Sunday, February 8, 2009

Impian Ilyana

Kalu ada someone tanya apa yg ko nak dlm hidop ko? Kereta apa impian ko? Bila ko target untok ada rumah sendiri? Apa yg ko akan bwat ngan RM12 000? Sebahagian besar pasti akan tersedia ngan jawapan masing2. Jawapn yg padat dan detail. Sebab semua org ada impian dan semua org itu akan sedaya upaya untok mngejar impian masing2.

Ketika otak aku tengah tension nak menghafal 2 regulation terakher dlm buku akta OSHA 1994, ttiba ada someone call. Dari cousin aku. Jarang dia telefon. Aku angkat dan kami bercakap. Kali ni dia dah x ungkit issue biasa yg dia selalu bawak. No more talks on hubungan sensualnya. Dia cakap ttg duit. 2 minggu lepas dia join 1 multilevel business ni. Dan tadi dia check ada RM12 000 wang yg dia dah ada dlm tangan. Dia dah ada bnyk plan. Ngan duit tu (dan perolehan akan datang) dia nak ubah kehidopan family dia (family angkat n family kandong). Dan untok bulan 10 ni dia dah target untok dpt BMW special series as birthday present dia. Dia sangat teruja bercerita. Dan reaksi aku? Mendatar.

Bukan sbb aku x percaya. Ada sorg kawan yg berhenti pd tahon akher, join multilevel business, dpt pendapatan tinggi start dr minggu2 terawal lg, bantu keluarga dan hidop dah stabil. Aku msj dia tanya kenapa dia x pernah tarik aku or kkawan sama U dulu agar join sekali? (Even dia x pernah bawak cerita ttg kerja dia pon pada aku selama ni). Dan dia teros call aku saat2 tu jugak. Dia bercerita ttg impian dia. Dan dia merancang jaoh lg ke hadapan untok cita2 dia.

Kembali pd cousin aku. Dia sbenarnya call sbb nak tarik aku join sekali benda 2. Dia tawarkan aku dengan jumlah pulangan yg besar. Dia bagi aku khayalan yg tak tercapai dek akal aku. Dia bagitau aku org pertama dia call. Atas dasar kawan. Atas dasar keluarga. Atas dasar sama dia x mahu kaya pada masa kawan2 dia kemiskinan. Dan reaksi aku? Mendatar.


Mungkin sikap aku mendatar sbb aku x pernah simpan apa2 impian. Aku x pernah ambik tahu model kereta apa yg terbaru d pasaran. Mana lokasi tanah yg cukop baek untok dbwat rumah. Apa asset termahal yg boleh aku miliki pada usia 28 tahun. Aku x pernah simpan mimpi ttg jumlah wang terbesar boleh aku simpan. X pernah terancang mana aku akan pergi dan bagaimana aku pergi pada masa hadapan. Dan mungkin jugak atas dasar aku x pernah tahu nilai sebenar wang.

Dan at the end aku bagitau cousin aku 2 “X kira ko miskin or ko kaya. Aku akan tetap jadi cousin ko. Dan setiap apa yg aku cakap depan ko adalah sangat2 jujor…!!” walaupon aku tahu pilihan dia sebaliknya. Dan dia bagitahu benda 2 sekali. Benda yg aku sangat yakin dia akan cakap.




Kenapa impian Ilyana?


Sbb aku bukan Ilyana dlm series IMPIAN ILYANA (tajaan sunslik) yg asyik keliru dan tiap kali dia ada masalah then dia leh mintak bantuan penonton kat rumah supaya bagi bantuan sama ada dia perlu bwat a) atau b). Then penonton akan bagi pertolongan dan dia selesaikan dalam next episode (x terkecuali penonton akan dpt hadiah mingguan dan hadiah utama sebijik skuter). So apa impian sebenar Ilyana ni? Aku yakin dia sendiri pon tgh keliru dan perlukan bantuan org laen untok fikir. Duh…!!