Saturday, June 30, 2012

Kasfalela Manja

Entah apsal hati aku tergerak berkata "Apsal Kasfalela Manja ni dah lama x upload status FB?" Kebarangkaliannya it either dia dah bubarkan account FACEBOOKnya or dia dah remove aku dari friend list dia or dia sangat busy. Sebab Kas seorang engineer yang selalu travelling sana sini but still dia sangat active update kat FACEBOOK. So aku check wall dia dan heran apsal ramai yang wish dia semoga semboh dan apsal dia sekarang kat Hospital Umum Sarawak (HUS)? 


So aku tanya Suphia (another friend) dan dia pun x tahu so dia call handphone Kas dan kakak Kas jawab dan mengesahkan rasa curiosity kami cuma dia tak menjelaskan secara detail what happen. So tadi malam aku ngan Phia (beberapa kawan x dapat join dan Koland x lupa datang last minit) pergi ke HUS.

At first bila sampai katil dia, Kas just berbaring. I tho dia keletihan ar tapi realitinya dia memang x dapat duduk pun. Rerupanya dah 3 minggu dia ditahan kat HUS. 8 day earlier dia masuk ICU. That mean masa dia SMS ajak aku dan kekawan lain kuar malam tu ialah hari-hari terakhir before unfortunate event ni berlaku.

Menurut kata emak Kas, memula it just batuk-batuk biasa yang berpanjangan selama 5 hari. Then dia start rasa lemah-lemah sehingga bapak dia paksa buat check up. Then doctor cakap selamat mereka datang awal sebab ada kuman pada darah Kas yang dah effect sistem sarafnya. Kalau lambat then x tahu ar apa yang akan berlaku.

Sekarang ni Kas totally helpless ar. Kalau word yang tak bestnya dia lumpuh hampir sepenuhnya. Sebab 2 part pada dia yang leh bergerak hanya bibir yang tak bersuara dan tangan. Itupun dalam tempoh 3 minggu kemajuan yang baru berlaku ialah tangan kirinya baru bergerak dan ia cukup lemah. Dia x dapat merasakan kaki dia pun malah menelan air liur pun x dapat. 














Sedangkan sebelum 3 minggu ni or hampir 3 tahun mengenalinya, Kas seorang gadis periang, banyak cakap, x suka duduk diam, yang suka tengok wayang, main bowling, kareoke, mc d etc. Tapi satu perkara yang masih ada pada Kas yang kami lawati tadi ialah: Dia masih lagi tersenyum.

















Aku yakin Tuhan x ada menurunkan satu-satu ujian melainkan Dia yakin umatNya mampu menghadapi ujian itu. Plus sekarang Tuhan sedang memberi tumpuan lebih kepadanya. Dan aku berdoa serta aku nak kekawan yang mengenali or tak mengenali dia please doakan agar dia kembali sihat seperti dulu. Ameeen

Friday, June 29, 2012

Bully

My 10 years old nephew yang aku panggil as 'abang' semalam ada bagitahu yang dia dan kawan dia aka jiran sebelah rumah ternampak guru besar menangkap senior yang ponteng kelas. Disebabkan menjadi saksi secara kebetulan then senior tu pun ugot ar lepas ni kalu diaorang ternampak nephew aku then dia akan mengapa-apakan dia berdua ar. So nephew aku ni apa lagi terus cuak x nak gi kelas petang tu dan x nak main luar rumah langsung. Hmmmm..


Uda aka abang atas aku selalu cerita waktu dia sekolah rendah dulu kalau ada sesapa yang cuba or dah pernah buli dia then mereka x akan selamat sebab Angah aka kakak aku yang brutal akan buli balik or gaduh ngan mamat-mamat tu. Tapi aku x berkesempatan melalui era tu ar sebab beza usia aku dan Angah agak jauh. Then aku hanya bersama ngan Uda kat sekolah rendah untuk 3 tahun jer.

