Saturday, November 8, 2014

Interstellar A Movie Review

Sewaktu aku dapat tahu yang Christopher Nolan akan direct movie baru then aku sangat happy tak sabar tapi once trailernya keluar then aku langsung tak dapat nak faham cerita tu tentang apa Adakah ia tentang roket pertama bumi yang dilancarkan ke bulan or kisah makhluk asing datang ke bumi or what? Ia langsung tak ada hint tapi disebabkan ia filem Christopher Nolan so kita tahu yang kita tak boleh jangka apa-apa. Just bersabar dan tunggu hari tu datang. So hari tu dah datang.


Dah lama aku tak tengok wayang. Sejak aku jadi pendownload torrents tegar, kewangan aku mulai berada pada tahap yang boleh membanggakan Malam tadi seperti yang dirancang, aku keluar tengok wayang ngan 2 orang kawan lama ni. Diaorang kata nak sponser aku so aku yang tak tahu malu pun terus ok. Cerita yang dipilih? Of coz laa Interstellar. Sinopsis cerita adalah seperti berikut:


Suatu masa bumi dah tak mampu menampung manusia lagi. Bukan disebabkan penduduk dunia dah bertambah terlampau ramai sehingga semuaya bersesak-sesak macam tin sardin. No. Sebaliknya alam sekitar are not on our side anymore. Yap, moment yang dinanti apabila duit tak mampu membeli udara dah berlaku. Kisah ni berlaku pada keluarga Encik Cooper (Matthew McConaughey) yang kematian isteri dan punya 2 anak plus sorang pak mertua yang hidup sebagai petani pokok jagung besar-besaran. Masalah ribut habuk yang hyper teruk mengakibatkan tanaman rosak dan kesihatan manusia terganggu. Namun moment sebenar bermula apabila si anak perempuan Encik Cooper (anak perempuan Bella Swan) ni kata dia selalu diganggu oleh 'hantu' yang macam nak bagitahu sesuatu kat dia. Unfortunately tak ada sesiapa yang nak percaya kata-kata budak kecik especially part boleh bercakap dengan hantu. Big lesson di situ.

Satu hari ribut habuk melanda sekali lagi dan si anak tu lupa nak tutup tingkap bilik so habuk yang super banyak tu masuk ar dan paranormal event yang berlaku ialah apabila ada code yang ditinggalkan kat lantai tu dan kebetulan juga yang Encik Cooper ni bukan petani pokok jagung biasa-biasa so dia berjaya transkripkan code tu. Code tu membawa mereka masuk ke kawasan jauh tersembunyi dan disitu mereka jumpa sebuah kawasan projek rahsia kerajaan di bawah NASA. So penyelidik tu bagitahu ar yang mereka sedang mengendalikan satu projek mencari planet baru bagi menggantikan bumi yang semakin nazak. Dan sekali lagi secara kebetulan Encik Cooper juga ialah seorang bekas pemandu roket. Too much coincident pulak.

Lupa nak part pihak NASA tu dah jumpa satu black hole dekat area Zuhal yang mampu membawa mereka pergi ke galaksi lain dan disitu 3 wakil space traveler mereka telah menemui 3 planet yang berpotensi untuk didiami. So disiitulah cerita ni bermula.



Part yang aku suka tentang filem sains fiction ni ialah banyak kajian sainstifik yang dilakukan tentang fakta-fakta sebenar angkasa. So fakta sains dan auta fiction bergabung sehingga mampu menghasilkan filem yang cukup cantik ar. Aku suka bila perjalanan nak menuju ke Zuhal ambik masa 2 tahun dan mereka perlu masuk mesin hibernasi dan mesin tu totally tak macam dalam Futurama or Thundercat atau mana-mana filem penjelah angkasa or masa yang lain. Kemudian black hole dia pun tak macam dalam filem-filem tipikal yang biasa kita tengok. Ia langsung tak ada hole but of coz laa yang ia black in color. Then aku sangat mesmerize dengan 2 planet yang mereka dah pergi. Planet pertama penuh dengan air (sorry spoiler buat yang belum tengok) yang ingatkan dalam macam lautan tapi rupanya tinggi sejengkal lebih je tapi ombak yang terhasil pula setinggi gunung. Planet kedua pula penuh dengan salji sehingga awan kat situ pun membeku dan terapung. Freaky awesome ar.

Plus disebabkan planet air tu punya graviti berbeza (dan sebab tertentu yang aku tak ingat) menjadikan masa di planet tu bergerak terlampau perlahan. Mereka berada di planet tu sekitar sejam tapi apabila mereka balik ke mother ship tu rupa-rupanya dah 23 tahun berlalu. Aku tak mampu nak jelaskan dengan korang apa yang aku nak kata tapi once korang tengok part ni then korang akan terngangga mulut tak dapat tutup ar.

Dan ada masanya part kat angkasa tu korang akan teringat filem Gravity lakonan Sandra Bullock dan korang pasti akan setuju (kalau dah layan filem ni ar) yang robot with dry humor tu sangat tak lawa rekaannya. Ia dah macam bongkah kayu je. Sangat tak best dan annoying. Hmmmm










Dan tak lupa part peleraian dan ending yang totally Christoper Nolan punya trademark ar. Ia menyelesaikan mostly all teka teki tu. Cumanya ia tak ada ar menggejutkan mana sangat pun. Some part kita dah boleh jangka awal-awal tapi endingnya totally epic ar sehingga kita tak sedar yang kita dah duduk kat seat yang sama selama almost 3 jam. So apa lagi, sila pergi ke wayang terdekat dan sila layan filem ni. 

No comments: