Sunday, October 20, 2013

Aku Nak Promo Roman Berahi Wey..

Selama ni asyik nak ulas dan komen novel orang je. Membaca dan bagi komen yang tak puas hati itu, tak puas hati ni memang senang ar. Sekarang ni aku bakal menerima nasib yang sama apabila novel pertama aku akan keluar Insya-Allah dalam bulan sebelas ni. Sebab semalam salah sorang ahli Darma Press (publisher) aku dah totally confirmed dan dah kata aku boleh buat promo awal before novel tu betul-betul keluar. Hmmmm..


Atas ni ialah cover depan dan belakang. Roman Berahi ialah tajuk yang disuggest oleh editor sebab tajuk asal aku agak tak menepati kehendak penerbitan. Sinopsis belakang bukunya pulak kat bawah ni. 


Kalau tak dapat baca then klik gambar tu. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang bila ia officially keluar dan di mana or macam mana korang boleh dapatkan novel ni kelak then gi FACEBOOK dan search Darma Press. 








Kalau korang baca post ni nasihat aku jangan bagi apa-apa big expectation sangat pada novel ni ar. Takut nanti bila korang dah baca then korang akan down pulak sebab tak mencapai ekpektasi korang. Lagipun ini novel pertama. Banyak kurang itu ini. Plus bagi hint sikit: kalau korang follower blog aku then korang pasti boleh relate certain post dengan novel tu.












Seriusly aku sangat teruja plus happy sebab baby pertama aku dah keluar officially. Novel kedua pulak around 70% siap dan insyallah next year keluar. So menganggur untuk 2 tahun tapi mampu menghasilkan 2 novel tak adalah sound cam aku menghabiskan saki baki usia remaja dengan sia-sia ar kan..?














dan pesanan terakhir:
KORANG MESTI BELI ROMAN BERAHI..!!

3 comments:

l.u.q said...

wahhh tahniahh der
nak signed copy leh?? hehe

finas said...

Aku dah lama jadi silent reader and tak sabar nak beli buku ni. yeah!

Aj Abdullah said...

l.u.q
tq3. Leh jer kalau jumpa. Kalau nak bagi copy sign tu memang tak ada ar. Penulisnya sendiri pun tak pegang lagi. Wakaka

Finas,
Ooh terima kasih silenr reader yang akhirnya bersuara. Nanti jangan lupa beli bukunya ya. Wakaka