Walaupun hard disc memory otak aku tak cukup kuat tapi still aku yakin x ada apa-apa yang tak best berlaku sepanjang tempoh 3 tahun tu. Bukan sebab ada Uda as protector tapi mungkin disebabkan zaman tu manusia masih baik-baik lagi kot. Plus aku x ingat sangat pun kewujudan Uda pada masa sekolah rendah melainkan satu hari Jumaat masa darjah 2, Uda tunggu aku luar kelas before balik rumah sesama then bila kelas terakhir tamat Uda ikat tali kasut aku. Itu jer memori aku yang berbaki.

By the way, kembali kepada topik. Hanya waktu darjah 4 jer aku ingat kes buli berlaku. Entah ar, darjah 4 ni buat perangai manusia pelik-pelik. Budak kelas kami dah start berjudi guna game pemadam (pemadam yang tindih pemadam lain akan menang dan akan owning pemadam yang kalah), budak kelas ponteng sekolah dan jumpa hisap rokok kat bawah jambatan, dalam hati start ada projek tamanan bunga dan paling utama sorang mamat gemok bernama David Ong iaitu kaki buli among class members.

Waktu aku sekolah rendah dulu aku seorang yang kecik, kurus dan pendek (family aku selalu kata diaorang x expect aku leh tinggi cam hari nih) so apa lagi bagi David Ong tu pulak gemuk dan besar akan membuli sesapa sahaja yang ia suka. Dia suka rampas barang orang, dia suka tolak orang, dia suka menghuru harakan hidup orang. Dan lebih suck dia sama kelas ngan aku tapi good partnya aku bukanlah fokus utama dia.

Hujung darjah 4 aku pindah ke Kuching dan form 6 aku balik semula ke sana (Sarikei) dan aku bernasib baik sebab aku terjumpa dia dan lebih bernasib baik sebab dia tak kenal aku lagi.Guess what happen to him? Bertambah gemuk dan jadi penyanggak. That what happens to kaki buli sekolah. 








Puncanya:
Parents bermasaalah-effect keluarga-anak kurang kaseh sayang-buli orang lain-last-last penyanggak.

So aku blame parents yang buat anak jer tahu tapi membesarkan anak fail.















Then korang tanya what happens to me yang bekas kaki buli tu? Pun gemok gak.. wakaka

Thursday, June 28, 2012

Seratus, Sehari & Sejam

Korang ingat x dalam tempoh sekitar 10-15 tahun lepas masa nak buat IC or Passport ambik masa yang sangat panjang. It takes setahun untuk benda tu siap. Kekadang ada yang kurang bernasib baik tak sempat nak merasa IC then terus berjumpa Maha Pencipta terlebih dahulu. Kemudian as time goes by ia dipendekkan jadi sebulan 2 minggu, seminggu sehari dan sejam. Ia buat aku nak mempersoalkan: apa yang menjadikan ia ambik masa sampai setahun tu?


Last year aku agak maniac ngan analog kamera so aku beli 3 of it dan terakhir ialah pada penghujung tahun lepas iairtu Fisheye 2. Dan kamera tu aku guna masa melancong ke Perak ngan Didiyana. Walaupun sekadar beberapa hari jer perlencongan tu tapi it takes 2 role of film gak ar. So sesampai je kat KL masa tu aku x sabar nak delevop film tu dan gi ar kat area Pertama Kompleks, Bukit Bintang cari kedai yang buat kerja developing nih. Cuma bagi aku part yang cukup ridiculous ialah ada kedai kata mereka ambik masa 2 minggu, seminggu, 2 hari or paling awal sehari buat kerja develop film nih. Sedangkan aku cuma ada masa 2 hari jer masa tu before balik Kuching.

Realitinya boleh jer aku develop kat Kuching . Even kat Kuching semua kedai yang develop film ni just ambik masa 1 jam jer. Kalau korang datang 30 minute earlier pun mostly mereka dah lama siap. So aku punya expectation KL lebih lomo friendly ar. Tapi paling lama it takes masa 2 minggu? Duh, gila lama nak develop film nih. Latly ku gi Central Market dan jumpa kedai yang develop gambar paling awal iaitu 2 jam. Itupun hasilnya masih lagi mengecewakan ar. Hmmmm..

















A day before yesterday aku hantar jeans aku kat tailor untok alter ar. So aku tanya boleh x kalu siap hari ni gak. Dia kata tak dapat sebab banyak proses lagi nak kena buat kat seluar aku tu. Sedangkan aku just nak kecikan kaki dia jer. Bagi aku ia just potong, jahit dan lastly jahit sisi. It takes kurang setengah jam je kot tapi sapa lah aku nak dibanding ngan tailor berpengalaman  ar kan? So dia suroh aku datang seluar tu esok ambik jam 10. So semalam jam 10 pagi aku gi sana balik dan suprizingly nya dia terlupa kat seluar aku so dia suroh datang balik sejam kemudian.

Kurang sejam aku datang balik. Cuba teka? Dia dah siap sepenuhnya pon. Sempat dudok-dudok baca news paper lagi. So kenapa semalam kata sehari baru leh siap...? Birokrasi betol...

No More Shopping Complex please

BB Plaza bakal dirobohkan pada penghujung tahun ni untuk pembinaan satu system transit baru di Kuala Lumpur. Once aku dengar berita tu, duh rasa a bit sedih gak ar. Walaupun berbanding Sungai Wang, BB Plaza seem lebih sunyi dan old school tapi duh, ada beberapa kedai kat situ ialah antara lokasi tempat yang aku banyak taburkan duit aku. Wakaka..


A day before aku baru gi satu shopping complex baru kat Kuching. Sebenarnya ia tak lah baru sangat pun cuma ia penambahan bangunan baru and even banyak kedai pun still lom bukak lagi. So still leh dikira as baru gak ar. Boulevard ni ialah shopping complex kedua dalam tahun ni yang dah dibukak di Kuching. Last few month Kuching Sentral. Hujung tahun ni pulak ada satu lagi kat Jalan Song. Next year pulak rasanya projek Merdeka Plaza akan bukak. Not including The Summer (sebab ia kat Kota Samarahan) yang akan menjadi shooping complex ngan taman tema air sendiri nanti. So kalau kira ngan shopping complex sedia ada dah kira terlebih banyak dah tu.

Kedian kat Boulevard ni ura-uranya akan bukak TGV Cineplex dan kat Jalan Song pulak memang pasti akan bukak GSC (aku pasti sebab aku pernah kerja sini ar). So tambah 3 cineplex sedia ada maknanya kat Bandaraya Kuching ni jer akan ada 5 panggung wayang in the end of this year.

Buat aku fikir cam mana pulak ngan jumlah dan kuasa beli penduduk kat bandaraya Kuching ni sebenarnya dibandingkan ngan wujudnya shopping complex besar-besar ni? Rakyat Kuching ni ada banyak sangat duit ke nak ditaburkan kat shopping complex semata-mata or rakyat Kuching ni kuat sangat tengok wayang ker?









Then aku bandingkan pulak nasib shopping-shopping complex terdahulu cam Tun Jugah yang sekarang ni rasanya hanya level Popular Bookstore jer yang hidup dan selebihnya either dah tutup or tunggu masa jer lagi nak tutop or Kuching Plaza yang dah bertahun tutup sepenuhnya dan sekarang ni tengah renovate untuk re-openig. Tapi akan berjaya ker or ia hanya jadi projek gajah puteh jer? Dan apa nasib shopping complex cam The Spring etc nanti? Hmmmm

















Ia buat aku teringat pada bandar Kuantan (dan Kota Kinabalu) yang rasannya banggunan Shopping Complex  cukup banyak tapi mostly either dah tutup or bernyawa dalam lumpur. Ia seperti ada pola apabila buka Shopping Complex baru then semua akan tertumpu ke situ sehingga automaticallynya yang lama akan hilang tumpuan dan gulong tikar. So kalau korang gi Kuantan then korang pasti setuju kalu aku kata rasanya dalam seluruh bandar Kuantan hanya perlu ada 1 shopping complex jer iaitu East Coast Mall.























Aku cukup yakin penduduk Kuching x perlukan banyak shopping complex sebaliknya mereka lebih refer untuk lebih banyak variasi kedai. Sebab kalau gi mana-mana shopping complex kat Kuching ni then mostly korang akan jumpa kedai yang sama di setiap shopping complex. Hmmmm..

Monday, June 25, 2012

No More Tomok, Please....!!

Soalan Cepu Emas: Kalau ada orang kata muka kau cam Tomok then apakah reaksi pertama korang? Adakah:
a) Bangga tu wei. Aku dah lama jadikan Tomok sebagai idolaa sejak dari zaman sekolah dulu lagi. Aku hafal semua lagu dia ngan Newboyz and even aku pun tiru fashion rambut dia dulu tu gak. Bangga wei..
b) Tanpa berfikir panjang korang terus termuntah. Kedian kau lari kat tengah jalan yang penuh ngan kereta ngan harapan ada sebijik kereta situ akan langgar muka korang yang dikatakan sebijik cam Tomok tu sebab bagi kau itu adalah penghinaan terbesar yang korang pernah terima. Hmmmm..


Korang tengok tak Masterchef Selebrity malam tadi? Duh, aku sangat tak puas hati bila Tomok buat kali ke-6 terselamat dari penyingkiran. Aku bukan x puas hati sesuka hati sebab ia Tomok tapi sebab setiap kali sesi penyingkiran memperlihatkan yang Tomok x layak untuk bertahan. Lebih-lebih lagi malam tadi. 

Malam tadi 4 perserta tercorot dikehendakki hasilkan 3 hidangan Hi Tea. Dan dipendekkan cerita Tomok createe something dan dia tersalah guna tepung antara tepung beras dan tepung pulut kalu x silap aku so last minit dia tukar resepi. Dan apa yang aku lihat ar dia just guna strawberry celup coklat. 2 lagi resepinya just sandwich dan pancake ngan manggo kalu x silap. 

Tapi kedian bila yang diumum keluar pulak ialah Thanuja. Itupun chef Adu entah apsal leh bagitahu kenapa Thanuja yang dipilih dan bukan Tomok. Itupun aku heran apsal tetiba sebelum ni tak pernah pulak ada chef yang perjelaskan perkara cam ni in previous episeode penyingkiran ar kan? Dan sebabnya Thanuja guna biskut yang  dah sedia ada dalam pantry. At least disebabkan tiada masa still Thanuja ada usaha lebih berbanding Tomok yang just celup strawberry dalam coklat jer ?


















Aku x menyerang peribadi ar. Yap, memang Thanuja seorang Indian girl yang hot ngan senyuman dan rambut yang beralun tu. But still aku rasa keajaiban Tomok terselamat dalam 6 kali penyingkiran dah buat orang syak something. Cam kalau Azwan Ali tersingkir awal then x ada kontroversi dan x akan ada daya penarik untuk orang menaikkan rating show.















Duh, ni buat aku nak nyanyi "Sejarah mungkin berulang..." dengan menggeluarkan suara dari lobang hidungku nih.

Friday, June 22, 2012

Friday I'm In Love Review

Aku sejujornya jarang ikut apa-apa program kat TV. Recently aku cuma tunggu untuk tengok Masterchef Celebrity, Paan dan Paiz (yang selalu aku tertinggal sebab lupa hari apa ia sebenarnya ditayangkan), rancangan bual bicara Korea yang aku x ingat tajuk dia tapi ia scene dalam sauna dan Friday I'm  In Love setiap Khamis.


Cerita ni bermula apabila sorang mamat bernama Awang (Qi Razali) menerima sumpahan start apabila dia berusia 21 tahun (Duh, sapa leh caya umor Qi 21 tahun nih?) dia akan jatuh cinta tapi cinta tu hanya bertahan hanya seminggu so minggu demi minggu dia berkenalan, jatuh cinta, kecewa berulang-ulang kali sehingga once kalau dia x jumpa cinta sejati sebelum dia masuk usia 22 tahun then dia akan disumpah menjad hamster.

Korang mengerutkan dahi seraya menyoal "Are you sure dia akan disumpah jadi hamster...?" Yap, nenek Siti Nurbaya (cam familiar jer nama nih) agak-agaknya refer hamster berbanding sumpah jadi jadi benda lain  Plus it quite old fashion sangat kot kalau sumpah jadi batu kan? Hmmm..




