Monday, February 1, 2010

Oh laa laa KERJA

Terbaca blog RAZZY yang sedang konfius either nak beli which type of kereta idaman guna duit gaji dia. Then terfikir: benda termahal yang pernah aku beli guna duit gaji aku ialah handphone (walaupon reality handphone termahal yang aku pernah beli ialah handphone yang aku beli guna duit PTPTN masa belajar dulu.. hmmm..).



Teringat kat kazen aku. Dia start kerja x lama pas aku masok UKM dulu then tahon 3 aku kat U dia bagitau aku yan dia dah tukar kereta pertama dia. Duh.. dia dah ada 2 kereta dan benda yang paling mahal aku pernah ada hanya hp dan kamera yang aku beli guna duit PTPTN aku jer.. wat such a Big Looser Asia r aku..


Then teringat masa bual2 ngan sorang kawan ni tentang career masa depan. Dia punya banyak perancangan demi perancangan. Bila 1 plan x jadi then dia dah sediakan back-up plan. So pada usia 24 tahun dia baru sedar yang back-up plan yang banyak buwat dia x ke mana2. Sebab idea back-up plan jadikan dia jadi orang yang ‘X apa. Kalu x dapat kerja ni then dia ada back-up plan’. So dia x dapat nak focus pada satu kerja utama yang dia benar2 nak bwat.

Kedian aku bagitau dia r yang aku x pernah plan apa2 dalam hidop aku. Tapi aku ada list of thing (or work) that aku nak bwat b4 aku berusia 30 tahon. Dia ketawa bila masa aku bagitau yang antara kerja tu ialah cam kerja kat kedai buku, kat kedai CD, kat kedai barang antic dan banyak lagi. Tapi dalam tempoh kurang 2 tahun yang lepas ni aku dah berjaya realisasikan beberapa perkara dalam list tu… hmmm…

Sebab bagi aku hidop ni terlalu singkat untok kita terikat ngan satu2 kerja jer. List tu secara x langsong bwat aku enjoy more kehidupan aku. Tapi kedian UDA kata “Usia 25 tahun adalah terlalu tua untok teros maen2. Patot dah ada plan nak beli kereta apa. Nak beli rumah apa. Nak kena simpan duit untok pelaboran bla3” dan dia teros membebel dan membebel kat telefon pada hari tua aku yang lepas …

Then UDA kata lagi betapa dia sangat2 jeles pada bakat aku. Dia kata aku leh hasilkan something yang hebat dari sumber yang terhad. So dia aku bwat kerja yang leh cabar kreativiti aku: something yang bukan semua orang ada. Dan kalu dia ada bakat cam aku pasti dah banyak perkara yang leh hasilkan duit ngan banyak dia akan bwat. Entah r. Aku akui r yang aku ada bakat ni tapi ia bukan kerjaya yang aku nak bwat untok sepanjang hidop aku.

Then teringat plak kat ISYRAF, rumate terakhir kat U dulu. Dia pernah hadiahkan plat letak color untok aku. Aku sangat2 terkesima masa tu. Dia nak aku sangat2 serius dalam bidang seni. Dia asalnya punya plan yang sangat terator dalam hidop.: tamat degree dia nak sambong master then nak jadi pensyarah kat 1 local U ni. Tapi sebab 1 incident ni dia terpaksa tersasar dari plan asal dia. Dia jadi animator kat local company ni (korang tengok Disney’s Channel then ada r tayang kat sana cerita tu). Dan sekarang dia x terfikir lagi nak kembali ke plan asal dia. Even dia nak bwat kerja tu sampai bila2. Dia kata “ Bwat 1 kerja yang kita suka then kita x akan kerja sampai bila2”…




Aku bukan kerja untok kedian aku leh beli kereta. Aku bukan kerja then at the end aku leh jadi kaya. Jadi kaya x termasok dalam list aku. Cuma aku x nak bekerja then at the end of the month aku hanya akan dapat gaji jer.. Dan terlalu banyak manusia yang dah jadi macam tu.. mungkin juga aku…








Btw apsal aku kuarkan post ni? Pasal dah apply 1 kerja. Kat satu tempat yang aku pernah kerja b4 ni. Then kalu berjaya aku terpaksa berjumpa ngan muka2 dan karenah2 yang sama lagi. Duh.., membencikan.. Tapi aku perlu dapatkan kerja ni. Pasal aku dah janji ngan DIDI yang aku akan gi konvo master dia sekitar bulan 7 or 8 kelak. So perlu kumpol duit dari sekarang.. dan kedian, mungkin after that akan kembali menganggor kembali..

1 comment:

Shamimi said...

“ Bwat 1 kerja yang kita suka then kita x akan kerja sampai bila2”

tertarik dgn sentence nie.
memberi inspirasi utk terus hidup.
setiap org mempunyai impian.
dan mahu mengejar impain itu.