Friday, July 31, 2009

Dan Ketika Perasaan Itu Pergi


Hari ni tadi aku keluar rehat agak awal. Teros pergi masjid. Ambik wudhu. Bwat semayang sunat. Then bila dah tamat ttiba otak aku teringat kat sorang. Arwah nenek aku (technically adik beradik atok). Teringat pada dia bwat air mata aku tiba2 mengalir.

Arwah tak pernah sayangkan aku. Mungkin jauh dalam hati dia, tu aku x tahu r.

X mungkin aku boleh lupa raya tahun tu. Dia terpaksa bersalam dengan aku. Tangan dia sejuk sesejuk hati dia. Muka dia berpaling ke arah lain. Aku just tersenyum. Hanya itu yang aku boleh bwat. Dalam hati aku menanggis kuat2 shingga aku x sedar ada juga air mata yang mengalir. At least air mata aku x sehebat air mata Angah. Arwah x pernah sayangkan aku, Angah dan emak. Tapi Uda, Along dan bapak berbeza. Dia boleh tersenyum dan berjenaka dengan diaorg.

Waktu tu aku terlalu muda untuk disemai dengan rasa benci. Even aku x tahu kenapa dia cukup benci pada aku. Apa kesalahan yang aku bwat pon aku x tahu. Walau apa pon yang aku bwat, aku x akan dia suka. Dan sejak hari tu aku cukop jarang jejak kaki rumah dia.

Even sehingga dia meninggal, aku x pergi melawat dia. Aku sangat keras kepala. Sebab aku masih boleh ingat macam mana muka dia berpaling masa raya tu. Sehingga 1 ketika aku mulai sedar betapa aku makin jadi macam dia. Setiap sikap buruk dia mulai jadi sebahagian dari diri aku. Betapa aku akan menjadi orang yang aku benci...

Tuhan itu Maha Kuasa. Dia boleh mewujudkan ingatan Arwah pada otak aku ketika aku sedang membenci. Dia mahu aku tahu bahawa aku x boleh membenci. Lalu ia menghilangkan rasa amarah yang aku pendam untuk beberapa hari ni.

Aku x boleh membenci sebab aku tahu betapa sakitnya rasa diri dibenci.

Aku x boleh membenci sebab aku akan jadi seperti orang yang aku benci.

Wednesday, July 29, 2009

ELMO is EMO today

(Dear Fazlee, post kali ni aku akan ceritakan betapa aku sangat2 emo pada eee.. ko tau r sendiri.. sekaligus membuktikan bahawa aku memang lelaki yang punya ciri2 emo yang terlampau)

How does it feel bila setiap kali kita mintak tolong or pelawa sorang kawan ni then dia akan sentiasa bagi alasan. Sekali dua mungkin r leh caya. Lama kelamaan rasa something r kan?

Ni ada r cerita sorang makhluk tuhan ni. Bak kata aku kat atas ni, cam tu r dia. Ttiba hari smalam entah apsal aku leh teringin nak mengajak r dia keluar lunch sesame ngan kkawan lain. Nak bincang something. Tapi as usual dia kuarkan r alasan: kali ni nenek dia meninggal plak. Aku terima je r as same as aku terima alasan2 dia b4.

Ttiba waktu rehat lunch ada r sorang pegawai kat bahagian aku called urgently mintak tolong plus panggil r sorang kawan. So dia yang terdekat so aku panggil r dia jap. Ttiba dia bagi alasan yang bwat aku benggong: alasan yang bebeza ngan alasan b4. Duh.. sakit hati aku..

Moral valuenya skarang kalu nak menipu biar ar alasan ia x berubah-ubah. Bila fikir banyak kali: ini bukannya kali pertama dia ayik bwat alasan demi alasan. Setiap kali ajak gi mana2 ada je jawapan x boleh. Nak mintak tolong pon susah r. Setiap kali ada event melibatkan aku pon dia x datang. Terfikir r jaoh d sudut hati aku: dia ni ANTI aku ker? Aku ada bwat statement power ke sampai dia BENCI sangat kat aku. Muka jumpa aku cam biasa jer tp dalam hati siapa tahu. Susah r ada manusia cam ni..
.
.
Entah kenapa hati aku ni sangat mudah nak bagi dia or sesiapa second change. Orang bwat taik belakang aku pon aku still leh terima. Sbb aku rasa manusia punya sebab untok berubah. Tapi bila tembelang dia dah pecah.. duh susah r wei..

