Aku mintak maaf sangat-sangat pada mereka-mereka yang masih lagi check blog aku walaupun aku dah lama sangat tak update. Aku akui yang orang yang singgah ke blog aku dah merundum lebih 50% but still masih ada lagi yang sudi melawat dan mengharap akan ada post baru. Tapi malangnya tak. Asyik-asyik post aku dan berak tu je lagi. Wakaka.
Post kali ni pun sebenarnya bukan post sebenar. Sekadar nak update untuk memastikan korang tahu yang aku masih lagi hidup dalam keadaan waras. Hmmm.. Dalam otak aku memang ada banyak issue yang nak dishare macam isu result UPSR, SPM or sunat etc tapi aku tak ada masa nak update blog. Bunyik macam tipu jer sebab semua tahu kot yang aku ni mengganggur sepanjang masa. Tak kan tak ada sekelumit masa pun untuk update blog. Tengok porn sambil melakukan aktiviti 18SX boleh je memanjang. Ops..!!
1.
Memang lah aku ada masa tapi most of the time otak aku dah macam span yang dah diperah sekuat-kuatnya. Otak aku dah letih nak menghasilkan ayat-ayat baru. Sebab manuskrip untuk novel ke dua dah almost 80% siap. Plan kalau boleh sebelum 2013 ni tamat aku habiskan keseluruhan manuskrip.Masalahnya nak menghabiskan setakat berbelas ribu patah perkataan tu sangatlah hazab. Aku rasa aku dah asyik ulang balik perkataan yang sama jer. Perbendaharaan kata dalam leksikal otak aku dah muflis dah kot. Akibatnya aku memang sangat stress. Menghadap labtop hampir satu hari tapi perkataan yang ditaip tu berapa patah jer. Hmmmm..
2.
Last week aku bukak email. Aku sangat terkejut sebab proposal yang aku pernah hantar sekitar 4 bulan lepas yang aku fikir tak ada jawapan sampai sekarang rupanya dah beberapa kali direply. Mati-mati aku fikirkan yang idea tu ditolak. Rerupanya email balasan tu secara automatik telah dimasukkan ke bahagian spam. Duh, selamatlah company tu sentiasa bagi update tanya. Kalau tak mesti aku dah terlepas job ni. Aku sangat bersyukur ar. Betapa rezeki tu tangan tuhan. So lepas tamat manuskrip novel kedua ni makanya aku akan fokus untuk manuskrip novel ke tiga pulak. So makin ar aku tak ada masa nak update blog yaaa.. Hmmm
3.
Novel pertama aku: Roman Berahi akan start dijual pada Sabtu ni di program Eksotikata kat Rumah Pena. Kalau korang nak tahu maklumat lanjut just pergi page FACEBOOK diaorang dengan carian Darma Press. Aku tak pasti sama ada ia dah dibuka untuk jualan on-line. Check update bagi penerbitan tu sendiri. Aku cukup teruja sebab baby pertama dah keluar. Cuma peringatan yang cerita ni ideanya agak berat dan 18SX tapi ia diterjemahkan dalam bahasa yang cukup ringan. Ia lebih kurang macam menulis blog yang punya jalan cerita. So kalau korang suka gaya aku bercerita dalam blog so lebih kurang sama gak ar aku bercerita dalam novel tu. Jangan lupa beli yaaa..
4.
Dua tahun melalui era pengangguran bukan benda yang mudah. Banyak benda yang aku tak dapat buat. Aku tak dapat nak enjoy makan luar, minum Starbucks, jalan malam-malam, hisap rokok, beli itu ini. Lebih teruk lagi bila jam aku patah (sangat awkward bila tak pakai jam), high cut sneaker aku hilang (aku yakin ia kena curik), kamera aku hilang etc. Waktu ada duit awal-awal dulu, dengan senang je aku ganti baru tanpa peduli harga. Lebih teruk bila benda yang remeh temeh yang kita nampak macam murah tu sebenarnya menghakis duit kita dengan banyak. Tapi bila tengok dari part positifnya: aku lebih menghargai nilai duit.
Antara benda yang aku paling rindu ialah mode membeli dan membaca buku. Buku terakhir aku beli ialah Ilusaniti oleh Adib Zaini. Rasanya setengah tahun gak dah berlalu. So pagi ni tadi aku ternampak iklan kawan kat FACEBOOK tentang satu jualan buku ni. Al kononnya diskaun sekitar 70-90 %. So habis solat Jumaat aku terus jer pergi Hock Lee Centre dengan niat nak tengok-tengok je dulu. Kalau jumpa buku bagus ngan harga bagus so mungkin akan rempat sebijik dua.
Banyak gak buku diletakkan dekat area lobi shopping mall tu. Beribu ada gak ar. Masalahnya ia tak diatur secara sistematik. Pergi satu meja jumpa satu buku ni then pergi meja lain pun jumpa buku yang sama. Buat kepala pening ar. Tengah belek-belek buku then terjumpa satu kupon ni. Aku tanya pekerja. Diaorang kata kupon tu diletakkan secara random so aku boleh beli mana-mana buku maksimum 5 dengan setiap satu buku dengan nilai RM1 jer. Just imagine kalau satu buku tu standard harga RM35 then diskaun jualan ni RM8 tapi kupon aku tu menjadikan harga buku tu RM1 jer.
Tengah-tengah nak cari 5 buku tu aku terjumpa lagi another kupon. Akhirnya aku telah merembat 10 buah buku dan hanya perlu bayar RM10 jer. Duh betapa nilai sepuluh bijik buku dan nilai RM10 untuk seorang penganggur ni sangat besar dan bermakna. Ia buat aku sangat-sangat happy.
1 comment:
untungnya!!!cemburu saya dengar boleh belibuku rm1.kalaulah di miri ada buat mcm tu... :-)
Post a Comment