Tadi baru balik dari Kuching International Airport ambik UDA dari Kota Kinabalu. Pasal aku datang 1 jam awal then beli Dark Mocha kat STARBUCK then lepak2 kat tempat ada tv r. Kebetolan masa tu tengah show TV3. Habis jer berita ada rancangan ADUAN RAKYAT ni r. Dah banyak episode maen tp baru first time tengok.
Episode kali ni mmg tergamam r. Sepanjang jalan2 masa belajar dulu malam2 sekitar Kuala Lumpor x pernah plak terserempak diaorang ni. X sangka r dalam semewah2 negara kita ni still ada lagi yang x ada tempat tinggal then tido kat tepi2 jalan. Ada yang umor 27 tahun, ada yang dah tua and even yang beranak pinak include yang usong baby sana sini. Ada yang ada kerja tp x mampu nak bayar sewa plus bill itu ini. Hmmm…
Bab paling terkesima bila antara sumber makanan ialah dari tong2 sampah. Makanan diaorang ialah sisa2 KFC etc.. hmmm….
Then dalam kereta UDA share masa dia balik JOHOR early of this month. Masa melawat ABAH HAJI (abang EMAK) dia bagitau yang all of our cousin sangat2 busy sediakan makanan beratos2 then jual kat pasar malam setiap malam dan siang dari satu FELDA ke FELDA yang laen, then gi MERSING then gi KOTA TINGGI untok dapatkan duit demi family mereka..
Dan aku plak leh senang lenang slurp kopi STARBUCK berdepankan Mc D tanpa kerja dan selalu shopping dan berbelanja x tentu pasal.. hmmmm…
So kesimpulan di sini: korang jangan r x habiskan makanan korang kat KFC hanya sebab alasan bodoh korang nak bagi mereka makan r. Jangan membazir. Kita terlalu selesa di dalam comfort zone kita.. whose know what will happens to us in the future. Peringatan nip on aku tujukan khas untok aku gak.. hmmmm…
Thursday, February 25, 2010
Miskin di Bumi Sendiri
Wednesday, February 24, 2010
Pemandu berhemah
Hari ni tadi balik dari beli groceries kat 1 local hypermarket ni tadi ngan kereta then ttiba pemanduan aku perlahan. Duh.. mamat Kancil kat depan ni bawak kereta x sampai 50 Km/jam r pulok. Nak potong jer tapi line bertentangan banyak kereta r. So ikot je r slow2. Teringat plak kat suami arwah MAK CIK MAS yang dudok kat Batu Pahat yang umor dia masa tu dekat nak 90 dan still leh bawak kereta lagi. Kalu aku x demam panas masa tu pasti r aku x nak ikot dia. Punya r slow kat jalan besar. Jadi nervous plak kita yang ada kat dalam.
Sambong balik cerita: so ttiba ni tadi ada r 1 motosikal ttiba teros potong kereta dia dan ttiba gak dia toleh dan buat aksi x senonoh ngan siap maki hamun lagi kat mamat Kancil tu. Duh.. terkesima r aku masa tu. Then aku akui r survey yang menyatakan yang rakyat Malaysia ni cukop ramah tamah tp leh jadi sangat2 kurang ajar atas jalan. Hmm…
Bila fikir2 balik aku x pernah r maki hamun orang sesuka hati atas jalan. Even boleh kira ngan sebelah tangan r bila masa aku menyumpah dalam masa setahun. Malah nak hon pon x pernah terfikir gak (kecuali 1 bab bila UDA cabar aku hon kereta depan yang slow nak mampos dan ttiba hon kereta ANGAH yang rosak ttiba le hokey plak ari tu). Tapi kalu aku di HON dan di MAKI HAMUN atas jalan raya dah imun r.
Ingat masa awal2 dapat lessen dulu, then perkara paling selalu berlaku ngan aku ialah: kemalangan. Mau x nya jarak antara 1 kemalangan ngan the other kemalangan bukan maen dekat lg. Even masa form 5 dulu sikit lagi x ambik SPM. Mau x nya. 2 bulan cuti then sekolah x sampai 2 minggu teros ambik SPM. Kalu jumpa kkawan lama garenti akan ada yang gatal tanya “Ko x accident lagi ke?”
So bila masa berlalu kadar kemalangan aku semakin x ada tapi x tipu near miss memang berlaku setiap masa r.
