Monday, February 9, 2015

Mari Melukis Bersama Aku Untuk Sekian Kalinya

Korang pernah terfikir tak yang setiap kali aku kata aku nak ajar kau melukis or keluar post tajuk mari melukis bersama then ia lebih kepada aktiviti syok sendiri yang lebih kepada aku nak berlagak kata aku pandai melukis je kan? Kalau korang pernah terfikir benda tu then please beristigafar banyak-banyak. Wakaka..!!

Aku baru download dan tengok filem BIG HERO 6. Walaupun jalan ceritanya terlalu biasa dan dah dapat dibaca but still ia menghiburkan. Part aku paling suka ialah bila San Francisco jadi San Fransokyo aka gabungan timur pada senireka barat dengan atap style Jepun, pokok sakura tanam tepi jalan, kincir angin bentuk ikan etc dan selebihnya part betapa comel makhluk putih yang boroi dan best dipeluk tu. So hari ni aku decide nak lukis guna stylus RM3.90 inspired dari satu watak dalam filem tu. Bukan Baymax or Hiro or Go Go or Wasabi or Honey Lemon or Fred tapi watak abang Hiro yang baik tapi mati awal (klise). Walaupun hasil akhirnya tak sama tapi aku masih lagi puas.


Rujukan dari gambar ni



1. Sketch asas. Mostly memang tak akan memperlihatkan macam mana rupa akhirnya. Ia mostly untuk pastikan yang mata kiri kanan satu baris dan hidung lurus kat atas mulut etc.



2. Kalau kat kertas aku biasanya lukis hidung dulu sebab ia center of muka tapi untuk skrin komputer aku suka lukis mata sebab mata cantik then aku lebih inspired untuk terus melukis. Hmmm



3. Then aku lukis hidung dan mulut




4. Lepas tu baru aku lukis bentuk muka, telinga, rambut etc. Sejujurnya aku jenis cepat bosan then aku just main sambarono je lukis part tu kecuali bentuk muka ar. 






5. Semua bahagian tu dah siap then aku buat detail macam garisan bawah mata, ton sana sini, janggut etc.



6. Bila aku dah puas hati part tu then barulah aku lukis benda-benda remeh lain macam topi, baju dan latar belakang. Dan hasilnya ialah di bawah ni.





Tak sama kan? Jujur cakap yang aku tak suka topi tu. Tak nampak macam topi pulak. Plan nak warna latar belakang tapi once again aku pemalas. Dan kalau kau pernah ikut komik gempak then lukisan aku macam komik lukisan salah seorang dari pelukis diaorang. Hmmmm




p/s: mamat yang aku lukis ni mukanya terkejut habis kan? Wakaka



*updated versi screenshot


No comments: