Friday, July 31, 2009

Dan Ketika Perasaan Itu Pergi


Hari ni tadi aku keluar rehat agak awal. Teros pergi masjid. Ambik wudhu. Bwat semayang sunat. Then bila dah tamat ttiba otak aku teringat kat sorang. Arwah nenek aku (technically adik beradik atok). Teringat pada dia bwat air mata aku tiba2 mengalir.

Arwah tak pernah sayangkan aku. Mungkin jauh dalam hati dia, tu aku x tahu r.

X mungkin aku boleh lupa raya tahun tu. Dia terpaksa bersalam dengan aku. Tangan dia sejuk sesejuk hati dia. Muka dia berpaling ke arah lain. Aku just tersenyum. Hanya itu yang aku boleh bwat. Dalam hati aku menanggis kuat2 shingga aku x sedar ada juga air mata yang mengalir. At least air mata aku x sehebat air mata Angah. Arwah x pernah sayangkan aku, Angah dan emak. Tapi Uda, Along dan bapak berbeza. Dia boleh tersenyum dan berjenaka dengan diaorg.

Waktu tu aku terlalu muda untuk disemai dengan rasa benci. Even aku x tahu kenapa dia cukup benci pada aku. Apa kesalahan yang aku bwat pon aku x tahu. Walau apa pon yang aku bwat, aku x akan dia suka. Dan sejak hari tu aku cukop jarang jejak kaki rumah dia.

Even sehingga dia meninggal, aku x pergi melawat dia. Aku sangat keras kepala. Sebab aku masih boleh ingat macam mana muka dia berpaling masa raya tu. Sehingga 1 ketika aku mulai sedar betapa aku makin jadi macam dia. Setiap sikap buruk dia mulai jadi sebahagian dari diri aku. Betapa aku akan menjadi orang yang aku benci...

Tuhan itu Maha Kuasa. Dia boleh mewujudkan ingatan Arwah pada otak aku ketika aku sedang membenci. Dia mahu aku tahu bahawa aku x boleh membenci. Lalu ia menghilangkan rasa amarah yang aku pendam untuk beberapa hari ni.

Aku x boleh membenci sebab aku tahu betapa sakitnya rasa diri dibenci.

Aku x boleh membenci sebab aku akan jadi seperti orang yang aku benci.

2 comments:

Nizam Zahri said...

Aku x boleh membenci sebab aku tahu betapa sakitnya rasa diri dibenci.

Aku x boleh membenci sebab aku akan jadi seperti orang yang aku benci.

~betol tp kalaulah aku boleh jadi org yg tidak pernah membenci langsung.. sebab perasaan benci terhadap org itu mudah saja wujud dlm hati tnpa diminta..

Aj Abdullah said...

"sebab perasaan benci terhadap org itu mudah saja wujud dlm hati tnpa diminta"