Aku memang akui r yang aku x bawak laju. Tapi aku bawak bahaya. Kira cam jalan raya kat Malaysia ni bapak aku yang punya r. Bukannya apa r. Rakyat Sarawak ni r especiallynya: bawak kereta slow x bertempat. Dah r nak masok simpang bukan maen susah nak bagi signal. So dalam banyak hal cam tu r terutamanya aku kena hon dan horny.
Then teringat masa jalan2 raya ngan kkawan yang masa tu still lom kawen or bercouple. Bila aku bawak kereta then mereka akan kata yang mereka sedang berada dalam rollercoaster. Tapi last raya mereka kata pemanduan aku dah x cam dulu. Makin matang d jalan raya r kot. Wakaka..
Then ada sorang kawan yang tanya aku petua pemanduan di jalan raya ngan selamat. Aku kata r yang "Kita harus anggap yang jalan raya ni cam litar perlumbaan. So yang penting bukannya perjalanan tapi destinasi.." So peduli r kereta2 laen nak accident ker ngan pemanduan korang yang terok nak mampos tu. Janji korang sampai kat tempat korang nak tu ngan selamat, dah r.. sama cam mamat kancil tadi. Lepas dia kena maki hamun dek motorcyclist tadi, then makin slow dia bawak kereta.. hmmm.. mmg dasar 1 Malaysia sunggoh beliau itu..
Wednesday, February 17, 2010
The OTHER blog
Aku upload gambar untok primary picture kat FACEBOOK then terima beberapa komen. Salah satu komen dari MIE. Satu soalan yang cukop selalu orang tanya kat aku tapi aku sendiri x tahu kenapa aku x ada jawapannya.. “Kenapa aku x jadikan bakat aku as a kerjaya?” Hmmm…
As UDA selalu bagitau aku betapa dia sangat2 jealous ngan bakat aku. Dia selalu kata yang aku boleh hasilkan something yang GEMPAK hanya based dari sumber yang cukup terhad. Then dia kata lagi kalu dia ada bakat cam aku pasti dah banyak duit yang dia dah bwat. Dia akan bwat photography. Dia akan bwat graphic designing. Dia akan bwat web designing. Dan banyak lagi. Sebab dia x ada bakat cam aku so dia akan start membebel kat telefon setiap kali hari jadi aku dan setiap kali dia rasa dia nak membebel panjang. So mulot aku akan kaya ya.. ya.. yaa.. sambil tangan aku tekan2 keyboard computer maen game.. wakaka..
It is a reality bila ada orang sanggup belajar tinggi2 dan mahal2 semata2 untok dapatkan bakat tertentu. Dan ada orang pulak memang dah dilahirkan ngan bakat2 tertentu. Dan bak kata aku selalu pada kkawan “Kalu suara aku merdu, muka aku kacak (termasok kalu perot x boroi) musti dah lama aku join AKADEMI FANTASIA” wakaka..
Tapi aku sendiri heran kenapa aku x terdetik sikitpon nak jadikan bakat yang dianugerahkan tuhan ni as a kerjaya. Teringat zaman sekolah2 dulu masa kelas PENDIDIKAN SENI, then ramai r kkawan mengelilingi meja mintak tunjok ajar (termasok mintak aku melukis sekali) then pasti ada cikgu yang tanya soalan wajib “Dah besar nanti nak jadi pelukis/ pelukis komik ker, Aj?”.. Senyom je r..
Mungkin salah satu sebabnya ialah aku ni jenis yang x leh nak terima arahan dan tegoran (arahan mak bapak sendiri pon langgar inikan plak arahan orang laen). As sorang kawan ni dia pernah upah aku bwat design baju as a freelance r. Mmula dia bagi arahan design2 yang dia nak tapi aku x dapat link ngan kreativiti aku. Then bila aku bagi design aku then dia tegor suroh tukar itu ini. So aku bwat r then dia mintak tukar lagi dan lagi dan lagi.. aku pon apa lagi: naek benggong r.. Mungkin ni ialah namanya ego seorang artist yang mempertahankan karyanya.. wakaka..
Even zaman U dulu kalu duit PTPTN belom masok, so income sampingan utama ialah ambik upah melukis portrait.. Memang r hasilnya lumayan tapi aku ada 2 masalah: 1st) Aku sangat sayang setiap karya aku sehinggakan aku x sampai hati nak bagi balik kat orang yang mengupah tu. 2nd) Then aku x tau nak letak nilai pada karya tu. Even aku rasa cam nak bagi tanpa sebarang fee pasal harganya sangat priceless bagi aku.
