Friday, June 26, 2009

Luka

Setiap luka pasti akan semboh. Cuma ditentukan oleh masa. Tapi parutnya akan teros kekal sampai bila2.

Hari ni tadi aku semayang Jumaat d Jamek. After tamat semayang tengah dudok baca doa ttiba bahu dicuit seseorang. Aku toleh. Dia hulur tangan dan tersenyum. Aku tergamam. Aku balas salam dan dia pergi.

Selepas dia pergi agak jaoh baru aku tersedar dari reality dan tersenyum. Aku hampir terlupa siapa dia tapi x mungkin aku boleh lupa siapa dia (slain disebabkan oleh skandal dia ngan cousin aku). Dia antara kenalan yang cuba menghulurkan persahabatan pada aku semasa form 6 dulu dan aku reject. At least aku x reject dia ngan cara yg memalukan such aku bwat pada other kenalan tu. Realitynya both of the kenalan ialah orang yg baek2. Cuma aku saja yg moody sepanjang form 6 dulu (ya fazlee, ko betol. Aku mmg selalu moody n emo).

Bila imbas kembali graf kehidopan aku, zaman form 6 kira zaman kejatohan aku r. Accident yg berlaku at the end of form 5 bwat aku mmg dinggin r. Saat aku dijatoh n ditikam dari belakang oleh orang2 yang aku anggap as kawan, org yang aku bagi everything (x termasok body) lastly sanggop bwat najis kat belakang aku. Tambah lagi ngan isu family, ngan masyarakat yg suka judge x tentu pasal, kekasih pon bwat najis gak, plus cousin yang makin ketagih seks bwat aku makin dinggin in any relationship. Even tho event tu dah berlaku kira2 6 tahon yang lepas tapi still kesannya aku masih terasa sampai sekarang.

Mostlynya aku belajar dari pengalaman. Aku mmg r dah x sedinggin dulu tapi still aku x nak jalin any serious relationship. In certain part aku still mengelak. Kalu korang perasan ada part aku cuba mengelak mendengar cerita korang, mengelak dari berkongsi setiap perasaan gembira or sedih bersama korang, mengelak dari dekat dengan korang bila korang down bukan sebab aku membenci or x suka korang. Setiap kegembiraan korang ialah kegembiraan aku dan setiap kesedihan korang ialah kesedihan aku. Cuma jaoh dalam hati aku masih ada kanak-kanak yang pernah diluka dan rasa takotnya masih ada. Cuma aku x nak mengharap…



Harapan ialah penderitaan. Sama seperti aku mendefinisikan cinta ialah penderitaan. Mungkin aku x akan jatoh cinta tapi aku akan pastikan harapan ialah sesuatu yang akan teros hidop dalam diri aku..




Something yang hebat ttg masa ialah kita x mampu untok menghenti or membuatkannya berulang kembali. Lalu kita harus belajar dari pengalaman dan menjadikan setiap detik bernilai dan x akan dilupai.

Wednesday, June 24, 2009

Good Bye Infinity

Akhirnya semuanya dah tamat. 2 bulan setengah dah berlalu.

Bak kata enche Hashim: di mana saat program GEMS ini benar2 bermula? Jawapan aku ialah ketika air pool membasahi dan menyejukan keseluruhan badan aku. Dan kemudian aku mulai merasai setiap bahang kepanasan dan kedinginan setiap mereka yang ada.


Pada hari terakhir, mood aku masih x berubah. Still down. Otak still fikir ttg hal Uda n krisis yg berlaku to Infinity lately. Aku sedaya upaya untok bwat2 happi tapi still aku x dapat paksa diri. At least itu antara yg aku belajar sepanjang 2 bulan di sini: aku dah x nak paksa happi kalu aku x. Cuma akibatnya aku x dapat habiskan kualiti time terakhir bersama Infinity Ltd. Aku x dapat kongsi perasaan terakhir kami. Aku x dapat lihat girls kat Infinity nanggis puas2. Hanya sempat untok 2 minit terakhir dengan salam dan pelukan beberapa org ahli.

Hari terakhir ni jugak Tuan Haji asyik beberapa kali tegor n panggil nama aku.

Pelukan terakhir dengan roommate: Wahyu dan Naz.

Dapat tempat praktikal di STIDC sama ngan Radzi, Jane, Phia dan paling hebat sekali bersama Koland. Entah kenapa takdir meletakkan kami bersama lagi. Pasti semuanya ada sebab dan musabab. Cukop pasti akan ada Mc D & movie night lagi..

Dan kemudian aku mendaftar keluar dari hotel dan pergi tanpa menoleh sedikitpon ke belakang.


Hidop harus diteroskan..


Tinggal 5 hari sahaja lagi untok peperiksaan NIOSH. Duh.. Im not ready for the test. Terlalu banyak fakta untok di baca dan di hafal..


1 Radzi
2 Daisy
3 Fifi
4 Azan
5 Sall
6 As
7 Atul
8 Dess
9 Kay
10 Anna
11 Jane
12 Phia
13 Erwan
14 Elvin
15 ?
16 Suzilawaty
17 David
18 Fhat
19 Suzy Anding
20 Emmer

Monday, June 22, 2009

Al Fatihah

Semalam aku called Uda. Ask the real situation ttg baby dlm kandungan kakak ipar. Pasal emak cuma bgtau yg baby Uda ada masalah jantong. Suara Uda sangat berbeza. Selalunya Uda boleh cakap panjang2 tanpa henti. Tapi semalam semuanya jadi pendek2. Aku tahu Uda cukup lemah. Tp Uda masih still nak kuatkan diri.

Baby Uda ada masalah jantong. Jantongnya berhenti berfungsi. Penyelesaian hanya ada 2: selamatkan baby or emaknya. Uda jadi serba salah. Uda perlu pilih satu. Sbb ia akan menjejaskan either baby or emak. Sama cam drama Melayu.

Pagi Angah called bgtau yg baby Uda dah meninggal. Then Uda sms:

BELUM SEMPAT UDA MATI AKAL NAK MILIH. ANAK UDA DAH BERALAH AWAL PAGI TEK.

Al Fatihah untok baby Uda yang belom sempat aku kenal, yang belom melihat sesiapa atau melihat dunia. Allah terlalu berkuasa untok mencipta ketidaksempurnaan kepada sesiapa. Dan Allah juga jaoh lebih menyayangi baby Uda.

Dan aku berharap agar Uda dan kakak ipar akan teros bersabar dan menerima semuanya dengan redha.