Korang masih ingat lagi tak beberapa abad yang dulu tentang iklan komuniti lakonan Adlin Aman Ramli dalam satu pengangkutan awam ni dan bila dia tengok sorang orang tua berdiri lalu dia buat-buat tidur sehingga nak tak nak akak mengandung sebelah dia pulak yang bagi seat kat orang tua tu. Tapi realitinya....
Kau pernah tak pergi kat tempat public (contoh hospital) kawasan banyak seat semasa menunggu giliran then kau duduk satu bangku ni dan kau tengok ada ramai ibu mengandung, ibu bawak anak kecil macam baru lahir or orang tua sedang berdiri dengan muka sayu, letih dan mengharap simpati ramai. So kau tengok kiri kanan, ada yang sihat-sihat tanpa cacat cela sedang duduk dengan selesa dan lebih pelik lagi apabila ada banyak je seat-seat kosong kat kawasan tu dan entah kenapa si bakal ibu, ibu baru or orang-orang tua tu tak nak duduk langsung kat kerusi-kerusi kosong tu. Diaorang tu ada masalah dengan kornea mata ke or dah kena voodoo sampai tak nampak seat-seat kosong tu semua. Tak kan ar nak kena jemput macam VVIP ngan carpet merah baru nak duduk.
Seriously kot. It happen everywhere, anywhere and all the time.
Sebab ia selalu berlaku pada aku kot. Pergi hospital tengok ramai yang berdiri. Muda, tua, orang mengandung, bawak baby etc then perasan ada banyak seat yang kosong so apalagi, duduk je ar. Tapi entah kenapa orang kiri kanan start tengok semacam. Bila aku suruh mak cik tua yang selama tapi berdiri kat situ duduk then baru dia duduk. Ooh Apakah yang sedang berlaku? Dia tak tahu ke yang selama ni kerusi tu boleh diduduki oleh manusia? Or semuanya nak tengok sorang duduk dulu dan nothing happen to him/her then baru mereka berani nak duduk kot.
Honestly selalu sangat terfikir, kesiannya perempuan mengandung ngan bawak perut besar, muka keletihan or tengok ibu muda yang bawak baby masih merah lagi dengan wajah kepenatan tak tidur malam. Kemudian sesekali muka tengok kat kawasan seat (nak carik seat kosonglah kan) tapi masalahnyya nak duduk kat seat yang ternyata banyak kosong.
Ada masanya ingin je aku genggam kenapa diaorang dan jerit depan-depan 'Apsal kau tak nak duduk haa, bodoh..?"
Pelik lagi hairan,
AJ
No comments:
Post a Comment