
Entah kenapa perjalanan pendek yang biasa aku lalui setiap hari tu terasa cukop panjang semalam. Cukup2 lama untok sampai ke rumah NENEK. Then bila aku sampai, NENEK dah x ada lagi. Kedian aku suroh BAPAK calls UDA (my bro) yg berada kat SABAH. EMAK x suroh bagitau UDA. Tapi UDA adalah cucu kesayangan arwah NENEK. Dari jaoh memang jelas terdengar bunyi UDA sedu. Kedian UDA suroh aku janji yang aku akan turut sama handle sehingga arwah masok ke liang lahad.
Selepas solat ASAR semalam, arwah NENEK selamat dijenazahkan.
Pemergian dia bukan 1 yang mengejutkan. Dia dah sakit start 2 minggu lepas. So sepanjang malam ialah giliran aku untok jaga dia: angkat dia ke tandas, ke katil dll. Cuma pagi semalam dia sangat2 okey.
Cuma aku x faham kenapa masih ada yang cuba mengeluarkan suara2 jahat. Aku boleh bersumpah atas nama tuhan aku yang aku sedikitpon aku x terfikir yang aku jaga dia sepanjang dia sakit 2 minggu lepas hanya kerana harta pusaka. Aku bwat kerana kasih sayang yang dia pernah berikan pada aku masa kecik2 dulu dan ia adalah tanggongjawab aku as cucu.
3 comments:
Takziah AJ..
Biarkan je mereka, Allah tahu akan hambanya yang berbuat kebaikan dan akan dibalas dengan kebaikan..
Semoga roh nenek AJ ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat kasih-Nya...
Takziah AJ
takziah aj. smg roh nenek dicucuri rahmat... aminnn
Post a Comment