Tapi antara banyak2 gifted bakat, aku cuma nak jadikan 1 je as a kerjaya iaitu:
Panjang giler mukadimah.. so untok mengetahui sambonganya sila click kat link bawah ni:
http://hisnameisnazir.blogspot.com/
(Poster versi promosi muka LOONG.. wakaka)
Tuesday, February 16, 2010
4 Hari Yang Hilang
Aku demam 2 hari. Duh.. memang x ada apa2 aktiviti selain tidor dan makan bubor (bubor nasi yang kosong sangat2 terasa sedap masa demam).. hari ketiga walopon demamnya dah hilang tapi still batok2 dan selsema. So still aktiviti rasmi ialah tidor. Malam dah bangon then x tau apa nak bwat. ALONG tgh layan PC dalam bilik aku. ASTRO plak tengah bwat siri ulangan kali keberapa ntah. So aku ambik buku lukisan, acrylic color dan beros. Sambil makan jambu air aku fikir: apa r yang aku nak lukis. Most of the time aku akan ada masalah part ni. X tau apa yang nak dilukis. Dan most of the time tu jugak aku akan ambik masa skitar sejam tak bwat apa2 ngan beros kat tangan. Hmmm..
So hasilnya aku lukis gambar kat atas ni..
Hari ke-4 still selesema dan batok x berkurangan. Kedian ISYRAF (rumate terakher zaman U) sms tanya apa yang dia leh bwat untok hilangkan keboringan tahap dewa dia. So aku bagi dia route sekitar KL untok dia jalan kaki dan ambik gambar. Pasal kalu zaman U dulu ni r antara aktiviti yang selalu aku bwat waktu tengah2 boring dulu.
Then aku tengok diri aku sendiri.. duh.. Im doing nothing rite now… membesarkan diameter perot aku jer.. duh… lambat laun aku leh join the next biggest loser asia r kalu teros cam ni.. hmmm…
So aku ambik CROCS RM 12.00 yang bila ntah aku beli dan kedian aku teros bwat coating spray warna hitam. Then aku potong tebu satu batang dan kunyah dan kunyah dan kunyah lagi.. duh.. aku mesti bwat sesuatu.. Kalu x sebab aku demam 4 hari ni tadi x mungkin aku perasan yang masa berlalu sangat cepat pasal most of the time aku akan tido.. x sangka yang 4 hari dah berlalu just like that jer.. tengok calendar rrupanya dah 40 hari aku menanggor.. x bwat apa2 yang memberi pulangan.. duh…
PS: paranormal thing that happen lately: setiap kali aku pergi tempat2 gelap kat dalam rumah kedian terasa cam ada bayang2 hitam lalu depan2 aku. Pendek jer. then teringat yang aunt aku asyik bagitau yang dia selalu termimpi2kan arwah nenek dalam mimpi. May b pasal tu ada yang kata ‘Roh masih merayau2 kat bumi dalam tempoh 40 hari’.. hmmmm… aku x pasti either statement tu fakta atau auta…
Friday, February 5, 2010
Al-Fatihah
Entah kenapa perjalanan pendek yang biasa aku lalui setiap hari tu terasa cukop panjang semalam. Cukup2 lama untok sampai ke rumah NENEK. Then bila aku sampai, NENEK dah x ada lagi. Kedian aku suroh BAPAK calls UDA (my bro) yg berada kat SABAH. EMAK x suroh bagitau UDA. Tapi UDA adalah cucu kesayangan arwah NENEK. Dari jaoh memang jelas terdengar bunyi UDA sedu. Kedian UDA suroh aku janji yang aku akan turut sama handle sehingga arwah masok ke liang lahad.
Selepas solat ASAR semalam, arwah NENEK selamat dijenazahkan.
Pemergian dia bukan 1 yang mengejutkan. Dia dah sakit start 2 minggu lepas. So sepanjang malam ialah giliran aku untok jaga dia: angkat dia ke tandas, ke katil dll. Cuma pagi semalam dia sangat2 okey.
Cuma aku x faham kenapa masih ada yang cuba mengeluarkan suara2 jahat. Aku boleh bersumpah atas nama tuhan aku yang aku sedikitpon aku x terfikir yang aku jaga dia sepanjang dia sakit 2 minggu lepas hanya kerana harta pusaka. Aku bwat kerana kasih sayang yang dia pernah berikan pada aku masa kecik2 dulu dan ia adalah tanggongjawab aku as cucu.
