Saturday, December 19, 2020

Kisah Lelaki Yang Ditelan Batu Belah

Dulu waktu kecik apabila emak aku cerita kisah Batu Belah Batu Bertangkup then aku akan mempersoalkan banyak perkara. Antaranya aku tanya kenapa emak dia sanggup mati hanya sebab tak dapat makan ikan tembakul je? Tolak ketepi ar rupa ikan tu but seriously kot. Ikan tu bukannya sangat rare yang sangat susah nak jumpa or kau terpaksa panjat gunung, melalui lautan berapi just nak tangkap sekor ke. Tak kot. Pergi je tepi pantai, bahagian paya-paya tu then bekalan makanan kau tak akan putus sampai tujuh keturunan ar. Garenti.. Hmmmm...


But still, dia sanggup mati dan tinggalkan anak-anak dia yang masih kecil tu keseorangan (berdua sebenarnya) dan membiarkan mereka jadi yatim piatu just like that je. Lagipun anak bongsu dia tu baru berumur berapa tahun je kot. Budak kecik lagi. Otak masih belum mampu berfikir matang. Lain ar kalau umur anak dia dah 27 tahun, masih lagi nak makan telur ikan setelah emak dia banyak kali pesan suruh simpan sebab mak dia nak makan nanti then memang layak ar emak dia nak suicide kat Batu Belah tu. 


Realitinya kalau kita berada in her shoe or hidup pada zaman tu then mungkin kita akan lebih faham situasi sebenarnya kot. Orang zaman tu mana ada pendidikan tinggi, kawen mesti pada usia muda habis, then bila ada anak dua terus suami dia meninggal, dah ar tak ada kerja, tak ada harta, insurance etc. Macam mana pulak persepsi masyarakat terhadap janda muda pada era tu bla-bla-bla.



Sebagai seorang dewasa, makin banyak lagi possibility yang boleh membawa kepada pemulaan insident tu. Dengan mental illness, anxiety pelbagai lagi..





Sekarang ni aku dah faham benar apa yang dia benar-benar rasa waktu tu. KECEWA. Dia dah bagi yang terbaik yang dia boleh bagi pada anak-anak dia. Dia bagi siang-malam untuk anak-anak dia. Korban itu ini untuk mereka. Dia tak mintak apa-apa pun in return except 1 favor ni je. Simpan telur ikan tembakul tu je. But the end, benda kecik tu pun mereka dua beradik ni susah nak buat. Rasa kecewa yang membuak-buak ar. So that it. No more Nabila Razali Peluang Kedua. BUMP..!! Dah kena makan oleh Batu Belah. Anak-anak pun nak menanggis air mata darah pun dah terlambat.






So perasaan kecewa itu jugalah yang aku sedang rasa sekarang ni terhadap makhluk-makhluk kay tempat kerja aku sekarang ni..

Wednesday, December 16, 2020

Kera & Bunga

Ada pepatah lama kata kalau kita bagi bunga pada monyet then ia akan buang. Baginya bunga tu tak ada apa-apa ciri signifikasi. Suatu benda yang dia nampak dan boleh dapat merata-rata dalam persekitarannya. Imagine satu situasi kalau kau bagi monyet yang  sama dengan bunga yang cantik-cantik setiap hari dan setiap kali tu juga dia buang dan buang pemberian kau tu. Sehingga suatu hari, kau berhenti bagi bunga then pada ketika tu ia akan bising sebab ia dah tak terima bunga-bunga tu lagi seperti sebelumnya. Then kau decide untuk cuba bagi bunga sekali lagi. Dan reaksinya: ia buang.

 


Manusia ni ada ciri-ciri yang lebih kurang macam monyet gak. Kalau kau buat kebaikkan pada mereka, mereka tak akan hargai. Bagi mereka, ia nampak biasa, tak ada apa-apa pun, orang lain pun boleh buat benda yang sama gak. Then kau berhenti buat kebaikkan tu, dan mereka akan bising. Mereka akan mempersoalkan. Then kau kembali buat kebaikkan yang sama lagi, then mereka tak hargai. Kemudian kau kata “Pergi mampuslah korang…” so manusia tu semua bertukar jadi monyet tapi tak sepenuhnya berbulu.

 

 

Hampir 3 tahun lepas, aku terima kerja ni. Kalau kau kenal aku then kau akan tahu betapa aku sorang yang sangat workaholic. Waktu minggu-minggu terawal kerja dulu, berat aku susut sampai 8kg. Tak sampai tengahari, baju memang basah dengan peluh. Realitinya skop kerja aku just duduk depan komputer je pun. Key in itu ini jer. Tapi aku memang naturally sejenis tak boleh duduk diam. Lagipun tempat kerja aku ni (warehouse) memang tak sistematik langsung. Dengan kaedah simpanan barang tak kemas, cara kerja oleh staff yang lewah dan menyusahkan etc.

 

As time goes by, aku ubah sikit demi sikit itu ini, sehingga sampai ketika, aku bangga apa yang aku dah buat kat warehouse ni. Bunyi macam ‘Aku sorang je buat semua ni'. Tak. Aku tak pernah dan tak akan claim kata aku buat ni sorang diri tapi as a ketua yang manage satu tempat, ya, itu ialah tugas aku. Aku pengemudi tempat ni. Walaupun ada je sorang lagi yang sama pangkat dengan aku but, aku malas nak komen panjang, pendek kata dia buat kerja secara terangat-sangat minimalist ar.

 

Aku create department, aku buat system penyimpanan barang supaya boleh detect mana barang kat rack mana just search kat komputer je, aku reduce kerja-kerja remeh staff, even aku buatkan post aku yang selama ni just duduk depan komputer jadi turun padang: berpeluh bila panas dan basah bila hujan etc. Aku ingat lagi awal aku kerja dulu: container datang tengahari then tengahari tu jugak ar terus unload. Dengan panas, bawak barang besar-besar, berat-berat then habis terus, listing, terus simpan masuk dalam rack. Kalau esok ada container baru lagi then terus sambung. Punya pengerahan tenaga tahap firaun ar masa tu. Kalau nak dibandingkan sekarang, 90% dah berubah budaya kerja mereka. Sebab aku manusia, aku pun pernah buka container tu sekali so aku tahu it not easy.

 

Then masuk part kebajikan staff. Aku sedaya upaya nak reduce stress, create a happy work place condition etc. Tahun pertama aku buang sorang staff. Dia memang hardcore bad aura untuk the rest of the staff. Dia pernah beberapa kali ugut nak tumbuk aku. Dan sekarang ni dia dah dalam penjara pun sebab terlibat dalam bunuh orang. Second year aku buang sorang staff yang ada bad attendance ni. Setiap minggu ada je MC, cuti itu ini. The rest of the staff stress dengan perangai chip moore dia tu.

 

Itu belum masuk staff-staff yang bermasalah yang aku selalu back up dari HQ sebab diaorang ada potensi. Bila yang tak datang sebab putus cinta, aku back-up. Bila yang tak datang sebab mabuk-tak sedar sampai pagi, aku back up. Sebab aku tahu mereka ni bukan anak menteri yang lahir-lahir je dah ada silver spoon dalam mulut diaorang. Duit tu bukan senang nak dapat tapi senang je hilang. So aku back up.

 

Aku memang tak nak ungkit ar. Kalau aku tak pedulik then memang dah sayonara ar mereka tu. Lagipun mereka bukannya family or kawan aku. Masalah diaorang bukan ada kaitan dengan aku sikitpun. Bila ada masalah duit, aku hulur. Bila nak tolong itu ini, aku tolong mana yang patut. Aku beli itu ini guna duit sendiri untuk diaorang guna. Staff bermasalah, aku try tolong.

 

 

 

 

 

 

Sehinggalah previous event (baca previous post) yang membawa kepada episode aku rasa sudah-sudahlah bagi bunga-bunga tu semua. Aku gave up. Aku dah putus asa. Ia tak berbaloi selepas apa yang aku dah buat dan apa yang aku dapat balasannya. Mereka yang aku tolong tak henti-henti, mereka yang aku bagi kerja, mereka yang aku dah ringankan kerja-kerja berat mereka tu semua akhirnya mereka yang sama jugak buat aku macam ni.

 

 

Aku tak pernah kata aku baik. Aku far from dari istilah baik tu. Mungkin aku patut buat kerja seminimalist macam girl yang sama jawatan aku tu jugak kot. Gaji aku kecik je. Aku tak dibayar untuk dilayan seperti tu sekali.

 

 

 

 

 

Kemudian aku kata “Pergi mampuslah korang…” maka manusia-manusia tu semua bertukar jadi monyet tapi tak sepenuhnya berbulu.

Thursday, December 3, 2020

Tips Untuk Menjadi Ketua (yang dibenci)

Aku berkerja dalam situasi yang tak ada boss memantau depan mata kepala. Boss sekadar bising dalam group Whatapp je selain akan hantar manager sekali sebulan. Disebabkan head quarters kami di Sabah nun serta disebabkan oleh pandemik Covid-19 ni so manager kami just datang 3 kali je tahun ni tadi. Dan tahun ni jugak aku diamanahkan untuk jadi person in charge or in another wordnya: Aku ialah ketua tempat kerja aku ni. 



Tempat kerja aku ni ada 10 orang pekerja je termasuk aku. 2 management (aku dan sorang girl ni) dan selebihnya staff biasa. Sepatutnya kalau ikut logik, nak handle 9 orang tu mudah je cumanya realiti tak seindah fantasi ar. Realitinya menjadi ketua ni sama ar macam jadi cikgu di sebuah tadika.


Ada yang jenis merengek mintak perhatian, kita buat itu salah, kita buat ini salah. Ada kaki komen yang kata aku lebihkan sorang tu, aku tak peduli sorang ni. Ada kaki buat hal tapi marah bila kena hukuman. Ada yang nak main memanjang tapi bila dibagi kerja, tak nak buat bla-bla-bla. Itu perangai budak tadika dan perangai yang sama itulah yang aku perlu handle sebagai orang dewasa terhadap pekerja-pekerja tempat ni hampir setiap hari.


