Wednesday, October 29, 2014

Selamat Hari Psoriasis Sedunia

29 Oktober ialah sambutan rasmi hari psoriasis sedunia. Apa itu psoriasis? Jangan jadi manusia yang terlebih manja or terlebih malas dan sila google sendiri. Kita bukannya hidup pada zaman perlu merantau jalan kaki berpuluh-puluh kilometer or perlu bantuan burung merpati untuk dapatkan maklumat. As aku pernah kata sebelum ni, aku bukan jenis manusia yang bersemangat waja nak sambut or wish anyone on apa-apa perayaan besar such tahun baru orang putih, raya orang Melayu, kemerdekaan Semenanjung pelbagai tapi 29 Oktober ialah satu hari yang cukup besar pada aku. Sebabnya minoriti penduduk dunia je yang sambut hari tu dan aku ialah salah seorang dari those selected people. Hmmm..


Normal ialah satu terma yang digunakan oleh individu-individu tertentu terhadap mereka-mereka yang tak nampak sama macam mereka. Budak kelas pandai akan kata budak kelas kurang pandai sebagai tak normal. Orang yang ada dua kaki kata orang yang tak ada kaki sebagai tak normal. Lelaki straight akan kata lelaki gay sebagai tak normal. Dan manusia yang punya kulit plain akan kata manusia yang punya kulit polkadot merah-merah a.k.a psoriasis sebagai tak normal. Sejujurnya hidup bersama kulit ni untuk 29 tahun, tak ada yang tak normal tentang aku. Malah hanya ketika psoriasis aku berkurangan dan pada waktu itulah aku rasa sangat tak normal. Hmmm..


Memanglah jadi psoriasis ni mudah tapi jadi sesiapa pun tak semudah mana pun. Memanglah orang-orang biasa tak punya kulit terlebih aktif macam kita yang sepanjang masa, setiap tempat kita pergi akan ada je kulit mati bertaburan or sangat mudah berdarah sehingga lantai ada kesan darah, baju ada kesan darah, kuku, cadar tilam, bantal semuannya ada kesan darah. Dah macam perempuan datang bulan je. Or part kulit bengkak or sakit sendi sehingga menjadikan susah nak buat semua perkara or sakit belakang lepas bangkit dari tidur sehingga susah nak berjalan mahupun berdiri tegak or paling koman ialah masa kegatalan yang tak dapat nak dibendung. Ada masanya ia boleh buat aku menanggis tapi most of the time aku akan ketawa sorang-sorang.








Apa yang pasti semua yang punya psorasis akan setuju bahawa kesakitan fizikal ialah satu perkara yang biasa-biasa je kalau nak dibandingkan dengan kesakitan mental. Pada diskriminasi, pada kata-kata, pada cara mata mereka melihat. Kita tak boleh mengubah keseluruhan dunia dan cara manusia berfikir (melainkan kau ialah profesor Xavier) tapi kau boleh ubah cara kau berfikir tentang diri kau sendiri. Berfikir dan bertindak cara positif. Ada masa apabila kau perlu menanggis then menanggis ar puas-puas dan paling penting: sayang psoriasis kau seperti mana kau sepatutnya sayang diri kau sendiri. 











Psoriasis dah menyeliputi sekitar 80-90% kulit aku dan andai kata aku diberi pelung untuk lahir semula di dunia ni so aku akan tetap pilih untuk menghiaskan kulit aku dengan tompok-tompok merah ni dan melalui semua ni sekali lagi. Selamat hari psoriasis untuk mereka-mereka yang masih lagi mampu kekal hidup sampai ke hari ni. 

No comments: