TIGA hidangan yang paling aku suka tentang KFC ialah 1) Cheezy Wedges (Malaysian mana yang tak suka benda alah ni kan?) 2) Coleslaw dan 3) Mashed Potatoes. Yap, aku tak suka hidangan utama iaitu ayam goreng beliau (or mana-mana burger dari KFC). Bagi aku ayam KFC ni kat luaran je yang boleh tahan tapi kat dalam totally kosong tanpa ada rasa apa-apa pun. Hmmm..
AKU tahu ramai yang pandang sebelah mata je kat Coleslaw KFC ni. Ia sama ada akan jadi benda terakhir yang kau akan makan or bawa balik dan simpan kat peti sejuk dan hanya makan bila tak ada benda lain yang kau boleh makan kat rumah kau masa tu or kau just tak makan. Seriusly beberapa kali gak aku tengok customer yang just blah dan tinggalkan coleslaw tu tak disentuh langsung. Membazir rezeki je. Kalau tak nak makan awal-awal lagi dah kata jangan letak sekali kan? Tapi aku sebaliknya. Yap, aku memang manusia pelik tapi sejujurnya aku sangat suka benda alah tu sehingga aku dah buat banyak kali Coleslaw KFC tu kat rumah dalam bilangan besar dan seperti biasa, hanya aku sorang je melantak benda tu sorang-sorang. Wakaka.
Hari ni aku nak share resepi Coleslaw KFC. Aku jumpa resepinya kat sini. Bila dah siap rasanya totally 97% sama ngan coleslaw yang jual kat KFC sana. Korang boleh ambik terus dari link yang aku tinggalkan tu or buat versi aku ni.
Bahan-bahannya:
1/2 cup mayonnaise (aku beli yang paket kecil Lady Choice yang harga RM1.20)
1/3 cup granulated sugar (aku guna gula blend or gula aising)
1/4 cup milk (aku guna susu full cream sebab aku rasa aku belum cukup gemuk lagi)
1/4 buttermilk (or guna sukatan 1 cawan susu + jus lemon/cuka dan kacau 10 minit)
2 1/2 tablespoon lemon juice (aku skip sebab malas nak perah lemon)
1 1/2 tablespoon white vinegar (cuka buatan biasapun tak kisah)
1/8 tablespoon pepper (guna lada hitam Sarawak lagi cantik rupanya)
8 cups chopped cabbage
1/4 cups shredded carrot
2 tablespoon onion (bawang besar)
Cara-caranya:
Campur semua bahan. Siap, letak dalam peti sejuk (bukan freezer) dan setengah jam lepas tu dah boleh makan.
Peringatan penting:
1. Cuka jangan terlebih sangat sebab nanti rasanya akan jadi terlebih masam dan boleh buat sakit perut.
2. Bilangan cabbage dan carrot tak kisah kau nak letak banyak mana tapi jangan terlebih banyak untuk bawang besar. Sebab nanti rasanya akan jadi sangat tak best. Yap, sebab benda ni makan mentah so bawang besar mentah akan bagi impak kureng ar.
3. Kau boleh guna cabbage warna unggu sebab rasanya tak berbeza pun cumanya ia tak akan nampak menyelerakan. Yap, aku dah pernah cuba. Ia tak cantik dan sedikit ngeri untuk dimasukkan ke dalam mulut.
4. Aku guna chopper dari Tupperware yang setiap kali nak kisar kau perlu tarik tali macam orang nak start enjin boat. Potongannya kecil dan sesuai dengan saiz yang aku nak. Kalau kau nak guna tangan boleh je cumanya ia akan ambil masa dan tenaga yang banyak gak ar. Hmmm..
So, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment