Wednesday, October 26, 2011

Islamik lah Sangat

*Terlebih dahulu post kali ni bukan menjatuh atau menghina mana-mana pihak atau kumpulan agama-agama tertentu. Ia sekadar pandangan dan teguran penulis dari apa yang dia sendiri lihat, dengar dan rasa. TQ..

Teringat masa sekolah menengah dulu ada sorang cikgu pelatih ni. Dia sorang perempuan yang bertudung labuh ar. Dia just seat in kelas kami sebab cikgu yang sepatutnya mengajar kelas tu that day emergencenya tak dapat datang. Dipendekkan cerita cikgu ni dengan sepantas kilat serang aku ngan tuduhan aku ni ialah manusia akher zaman yang akan membawa kepada ciri-ciri kiamat. Sebabnya? Jari aku berinai.

p/s: Aku berinai sebab kuku jari aku berlobang-lobang akibat PSORIASIS dan emak aku kata inai tu herba yang leh guna untok ubat. Hmmm..


Ada sorang kenalan zaman U dulu ni. Dia ni mengkelaskan diri dia as 'Islamik' ar. Dia sangat tak suka tengok perempuan Melayu yang tak pakai tudong, perempuan Melayu pakai tudong tapi baju ketat, perempuan Melayu yang seksi dedah sana sini etc. Even kalu tengok rambut perempuan Melayu keluar sehelai pun dia dah membebel panjang. Tak cukup ngan bebel mulut then dalam blog dia pun bebel sekali gak. In other wordsnya dia seorang yang sangat sensitif bila masok issue aurat wanita Islam. Best je ar bunyi dengar ada gak belia zaman sekarang ni yang masih cam tu. Cuma masalahnya dia sendiri tak tahu had batasan aurat lelaki. Setiap kali main bola then dah nampak cam pakai boxer jer. Belom lagi kalau dalam hostel. Ke hulu hilir ngan boxer jer sepanjang masa.

...

Soalan: Korang pasti pernah jumpa kan manusia-manusia yang mengkelaskan diri mereka sebagai islamik ngan serban 7 hasta, celak hitam-hitam, ngan janggut tebal, dahi hitam dan bila cakap pun cam bunyik P. Ramlee cerita Ahmad Albab lagi ngan larang buat itu ini, sana tak boleh, sini tak boleh, tengok itu geleng kepala, tengok ini geleng kepala etc. Tapi masalahnya kedian meludah sesukahati, buang sampah sesukahati, mulot racist, etc. It seems mereka amalkan certain sunnah tapi abaikan yang selebihnya.

Or

Sama gak cam golongan-golongan extremist yang kononnya berjuang atas nama Islam tapi berjihad, membunuh atas penilaian kepala hotak mereka sendiri jer tentang budaya dan kandungan Islam itu. Sekaligus menjadikan Islam tu cam tak sempurna jer. Hmmm...






...









Sorang mat salleh ni muallaf. Dia menjawab persoalan oleh masyarakat dunia yang menyatakan Islam kononnya agama yang mengalakkan kedamaian tapi kenapa masih ada umat Islam yang mengamalkan hubungan seks bebas, bogel sana sini, bunuh orang etc? Jawab dia senang jer. Muslim tu tak sempurna tapi Islam tu sangat sempurna.







As sorang kawan Cina aku pernah kata: dia penganut Budha tapi dia bukan pengamal ajaran Budha yang baik. Ada perkara dia buat tapi ada perkara yang dia langgar. Sama gak cam penganut agama lain. Tak semuanya mengamalkan ajaran agama mereka sepenuhnya tapi tak menjadikan agama tu teruk. So jangan mudah judge sorang based on apa tindakkan dia then tuduh dia buat sebab dia agama itu ini. Tak adilkan?














...










Cuma dari apa cerita aku ni aku just nak share tak puas hati aku pada certain golongan yang mewujudkan kelas seolah-olah dia ni lain special kes so dia leh tegur orang ngan mudah as buat salah. Memang ar tegur menegur tu baik. Amalan ingat mengingati tu sangat digalakan oleh agama sebab lumrah manusia ni pelupa dan perlu selalu ditegur. 

















