Setiap kali aku upload post tentang kulit aku that mean yang my psoriasis dah berada pada kitaran yang teruk. Pada waktu-waktu cam ni aku totally rasa cam aku sorang lelaki yang sedang datang bulan. Sebab ia totally melibatkan emosi yang sangat down. As aku kata yang setiap kali ia turn teruk then ia akan jadi jauh lebih teruk dari sebelum ni. Sekarang ni my Psoriasis dah ambik almost 80% of my body. Hmmmm
Kaki aku jangan kata lagi ar memang almost 100% effected. My pot belly pulak dah terbentuk satu peta dunia yang it neither Earth nor Pandora. Tangan aku plak cam ada rintik-rintik hujan berwarna merah yang terus melekat kat situ. Kat muka pun dah x jauh beza ngan tangan. Even kali ni buat pertama kali psoriasis tumbuh di atas bibir aku. Terasa pelik pulak bila bibir terasa keras cam ni.
Aku tak tahu apa lagi yang nak dibuat. Ubat-ubatan yang sama aku guna dah imun pada kulit. Ia tak mengurang sikit pun. Dan last few day after Maghrib aku tetiba leh menanggis dan mintak satu perkara yang sejak otak aku cukup dewasa untuk berfikir, aku x pernah mintak doakan benda tu dari Tuhan. Aku mintak Tuhan agar jadikan aku normal. Sedangkan normal ialah satu perkara yang aku sangat-sangat tak suka. It seem like ia merubah diri aku. I'm proud to be a guy with Psoriasis.
Sekarang ia dah cukup teruk then what will happen next time ketika ia jauh lebih teruk dari ni..? Im jobless. Im will not be in any relationship. Aku tak ada duit. What next....?
Waktu aku keluar ke bandar tempohari aku dah cukup jadi bahan perhatian orang. Walau apapun cara aku guna untuk menutup kulit aku agar tak center of attraction sesapa but it fail. Dan cara mata tu memandang cam aku ialah pesakit AIDS or Kusta yang bebas dan bakal menjangkiti diaorang suka. Im tired and sick of this perangai yang totally crabby.
Tadi anak jiran sebelah datang rumah. Dia memang banyak mulot. Bila dia tengok kulit aku then terus dia cakap "Kenapa keluar ni? Dudoklah dalam bilik. Sembunyi. Kalau dah sembuh nanti baru keluar..." Aku tak kecik hati pon sebab kanak-kanak memang jujor bila bercakap. Dan apa yang dia cakap ialah apa yang ramai manusia dewasa luar sana nak cakapkan tapi mereka tak berani. Sebab manusia hanya mahu melihat kau dalam keadaan yang sempurna sahaja.
Aku berharap satu hari kelak aku akan jumpa manusia yang melihat sama seperti apa yang aku lihat. So mereka akan kata "Aj, you got the most beautiful skin I've ever seen...". Hmmmm


