Friday, June 26, 2009

Luka

Setiap luka pasti akan semboh. Cuma ditentukan oleh masa. Tapi parutnya akan teros kekal sampai bila2.

Hari ni tadi aku semayang Jumaat d Jamek. After tamat semayang tengah dudok baca doa ttiba bahu dicuit seseorang. Aku toleh. Dia hulur tangan dan tersenyum. Aku tergamam. Aku balas salam dan dia pergi.

Selepas dia pergi agak jaoh baru aku tersedar dari reality dan tersenyum. Aku hampir terlupa siapa dia tapi x mungkin aku boleh lupa siapa dia (slain disebabkan oleh skandal dia ngan cousin aku). Dia antara kenalan yang cuba menghulurkan persahabatan pada aku semasa form 6 dulu dan aku reject. At least aku x reject dia ngan cara yg memalukan such aku bwat pada other kenalan tu. Realitynya both of the kenalan ialah orang yg baek2. Cuma aku saja yg moody sepanjang form 6 dulu (ya fazlee, ko betol. Aku mmg selalu moody n emo).

Bila imbas kembali graf kehidopan aku, zaman form 6 kira zaman kejatohan aku r. Accident yg berlaku at the end of form 5 bwat aku mmg dinggin r. Saat aku dijatoh n ditikam dari belakang oleh orang2 yang aku anggap as kawan, org yang aku bagi everything (x termasok body) lastly sanggop bwat najis kat belakang aku. Tambah lagi ngan isu family, ngan masyarakat yg suka judge x tentu pasal, kekasih pon bwat najis gak, plus cousin yang makin ketagih seks bwat aku makin dinggin in any relationship. Even tho event tu dah berlaku kira2 6 tahon yang lepas tapi still kesannya aku masih terasa sampai sekarang.

Mostlynya aku belajar dari pengalaman. Aku mmg r dah x sedinggin dulu tapi still aku x nak jalin any serious relationship. In certain part aku still mengelak. Kalu korang perasan ada part aku cuba mengelak mendengar cerita korang, mengelak dari berkongsi setiap perasaan gembira or sedih bersama korang, mengelak dari dekat dengan korang bila korang down bukan sebab aku membenci or x suka korang. Setiap kegembiraan korang ialah kegembiraan aku dan setiap kesedihan korang ialah kesedihan aku. Cuma jaoh dalam hati aku masih ada kanak-kanak yang pernah diluka dan rasa takotnya masih ada. Cuma aku x nak mengharap…



Harapan ialah penderitaan. Sama seperti aku mendefinisikan cinta ialah penderitaan. Mungkin aku x akan jatoh cinta tapi aku akan pastikan harapan ialah sesuatu yang akan teros hidop dalam diri aku..




Something yang hebat ttg masa ialah kita x mampu untok menghenti or membuatkannya berulang kembali. Lalu kita harus belajar dari pengalaman dan menjadikan setiap detik bernilai dan x akan dilupai.

Wednesday, June 24, 2009

Good Bye Infinity

Akhirnya semuanya dah tamat. 2 bulan setengah dah berlalu.

Bak kata enche Hashim: di mana saat program GEMS ini benar2 bermula? Jawapan aku ialah ketika air pool membasahi dan menyejukan keseluruhan badan aku. Dan kemudian aku mulai merasai setiap bahang kepanasan dan kedinginan setiap mereka yang ada.


Pada hari terakhir, mood aku masih x berubah. Still down. Otak still fikir ttg hal Uda n krisis yg berlaku to Infinity lately. Aku sedaya upaya untok bwat2 happi tapi still aku x dapat paksa diri. At least itu antara yg aku belajar sepanjang 2 bulan di sini: aku dah x nak paksa happi kalu aku x. Cuma akibatnya aku x dapat habiskan kualiti time terakhir bersama Infinity Ltd. Aku x dapat kongsi perasaan terakhir kami. Aku x dapat lihat girls kat Infinity nanggis puas2. Hanya sempat untok 2 minit terakhir dengan salam dan pelukan beberapa org ahli.

Hari terakhir ni jugak Tuan Haji asyik beberapa kali tegor n panggil nama aku.

Pelukan terakhir dengan roommate: Wahyu dan Naz.

Dapat tempat praktikal di STIDC sama ngan Radzi, Jane, Phia dan paling hebat sekali bersama Koland. Entah kenapa takdir meletakkan kami bersama lagi. Pasti semuanya ada sebab dan musabab. Cukop pasti akan ada Mc D & movie night lagi..

Dan kemudian aku mendaftar keluar dari hotel dan pergi tanpa menoleh sedikitpon ke belakang.


Hidop harus diteroskan..