Petang tu gak aku perlu cari pasangan lelaki untok event kat Dewan Undangan Negeri. Semua orang kecuali dia aku mintak tolong. Sakit hati jer nak mintak tolong dia lagi. Entah apa pulak alasan yang akan aku dengar kali ni…


Ttiba teringat plak cerita budak jaga bbiri yang menipu. Kali pertama dia kata serigala serang bbiri dia, memang r penipuan dia orang leh terima tapi kedian bila dia betol2 mintak tolong x ada sesiapa yang percaya… sama r.. sori next time x ada r ruang nak percaya kat ko… kaki kelentong…
.
.
.
P/s: bwat yang terasa, aku mintak maap r sesangat kalu statement aku ni bwat ko sakit hati ke or may b memang stiap reason ko tu sememangnya betol ker. Aku dah x nak carik musoh ngan sesapa r. Even bwat sesapa pon aku nak bagi tau r yang aku x akan judge korang based on others cakap. Tapi kalu things what others cakap berlaku depan hidong aku sendiri then nak wat cam ne kan?
.
.
.
.
Wassalamu r.

Tuesday, July 28, 2009

Hilang Dalam Ramai

Entah apsal hari ni bbangun jer dari tidor aku teros bersemangat. Masak air. Sapu peanut butter kat roti. Makan. Sangat bersemangat. Then otak aku teros terfikir something.


Aku sorang yang sangat suka cabaran. Aku bukan jenis yang selesa hidup ngan hidup dalam safety zone. Sbb safety zone adalah zone yang sangat berbahaya. Bwat kita terlampau selesa pada something yang at the end yang kita tahu apa yang akan berlaku. So y not cabar diri bwat something berbeza. Something yang akan jadikan masa depan kita berada pada tangan kita sekarang. Kalu kita berusaha kita akan berjaya. Tapi kalau kita berhenti berusaha then masa depan kita akan gelap.



It happen when aku sekarang ni tengah praktikal kat satu GLC di Kuching untok tempoh 6 bulan. Aku dudok rumah sewa ngan kekawan even tho rumah x jaoh pon. Pasal aku nak cabaran. Aku x nak keselesaan di rumah yang akan bwat aku terlampau berkhayal.



Sekarang ni sebulan dah berlalu. Mostly kami macam budak praktikal U. Hanya akan bekerja bila ada kerja dan disuroh bekerja. Ada kawan yang kena key in data yang sangat bertimbun2. Bila fikir balik, kami pelajar management under program GEMS. Tahap yang membezakan antara management dan pekerja ialah bila masa ada golongan yang akan hanya berfikir idea2 baru manakala bahagian lain akan bekerja atas idea tu.



Kami masih muda. Masih ada idea2 segar yang kalau x dikeluarkan then akan hilang sia2. Even bak kata Uda, bila dah kerja then jadilah ASET yang berharga dan bukannya LIABILITI yang membebankan. So aku ada idea. Idea yang akan jadikan kami ASET (aku guna kami sebab aku x nak berdiri sendiri dalam perjuangan ni). Idea yang akan jadikan bila masa 6 bulan ni berakhir, then pihak management skarang akan fikir 2-3 kali either nak buang kami just like that or perlu sambong kontrak.



Kita dah sebulan kat sini. Kita kena hantar ke bahagian yang berbeza. At least kita boleh juga kelemahan dan kekurangan each department. Kita boleh kuar proposal perbaiki each kekurangan or keluarkan 1 idea yang jaoh lebih segar.









Dear friends,

mungkin sebulan yang dah berlalu dah hilangkan sebahagian mood korang. Bwat korang lupa apa yang kita belajar di RRC dulu. Cuma tinggal 5 bulan lagi. 5 bulan bukan tempoh yang panjang dan bukan juga tempoh yang pendek. Kita harus bertindak sekarang. Bwat draf minggu ni dan hantar proposal next week. B4 idea yang maish banyak dalam otak kita ni hilang d sebabkan bebanan kerja dan tanggungan laen, then y not kita kerjasama as a team?





Even kita x akan rugi pon kalu idea kita x diterima. Even bila fikir balik, even tho korang dah kerja kat tempat laen nanti korang fikir korang nak bwat kerja dan bwat kerja yang disuroh jer? Or korang kena tunggu peluang yang betol2 sesuai baru nak bertindak? Or pada masa tu cuma hanya ada korang sorang jer dan x ada team yang support.