It hard to handle an adult yang physicallynya dewasa tapi berfikir dan bertindak seperti kanak-kanak. 


Part paling buat aku berang ialah apabila ada yang keluarkan statement 'aku tak adil'. What do they expect? Disebabkan aku bagi monyet makan pisang so aku kena bagi, kucing dan harimau pun makan pisang jugak supaya bertindak adil? Adil tu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya? Aku dah kenal pekerja-pekerja ni untuk 2-3 tahun. Aku dah faham pe'el mereka ni. Ada yang tak buat masalah, ada yang ada masalah kedatangan, ada yang buat hal bila triggered, ada yang spoil nak mampus etc. So aku tak boleh beri layanan sama kalau keperluan mereka pun berbeza. 



Disebabkan aku seorang dewasa yang tuhan pinjamkan dengan otak yang sedikit bijak maka aku gunakan kelebihan tu. Dan di sini aku beri tip untuk diri aku dan korang-korang yang bakal or telah jadi ketua.


1. Stay cool. Jangan marah. Kita tak suka orang marah kita so kita jangan marah orang. Walau apa pun yang berlaku, senyum je walaupun dalam hati kau sedang sumpah seranah dan banyak kali fikir nak langgar mereka. Fikir benda-benda macam, aku tak dibayar setimpal untuk semua ni, gaji aku lebih banyak dari korang, pergi mampus etc. Ikut kesesuaian korang ar..


2. It is ok to be hated. Kau tak akan mampu puaskan hati semua orang. The harder you try, makin teruk kesannya pada kau kelak. Kau kena ingat yang mereka bukan family, bukan boyfriend/girlfriend, bukan kawan kaki lepak, etc. Yap, mereka ialah rakan dan dalam masa yang sama mereka juga rakan sekerja sahaja. Tapi paling penting, jangan buat musuh.


3. Kenal kelemahan dan kelebihan diri kau. Contoh macam aku ni physically aku ni seorang lelaki yang lembik. Sedangkan pekerja-pekerja ni pulak body kental dengan otot pelbagai. Tahun pertama dulu ada staff naik minyak dan nak tumbuk aku (beberapa kali). Kalau logik akal, aku memang akan kena makan ar. Then datang kelebihan aku. Aku bijak dan punya muka innocent. Yap, the combination does work.


4. Kenal kelemahan dan kelebihan mereka. Kita kena akui yang mereka manusia. Mereka tak sempurna. Kalau yang sorang staff tu rajin tapi otak kurang bijak sikit so kita kena bagi dia kerja berkaitan fizikal. Kalau kita bagi kerja yang dia sah-sah bukan kelebihan dia, jadi bila dia buat lambat or asyik salah so kau tak boleh salahkan dia. Jadi manipulasi kelebihan dan kekurangan mereka dengan bijak.


5. Kau tak selamanya betul dan mereka tak selamanya salah. Hanya sebab kau ketua tak bermakna kau tahu semuanya. Ada masanya mereka jauh lebih tahu dalam bab-bab tertentu. So apabila kau buat salah, kau kena mengaku. Dan paling penting ingat motto ni "Ada masa kau menang dan ada masa kau belajar"


6. Buat salah ialah suatu yang betul. Kau tak boleh sepanjang masa kata itu salah, ini salah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Manusia tak suka diberi pilihan yang tak ada pilihan. Kau tak boleh melindungi pekerja korang 24/7. Jadi ada masa kau kena biarkan mereka buat salah dan belajar dari kesalahan tu supaya mereka tak akan buat lagi pada masa akan datang. Or ada masa mereka tak akan belajar tapi orang lain yang akan belajar dari kesilapan tu.






That it? Banyak lagi sebenarnya. Kau akan belajar dari trial & error.

Saturday, November 14, 2020

Buli

Dalam famili kami, ada satu kisah ni sentiasa diceritakan berulang-ulang kali. Cerita tentang masa abang aku waktu kecik-kecik dulu, dia pernah kena buli di sekolah rendah. Kebetulan kakak aku (atas dia) bersekolah di sekolah yang sama. You know what happen then? Kakak aku buli balik pembuli tu. Since then abang aku tu tak pernah kena buli lagi.



Aku berkerja dalam satu tempat yang punya pekerja bilangan kecil. 10 orang je pekerja termasuk aku. Management ada dua. Aku dan sorang girl ni. Dan tahun ni tadi aku dipilih untuk jadi person in charge a.k.a ketua tempat tu. Then kau tanya "Tak ada boss ke?" Boss dan HQ ada nun di Sabah sana. So in other wordsnya: aku dan girl ni ar yang mengemudi tempat kerja tu.

Tahun lepas aku ada hired 2 orang new worker ni ar. 1st worker ni sangat cepat mesra, cepat belajar benda baru etc. So untuk tempoh 3 bulan percubaan dia terus berjaya. Tapi the second worker ni lain. Dia susah nak blend in with other worker, dia lambat nak faham satu-satu ilmu baru sehingga 3 bulan pertama masih lagi dia tak lulus. So aku forward bawak dia ke the next 3 month then baru aku sedar yang dia ada simpton orang disleksia.

Bila membaca sesuatu then dia tengok betul-betul, even kalau tengok jadual penghantaran barang pun it takes a while for him. Macam orang mata rabun. Most of the time dia akan tanya aku bila dia turn dia hantar even dia berdiri next to jadual tu. Then dia tak dapat nak ingat sesuatu walaupun diulang banyak kali, dibuat banyak kali. Ia macam tak logik apabila aku baru bagitahu sesuatu ni then few minutes after that dia tak dapat ingat. 


Mungkin sewaktu di sekolah dulu, cikgu-cikgu dia tak perasan pun permasalahan ni. Dia tak diletak dalam kelompok mereka yang perlukan pendidikan khas. Lalu dia diberi pembelajaran seperti pelajar normal yang lain. Of coz laa dia tak akan dapat tangkap ilmu yang diajar. Next dia akan diletakkan ke kelas budak bermasalah, dia akan berkawan dengan budak bermasalah, and tak ada apa yang selesai kat sana.


Cuma masalah yang berlaku ialah pekerja-pekerja lain tak faham mental state dia. Disebabkan dia banyak kali buat salah, buat kerja lambat, buat kerja tak betul so dia selalu dilabel bodoh, bebal, lembab etc. Dia tak melawan sebab dia tahu itu kelemahan dia. But bagi pekerja-pekerja lain, mereka beranggapan ia sekadar jenaka. They make fun of it.

Even bagi mereka, itu bukan buli pun. Sebab mereka tak pernah bagi serangan berbentuk fizikal kepada dia. Even mereka tak benci pun dia. Kalau dia tak turun kerja sehari, then sorang-sorang akan tanya aku dia ke mana. Yap, everybody love him. Itu kebenarannya. Dan bila bersama ada masa mereka main game phone sama, belanja dia makan, bergurau itu ini dengan dia. 


Mula-mula tu memang ar macam tak ada apa-apa tapi lama kelamaan ia jadi makin teruk. Mereka layan dia macam dia ni tak ada perasaan. Macam dia ni just anak patung yang kau boleh tenyeh sesuka hati kau dan ia tak akan bagi reaksi. Kalau hari-hari dia dipanggil bodoh, mereka yang lain tu fikir ia tak akan bagi apa-apa kesan ke kepada dia?

And even disebalik kelemahan dia tu, dia seorang yang sangat rajin bekerja, dia sentiasa ada peningkatan walaupun lambat, dia boleh jumpa benda yang orang lain susah nak cari dan dia cukup kreatif. Cara otak dia berfikir tu lain dari cara orang lain berfikir. But, untuk pekerja-pekerja lain, mereka tak nampak. 

Aku pernah tanya dia personally, dia ok ke bila yang lain buat macam tu kat dia? Jawapannya dia kata dia buat-buat tak ada apa-apa je pun. Sedangkan realiti apa yang dia rasa, hanya dia dan tuhan je yang tahu.


Tipu ar kata dia totally imun. Aku yang hampir 36 tahun hidup ni yang aku rasa aku dah mentally strong pun bila ada masa emosi goyah menyerang, segala benda-benda negatif yang selama ni tak bagi impak pun akan bagi kesan teruk kepada kita. Lagikan ar pulak dia yang baru umur 22 tahun. Aku sewaktu umur tu totally fragile kot.


Hari-hari dia kena serang beramai-ramai kata dia bodoh. Lama-lama dia akan percaya yang dia bodoh, dia tak pandai buat apa-apa dengan betul, semua yang dia buat salah, dia rasa diri dia tak berguna, keyakinan diri dia hilang etc. Paling teruk kalau dah sampai tahap depression. Benda nama depression is real, dude. Ia bukan benda boleh buat main-main.

Aku pernah melalui jalan depressi tu and it is SUCKS..!! Aku pertengahan tahun ni tadi kena panic attack pun dan dah muncul suicide thought, so struggle habis aku nak lalui hari tu. Simpang malaikat 44 ar, aku tak nak lalui semua tu lagi. So ku tak nak sesiapa lalui perkara yang sama. 


Even nowaday apabila tengah chat-chat ngan kekawan then ttiba keluar statement dari mereka kata diri rasa useless, aku terus triggered. 





Tak ada sesiapa yang layak untuk diberi sesuatu gelaran hanya sebab fizikal or mental or atas apa-apa alasan sekalipun. Kalau kau tak dapat bayangkan ia berlaku kepada diri kau sendiri then at least fikir kalau adik beradik, anak, sepupu, saudara rapat etc kau kena serang secara beramai-ramai dan dia tak mampu nak pertahankan diri dia, will you do something about it? Atau kau just biarkan je dia dengan alasan, semua tu akan menjadikan dia seorang yang mentally strong pada masa hadapan. Bullshit laa..








Aku tak nak budaya tak sihat ni dibiarkan berterusan di tempat kerja yang aku nak kerja lama di sini. Jadi aku panggil semua pekerja dan bagi small talk. Aku tak serang sesiapa tapi just nak bagi kesedaran secara umum untuk memberhentikan apa yang boleh kita hentikan. The next day, situation seem krik.. krik sikit. An awkward moments berlaku. Certain worker seem tak layan or tak tahu cara nak work the new norm with dia. Mungkin mereka ada fikir yang dia mengadu kat aku ke? Honestly tak. Dia tak pernah share apa-apa pun kat aku. 

Dia pulak seem dipulaukan. Dia nampak sunyi. Dia mungkin sedang marahkan aku sebab turn thing upside down. Aku percaya yang perkara ni tak akan lama ar. Aku buat ni untuk masa depan dia dan mereka-mereka yang senasib dengan dia jugak. Aku nak semua manusia dilayan seperti manusia selayaknya. 


Kakak aku boleh confront orang yang buli adik dia masa dia kecik dulu so kenapa aku tak boleh buat benda yang sama apabila aku dah dewasa ni?










Bayangkan situasi ni berlaku. Satu hari kau dengar berita sorang kenalan yang cukup dikenali sebagai seorang yang ceria, happy, senyum sepanjang masa end up his/her life dengan bunuh diri. Yang mana lebih membuatkan kau rasa bersalah? Adakah ketika kau sedar yang kau ialah salah satu punca dia bunuh diri or ketika kau sedar kau ialah salah seorang yang memilih untuk tak buat apa-apa ketika dia masih hidup dulu? 

Tuesday, November 3, 2020

Aku Seorang Sugar Daddy

Beberapa hari lepas aku ada 'match' dengan sorang ni kat dating app (yap, aku masih belum serik-serik lagi). Dia baru usia 21 tahun. Aku memang tak layan orang muda-muda ni. Sebab otak tak sealiran ar. But still aku layankan je ar. Intan Ladyana boleh. Rozita Che Wan boleh so why not aku mencuba nasib.

Kami borak. Dia seorang yang manja. Sikit-sikit merajuk manja so aku pujuk dan dia suka. Sehinggalah satu part tu dia tetiba tanya "Awak nak jadi sugar daddy saya tak.." Aku fikir dia just berjenaka tapi dia benar-benar maksudkannya. Dia kata dia tak mintak banyak. Cukup ar beberapa ratus dalam sebulan je atau kalau dia perlukan duit. Dia even bagi nombor akaun bank dia lagi. 


What..? A sugar daddy? Dia fikir aku ni jutawan Malaysia ke haa? Aku kerja gaji hujung bulan pun terpaksa sekat makan. Tahun ni je rasanya dah separuh tahun aku makan basic gaji je. Macam mana dia terfikir nak suruh aku mensugar-babykan dia ni?



Yap, aku umur 35 tahun but still aku tak sedesperate dia. Lagipun apa yang menjadikan dia rasa dia layak untuk jadi sugar baby ni? Apa yang dia nak tawarkan sebenarnya? Pengalaman kasih sayang tahap VVIP? Seks? Atau apa? Mana dia terfikir nak jadi sugar baby ni pelbagai? Hairan aku..




Then dia pun panggil ar aku ni daddy.. Dan aku pun jawab "Ye, anakku..!!"


Friday, October 23, 2020

BTS Lelaki Yang Hidup 21 Hari

Ketika korang sedang baca post ni, novel kedua (ketiga technically) dah berada di pasaran. Dapatkannya di Popular Bookstore, MPH 7-Eleven & di kedai-kedai buku yang berdekatan. Done promote.


Novel ni siap ditulis pada tahun 2014. Ia ditulis untuk satu major publication indie local ni yang mula-mulanya dah setuju untuk publish novel ni tapi atas sebab-sebab tertentu ia terpaksa tolak ar. Penolakkan tu berlaku selang seminggu or dua minggu second novel aku kena tolak oleh other major indie publication ni. Lebih menjadikan ia malang tak berbau ialah penolakkan tu berlaku ketika aku sedang melalui 2nd episode of depression yang datang bersama thought of suicide. Memang tak membantu ar..


Second novel tu (yang ni is the third) ialah kiranya masterpiece aku ar. Aku tulis sehingga aku sendiri naik fobia dengan idea yang aku bawa dalam penulisan aku tu. Indie publisher tu bagi 2 pilihan: 1st aku boleh tarik balik & simpan novel tu or 2nd dia akan upload kat wattpad company mereka bersama 4 novel baru yang lain. 2 yang punya view tertinggi akan dijadikan novel fizikal. Aku pilih 2nd option sebab kondisi mental illness aku buat aku gave up on everything. So just google je nama pena aku then akan keluar novel tu kat carian.