Bagi aku kekuatan or daya tarikan utama cerita ni ialah pada Qi sendiri. Sebab kalau orang lain yang bawak watak ni then rasanya ia x akan berjaya kot. Qi is Qi. Dia tak kacak mana lah sangat even kurus dan kering jer tapi sebab dia Qi yang sempoi, senggal dan slumber masa mengacara Field Trip Usa dan Jalan-jalan Cari Makan so macam tu lah perangai dia dalam cerita ni (or mana-mana cerita dia berlakon kan?) 

Kemudian dia ada 5 orang kawan yang bagi aku adalah satu kerugian besar kepada cerita ni sebab watak-watak kawan tu sekadar pak pacak jer all the time. Hansem asyik cakap tweet-twet jer, Si Aiman ngan awek dia asyik pakai baju pejabat tapi all the time lepak kedai si Nisha, Zooey senggal dan benggap dan or then hanya watak Nisha jer ada life iaitu dia ada balak dan bapak yang over control. Yang selebihnya ada x ada cam x ada beza pun.

Sebab sejujornya kalau each watak tu diberi character dan kisah tersendiri then tak salah kalau aku katakan yang Frideay Im In Love ni leh jadi FRIENDS versi tempatan yang ia akan bersambung season demi season. Tapi unfortunatelynya hanya Qi sahaja ada life dalam series ni. It seems like tengok Avengers yang fokus hanya pada Ironman je yang lebih.














Kesimpulannya korang akan sangat enjoy ngan karektor-karektor dan skrip yang lawak pada cerita ni. Tapi effectnya sekadar biasa-biasa ar. Even tak salah kalau aku katakan yang lagu drama ni jauh kuat pengaruhnya berbanding dramanya sendiri. Hmmmm..

Men & Jelly

Kalau korang ialah sorang yang berfikiran kotor then bila aku kata girl and jelly then korang pasti akan tersenyum sesorang sambil jilat lidah. Aaargh, kotornya otak korang. Tapi what if kalu tajuk post aku ni bagitau men and jelly then agaknya adakah korang akan muntah or tak tahu what the fuck sebenarnya aku nak bagitahu nih. Hmmmm..


Aku ada sorang kawan lelaki ni ar. Dia ada satu bad habit di mana most of the time dia tak suka kawal sifat x senonoh pada diri dia. Dia lebih suka bebas jadi diri dia ar kononnya. Contoh dia kalau nak kentut then dia akan lepaskan cam tu jer. Ngan bau dan muka x bersalah slumber jer tu memang annoying ar. Plus muka dia kira leh kategori kacak ar gak then most of kawan kata mesti dia just buat benda tu depan kekawan jer dan depan awek dia sendiri tak. Tapi aku pernah jumpa awek dia dan awek dia kata: dia dah imun ngan bau kentut balak dia. Hampeh..

Back to story, satu hari ni habis solat Jumaat then kekawan ramai-ramai lepas dalam satu kelas ni ar so datang ar sorang kawan laki ni ngan pakai seluar baju Melayu ngan t-shirt. Dan tetiba si kawan bengong ni terus grab punggong laki tu. Kekawan lain terkejut beruk. Nak tahu apa explanation dia? Dia kata "Aku geram ar tengok punggong dia bergerak cam jelly jer..!!" Damn..









...








Setiap kali solat Jumaat antara benda yang selalu ganggu fokus aku ialah bila ada para lelaki yang pakai seluar baju Melayu jenis kain satin (satin kan berat dan jatuh lalu membentuk shape) ngan t-shirt. Bila mereka bergerak then ia akan memperlihatkan adegan Bay Watch versi dada transplants jello mello Pamela Anderson versi jatoh ke ponggong. 

Kedian bila mereka Ruku dan Sujud then satu lagi malapetaka berlaku. Nampak pulak garisan underwear mamat nih. Lagi ar mengharukan keadaan. Jujor cakap kalau girl kita leh layan lagi then baru tegur tapi ni lelaki. Suasananya menyakitkan mata memandang, sakit lagi bahu memikulnya.













