba bwat pasal plak.

Then fikir nak layan movie r kot2 leh hilang stress tp kat dlm wayang plak ada r GENG MAMAT2 SIAL (waktu cam ni r br aku rasa cam sangat mmerlukan miss DIDI) bising bwat wayang 2 mak bapak dia punyer. Ada 1 ayat psikologi yg slalu pnsyarah aku guna. RASA KUAT DLM KUMPULAN. Kalu ramai rasa brani r tp kalu ssorang jadi BODO. Nampak sangat r diaorg penakot layan crita HISTERIA pasal 2 r bising2 x tentu pasal.

Then aku layan Mc D tanpa fikir PLAN DIET (psl tgh giler emo). Kulit aku plak dah makin terok. Kaki dah kering dan bengkak. Kat leher dan muka dah ada tanpa tumboh sakit baru. Tahap stress makin naek…!!

Ari ni pak cik pengajar tu bwat kenyataan yg hampages r cam dia tau semua + dia r yg paling betol + penoh mengalaman d dada tp cakap omputeh pon tungang langang + lawak jenis org tua kamiorg langsong x ketawa tp still dia ktawa stengah mati. Tiap kali dia tanya soalan, malas aku nak jawab panjang. Just cakap ngan nada sengal ‘saya x tahu, pak aji..!!’ (eventho dia blom naek haji lagi pon). 1 kelas hangin gak kat dia tp still leh sabar. Even ari ni ada sorang mamat ni ttiba bwat pasal ngan aku… Ar…………!!



KeSIALan yg berpanjangan…

Friday, December 19, 2008

Jobs and career


Tadi Uda called, as usual dia akan cakap dan cakap (ya, kakak ipar, suami anda sedang membebel panjang). Sekali lagi dia persoalkan sama ada aku tetap dgn pilihan kursus aku pilih ni. Dia cuma kata ‘dia x halang aku amik kursos ni as kerjaya tp dia lebih yakin ada kerjaya laen yg jaoh lebih sesuai dgn aku kat luar sana..!!’.

Dia kata perbezaan besar kami ialah: aku kreatif dan dia pandai cakap. Dia kata aku boleh cipta something great hanya dari sumber yg terhad. Dan dia x nak wat happened pd Along dan Angah belaku jugak pd aku. Aku paham. Mmg dlm adik beradik cuma Uda saja yg x lahir ngan otak seni. Tp sekarang Mereka dah behenti. Semua bakat yg ada dah hilang. Hilang selepas penat bekerja. Hilang selepas sibok ngan anak2. Dan Uda x nak kalu dah bwat pilihan yg kurang sesuai, apa kelebihan yg aku ada akan hilang. Tp nak x nak kena trima gak yg sejak habis U, aku dah x sentoh kertas lukisan lg. Menulis pon ambik masa stengah jam dudok tanpa tulis apa2.

Uda slalu kata yg aku perlu carik kerja dari apa yg aku minat, dari kelebihan aku. Dia suroh aku amik designing, photography etc. itu mmg kelebihan aku. Tp still bila bab cita2 (yg aku x pernah ada sejak dari kecik lg) aku tdiam. Mmg r aku ada impian nak keja kat Mc D (then leh layan French fries hari2), kedai buku (leh baca buku free ari2), kedai jual cd (leh pinjam disc blue ari2. Ceh), kedai cenderahati, kedai barang antic etc.

Im searching 4 a career, not a job. A job is perkara yg kita bwat semata2 untok dapat gaji stiap hujong bulan. Aku x nak kerja kerajaan. Aku x nak dudok dlm office. Aku x nak tperangkap dlm aircond. Aku x nak kerja pakai kemeja dan tie. Aku x nak menghadap computer 24/7. Aku x nak bwat something yg rutin. Aku nak kerja yg bwat aku berpeloh. Kerja yg mmbuatkan kulit aku tbakar.

Uda cakap apa yg dia belajar dari pengalaman dia. Dan dia x nak aku alami benda yg sama. As dia kata yg dia dah tperngakap kat dunia 2. X leh nak keluar lagi. Dia dah 26 (bbrapa hari lagi), dah kawen, bakal ada baby. So dah ada komitment yg besar. Dan aku dah nak masok 24 (bbrapa hari lagi. Ceh) dan dia x nak aku bwat kesilapan. Dia nak aku carik something yg boleh mencabar kreativiti aku.

Aku mungkin x boleh nampak diri aku sendiri. Dlm cermin hanya ada pantulan. Mungkin dia nampak sesuatu yg aku sendiri x sedar. Tp aku nak kehidopan yg laen.

Wednesday, December 17, 2008

The Ignored by Bentley Little

Smalam masa tengah nak cucok kad kat RHB (rrupanya elaun still lom masok lg r) ttiba perasan ada sbuah kedai buku selang beberapa kedai. Masok r. mmg best. Tp psl kelas dah nak start then aku batal r niat nak lepak chill kat situ. Tp hari ni aku amik masa rehat lebih sikit. Setengah jam dlm kedai buku 2. Mmg syiok gile r. kedai 2 jual 2 nd hand book. Tp mmg siot r best. Then akibatnya aku beli 2 buah buku (walaupon duet dlm tangan dah makin susut). Tp buku 2 nd hand harga murah r. Cuma RM12 untok 2 buah novel. Besh r.

Aku start baca 1 buku dulu. Title ‘THE IGNORED’. Penulis BENTLEY LITTLE. Baca review belakang ngan first page cam best. Plus dpt pgiktirafan oleh STEPHEN KING lg. Then baca. Kesimpulan setakat 130 muka surat yg aku baca: SANGAT2 BEST. Buku fiksyen English yg paling best. Leh bagi 5 bintang. Korang kena dapatkan buku ni. Kalu korang fikir korang FREAK yg sangat cool n selesa as afreak, korang wajib baca. Pasal ia akan buat korang freaking goosebumps r.. dan membuatkan korang x nak behenti mmbaca..

Monday, December 15, 2008

15 th December



Sedar x sedar cuma tinggal kurang 2 minggu jer lagi tahon 2008 akan berakher. So 365-14=351 hari dah berlalu. Gosh cepatnya masa berlalu. Bila review2 balik, matlamat aku untok 2008, x ada 1 pon yg Berjaya. Duh. Gila looser.

No.1: Berat badan kurang 60 kg. Technicallynya aku dah bjaya mncapai tahap 59 kg pd suku pertama tp at the end tahon berat aku 70kg (may b pasal ari ni pulun 2 bijik ais cream psl kawan aku belanja). So start next year kena r jalankan plan DIET yg jaooh lebih drastik.

No.2: Behenti merokok. Zaman U dulu x da r terok sangat tp bila dah balik sini even bila dah start balik belajar kat PPKS ni, tabiat merokok aku makin terok. Aku azam nak jadikan last kotak as the final one tp ttiba ari nil eh beli lagi skotak. So akan try jadikan kotak ni as the last one plak..

No.3: PNGK 3.00 ke atas. Berakhernya zaman U mempelihatkan aku x bjaya menaikkan PNGK aku. Walupon setiap tahon PNGS teros naek dan naek dan naek lagi tp pasal dah sekali jatoh hingga nak mencecah angka 2 genap then keputusan dia: aku still konvo walupon x penoh gaya (bak kata bekas rumate terakher)

No.4: Mashurkan nama SAMUDERA. Cam x pcaya jer yg aku leh masokan TEATER SAMUDERA as salah 1 misi 2008 aku. Pegolakan demi pegolakan. X pernah sejook. Wat ever happen aku x akan lupa r kenangan bersama mahkluk2 kat dlm SAMUDERA ni. Tapi tahoon 2008 gak r penamat untok SAMUDERA.

No.5: Cinta. Ada r kuar date bbrp kali ngan sorang miss ni untok suku pertama 2008 tp at the end x bjaya. Then ada gak try mngayat sorang kawan lama ni, mmula layan r tp last2 tau yg dia dah ada balak. Ceh. Tp aku x amik pusing sangat r.

So, x ada 1 pon misi 2008 bejaya djalankan. Cuma tinggal 14 hari jer lagi nak mnjayakannya. Technicallynya misi nomor 3 & 4 mmg dah kuar dari list r.

Nak kurangkan 10 kg dlm masa 2 minggu? Mungkin guna kaedah sedut lemak, koma, or tperangkap dlm ruang tkurong tanpa bekalan makanan untok 14 hari.

Behenti rokok? Mungkin perlu tampal poste kesan merokok kat 4 muka dinding bilik (ceh, cam leh bjaya), putus psahabatan ngan kkawan yg merokok or sekat kemasokan rokok ked lm Malaysia (wakaka).

14 hari mencari cinta? (cam penah dengar r) x kan r nak carik couple smata2 nak memenuhi list misi jer. May b pasal 2 aku x amik serius sangat kot. May b pasal aku tgh selesa jadi BACHELOR. Then teringat kata2 cousin aku (yg hyper busy body + bangga ngan koleksi2 kekasih hati yg x tkira) yg akan sentiasa tanya n bagi nasihat tiap kali jumpa (or telephone):


Cousin aku: Dah ada couple blom?
Aku: Lom (nada mendatar)
Cousin aku: X
kan awek sorang pon x lekat kot?
Aku: x da (ketawa)
Cousin aku: Balak
ker?
Aku: x da r (ketawa lagi dan lagi)


May b aku patot amalkan dasar PINTU TERBUKA untok tahon 2009 kelak (dan miss DIDI pon mengilai ketawa).