Novel ketiga ni pulak akhirnya just berkumpul bersama habuk maya kat storan computer aku je laa. Aku totally gave up menulis. Aku gave up melukis, ambik gambar, editing graphic dan segala hobi-hobi lain ar. Trust me, kalau kau tak ada mental illness, you will have no idea what 'gave up' really mean laa. It SUCKS..!!



As time goes by, aku start melukis dan buat hobi lain sikit demi sikit ar. Menulis pun mostly kat blog ni je ar. Itupun sendu. Setahun sekali pun macam nokharom je. Hahaha. Tapi aku memang tak ada plan nak menulis cerpen, puisi or novel ke. Tu memang the end betul ar.


Sehinggalah pada tahun lepas, entah kenapa, ada sorang budak yang aku hired untuk company aku berkerja sekarang ni suddenly bagi aku a spark of inspiration laa. Kalau kau terlibat dengan dunia art, makhluk bernama inspirasi ni cukup susah ar nak datang sendiri. Kalau tak ada inspirasi yang cukup kuat, kau plan nak melukis, it will take hours, days, months but still kertas lukisan kau tu kosong je tanpa contengan itu ini. Sama ak ar kalau kau nak buat art stuff lain.


Tapi budak ni lain. Budak ni bagi aku sungai inspirasi tanpa henti ar. Antaranya ialah untuk republish my third novel ni with a twist of novel bergambar. So aku buat proposal, hantar ke sebanyak mana local publication company. Ada beberapa yang reply tapi not interested laa cumanya company yang paling aku tak jangka dan aku tak letak pengharapan langsung suddenly tunjuk minat iaitu Kadogawa Gempakstarz.


Gempakstarz ni ialah sebuah publication mainstream yang target marketnya untuk pembaca yang mainstream gak ar. Sedangkan novel aku tu pulak aku memang tulis untuk indie market masa tu. Ia ada unsur 18SX, 18SG, politik pelbagai dan aku sampaikan dalam persembahan yang ringan dan penuh sarcasm. 




So first step aku buat ialah aku edit dan buang part yang obviously tak akan lepas kat pasaran mainstream supaya bahan bacaan ni kelak bakal menjadi bahan bacaan mesra keluarga ar. Bayangkan kau nak edit filem Borat supaya boleh kena tonton satu family. Memang haram susah ar. Sedangkan dalam novel aku ni ada jiran seorang mak nyah, penagih dadah, anak-anak pelacur, abangnya seorang gay etc. Kalau aku buang semua unsur tu then 3/4 dari novel tu aku perlu buang. Hmmm...


Part melukis pulak, kalau kau kenal aku or follow aku kat instagram then kau akan tahu yang minat aku lebih kepada melukis human portrait aka aku lebih gemar melukis muka manusia jer. Dan aku tak ada keyakinan nak melukis sesuatu yang aku tak nampak depan mata aku sendiri. So aku upah budak yang aku hired kerja tu untuk jadi model berbayar. Dia OK jer (walaupun aku yakin dia ada syak wasangka gak ar dengan tujuan aku tu). So kalau kau tengok dalam novel ni, aku banyak buat percubaan demi percubaan baru ar. Btw aku lukis semua tu guna smartphone Samsung Galaxy Note 3 second hand aku je.


Then 18 March berlaku.


Novel ni sepatutnya keluar bulan June lepas tapi kerana Corona banyak tergendala ar. Cumanya peraturan tuhan tu memang tak pernah salah alamat ar. As Islam kata : Rezeki tu tak datang lambat sesaat or cepat sesaat or kurang sesen or lebih sesen. Bayaran novel ni walaupun tak sebesar royalti yang J.K Rowling dapat untuk series Harry Potter tapi it still the biggest payment yang aku pernah dapat berbanding 2 novel aku yang terawal tu ar. Dan lebih menaikkan semangat aku apabila lukisan-lukisan aku yang cukup amature tu juga dibayar dengan  awesomely handsome ar. So aku tambah lagi  ar upah kat encik model aku tu.




Then then book finish printed dan start ada dipasaran dan jualan online dalam awal bulan Oktober ni tadi. Aku pun dah dapat copy untuk writer dalam 13 Oktober lepas. Jujurnya kepuasan hati aku just around 65% je ar. Most of the lukisan memang on point. Ada satu dua yang lari sikit. Kualitinya memang tip-top ar. So mana datangnya kekecewaan 35% tu? Part editing ar. Yap, untuk menyesuaikan dengan gaya publication ni, editor perlu edit buang-atur itu ini ar. Even masa awal-awal aku tahu yang publication mainstream ni nak terima proposal aku dulu lagi aku dah tahu event ni akan berlaku. So apabila aku baca hasil akhir ni, feelnya tak macam baca buku yang aku tulis sendiri ar. Part tu sedikit sedih ar.





Btw aku sangat happy dengan keluarnya. Terima kasih yang bagi support. Sangat terharu. Terima kasih jugak pada kawan-kawan dan kenalan-kenalan dari support group yang sanggup keluarkan duit beli kat online etc. Yang belum beli then sila beli ya. Hopefully, semuanya tak akan hanya tamat di sini. Harap ia akan jadi permulaan untuk aku terus berkarya. Terima kasih semua...

Tuesday, March 24, 2020

Manusia & Covid-19

Ketika dunia dan ketamadunan manusia semakin berada pada tahap kritikal, kau akan sedar wujud beberapa kelompok manusia yang tiba-tiba muncul. Berikut ialah jenis-jenis manusia yang aku perhatikan wujud semasa Covid-19 ni.



1. Manusia kebal (& bebal) penyakit
Golongan ni sejenis yang rasa mereka ialah kanak-kanak terpilih yang tak mungkin akan terkena oleh penyakit ni. Sebabnya dia rasa dia selalu bernasib baik dalam kehidupan, Dia tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya, rumah dia tak pernah kena pecah masuk, akaun bank dia tak pernah kena godam bla-bla-bla. And even everthing tentang benda nama Covid-19 ni seem too fictional to be true. Ia hanya akan berlaku kepada orang lain dalam TV or internet jer. So dia tak perlu ambil apa-apa langkah keselamatan untuk hindari apa-apa. Dia keluar ke mana sahaja (termasuk luar negara) dia nak tanpa perlu ambil apa-apa langkah keselamatan. Selain fizikal dia kalis dengan penyakit, otak dia juga imun dengan nasihat orang.


2. Manusia yang sentiasa betul.
Golongan ni pulak sejenis keyboard warrior yang bukan sahaja bising online malah juga di offline gak. Dia akan salahkan semua orang selagi mampu. Katanya: Ini salah orang kat China sebab diaorang makan apa sahaja benda yang selagi boleh bergerak, ini salah kerajaan terdahulu sebab tak nak buat tindakan awal-awal, ini salah group tabligh sebab dah tahu sakit tapi masih lagi nak berkumpul ramai-ramai, ini salah Sajad sebab pakai telekung masa pergi umrah, ini salah itu, itu salah ini dan selagi dia boleh salahkan seseorang maka dia akan rasa cukup lega. Sebabnya? Yap, dia sentiasa betul.


3. Manusia yang penuh dengan teori.
Golongan ni pulak sejenis kaki pemikir yang suka buat kajian mostly just google secara random, baca fakta dari twitter or dapat maklumat dari group whatapp. Menurut kajian ilmiah mereka: Covid-19 ni sebenarnya virus yang dihasilkan oleh Amerika disebabkan oleh perang ekonomi dengan China or ia dihasilkan oleh makmal di Israel je satu-satunya negara dalam dunia tak kena serang penyakit ni dan mereka ada vaksin anti Covid-19 ni dan akan jual pada harga mahal pada dunia kelak or ini semua dakyah Freemason dalam proses nak mengawal dunia or teori paling domestik: ini ialah usaha DAP nak pecah belahkan umat Islam kat Malaysia bla-bla bla.


4. Manusia penunggang agama
Golongan ni sejenis yang guna agama sebagai senjata untuk menghalalkan cara. Dia kata takut virus ke takut tuhan? or siapa yang ada kuasa untuk mematikan? Adakah ia virus atau tuhan? Kita tak perlu takut untuk sembahyang Jumaat atau sembahyang jemaah kat masjid sebab kalau dah ditakdirkan kita tak akan mati maka kita tak akan mati juga. Apabila ada mufti atau agamawan besar-besar keluar fatwa berdasarkan dalil zaman nabi dan para sahabat then dia sentiasa ada hujah untuk bidas dan bidas. Maka dengan rasa yakin dia bertawakal kepada tuhan seperti lembu yang tak diikat dengan harapan dia tak akan sesat maka tersebarkan covid-19 dengan jayanya di negara ni. Then dia bidas lagi Covid 19 ni bukan dari tabligh tapi dari China. Tabligh ni mangsa je untuk menutup mulut masyarakat dunia.


5. Manusia positively oportunis
Sewaktu kes Covid 19 kat China masih suam-suam kuku dulu, dia start borong face mask, hand sanitizer banyak-banyak so apabila ia dah merebak teruk so dia jual dengan harga tinggi. Still orang akan beli sebab tak ada orang yang nak mati muda. Kata mereka: diaorang tak buat apa-apa benda salah pun. Dia tak mencuri, bunuh orang etc. Apabila harga tiket kapal terbang ke luar negara murah then mereka antara yang terawal ambil kesempatan. Bukan selalu dapat ke Korea, London etc dengan harga tiket murah. Dia sangat positif yang keadaan amatlah terkawal. Bak kata dia: Kerajaan mesti akan sekat rakyat untuk melancong ke luar kalau kat luar nergara tu teruk. Belum sepat balik dia pon dah positif Covid 19. Tahniah


6. Manusia panik
Berita palsu tersebar dengan cepat dan luas. Kaki panik dengan mudahnya akan bertambah panik. Depan mata aku sendiri nampak after Muhyiddin umum 2 hari before 18th tempohari orang kita dah pun bertukar jadi pak cik mementingkan diri as dalam Train To Busan tu. Dia sorang je dah bawa 2 trolly makanan menggunung. Bekalan makanan tu rasanya cukup untuk berbulan-bulan kot. Bersangka baik je ar mungkin keluarga dia besar or dia nak sedekahkan kepada mereka-mereka yang daif ke. Then paling tak best part mereka ni berhimpit-himpit berebut barang dengan orang lain. Tanpa sedar dia mungkin dah terkena dan jadi agen penyebar virus covid tu.