Cuma masalahnya sorang makhluk tuhan yang baru aku kenal ni ar. Dia kelaskan diri dia Islamik ngan idealogi-idealogi dia. Aku woke jer bila dia kuar ayat-ayat yang dia dapat dari ceramah itu ini yang dia hadiri or dia seru orang gi solat etc. Tapi masalah dia yang aku tak leh nak terima ialah bila dia ngan tenang jer bila ada perempuan yang bukan muhrim pegang-pegang dia etc. It seems like aku nak kuar statement dalam hati "Haaa, Islamik lah sangat..."



























That why moderation is always a better choice.. Hmmm

Monday, October 24, 2011

Exodus

Two months pass by and it's getting cold
I know I'm not lost
I am just alone
But I won't cry
I won't give up
I can't go back now
Waking up is knowing who you really are







Exodus* by Evanescence

















* tak ada kaitan ngan Israil, Bible etc ar

Thursday, October 20, 2011

Aku Rindukan Bintang Malam

Aku bekerja di sebuah pusat beli belah yang paling busy di negeri ni (agaknya kot). Aku masok kerja sewaktu kedai-kedai lain masih belum bukak lagi dan aku balik kerja sewaktu semua kedai dah tutup. Aku berada dalam ruang shopping complex tu tanpa aku dapat bezakan sama ada hari masih siang or dah malam, cerah or hujan, or itu hari apa or what everthing di luar tembok konkrit tu. Aku kerja 6 hari seminggu. Aku dudok serumah ngan abang, kakak ipar dan my 1 years old nephew tapi aku hanya sempat jumpa mereka sekitar 2-3 jam je dalam tempoh seminggu. 


Do you know what I miss the most?














Aku rindukan bintang di langit waktu malam. 













Kalau aku bekerja shift malam, waktu breaknya aku akan naik tingkat teratas complex ni. Aku akan duduk kat ruang tertinggi dan hisap beberapa batang rokok. Tapi langit malam di bandar Kuantan kosong. Mungkin sebab habuk, asap atau debu. Lalu aku tak pernah sempat berbaring, melihat bintang malam, pejam mata tanpa perlu peduli apa yang sedang berlaku di sekitar.














Makin ramai yang kata kerja ni tak sesuai untok aku. Dan rakan sekerja di sini plak kata aku tak sesuai untok kerja ni. 
Dan aku sendiri?



















Aku dapat rasakan ada sesuatu yang 'hilang' dan aku semakin 'hilang' di dalamnya

How To Make A Baby?

Sorang cousin aku bercerita yang dia ada sorang kawan lelaki yang pilih untuk jadi wanita. That not yet tranny plak ada sorang balak. And one miracle thing happen to these couple bila kawan cousin aku tu as cousin aku kata tetiba leh mengandung. Aku dan Along aku yang dengar cerita tu mati-mati ketawa besar. Senang betol keajaiban berlaku pada zaman sekarang ni kan? Wakaka


Korang pernah dengar tak statement lawak beberapa bulan or setahun yang lalu ada sorang bapak nak saman satu syarikat tuala wanita sebab tuala wanita syarikat tu dah tercemar ngan sperma tikus sehingga mengakibatkan anak dara dia tetiba mengandung?

Or baca gambar dari statement kat bawah ni. Sorang ompuan kat US claim dia tetiba leh mengandung sebab tengok porn in 3D dan dibuktikan apabila muka anak dia sebijik cam muka mamat yang berlakon dalam film tu. Menunjukkan betapa tengok film porn in 3D pun ngan mudah menjadikan sorang tu mengandung. Dan lebih dasyat bila si suami ni ngan mentah-mentah leh percaya cakap isteri dia just like that jer. Hmmmm..


May be mereka-mereka ni tak ambik subjek Biologi ke or tak pernah tahu anatomy manusia ker or paling basic mungkin mereka tak hadir or tengah borak-borak ngan kawan masa cikgu science tengah ajar bab tu ker or what ever reason sehingga mereka fikir ada alternatif lain untok mengandong or ada alasan lain jika korang tetiba mengandung dan still nak mengaku yang korang still virgin. Yap..

