Then teringat word kawan aku tu "Geram..." dan "Jelly....". Hmmmmm..

The Runaway Princess

Early of this year aku ada buat satu figure ar kiranya dari paper art clay. Hasilnya kat bawaj ni ar. Aku namakannya as Runaway Princess With Rabbit Hoddie Gown. Ianya kira cam watak kartoon cam anime gak ar ngan ciri-ciri non realistik. Waktu tu aku punya imaginasi ialah sorang blond hair princess yang a bit chubby melarikan diri dari evil queen stepmother menggunakan rabbit hoddie gown yang sangat comel. Jangan tanya aku kenapa ia mesti rabbit hoddie gown. Yang pasti ia x da kaitan ngan Playboy bunny ar. Wakaka



Dan semalam pulak aku menghasilkan satu lakaran kasar The Runaway Princess ni. Berikut ialah hasilnya.



















Amcam?Aku x sesuai lukis kartoon ar akn? Hmmmm

Manusia Baik-baik


Sejujurnya aku selalu terlupa bahawa di sekitar aku ada ramai manusia yang baik-baik. Cuma disebabkan aku seringkali ‘terjumpa’ sebahagian minority manusia yang tak seberapa nak baik sekaligus mereka menjadikan  aku kabur lalu hilang di dalam ketidak-baikkan diri mereka sehinggalah dia datang dan menegur diri aku kembali.














Kemudian baru aku tersedar bahawa kalian ialah manusia-manusia baik itu.

Kerja & Kawen

Sedar tak sedar , dah almost 7 bulan aku menganggur. Kalau perempuan mengandung then perutnya leh nampak gak besarnya. Dan ia adalah tempoh paling lama aku tak ada perkerjaan dalam sepanjang 3 tahun aku tamat belajar. Sepanjang tempoh tu aku dah reject 2 kali panggilan untuk jadi penceramah PLKN dan satu interview nih. Then still aku leh bising aku x ada kerja lagi…? Hmmmm..


Bagi aku kerja ni sama jer cam kawen. Sebab before sorang tu leh tie the knot, dia perlu melalui beberapa frasa terlebih dahulu. First dia perlu berkenalan ngan ramai orang dulu. Tak kan ar dia gi pasar ngan niat girl pertama dia jumpa dia akan tarik dan jumpa tok kadi buat isteri terus ar kan. Tolol jer namanya?

So dalam frasa pertama ni ada yang kenal sorang then break. Then kenal orang lain lagi then break lagi dan lagi. Tapi tak terkecuali ada yang first love terus kawen dan bahagia sampai bila-bila. Sama gak kerja. Buat satu kerja, then kalau rasa ia tak sesuai ngan jiwa ko then berhenti. Tak guna berada kat satu tempat lama-lama kalau ia menyeksa diri kau gak kan? Buat kerja kedua dan tengok ar sampai satu tahap kau rasa: Yap, ini ialah pekerjaan yang aku nak buat sehingga aku pencen or sampai aku tua nanti. Or kalau in relationship korang dah jumpa the right one then buat apa tunggu lama-lama then kawen jer terus ar.

Tapi tak kurang jugak ada yang jenis: Aku perlu kawen sebab aku x nak mati tua sorang diri atau kalau aku x kawen then generasi keluarga aku akan tamat kat aku jer so orang ni jenis tak kisah kawen ngan sorang dan stay sampai bila-bila walaupun pasangannya tak bawak apa-apa feel pada dia. Dia just nak kawen.

Orang jenis ni pada kerja ialah mereka yang datang setiap hari dan end of month hanya untuk gaji jer dan meneruskan kehidupan tanpa nak ambik cabaran bahawa there somewhere out there ada pekerjaan yang boleh mencabar kreativiti dan memenuhi kepuasan kerjaya dia. So orang ni akan stay pada satu-satu kerja yang membosankan dan berada pada tampuk yang sama, lepak kuar breakfast, branch, pre-lunch, lunch, tea time dan kemudian membebel dan bising pada boss all the time.





















Dan pada ketika ni aku masih lagi menganggur. Hmmmmm..