Monday, February 1, 2010
Oh laa laa KERJA
Teringat kat kazen aku. Dia start kerja x lama pas aku masok UKM dulu then tahon 3 aku kat U dia bagitau aku yan dia dah tukar kereta pertama dia. Duh.. dia dah ada 2 kereta dan benda yang paling mahal aku pernah ada hanya hp dan kamera yang aku beli guna duit PTPTN aku jer.. wat such a Big Looser Asia r aku..
Then teringat masa bual2 ngan sorang kawan ni tentang career masa depan. Dia punya banyak perancangan demi perancangan. Bila 1 plan x jadi then dia dah sediakan back-up plan. So pada usia 24 tahun dia baru sedar yang back-up plan yang banyak buwat dia x ke mana2. Sebab idea back-up plan jadikan dia jadi orang yang ‘X apa. Kalu x dapat kerja ni then dia ada back-up plan’. So dia x dapat nak focus pada satu kerja utama yang dia benar2 nak bwat.
Kedian aku bagitau dia r yang aku x pernah plan apa2 dalam hidop aku. Tapi aku ada list of thing (or work) that aku nak bwat b4 aku berusia 30 tahon. Dia ketawa bila masa aku bagitau yang antara kerja tu ialah cam kerja kat kedai buku, kat kedai CD, kat kedai barang antic dan banyak lagi. Tapi dalam tempoh kurang 2 tahun yang lepas ni aku dah berjaya realisasikan beberapa perkara dalam list tu… hmmm…
Sebab bagi aku hidop ni terlalu singkat untok kita terikat ngan satu2 kerja jer. List tu secara x langsong bwat aku enjoy more kehidupan aku. Tapi kedian UDA kata “Usia 25 tahun adalah terlalu tua untok teros maen2. Patot dah ada plan nak beli kereta apa. Nak beli rumah apa. Nak kena simpan duit untok pelaboran bla3” dan dia teros membebel dan membebel kat telefon pada hari tua aku yang lepas …
Then UDA kata lagi betapa dia sangat2 jeles pada bakat aku. Dia kata aku leh hasilkan something yang hebat dari sumber yang terhad. So dia aku bwat kerja yang leh cabar kreativiti aku: something yang bukan semua orang ada. Dan kalu dia ada bakat cam aku pasti dah banyak perkara yang leh hasilkan duit ngan banyak dia akan bwat. Entah r. Aku akui r yang aku ada bakat ni tapi ia bukan kerjaya yang aku nak bwat untok sepanjang hidop aku.
Then teringat plak kat ISYRAF, rumate terakhir kat U dulu. Dia pernah hadiahkan plat letak color untok aku. Aku sangat2 terkesima masa tu. Dia nak aku sangat2 serius dalam bidang seni. Dia asalnya punya plan yang sangat terator dalam hidop.: tamat degree dia nak sambong master then nak jadi pensyarah kat 1 local U ni. Tapi sebab 1 incident ni dia terpaksa tersasar dari plan asal dia. Dia jadi animator kat local company ni (korang tengok Disney’s Channel then ada r tayang kat sana cerita tu). Dan sekarang dia x terfikir lagi nak kembali ke plan asal dia. Even dia nak bwat kerja tu sampai bila2. Dia kata “ Bwat 1 kerja yang kita suka then kita x akan kerja sampai bila2”…
Aku bukan kerja untok kedian aku leh beli kereta. Aku bukan kerja then at the end aku leh jadi kaya. Jadi kaya x termasok dalam list aku. Cuma aku x nak bekerja then at the end of the month aku hanya akan dapat gaji jer.. Dan terlalu banyak manusia yang dah jadi macam tu.. mungkin juga aku…
Btw apsal aku kuarkan post ni? Pasal dah apply 1 kerja. Kat satu tempat yang aku pernah kerja b4 ni. Then kalu berjaya aku terpaksa berjumpa ngan muka2 dan karenah2 yang sama lagi. Duh.., membencikan.. Tapi aku perlu dapatkan kerja ni. Pasal aku dah janji ngan DIDI yang aku akan gi konvo master dia sekitar bulan 7 or 8 kelak. So perlu kumpol duit dari sekarang.. dan kedian, mungkin after that akan kembali menganggor kembali..