Or miracle does happens..






















Buat aku teringat masa kecik-kecik dulu, soalan yang sentiasa dan guaranty pernah wujud kat kepala hotak korang gak "Dari mana baby tu datang  ek?"

Tuesday, October 18, 2011

Underage Sex

Aku tak nak ulas tentang bapak liwat anak yg usia 23 hari or budak sekolah kelar leher and perut anak sehingga terkeluar usus or buang baby dari tingkat 2 flat etc yang aku yakin korang jauh lebih tahu what happen dari media massa sekarang ni. Damn isnt it. Tapi Im not gonna talks about that. Yap, aku dah letih gak asyik nak membebel: guna kondom. Guna kondom. Guna kondom. Tapi korang kata korang tak suka rasa latex tu. Nak feel 'daging'. lebih konon. Hmmm..


Keluar dari topik tu. Aku kuarkan satu situasi ni. Korang ialah seorang dewasa yang sangat susah jatuh cinta. Then one day korang jumpa seseorang ni. Memula kenal then kawan then lastly korang rasa 'something' happen antara ko dan dia. Then bila korang nak bawak relationship tu one step further THEN korang baru tahu yang dia under age. So no underage marriage. No underage sex. Dan kalau korang nak tunggu dia keluar dari zon underage then korang plak yang akan masuk zon tua. Hmmm..


Tak faham situasi tu...?


Korang masa sekolah dulu pernah suka ngan cikgu korang tak. It happen mostly to girls ar kan yang kalau ada cikgu lelaki yang handsome sikit then terus nak berazam fokus dalam pelajaran yang diajar dengan harapan cikgu tu akan jatuh cinta ngan dia. Budak lelaki plak lebih fokus pada potongan badan and muka cikgu ompuan jer dan situasi tu jarang berlaku sebab mostly realiti cikgu perempuan di Malaysia adalah gemuk dan kurang menarik. Hmmm..


It gonna sound cam 'Benda biasa' ar cam tu. Tapi in reality plak korang pernah dengar murid kahwin ngan cikgu? Memang ada r kan tapi mana lebih familiar antara kes tu ngan kes cikgu rogol pelajar? Yang mana lebih banyak korang dengar? Alasan: No underage sex.. Hmmm..













Wokey, korang masih x faham apa aku nak share ni?






















I meet someone. Dia nampak sangat mature. Tapi last-last aku dapat tahu yang dia masih belum lagi 19. Damn.. Underage..

























No underage sex. Dan aku semakin menua

Thursday, October 13, 2011

Worst Employee Ever

Kalau zaman dulu-dulu, sekolah sangat suka guna istilah budak bodoh, lembap, malas, suka main, tak serius, baghal etc tapi as time goes by sekarang dah sekolah dah ada istilah lain cam dyslexia, hyper active then diubah sistem pengajaran bersesuaian dengan kemampuan penerimaan pelajar. Sebab manusia ni ada banyak jenis. Tak semuanya fast and smart learner. Ada slow, ada kuat hafal, ada good in practical, ada yang punya kekurangan dan kelemahan sendiri or in other wordnya: tak ada sesiapa yang benar-benar bodoh. Hmmm..


Teringat masa sekolah dulu, aku tak kelaskan diri aku as sorang yang pandai. Walaupun sepanjang 5 tahun di sekolah menengah aku dapat nombor 1 lebih 80% setiap tahun but still aku tak kelaskan diri aku as pandai. Aku cuma faham konsep apa yang diajar dan aku kuasai certain subjek cam math etc. But still aku lemah on other subjek cam sejarah etc. 

Aku suka math sebab jawapannya memang tepat dan aku suka something yang aku boleh praktiskan. Berbanding sejarah yang lebih kepada pembacaan dan penghafalan fakta, nama orang, nama tempat, tarikh, tahun bla bla bla peristiwa silam yang mostlynya aku tak dapat relate ngan hidup aku (or sama gak cam rumus algebra etc yang aku tak dapat guna masa beli ikan kat pasar basah). Sebab realitinya aku bukan kaki hafal.

