Wednesday, December 16, 2009

2010

Semalam secara x sengaja masa gi 1 laman sesawang (ceh, pengaruh ayat berita RTM) then bwat aku terhenti seketika. Dah 15 hb wei. That mean tahun 2009 dah nak sampai ke penghujong. Duh.. walupon aku x sambot new year tp x sangka semuanya dah nak berakhir. So as usual setiap tahon so tahon ni pon aku nak bwat review what happen sepanjang 2009 ni tadi..

2009 start with sambongan pelajaran SAFETY & HEALTH OFFICER di ICATS.. Tapi disebabkan karenah tempat aku belajar tu sangat SUCKS then latihan amali aku tergantong selama sebulan. Dan kebetolan ada kekosongan jawatan kat LODGE SCHOOL then aku apply, temuduga dan berjaya. Tapi disebabkan jodoh aku kat sana x panjang, OFFICE POLITIK yang terok gak then aku cuma bertahan sekitar 2 bulan dan apply and joins GEMS di REGENCY RAJAH COURT. 2bulan teori then praktikal di STIDC sehingga penghujong Disember.

2009 adalah tahun yang menyeronokkan. Aku x sempat menganggur berpanjangan pon dalam tempoh masa setahun ni. Aku bergerak dari satu tempat ke tempat baru then berjumpa, berkenalan dan bwat kawan ngan mereka. Aku ketawa, marah, sedih, kecewa, gembira, duka sepanjang tempoh tu.

X nak cerita panjang lebar so tengok gambar ni. Aku nak share dunia aku sepanjang 2009..




The End of 2009..

Saturday, December 12, 2009

Lasykar Pelangi

Aku pernah menyebot ttg tajok ni dalam post title Tanjong Manis. After few day kuarkan that post, aku baru habis baca keseluruhan buku. Aku beli buku ni secara x sengaja, kebetolan tengah cari novel Melayu (pasal dah lama x baca novel Melayu then rindu plak). Tp novel yang ada mostlynya cerita cinta-cintun yang bukan dalam list aku minat. Then ttiba tengok buku title Lasykar Pelangi. Title yang sama pernah dijadikan lagu dan movie adaptasi gak. Ingatkan versi asal Bahasa Indonesia.. Rrupanya terjemahan. Then rasa ragu nak beli. Entah apsal aku kureng sikit ngan idea terjemahan ni.. Or dalam erti kata laen: mood cerita asal lari r. Pasal dulu pernah baca novel Ayat2 Cinta versi asal: Bahasa Indonesia then mood dia mmg besr r (plus pening pasal x paham certain ayat)..

Novel Lasykar Pelangi boleh dikategorikan as cerita yang best (tp still The Ignored by Bentley Little is the best). Best aku kata pasal ia sedikit sebanyak mempengaruhi certain part dalam hidop aku. Kenapa? Nanti aku cerita. So synopsis keseluruhan cerita ni ialah tentang dunia dari pandangan dunia kanak2: versi ingatan seorang dewasa pada zaman kanak2nya. Most part akan buat kita teringat zaman kecik2 dulu. Buat aku tersenyom dan ketawa ssorang. Mostly keseluruhan cerita ialah tentang persahabatan dan cita2.

Back to reality:
Korang ingat lagi x zaman kanak2 korang dulu? Kawan2 masa tu? Peristiwa masa tu? The atmosphere? Cita2 korang? Cerita2 korang? Then bila masa berlalu, semuanya berubah. Dari zaman kanak2, kemudian remaja, then dewasa. Makin besar korang then makin banyak banyak perkara yang berubah. Kita berjumpa ramai orang dan berkenalan dan jadi kawan. Sehingga satu ketika kita mulai lupa cerita zaman kanak2 dulu. Lupa persahabatan yang terbina. Lupa cita2 yang pernah kita tanam..


Orang selalu kata “Hidop bukan bagaimana ia bermula. Tapi bagaimana ia berakhir.” Tapi as usual aku yang sangat keras kepala akan lawan then kata “Bagaimana kita sebelomnya akan membentuk siapa kita seterusnya..!!” Sebab sejarah dan pengalaman r yang membentok kita sekarang kan. Cuma bergantong pada diri sendiri je either nak guna pengalaman lepas as pengajaran or x jer.

Hidop kita cam dalam cerita ni (or at least hidop aku r kalu korang x nak ngaku).. bila pada usia 24 tahon ni, fikir2 balik pada yang sedang berlaku pada kawan2 sepermainan waktu kecik2 dulu? Mereka yang gelak ketawa ssama then lepak sampai tengah2 malam? Where r they now? Ada yang 2 kali kawen then 2 kali cerai. Ada yang weekday kerja halal then weekend bwat kerja haram, Ada yang bwat master. Ada yang still menganggur. Dan laen2 lagi.


Then aku tengok diri aku lagi. Seorang lelaki yang x punya cita2. Yang x punya apa2 perancangan. Cuma aku masih lagi seorang lelaki yang sama: masih mencari..



Btw, kenapa aku keluarkan post ni? Sebab tempoh masa aku di STIDC dah nak tamat.. Dan aku masih ingin berpaut pada persahabatan ni.. So kamu, then tell me what Im suppose to do..?




Plus lupa ending novel ni buat aku tergamam.. terkesima.. sedih..

Wednesday, December 9, 2009

Lelaki yang membencikan

Semalam rehat gi r lunch kat satu local punya fast food restaurant kat Kuching then tiba je kat kaunter aku tersenyum sorang2. Plus then bwat2 cam biasa je r. Aku kenal mamat kaunter tu sebenarnya. Dia junior aku masa sekolah dulu. Tp x mungkin aku akan tegor..

Then teringat masa sekolah menengah dulu time form 4 & 5, masa tu as usual r ada kegilaan ngan kkawan yang gila2 belaka. So sesapa yang kenal aku masa tu then tahulah perangai aku masa tu. Mungkin pengaruh rakan sebaya (ceh x nak ngaku kesalahan sendiri r tu) antara perangai kurang best yang selalu kami bwat ialah permainkan perasaan orang terutamanya junior2.

So junior tu ialah antara bbudak yang kami sangat suka permainkan. Entah kenapa ada je kekurangan demi kekurangan dan kelemahan yang boleh kami jadikan as jenaka. Then ngan mudah labelkan diaorang as LOSER etc.. aku pulak masa tu memang hyper ngan mulot yang sangat2 panas dan pedas.. hmmm…

Then dalam 1 masa kkawan gila2 ni bwat r survey kat satu kelas bertentangan ttg student kelas kami yang paling dibenci. Hasilnya: budak perempuan yang dibenci mereka memang aku benci pon. Manakala budak lelaki yang dibenci pulak ialah orang yang cukup dibenci perempuan tu: AKU. hmmm… aku agak terkezot r. Aku merupakan lelaki yang paling dibenci.. hmmm….

Then sekarang bila jalan2 then jumpa junior2 yang dulu kutok2 then jumpa balik kawan2 sekolah dulu ttiba aku rasa aku sorang je yang x berubah bila aku jer yang leh ketawa teringat saat2 mengutok mereka dulu2.. mereka sebaliknya support balik diaorang..


Masa mungkin berubah tapi cukup sukar untok manusia berubah.. so aku masih lagi lelaki yang sama: lelaki yang membencikan. Masih suka bermain dengan perasaan orang.. hmmmm..