Jangan tunggu esok. Nanti semangat kita akan hilang. Kalu waktu tu dah datang, kita x ada nilai. 6 bulan akan berlalu sia2. Kita akan nampak sama seperti mereka yang ada di sekitar kita. Then kita akan hilang dalam ramai. We r no one

Monday, July 27, 2009

The Story Teller

Sejak dari first time aku tengok cerita RABUN then bwat aku terus admire pengarah dia. YASMIN AHMAD. Dia bwat satu cerita yang sangat mudah jadi sangat menarik. Tentang kasih sayang sepasang suami isteri pada usia senja. Bagaimana kehidupan dan cara mereka menjalani dan meneruskan sisa-sisa hidup bersama. Sehingga 1 part aku leh rasa n kongsi feel mereka. Plus x terkecuali nak jugak r kalu dah tua nanti akan jadi cam tu.


Ingat lagi ayat power dia yang dia x nak couple dia mati lebih awal dari dia. Then dia nak mati dulu pasal dia x leh hidop tanpacouple tu. so so sweet.



SEPET just biasa.



GUBRA pon just leh layan.



TapiMUKSHIN aku memang layan. Local movie yang leh bwat aku keluar air mata masa tonton kat wayang. Bwat aku teringat kisah cinta monyet dulu2. Memang syok r. Masa ni gak aku gila kipas susah mati YASMIN AHMAD sama ngan rumate: mr. ISYRAF.



MUALAF plak x tayang di Malaysia. Duh...



TALENTIME layan. Walaupon kurang feel tapi kira pelepas rindu r pasal x leh tonton MUALAF yang sangat d nanti2kan selama ni...



Semalam tengok MELODI, dengar berita yg YASMIN AHMAD koma. Selepas 3 hari koma akhernya beliau meninggal dunia. Dengar berita, sekitar 1000 yang melawat kediaman beliau yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti mana yang digambarkan beliau dalam setiap cerita yang dibawa.











Al Fatihah..

Saturday, July 18, 2009

Radzi, mr. Cousin & keGiLAan

Sejak dari first day aku jumpa dia, teros bwat aku teringat kat mamat sorang tu. Hari demi hari sampai r tamat 2 bulan stengah kat GEMS, mmg bukan just luaran jer but most of the events mmperlihatkan ciri-ciri perangai yang sebijik sama cam mamat sorang tu. Radzi mmg mmbuatkan aku teringat kat mr. Cousin aku. (yaa, Fazlee. Cousin ko bwat aku teringat kat cousin aku r)

Cousin aku ni jenis yg banyak bulu r. Entah apsal r yg bwat kadar pertumbohan bulu tumboh sangat subor kat dia. Badan dia sangat sesuai kalu pakai kemeja ngan tie. Pasal dia punya shape body yg cun r. Cuma seluar slack dia kurang sesuai r: kecil untok kaki dia yg besar. Dan cara jalan dia agak pelik. Plus certain part cara anggota badan dia bertindak pon menampakkan dia pelik gak r. Ada part dia akan kawal tindakan dia.., but the othe part dia x kisah pon tunjok bahagian terok dan memalukan yg ada pada diri dia.

Sbb aku dah bersama dia sejak kecik then aku nampak dia biasa. Tp kalu aku gi mana-mana, dia mmg akan jadi bahan tumpuan org r. Org x mungkin just tengok sekali pandang jer kat ida. Kulit dia kuning langsat yg cerah. Rambot ngan bulu2 dimuka yg hitam. Mostly yaa.. Cuma dia most of the time punya sense of fashion yg pendek katanya cukop terok r. Aku heran r bila dia punya muka n body okey tp each pakaian casual yg dia pakai nampak x ssuai dan pelik pada badan dia. Tp dia still nak pakai.

Technically, setiap yg aku cerita ttg cousin aku td mmg apa yg berlaku pd Radzi (skurang2nya itu yg aku kenal untok the last 2 n half month). Mungkin betol pada bacaan aku ttg 1 teori psikology ttg perkongsian karektor(baca post on FREEDY MAWAR). Tu r kkadang aku x leh nak rapat ngan Radzi pasal dia bwat aku teringat kat cousin aku. Sbb cousin aku punya bahagian2 laen yg menakotkan.

..

