Wednesday, July 23, 2008

Journey to Kota Kinabalu

DESTINASI PERTAMA: MIRI


15 Julai lepas seperti yg dirancang so aku dan abang aku: UDA memulakan perjalanan ke KOTA KINABALU. Walupun ksihatan aku sangat2 kurang baek tapi aku sembunyikan. Maunya aku nak cakap kat dia yg aku ni x sihat then kanselkan plan dia yg dah peruntokan beratos2 ringgit untok aku dalam plan ke KK? Kesian ar dia. So aku blakon jer r baik2 cam biasa. So jam 4.30 pagi masa Malaysia kami pon berangkatlah dari rumah. Emak aku sempat ciom pipi aku lagi (masok ni baru kali ke 3 mak aku ciom aku 1 st masa parents aku gi umrah and 2 nd masa aku nak gi UKM). So aku dan Uda pon merempoh kgelapan dan kedinginan pagi memulakan JOURNEY TO KOTA KINABALU.

Pejalanan untok beberapa jam memang gelap dan sunyi sampai r nak masok pukol 7 baru r terang suasana sekitar. Lokasi pertama hentian ialah Sarikei. Uda dah plan awal nak pusing2 n behenti kat Sarikei. Pasal itulah antara tempat kami membesar selama kira2 4 tahon. Bila sampai memang terkezoot pasal banyak dah berubah. Pindah dari Sarikei masa tahon 1995. 13 tahoon woo maunya tak berubah.


Kawasan berzink sebelah ni ialah bekas kawawasan rumah pertama kami masa pindah Sarikei dulu. Rumah kampong. Dudok pon untok beberapa bulan jer. Masih ingat sebelah dia jiran kami aka cucu pemilik rumah sewa kami tu sorang budak pekak, bisu plus otak bermasalah lagi. Kami panggil dia bebek (bisu dalam bm Sarawak). Dia sangat baek tapi nasib sangat malang. Kawasan rumah tu dah diratakan untok pembinaan bangunan kedai.. huu nostalgia wei..


Flat atas ni plak perumahan kedua keluarga kami. Rumah kami atas sebelah kiri. Flat ni namanya SUNGAI KEMENA (salah satu sungai di Sibu) . Banyak giler woo kenangan kat sini. Kat sini r kawasan tempat maen sesama anak2 polis yg terasing dr dunia luar. Tapi bila dah masok dalam huu terok ar semuanya dah x seteratur masa kami dulu.


Ini tempat kerja bapak aku. Polis Marin Bahagian Sarikei. Pernah beberapa kali masok ngan bapak dan Uda memancing kat salah satu boat polis. Susah woo nak ada quality time ngan bapak yg kerja as a policeman



Ini pulak sekolah rendah aku yg ke2. Sekolah Rendah Bantuan St Anne. Sekolah ni dibawah title bantuan sbb ia dapat naungan dan bantuan daripada gereja St Anthony (gambar bawah 2 r). so pendek kata bacaan doa puji Jesus dlakukan stiap hari dan sister2 selalu ar jalan2 masok sekolah. Majoriti pelajar Cina dan Bumiputera. So as that reason bm Sarawak aku sangat terok pasal kawan Melayu sangat kureang. X jaoh pon dari flat polis pasal jalan kaki pon x letih. Best wei sekolah ni..


Ni gambar masjid Sarikei. X jaoh dari flat polis kami. Masih ingat selalu petang2 ngan emak dan Uda jalan2 amik bunga kenanga sepanjang jalan menujui ke masjid ni..


Nanas besar yg x leh nak makan


Tebingan sungai sarikei yg x pernah berubah. Even lebih kotor dan makin padat.


Bandar sarikei yg eerrr… makin x canteek


Jumpa kawan: EZIELINA satu form 6 yg kerja kat Sarikei plus dia belanja makan MEE JAWA jap


Dalam perjalanan keluar dari Sarikei then terjumpa satu kereta ngan plat nomor yg pelik. Then Uda bagi tau ak yg 2 ialah plat nombor lama Sarawak. 6DA untok division ke 6 manakala Q belakang untok negeri Sarawak.





Bandar Sibu. Dah kira sampai 1/3 Sarawak daa.. Dulu masa dudok Sarikei kalu bapak x kerja or cuti so akan ke Sibulah. Sibu ni bahagian yg antara maju di Sarawak. So banyak giler pembangunan blaku. Plus x lupa majority Cina yg banyak sangat sampai signs n monument sumer unsor2 Cina.. Tengok ar sendiri.



Then Sampai di Bintulu. Maknanya dah 1/2 Sarawak dah dijelajah. Sampai Bintulu nak cari tempat tukar duit asing Ringit Malaysia ke Dolar Brunei plak pasal esok pagi2 plan akan teros masok Brunei. Masok shoping complex yg banyak2 tp last2 x jumpa gak. So kena teroskan pejalanan ke Miri sebelom hari tukar gelap.





Sampai d Miri dah masok malam. Pergi makan malam ngan kawan Uda then tidor kat Hotel dia secara percuma. 5 star facilities hotel buat tidor malam cukop lena. 15 jam memandu. 15 jam dalam kereta… Duh letih yg sangat2 tapi leh plak mata layan filem kat astro sampai jam 3 pagi… bersambong episode ke2

2 comments:

Anonymous said...

Teruk betul bandar KK ni. Nasib baik aku tak pegi sana. Buang duit je. Aku rasa, bandar KK ni sama buruk dengan bandar yang ada di Kalimantan.

Anonymous said...

hey... kalo post sumthing tu biar la berkajian... jgn ko judge bandar kk kesayangan aku ni melalui apa yg ko nampak thru post ni..... kalo ko mau judge bandar kk, why not u come here n stay around a week then ko tgk betul2 bandar kk ni mcm mana.... pastu bleh la ko bagi tau apa yg ko rasa selama ko d kk seminggu tu d sini..... betapa sempitnya pemikiran dan rendahnya akal ko... bandar kk lagi bagus dan daripada bandar2 yang ada d kalimantan tu.... sudah ketara kebodohan ko di sini amat menyerlah......