Friday, September 3, 2010

Memori

Semalam dengan jayanya aku dah menghasilkan 1 kad Hari Raya Digital Then upload and tag semua kkawan yang menyambut Aidilfitri di FACEBOOK (kalu ada yang tertinggal then bagitahu aku r). Bak kata sorang kawan tu: ia bukan tujuan untuk menghalau Ramadhan aka bulan rahmat dari Allah s.w.t. tapi sebaliknya sekadar menggunakan kesempatan yang ada untuk wish n mohon maaf dari semua kenalan. Whose know esok lusa aku sakit ker or worst case scenario (suka guna ayat nih) tengah bawak motosikal suddenly kena langgar lori. Damn terus jer mati... Hmmmm...


Most semua yang ditag wishing back selamat to me. Ada yang guna ayat skema, ada yang berjenaka dan ada gak yang guna ayat2 power yang kediannya buat aku terdiam: bwat aku merasakan betapa aku punya kawan2 yang terbaek di sisi aku. 

Salah satunya ialah dari ISYRAF (rumate terakher di Universiti dulu). After wishing raya, dia kuar statement rindu nak kuar malam2 (or tengah malam sehingga tahap pagi) gi Mc D guna motosikal IJAM. Percayalah yang I missing that moment too la, ISYRAF. I dont know why or what reason kita sangat gila Mc D masa tu. Ada masa 1 minggu tu memang setiap malam kita gi Mc D. Kalu x Mc D Bandar Baru Bangi sebelah WARTA or kita akan gi Mc D Kajang yang bukak 24 jam. Kita just ambik quality time cakap2 (apa2 entah sampai berjam) ngan ko memperkenalkan aku ngan Mc D's Black Pepper yang sehingga hari ni bila llepak ngan kkawan kat Mc D: then mereka akan kata aku ni maniac ngan that Black Pepper. Dan kita sangat gila kumpul permainan Mc D rite? Wakaka..

Kita kenal sepanjang tempoh 3 tahun di universiti tapi kita hanya rapat untuk tahun terakher tu saja. Betapa takdir membuatkan aku terjumpa ko. Kalu aku x ada di foyer Ungku Omar masa tu then kita x mungkin akan jadi housemate di Taman Tenaga dan seterusnya ko mungkin x akan ask me untuk jadi rumate ko kedian. Dan betapa kalu aku x terima pelawaan ko hari tu, aku akan rugi sangat2. Betapa banyak memori yang manis aku akan hilang.

Betapa aku rindu saat2 gila kita sanggup panjat and lepak kat tangki air blok 4 tingkat kita. Bila kat atas, kita just ambik gambar and bercerita2.

Betapa aku rindu saat2 kita susah payah nak habiskan filem pendek 'Mukhdin' pada bulan puasa dan pada hari pilihanraya universiti untuk subjek TESL.

Betapa aku rindu pada karya2 seni ko, pada lukisan komik ko, pada idea2 pelik dan kreatif ko.




Dan aku masih simpan setiap hadiah ko. Antaranya plat warna yang ko nak aku serius in art. Hmmmm...






Bekawan dengan ISYRAF menolak dakwaan bahawa orang KELANTAN semuanya bersifat berpuak-puak dan perkauman. Kerana di UKM aku jumpa 2 orang sahabat paling hebat yang sangat baik and masih lagi keep in contact berasal dari KELANTAN iaitu miss DIDI and mr ISYRAF. Aku rindu sama kalian.

















And as time goes by, setiap tempat aku pergi then aku akan mencipta memori-memori baru bersama sahabat-sahabat baru tapi setiap satu itu adalah nilai memori yang x pernah aku cuba bandingkan which one r the best. Kerana setiap memori itu adalah anugerah yang nilainya cukup besar. Cukup x terbeli oleh wang or etc.Dan aku rindu pada semua sahabat-sahabat itu.

Thursday, September 2, 2010

Teo Nie Cheng masuk masjid?

