Wednesday, October 23, 2013

Aku & Berak

Emak aku selalu kata yang aku ni masa kecik dulu ada beberapa habit bila masok part berak. 1st) Aku suka tahan berak, 2nd) Aku tak tahu beza sakit perut biasa dan sakit perut nak berak and 3rd) Aku hanya akan ke toilet bila aku betul-betul dah nak berak. Pada usia dah nak masuk 29 tahun, aku masih lagi dengan cara hidup yang sama. Wakaka..


Aku tak tahu kenapa yang aku ni sangat suka tahan berak. Ada masanya ia disebabkan oleh toilet tu. Aku sangat choosy bila come part tentang tempat aku nak berak. Bila aku dapati yang tempat tu kotor, messy, tak ada air, tak ada tissu or aku rasa tak sedap hati then aku akan terus tahan. Or ketika aku tengah bussy buat something yang penting macam tengah tengok cerita best or masa aku tengah main game kat komputer. Kalau tetiba perut rasa something then otak aku akan analyst sama ada ia urgent or tak. Kalau tak then aku akan tunggu dan tunggu sehingga ia dah 99.9% penuh dan aku akan terus berebut-rebut gi toilet dan PUUUUUSH ia akan keluar sekaligus. Tamat.

Aku tak suka berada dalam toilet lama-lama. Aku ada sorang kawan ni yang dia sangat suka berada dalam toilet sekitar 30 minit. Aku pun heran apa yang dia buat dalam sana. Macam ada urusan birokrasi kerajaan je. Even dia sempat bawak bahan bacaan lagi. Boleh ke orang tengah berak sambil fokus pada bahan bacaan? Aku pulak versi berlawanan. Aku sangat sekejap kat toilet. Emak aku selalu kata kalau aku berak ketika dia tengah makan then dia masuk makanan dalam mulut, kunyah dan belum sempat dia telan, urusan aku dah siap. Sebab aku hanya akan masuk toilet bila aku dah betul-betul dah ready. So ia keluar, aku cuci dan tamat. Sekejap jer.

Kalau korang nak tahu, aku tak pernah berak di tandas sekolah (kecuali satu event yang aku akan cerita kelak) sepanjang aku bersekolah menengah 7 tahun. Selain toilet sekolah yang cukup terkenal ngan cerita hantoo, ia juga famous ngan ketidakbersihan tahap hazardous dan tak user friendly. Thanks goodness kepada ability aku yang berjaya tahan berak ni. KECUALI....., mesti ada kecuali. Sewaktu aku form 6 ni berlakulah satu event yang aku yakin korang dah boleh agak-agak endingnya yang hitam dan suram ni. Wakaka.

Aku belajar form 6 kat sekolah lain dari dari form 1 sampai form 5. Sekolah ni peraturannya quite army sikit. Semuanya teratur dan ada sistem. Tak macam kat sekolah lama yang peraturan sekolah adalah untuk dilanggar dan tak ada sesiapa ambik peduli. Tapi kat sekolah baru ni semuanya ada rule and regulation. Termasuklah bab tandas. Toilet hanya dibuka umum kepada student masa pagi, rehat, balik je. Kalau nak gi toilet masa kelas kena ambik pas dari cikgu, pas untuk satu kelas hanya ada dua dan sebelum nak masuk toilet kita kena berdepan dengan penjaga khas lagi untuk memastikan kita punya pas yang sah. Duh, bagi aku peraturan tu sangat ridiculous dan leceh. So sepanjang 2 tahun kat form 6, aku hanya pergi toilet sekolah tu sekali je. Itupun pada hari permuafakatan sebab bapak aku mintak teman. 

Dipendekkan cerita, satu hari masa form 6 ni masa subjek yang terakhir perut aku tetiba sakit. As usual aku tahan ar. Lagipun waktu tu masa kelas cikgu paling garang tengah mengajar. Malas aku nak mintak pas dan melalui karenah birokrasi yang panjang tu. Plus dah masa yang terakhir so lepas dia blah, aku bawak motosikal dan tumpang toilet rumah mak cik aku yang dekat situ je. Masalahnya waktu tu aku bukan sakit perut biasa. Ia sakit perut nak cirit. Mana leh tahan kalau nak berak cirit. But still sebab ability aku tu, aku sempat tahan. Cumanya proses menahan tu menjadikan aku berpeluh sejuk satu badan. Muka pulak pucat. Cikgu yang garang tu tengok aku pun naik takut. Dia fikir aku sakit ke apa. 



















Lonceng terakhir bunyi, dia blah. Aku tanya cousin aku kat sebelah "Kau tengok belakang seluar aku ada nampak benda warna coklet tak...? Wakaka















Bila fikir-fikir benda tu, rasa sangat lawak. But still aku x pernah ambik pengajaran dari event tu. Aku masih lagi suka tahan berak sampai sekarang ni. Hmmm..

1 comment:

Annaroeha said...

Noted! Haha.Lawak Aj oi.