7. Manusia racist
Part ni aku paling tak boleh tahan. Apabila orang kat China mati sebab Covid-19 then kau kata padan muka, balasan tuhan sebab buat itu ini. Then apabila kat Malaysia yang mati mostly geng tabligh then kau kata mereka syahid akan masuk syurga. Apabila orang bangsa lain suruh sesiapa yang pergi tabligh tu sila dapatkan check up kat hospital, then kau terus jadi hulk marah-marah diaorang balik. Realitinya diaorang cakap atas dasar kemanusiaan tapi yang kau lihat hanya bangsa dan agama. Apabila yang Melayu kena positif then kau upload post suruh doakan, kata ini semua ujian. Tapi bila bangsa lain kat negara lain kena then kau kata itu semua balasan tuhan. Hmmm...










Sebenarnya banyak je jenis manusia yang wujud masa-masa macam ni? Aku pulak jenis yang macam mana? Aku jenis tak kisah pun nak mati cuma aku tak nak menjadi penyebab kematian or kesengsaraan orang lain. Stay safe ya semua

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Friday, March 20, 2020

Aku & Covid 19

Yap, dah masuk bulan 3 untuk tahun 2020 aku baru je update blog yang dah tenggelam bersama titanic ni. Thanks to tempoh pengehad pergerakkan dan pada hari ke 3 aku dah tak tahu nak buat apa lagi so aku try untuk kembali updating post kat blog. So here are the story:

Covid 19 dah sekitar lebih 3 bulan menyerang dunia. Rasanya sekarang 20 000 manusia seluruh dunia dah positively infected with this Corina thing. Untuk tempoh 3 bulan yang lepas aku ada kena 2 kali panic attack. First masa area manager aku bagitahu yang company tempat aku kerja ni boleh bertahan dalam 3-4 bulan lagi. Dia bagitahu that news sekitar hampir 2 bulan yang lepas. Aku kerja dalam bidang penyimpanan stok barang dan barang kami straight dari China. Alaa.. kedai barang murah-murah dari China tu (tapi tak nak bagitahu nama company).

So dalam warehouse sekarang memang 50% kosong. Container China kena block so tak ada in-stock. Yang ada cuma barang keluar je untuk hantar ke outlet.

Jadi waktu tu aku rasa takut, sedih, marah .... keliru. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Untuk tempoh 1 minggu tu jugak ar aku memang hilang. Aku setiap hari turun dan buat kerja tapi otak aku tak ada di situ. Memang hilang ar.

Bagi aku kerja ni kerja yang paling stress free ar. Walaupun ia adalah kerja dengan gaji yang paling kecil aku pernah dapat since tamat belajar dulu dengan boss kedekut dan suka potong gaji sesukahati mak bapak dia jer or aku beberapa kali plan nak langgar beberapa orang pekerja under aku guna kereta or jumpa bomoh dan nak hantar santau kat diaorang semua but still ia adalah kerja yang paling kurang stress berbanding kerja-kerja lain yang aku pernah buat sebelum ni. 

Tapi as time goes by aku dah boleh accept that situation.



 2nd panic attack berlaku semasa aku nak sembahyang Jumaat tak lama kecoh kes geng tabligh masjid Petaling tu berlaku. Mata aku memang meliar tengok orang dalam masjid bersalam, berjenaka macam tak ada apa-apa berlaku. Then masa khutbah, Imam ulang benda yang sama menggesa agar mereka yang pergi tabligh tu segera pergi hospital dan khutbah tu cukup pendek dan tamat macam tu je. Aku jadi resah gelisah, dada berdebar kencang, tanggan menggeletar dan aku hampir menanggis. That kind of panic memang tak dapat digambarkan ar.



So sekarang tempoh kuarantin.





Aku boring. Bilik aku dah kemas, seluar aku dah alter, projek alter tshirt aku dah habiskan, beberapa movie aku dah layan, kantung air mani aku dah kekeringan (damn), dan ini baru hari ke tiga. Aku tak tahu apa yang aku boleh or bakal buat untuk hari-hari yang mendatang ni..






Kehadapan rakyat Malaysia, kerajaan suruh kuarantin then tolong ikut ar. Kalau kau tak kisah nak mati at least fikir orang lain yang ada keluarga yang mereka sayang yang mereka tak nak orang tu merana. Or paling tak simpati pada orang-orang macam aku yang jenis gelisah duduk rumah tanpa buat apa-apa ni. Hmmm