Aku ingat lagi tahun 2008 tu: tahun akher aku di universiti semasa negara tengah sibuk hal pilihanraya. Pasal waktu pilihanraya tu aku & 3 other Sarawakians yg x dapat balik untuk mengundi pergi melencong ke GENTING. Tapi that not the real issue r. Cuma teringat kalu gi mana2 ke KAJANG, then pasti akan jumpa poster TEO NIE CHING sebab dia wakil untuk parlimen SERDANG. Dan dia menang. Cuma lately jer kuar nama dia balik tentang kes dia masok masjid yang digembar gemburkan oleh certain Melayu yang taksub x tentu pasal. Hmmm...
.
.
Pada masa aku dengar issue ni kuar TV dulu, gila menyumpah gak r aku. Perkara cam ni pun nak dijadikan issue besar oleh certain parti politik tertentu. Then aku just kuarkan shout out kat FACEBOOK jer tanda protes. Tapi tadi aku terbaca 2 post oleh mr. OBIFIEND yang aku sangat2 galakan rakyat MALAYSIA baca. Walaupun ia dinyatakan dalam bentuk humor dan penuh unsur perli tapi mesejnya sangat kuat.

Persatuan Bukan Islam Sambut Baik Arahan MAIS
OBECOMIC#15 - Dear PERKASA

Dan aku sendiri pun pernah suarakan tak puas hati aku dalam previous post tentang issue LIM GUAN ENG dulu. Ni kira sambungannya r.


Soalan pertama aku: Korang pernah dengar tentang PERJANJIAN HUDAIBIAH tak? 


Korang kena baca or refresh balik memori sekolah korang dulu pasal aku x akan cerita keseluruhan r. Secara ringkasnya perjanjian ni berlaku antara musyrikin MEKAH dan RASULULLAH s.a.w sekitar tahun ke 6 Hijrah. Perjanjian ini dijalankan sebab utamanya ialah hasrat untuk beribadah HAJI & UMRAH di MEKAH tapi at that time MEKAH masih lagi dibawah penguasaan musyrikin QURAISY. So perjanjian ini pun dibuat.

Antara isi perjanjian ialah: 
1. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di MEKAH selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
2. Orang Quraisy yang lari ke pihak ISLAM tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
3. Orang Islam yang lari ke pihak QURAISY tidak perlu dikembalikan.
(sumber wikipedia)



Secara zahirnya kalu korang ialah makhluk yang buta tuli (as same as situasi yang berlaku sekarang) then korang akan kata perjanjian tu sangat2 berat sebelah dan x menguntungkan masyarakat ISLAM sedikitpun pada masa tu.

Tapi disebabkan kebijaksanaan RASULULLAH s.a.w akibatnya ISLAM tersebar luas dan MEKAH dikuasai oleh ISLAM. Just imagine hanya ngan 1 perjanjian membawa perkara besar yang effectnya bawak ke hari ini gak.





So masyarakat MELAYU yang taksub x tentu pasal ngan diapi-apikan lagi oleh parti politik yang berkepentingan ni then makin hangin r. Maka Non-Muslim x dibenarkan masuk masjid, x dibenar baca Al-Quran (or terjemahan), x dibenar ambil subjek Agama Islam, x dibenar cari maklumat tentang Islam etc. So kalu kita kaitkan balik ngan era perjanjian Hudaibiah tu tadi, korang rasa mereka ni berada di pihak Quraisy or Islam? 






Sebenarnya korang sedang menyempitkan semua issue tentang Islam. Itu x boleh. Ini x boleh. Last2 semua orang jadi takut nak tahu tentang Islam. Dan lebih sadis korang bwat orang lain x boleh masuk dunia Islam. Sedangkan Islam sangat terbuka. Betulkan aku kalu aku salah.







Tolong r jangan jadikan hal agama sebagai issue politik korang untuk menang on pilihanraya akan datang ni.  Korang jadikan agama as alasan korang menangi hati rakyat2 kampung yang still taksub hal2 cam ni.

















Dan cukup pasti korang leh tahu which side yang aku akan pangkah next pilihanraya kan? TEEET..!! Undi adalah rahsia..!!!

Bintang Malam


Dia membuka mata aku untuk melihat langit malam.
Langit malam yang selama ini wujud tapi tidak pernah kuendahkan...
sehingga dia datang.

Lalu aku sedar betapa langit malam itu tidak pernah sunyi.
Ia dihuni oleh berjuta-juta bintang yang cukup indah.
Cukup indah sehingga mampu menjadikan aku jadi kaku.
Benar-benar kaku.










Tapi kini aku tidak lagi melihat langit malam
Mungkin kerana dia sudah pergi



Atau







Sememangnya langit malam itu sudah tidak punya bintang lagi..