p/s: ramboot aku dah tukar warna.. sekali lagi

Thursday, December 11, 2008

Imaginary

Dulu aku x fikir sangat bila budak kelas kata yg aku ni tengah ‘heng’ pasal amik ‘something’. Then makin lama makin ramai plak kata cam 2. SEBABnya pasal most kkawan ni jenis kaki minum r. Plus ada kkawan diaorg jenis layan that ‘thing’ r. Then bila diaorg tengok mata n cara aku senyum teros aku kena label ‘kaki heng’ plak. Then teros ada r yg kata aku letak that ‘thing’ dlm air mineral aku then aku leh betenaga dlm kelas yg mmboringkan. Plus ada plak yg bwat dakwaan yg kat rokok aku hisap 2 ada unsur 'best' selain tembakau. Wakaka. Rasa cam lucu plak…

Shinggalah minggu ni tadi, BOB aka SAIFUL RAHMAN aka PENGHULU KELAS ttiba bwat satu pengumuman kecil mngatakan bhw aku ni ada kawan imaginasi kat sebelah aku yg bernama JASON. Then pasal 2 r aku selalu ketawa n senyom dlm kelas. Ceh. Hampages r mamat BOB ni..

Aku x r sampai ada kawan imaginasi cam 2 r. Rasa cam FREAK semacam jer. Tp in reality aku punya imaginasi yg agak pelik2 sikit r. Such as aku caya ada ‘something’ jahat bawah katil yg tunggu masa tarik kaki aku (then bilik aku x ada katil), Clown r evil ssangat (pengaroh cerita IT), setiap pmainan n pkakas dlm rumah ada nyawa & perasaan n akan begerak dan cakap2 mmasing stiap kali kita x nampak or masa kita tgh tidor (wakaka..), dlm diri aku ada some power yg sangat dark n terpendam dan x tkawal shingga 1 masa kelak akan tekeluar (pengaruh cerita x-men), dan imaginasi seks yg telampau (kira imaginasi gak kan. huhuhu).

Such as EMAK aku yg kata kalu pmbinaan kabel (untok project cable car) dah start then kami akan pindah rumah pasal mak aku yakin gunong Santubong akan runtoh then kami akan kena timbos hidop2 (berinspirasi dari peristiwa tanah runtoh baru2 ni). Sama as dulu pasal tsunami, mak aku berimaginasi kami pon akan jadi mangsa gak. Nak bwat cam mana kalu rumah kami dah tepi pantai plus bawah kaki gunong.

Bagi aku bimaginasi adalah something yg x salah. Org yg hidop pd reality spenohnya tanpa imaginasi pasti hidoop dia sangat2 membohsankan. Tp jangan hidop ngan imaginsi jer dah r. So kesimpulanya: mineral aku bersih n rokok aku 2 Cuma ada bahan2 yg dibenarkan sahaja r.



p/s: bwat ssapa yg tau apa aku pernah ‘amik’ sebelom ni tolong diam2 je r.

Sunday, December 7, 2008

Hari Raya Qorban


Malam b4 raya, my parents dah balik dari Sabah. Tarikh yg sama untok birthday emak aku. 07 Disember. Walaupon keadaan dah kembali seperti sbelom tp aku still kureng gumbira sikit. May b pasal esok raya kot. Aku x suka sangat r feel raya... Huuuu

Invisible

Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku




Juliana & Co.
Pelangi

Tuesday, December 2, 2008

Home Alone2



Hari ni dah masok 3 hari aku dudok sorang2 di rumah. Ppagi lagi dah bangon (takot terlambat nak ke kelas plak), semayang Suboh, then sediakan breakfast ngan bekal untok lunch gak (2 menu yg berbeza r), balik perot lapar, masak plak untok dinner, then baca buku apa yg dah d ajar ari ni tadi kat kelas n lastly tidor. Agak letih. Bukannyer leh beli makanan kat luar ari2. Elaun 15 hb nnt baru kuar. Ikat perot gak r (bagos r untok diet aku).

Ada masa rasa sangat leceh bila nak kena handle pokok2 bunga emak yg asyik lupa nak d siram. Sampai dah kering dan bgugoran daun dia. Bagi kucing makan plak (sori mimi psal bagi ko makan awal pagi then masa aku balik jer). Setiap kali pulang kelas plak asyik hujan then susah r kalu bawak motosikal. TV plak x ada cerita best. ASTRO plak ngan siaran ulang tayang yg membohsankan.

Tapi effect paling besar dari peristiwa ni ialah kesunyian r. Cant imagine r cam ner r org yg hidop sebatang kara tanpa keluarga. Aku ni yg parents gi cuti seminggu pon dah bising.. hu hu hu

Kat kelas plak AARON (rujuk blog sebelom ni) dah pasang gigi batu then dia dah start bwat onar balik. Walupon kena sakat, tp still better r dari kelas sunyi tanpa suara dia… dan ahli kelas still baek ngan aku, then aku heran sekali lagi.