Cousin aku ni cukop pandai bwat rancangan. Dia cukop pandai bwat kawan. Dia cukop pandai berlakon. Dia cukop pandai kata2. Dia cukop pandai membodek. Dia cukop pandai maen psikologi org laen. Dia cukop pandai ambik kesempatan. Dia cukop pandai memberi harapan dan dia cukop pandai menjatohkan org ngan setiap harapan yg dia bagi.

Ada 2 perkara yg boleh bwat dia benar2 teruja. 1 st: makanan dan 2 nd: seks. Dia sangat suka dan kuat makan. Dan dia sangat suka dan kuat seks. Last few day aku jumpa dia, dia dah bwat threesome (duh, betapa aku jealous).


..

Aku x pasti ttg Radzi. Sama ada setiap apa yg dia lakukan jujor atau ada matlamat laen yg tersembunyi. Adakah persahabatan dan kata2nya ikhlas atau sekadar lakonan dan untok membodek? Atau setiap apa yg dia lakukan adalah palsu? Hanya dia dan tuhan saja yg tahu.

Radzi cukop suka dan kuat makan. Even aku jadi takot bila lihat dia makan. Setiap kali dia makan, aku akan lihat diri dia yang laen. Sesuatu yg ada pada cousin aku….


..

Dia antara org yg boleh membangkitkan kegilaan dalam diri aku. Dia bwat kami maen banyak permainan gila2. Sbb semuanya adalah permainan bagi dia. Kadang2 aku mahu rasa kegilaan yg sama. Tp kadang2 aku jd takot pada kegilaan yg dia bawak. Sbb kegilaan tu akan mengeluarkan sisi hitam aku…


Cousin aku ialah orang yg cukop kenal diri aku. Jadi bila dia jatohkan aku, aku jadi sangat2 sakit. Selama ni aku fikir kami masih bermain permainan yg sama tp rupa2nya aku ialah halangan untok dia menang. Cuma sekalipon aku x pernah terfikir untok sakitkan dia. Ssb dia adalah sebahagian dari diri aku…


Setiap kali aku lihat Radzi, aku akan lihat cousin aku. Mungkin aku x kenal dia. Mungkin dia x sama cam cousin aku atau juga sebaliknya. So may b jika 6 bulan ini berjalan seperti yg dirancang then aku akan kenal kau. Mungkin kau boleh memberikan aku kegilaan yg sama atau sebaliknya….








..

Wednesday, July 1, 2009

His Story


Post kali ni aku kuarkan bukan bertujuan untuk mengkritik dasar kerajaan negeri or menuju khas untok mana2 parti politik. Post ni dikuarkan khas sebagai khidmat social aku as an individual kepada komuniti masyarakat sedia ada.

Bagi masyarakat Sarawak yang khasnya berada di Bandaraya Kuching pasti dah tahu kan what happen along Jalan Gambier? Last few month Pasar Cekor, Pasar Ikan sehingga penghujong area Lorong Sempit Dock Yard dah dikosongkan. Dan dalam minggu ni usaha penghapusan bangunan dah bermula.

Kalau korang perhati betol kat setiap bangunan sepanjang Sungai Sarawak, korang akan sedar betapa bangunan tu dah berdiri sangat lama. Satu bangunan tu siap dibina pada 1929. Gosh. Aku gila tergamam. Tahun tu gabungan Malaysia belom dibina. Tanah Melayu belom merdeka. And even perang dunia kedua pon belom meletos. Tu zaman pentadbiran family Brooke kat Sarawak.

Aku sangat2 tergamam plus terharu bila tengok bangunan2 tu semua dimusnahkan just cam tu jer. Cam x ada usaha pemuliharaan langsung. Memang r idea nak bwat pembangunan. Tapi kenapa perlu hapuskan nilai sejarah untok pembangunan? Sebab nak bwat legasi sejarah baru? Or guna alasan unttok tarikan pelancong? Duh, Negara barat dah jaoh lebih maju. Kalu setakat nak tengok bangunan canggih better layan negara diaorang sendiri.

Even kalu kita tengok banyak negara2 tarikan pelancong n Negara maju laen menghargai nilai sejarah diaorang. Ada yang pulihara setiap bangunan silam and jadikan ia sumber tarikan pelancong luar plak.



Bila tinggalan sejarah di Iraq musnah akibat perang then semua bising. Tapi bila nilai sejarah dimusnahkan depan mata, still ramai yang masih x ambik peduli…





Aku sangat kecewa. Mungkin ini harga sebenar pembangunan.