Ketika aku rasa badan aku cukup tak bermaya, mood aku cukup
down, emosi aku mulai tak stabil then aku terfikir yang mungkin kitaran tu dah
bermula tapi kemudian aku berjenaka sorang diri ‘Hey, aku lelaki. Lelaki mana ada datang
period’. Tapi aku tak ketawa. Yap, lelaki memang tak akan datang kitaran bulanan tapi aku takut
kitaran lain bermula semula untuk aku.
Ia dah seminggu berlalu, aku dah tak gembira lagi. Semua
yang ada disekitar aku mulai perasan. Betapa aku cuba sembunyikan dengan
senyuman dan cipta pelbagai alasan, aku tak dapat tipu sesiapa. Mungkin memang
ada yang tertipu tapi aku tak dapat nak tipu diri sendiri. Aku jadi lemah. Aku
jadi tak bermaya. Sebahagian dari aku dah mulai berputus asa. Setiap perkara
negative yang ada disekitar dah menguasai otak aku. Aku rasa mereka fikir aku
pelik, mereka fikir aku bodoh, mereka ketawakan aku dari belakang. Aku tahu sebahagian besarnya hanyalah mainan perasaan aku je tapi otak aku cukup yakin yang ia benar-benar berlaku. Kalaulah aku dapat gambarkan keadaan otak aku sekarang ni seperti ada beratus, beribu minion kecil yang nak suara mereka didengari. Semuanya jadi
makin berserabut. Membuatkan aku jadi makin kusut.
Aku mulai rasa yang sememangnya aku bodoh. Sememangnya aku lembap. Aku tak mampu
buat apa-apa dengan betul. Aku hanya tahu buat kesalahan demi kesalahan yang
sama berulang-ulang. Aku tak akan berjaya. Aku hanya akan mengecewakan semua orang. Setiap apa yang aku buat hanya akan berakhir dengan kegagalan.
Betapa aku nak bercerita pada seorang kawan. Aku nak menanggis pada
bahu dia seperti mana dia pernah menanggis pada bahu aku ketika dulu. Aku nak ceritakan
pada dia dari saat ia benar-benar berlaku, tentang semua yang aku rasa. Tapi dia terlalu berbahagia sekarang ni pada
kehidupan yang dia dah pilih dan cerita aku hanya akan membuatkan dia bersedih.
Dan tak nak melihat dia bersedih lagi. Lalu aku memilih untuk menyendiri.
Cumanya aku takut, bagaimana jika pada kitaran ini, aku
memilih untuk benar-benar putus asa.
1 comment:
Nape Aj, try sujud k? Lepaskn panas di tengkuk ke telinga. Love ya
Post a Comment