Tinggal 5 hari sahaja lagi untok peperiksaan NIOSH. Duh.. Im not ready for the test. Terlalu banyak fakta untok di baca dan di hafal..


1 Radzi
2 Daisy
3 Fifi
4 Azan
5 Sall
6 As
7 Atul
8 Dess
9 Kay
10 Anna
11 Jane
12 Phia
13 Erwan
14 Elvin
15 ?
16 Suzilawaty
17 David
18 Fhat
19 Suzy Anding
20 Emmer

Monday, June 22, 2009

Al Fatihah

Semalam aku called Uda. Ask the real situation ttg baby dlm kandungan kakak ipar. Pasal emak cuma bgtau yg baby Uda ada masalah jantong. Suara Uda sangat berbeza. Selalunya Uda boleh cakap panjang2 tanpa henti. Tapi semalam semuanya jadi pendek2. Aku tahu Uda cukup lemah. Tp Uda masih still nak kuatkan diri.

Baby Uda ada masalah jantong. Jantongnya berhenti berfungsi. Penyelesaian hanya ada 2: selamatkan baby or emaknya. Uda jadi serba salah. Uda perlu pilih satu. Sbb ia akan menjejaskan either baby or emak. Sama cam drama Melayu.

Pagi Angah called bgtau yg baby Uda dah meninggal. Then Uda sms:

BELUM SEMPAT UDA MATI AKAL NAK MILIH. ANAK UDA DAH BERALAH AWAL PAGI TEK.

Al Fatihah untok baby Uda yang belom sempat aku kenal, yang belom melihat sesiapa atau melihat dunia. Allah terlalu berkuasa untok mencipta ketidaksempurnaan kepada sesiapa. Dan Allah juga jaoh lebih menyayangi baby Uda.

Dan aku berharap agar Uda dan kakak ipar akan teros bersabar dan menerima semuanya dengan redha.

Friday, June 19, 2009

Koland Sekip

How does it feel when kita down tapi terpaksa tersenyom dan ketawa? It feel sucks isnt it? So amcam plak kalu kita tahu yang kawan kita yang tengah down tapi dia still leh bwat orang laen tersenyom dan ketawa? It bwat kita rasa double n triple time down..!!



Untuk minggu terakhir program GEMS ni aku nak buat post khas tentang rumate aku a.k.a ahli satu kompeni aku gak iaitu mr. KOLAND SEKIP. Sapa mamat ni sebenarnya? Biar kita cerita...




Aku masih ingat first time aku jumpa dia iaitu masa aku nak masok bilik 212 Regency Rajah Court dulu dan kebetolan dia plak keluar. Firstly rasa cam pelik r bila masa ada sorang budak laki Iban leh share satu bilik ngan 3 mamat Melayu. Bila dia balik bilik then kami cakap2 r sikit2. Dia mula2 memang sangat cakap sikit. Tanya satu ayat then balasan dia just satu patah perkataan jer. Tapi then bila masa dah berlalu semuanya pon dah tunjok belang masing2. Mamat nama Koland rrupanya jenis yang leh cakap dan bergerak tanpa henti. Wakaka.




Koland seorang yang berbeza. Dia Iban yang bukan Iban. Dia x layan lagu Iban. X ada koleksi lagu Iban pon. Even cuma dengar lagu Iban pon masa Gawai. Even dia x suka pon sambot Gawai. Paling best bila dia mengingau pon x cakap Iban. Cakap Dialek Sarawak plak. Awek pon bukan Iban. Kawan Iban kat GEMS pon sangat sikit then nak dengar dia cakap Iban pon kurang r. Even aku pangil dia via nama Melayu: LAN jer. Tapi bukan sebab tu dia berbeza. Tp sbb dia memang berbeza r. Perbezaan yang x dapat dluahkan melalui tulisan. Kena jumpa sendiri r.



Banyak event ngan dia yang aku x akan lupa r. Saat dia mengenakan aku 24/7 sejak dari bangon tidor sampai r dia tidor balik. Saat dia bwat aksi dan kata2 yang sangat annoying n irritating. Saat dia x leh bwat aku dudok diam dengan aman.


Tp yang syok bila dia kata last few day dalam 'list secret' betapa dia sangat thanks pada aku sebab leh terima sikap kurang ajar dia. Duh.. Betapa aku terdiam. Dia bwat aku teringat ttg Isyraf, rumate terakher aku kat U dulu. Cuma Koland ni jenis yang terlebih makan gula r then dia jadi hyperaktif r. Bukan senang wei nak cari orang yang leh terima and create idea ssama ngan kita.


Plus bila dia share 1 thing yang dia x share ngan sesapa lagi. Hari aunt dia meninggal. Dia bagitau aku yang aku satu2nya orang yang dia bagitau ttg tu. Then kami keluar satu company layan wayang. Entah apsal malam tu aku jadi sangat emo. Bilamasa dia still boleh bwat lawak ngan semua kkawan cam x ada apa2 berlaku. Sedangkan dia sangat rapat ngan aunt dia. Bila dia paksa happi dalam masa dia x sepatotnya happi, bwat aku sangat sakit. Bila kami berdua, aku suroh r dia ambik cuti, balik rumah. Tp jawapan dia: "Aku x boleh tengok orang menanggis, nanti aku jadi lemah..."


Mungkin pada semua orang, Koland hanya seorang penghibor. Lelaki yang hanya tahu menyakat sesiapa sahaja. Lelaki yang ditakdirkan untok membuatkan semua orang tersenyom dan ketawa. Tapi semua orang harus tahu bahawa dia ada sisi lain yang x semua orang sempat kenal. Sisi lain yang dia x nak semua orang tahu..





Wahyu, the other rumate pernah bagi amaran supaya jangan terlalu rapat sangat ngan sesapa untok sepanjang 2 bulan ni then aku ketawa kat dia. Wahyu mmg jenis negatif thinker r. Terlalu negatif kalu kita nak jadikan alasan masa as halangan untok kita kenal orang. Sebab bagi aku tempoh masa tu x penting tp quality time tu yang penting (cam pernah dengar je ayat ni kan, Azan?)











Mungkin 2 bulan ni akan jadi bosan dan mendatar jika dia x ada. Terutama jika dia bukan roomate aku. Thanks Koland. Thanks a lot..!!

Monday, June 8, 2009

Gawai Project

Last 3rd of June kami group Infinity Limited bwat sambutan Gawai di rumah Carol. Biar gambar menerangkan wat happens during the night. Memang happening r. X tipu...

Kesimpulan sepanjang malam tu memang best. Ngan makanan yang extra banyak, parents Carol yang extra sporting layan karenah kami yang pelbagai, ngan xtiviti berterusan sepanjang malam memang x akan lupa r sampai bila2.


Thursday, June 4, 2009

How Do You Define A Good Life

Ada pepatah lama kata "Hanya orang yang mengalami kedukaan sahaja yang akan memahami nilai sebenar kegembiraan". So post kali ni aku nak share cam mana aku nak mengambarkan 'my good life' dari pandangan mata aku..



Ada orang yang lahir dalam keluarga kaya raya, itu bukan aku. Ada yang lahir dalam keluarga yang bahagia, itu pun bukan aku. Ada yang lahir sempurna sifat luarannya, dan finally itu juga bukan aku. Dan kisah ini bermula di sini...



Last few day ada sorang peserta GEMS tanya satu soalan kat aku. Dia tanya "Kenapa aku still join Community Service & Team Building kalu ia boleh beri effect terok pada kesihatan aku?"



Aku tersenyum. Aku jawab " Takkan aku nak jadikan faktor kesihatan aku as halangan untok aku buat semua benda...!!" Dia teros blah tanpa cakap banyak.


Realitinya aku memang terfikir awal2 untok mengelakan diri dari semua benda tu. Aku tahu bahawa badan aku dah x mampu nak menampong semua bebanan tu. Sakit yang amat sangat pada kaki rasa cam ada 1 batalion anai-anai sedang korek kayu pada kaki aku. Dengan lebam satu kaki, sakit yang amat sangat sampai bwat aku memang dah nak putos asa. Tapi bila fikir-fikir balik, aku x pasti bila tempoh masa aku jadi normal ni akan tamat then aku bwat keputusan: aku mesti pergi gak. Aku musti simpan memori yang terbaek untok simpanan hari tu kelak.




Frasa terakher: Bagaimana jika anda ketahui bahawa tarikh kematian anda ialah pada sebulan yang mendatang? Soalan yang sama aku ajukan untuk diri aku: Seperti mana aku cukop yakin bahawa penyakit aku ni satu hari nanti akan jadikan aku lemah dan hanya mampu terbaring kaku di atas katil bwat aku teros nak berdiri selagi berdaya.




Kebahagian adalah satu frasa yang berbeza berbanding antara satu dan individu yang lain. Mungkin bagi mereka yang lain jika berada di tempat aku maka satu-satunya pilihan ialah berputus asa, marah atau kecewa pada kehidupan. Aku dah lalui semua tu sebelom ni. Semuanya tak membawa aku ke mana-mana. Lalu aku memilih jalan untuk menjadikan hidop aku lebih bermakna dengan mencipta kebahagian sementara.




Sekurang-kurangnya itulah bagaimana aku mendefinasikan kebahagian.