Ada ahli sejarah kata: history is written by the victors as kalau ditranslate (yang recently aku kononnya sangat fail nak translate statement oleh senior kaki bodek kat tempat kerja aku yang then report kat big boss yang cakap omputeh dia sendiri pun tak betul) akan jadi pemenang yang akan menentu or menulis sejarah. As sama gak cam antara baris awal buku teks sejarah aku masa form 1 dulu kata akan ada term 'BIAS' (bukan pembiasan cahaya yang kita akan belajar dalam subjek sains) di mana pejuang kita akan dianggap as wira oleh kita tapi as riot makers oleh penjajah. Hmmm..
Last week aku beli satu buku ni title Malaysian Tales: Retold and Remixed. Niat nak cari buku by authors favorite aku tapi masalahnya kat Kuantan cuma ada 1 kedai buku besar plus pilihan buku omputeh tak banyak plak. Disebabkan novel aku sebelum ni kena tahan oleh senior yang kononnya atas alasan aku baca buku masa layan customer yang sangat-sangat tak masuk akal so aku perlu buku bacaan baru. Or walaupun realiti aku tak ada masa nak baca buku but at least perlu ada 1 buku dalam beg harian aku sebab no body know kalau-kalau aku ada kelapangan masa secara tak sengaja then leh ar aku baca buku tu.
So petang tu before masuk kerja jam 4 petang aku sempat melencong jauh ke satu shopping complex lain dan masuk POPULAR Bookstore dan ada satu buku ni totally menarik perhatian aku. Selain ia ada 20% discount plus aku teringat yang abang aku ada specialty di mana office tempat dia kerja ada benefit di mana mereka akan bagi RM200 untuk pembelian bahan bacaan kepada pekerja.
Buku ni as aku bagitahu title dia Malaysian Tales: Retold and Remixed. Tengok dari tajuk je pun leh tahu cam mana jalan cerita ni kan? Ia akan menceritakan semula beberapa cerita dongeng tempatan tertentu dalam versi mereka sendiri. So ada versi modern but ada gak versi lama tapi dari sudut pandangan yang berbeza tapi still ngan jalan cerita yang sama.
Pendek kata macam cinetron Indoensia yang selalu di ulang tayang pada weekday masa cuti sekolah jam 3 petang yang merosakkan dongeng barat jadi versi indonesia yang merapu entah apa-apa entah tu ar. Or lebih dekat cam usaha TV3 untok menghidupkan dongeng lama dalam versi drama bersiri setiap petang. So ada ar cerita Merah Putih, Nenek Kebaya etc yang aku jarang ada masa nak layan.
Jujor kata idea yang cuba dibawak oleh buku ni sangat best: Kisah dongeng lama bawak pengajaran tapi mostly terhad kepada kanak-kanak sahaja sebab bagi orang dewasa cerita ni agak ketinggalan. So the idea is kenapa tak cerita tu dibawak ke versi yang lebih baru yang lebih dekat dengan pembaca sekarang?
Dan dalam berberapa siri yang aku dah baca memang ada yang buka minda aku untok melihat things in different point of view tapi tak terkecuali ada yang terlalu modern dan mengecewakan ar. Contoh terbaik cam retold story of Bawang Merah Bawang Putih yang boleh buat kita terfikir: kalau tolak unsur emak jadi ikan, buaian ajaib etc yang mostly kita tahu banyak unsur penambahan dari generasi ke generasi then apa unsur asalnya yang lebih realistik?
Tapi as a simple review: Malaysian need to read this book la. Walaupun ratenya aku just bagi 2.5-3 per 5 bintang tapi ia bukan buku yang akan buat korang rasa nilai duit tu tak berbaloi ngan apa yang korang dapat ar.
...
Aku kerja kat tempat wayang so sepanjang 2 hari lepas baru layan Puss In Boots. Aku dibesarkan dengan cerita dongeng tempatan dan tak terkecuali dari barat. One of my aunt sangat suka beli buku-buku cerita untok kami adik beradik. Thanks Abok. Sebab dialah yang menyemai sikap gemar membaca pada aku dan tahu pada tales dari barat ni. Antara buku yang dia pernah beli untok kami adik beradik ialah Puss In Boots. Dan bila tengok filem tu, yap ia menghiburkan tapi mana cerita asalnya?
...
Plus sejauh mana sejarah yang kita pernah baca dalam buku sejarah tu tulen sumbernya? Kita tak wujud pun pada era tu, kita bukan mata yang memerhati apa yang benar-benar berlaku pada zaman tu. So kita hanya menerima semuanya melalui buku sejarah dan gambar-gambar lama. Sama cam kalau pada zaman akan datang anak muda kata buku sejarah bagi tahu perhimpunan BERSIH 2.0 yang dilakukan pada 2011 ialah protes aman yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia yang mahukan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu then boleh ar kita kata: FAKTA TU SALAH.
So sejauh mana sejarah kita di retold dan remixed.