Tapi masa form 6 aku jumpa 2 orang kawan seangkatan yang selalu dapat nombor 2 dan 3 kelas yang selalu score subjek sejarah. Dan kalau korang baca essei mereka then korang akan dapati yang jawapan mereka sebijik cam apa yang ada dalam buku teks sejarah form 6. Sebijik. What I'm nak kata sekarang ialah bukan mereka meniru masa exam tapi mereka memang jenis kaki hafal sebijik-sebijik. Nak buat cam ne ar kan kalau sistem otak manusia tak sama ar kan..?Hmmm..




...




Semalam adalah genap 1 bulan aku bekerja di suasana baru ni. So mereka buat assessment ke atas aku based on buku SOP company. Kalau korang tak tahu apa benda SOP tu ialah Standard Operation Procedure aka cam buku manual kalau korang beli gadjet ar yang mostly kita tak akan ada hati nak baca. Buku SOP untok company ni plak ada 1 masalah. Apa yang ada dalam buku SOP tu tak semua dipraktiskan dalam aktiviti business. Then after 3 bulan aku di sini kelak, aku akan diadili oleh Area Executive yang akan buas assessment based on SOP tu. Dan terlalu banyak fakta, nombor, jargon, istilah-istilah yang perlu aku hafal yang mostly tak sama ngan apa yang aku diajar waktu handling real stuff.









So aku fail kesemua assessment yang dijalankan semalam. Dan aku dikelaskan oleh mereka sebagai pekerja  (not including crew) paling teruk dalam company.
















Atas alasan apa? Aku tak hafal seluruh buku SOP tu...!!




















Okey, nak buat cam ne ar kan? Aku bukan jenis kaki hafal.Then operate sistem otak aku dan tukar cara otak aku tafsir data? Gosh..















Mungkin kerja ni bukan ditakdirkan untok aku. Tapi aku tak akan mengalah dengan mudah. Kalau aku memang tak ditakdirkan untok kerja ni then aku akan redha. Aku yakin tuhan tahu apa laluan dan penghujung perjalanan aku ni kelak. Hmmmm..

Siboh Kitak Nangis

Oh Sayang
Siboh kitak nangis
Mulut urang nang kadang kadang jaik

Oh Sayang
Jangan ambik ati
Tok kelak akan pergi
Sik lamak agik

Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Oh Sayang
Udah gik kitak nangis
Kamek sik suka nangga
Kitak patah hati

Oh Sik hal sayang
Dunia tok memang adil
Asalkan kitak jangan lupak dirik

Sik kesah ribut ka guntur ka kilat ka
Kamek akan di sebelah kitak
Mun kitak perlu kamek

Mun kitak perlu kamek













I wish that there someone akan katakan ayat di atas ni pada aku sekarang or setiap kali aku perlukannya.





















Or I wish I could easily mengalirkan air mata dengan mudah.. Hmmm..

Monday, October 10, 2011

Sejenis

Ada seorang kenalan kuarkan satu statement 'Manusia ni macam pasu kosong. Ia tak peduli apa yang mengisinya. Ia hanya mahu diisi dan tak nak dibiarkan terus kosong' So this post akan cerita tentang jenis manusia yang seperti pasu kosong. P/S: ia tak bertujuan nak menjatuh or what ever negative thought kepada pihak-pihak tertentu. Ia sekadar cerita penulis. Hmmmm..


Aku ada sorang kawan GAY yang sangat memperjuangkan seks orientation dia dan mempersoalkan sesiapa yang tak leh terima masyarakat GAY. Tapi dalam sifat open dia tu still dia tak leh nak terima kewujudan komuniti LESBIAN. Alasan dia sebab GAY: lelaki ngan lelaki both ada 'plug' dan 'socket' so leh 'memberi' dan 'menerima' tapi sebaliknya LESBIAN: girl ngan girl both cuma ada 'socket' jer untuk 'menerima'. Hmmm..

...

Masih terdapat masyarakat yang keliru antara seks dan cinta. For example: sorang lelaki ni 'ter' have a seks ngan lelaki lain da dia rasa 'orgasm' yang sangat best berbanding sewaktu dia 'ter' have a seks ngan awek dia sendiri. So dia keliru either dia dah jadi GAY or still STRAIGHT? Sedangkan dia tak ada sedikit perasaan pada lelaki pun. It just dia suka 'feel' yang something lebih 'keras' or 'feel' untuk 'menerima'  tu jer. 

So kesimpulannya: dia just seorang STRAIGHT guy yang suka have a seks with other guy jer. Noktah.

...

Aku ada sorang kawan perempuan waktu sekolah menengah dulu yang selalu putus cinta ngan balak demi balak. Then dia selalu share her problem ngan kekawan perempuan dia. Dan kawan perempuan dia jauh lebih faham permasalahan dan situasi dia berbandig para lelaki lain. So dia decide untuk bercinta ngan kawan perempuan dia. Both ialah perempuan yang tak ada ciri-ciri keras or TOMBOY sikit pun. Mereka bersama sebab both saling memahami kehendak dan keperluan masing-masing dan mereka bersatu atas nama cinta.

Mungkin sebab frasa: Men from Mars dan Women from venus menjadikan certain boys and certain girl malas nak cuba kenal and faham kehendak jantina lain jenis mereka then lastly decide untok date pasangan sejenis jer. As my GAY friend tu pernah kata: lelaki lebih faham apa yang lelaki perlu dan mahu plus lelaki lebih faham 'hot spot' memasing. Hmmm..

...

Aku bekerja dalam bidang yang perlu melibatkan diri dengan customer dalam tempoh masa yang lama. Aku jumpa pelbagai jenis customer dari pelbagai latar belakang dengan perangai yang extra pelbagai. Antaranya aku jumpa banyak customer yang memilih untok bercinta dengan pasangan sejenis. Mostlynya dari kumpulan wanita yang lebih berani menonjolkan diri.
















































Aku bukan pasu kosong. Aku akan sedaya upaya untok memastikan ke'kosong'an aku tak disi semata-mata sebab aku 'kosong'. Hmmm.

Kosong

Aku tak tahu entah apsal suddenly since last night aku rasa sangat 'kosong'. Aku tak pernah rasa as 'kosong' as cam ni before. Sedangkan ke'kosong'an tu dah lama berlaku tapi rasanya hanya terasa semalam. Rasa 'kosong' yang perlu untuk disikan dengan sesuatu. Hmmmm..

























Aku dah terlalu lama menyendiri.

















Aku perlukan seseorang.

















Aku perlukan 'Cinta'
















Tapi....

Monday, October 3, 2011

Chinta

Apakah itu perasaan cinta? Adakah ia satu perasaan yang menjadikan korang tidur tak lena, makan tak kenyang or then mandi tak basah? Or dia membuatkan korang 'anggau' sepanjang masa sehingga setiap perkara akan membuatkan korang hanya teringatkan dia jer? Adakah itu benar-benar perasaan cinta?


Sejauh mana korang perlu bercinta or sejauh mana korang perlu berkahwin? Apakah matlamat untok korang bercinta or berkahwin? Or korang hanya bercinta dan berkahwin disebabkan oleh sebab orang lain bercinta dan berkahwin so korang pun perlu buat benda yang sama gak? Or sebab korang tak nak menyendiri?













Dalam Islam perkahwinan boleh menjadi wajib, sunat, harus, makhruh dan haram berdasarkan sebab-sebab tertentu. 















Im sorry, gadis. Aku tak dapat terima cinta dari mu. Hukum perkahwinan mungkin adalah haram ke atas aku. Aku mungkin akan menganiayakan kehidupanmu kelak. Mungkin kita tak ditakdirkan bersama. Mungkin kamu ditakdirkan untok berjumpa lelaki yang jauh lebih hebat dari aku. 


























Not everyone are suppose to fall in love. Not everyone are suppose to get married. Or may be one of that not everyone is me.




















Sometime we need to hate someone because of the reason: we love that someone.. Hmmm..