Adakah anda salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang suka menonton drama jam 7 TV3 or drama jam 10 kat Astro 104 or mana-mana drama or filem Melayu adabtasi dari novel-novel cinta keluaran tempatan? Or kau bercita-cita untuk jadi penulis novel cinta dengan idea yang sama tapi kau rasa semua tajuk dah dijadikan cerita: Suamiku Encik Sotong, Suamiku Encik Perfect 10, Suamiku Ustaz, Suamiku Jatuh Dari Langit, Playboy Itu Suami aku, Suami Tanpa Cinta, Suamiku Ahli Suicide Squad (hmmm), Suami Sebelah Rumah bla-bla-bla. So post kali ni didedikasikan untuk mereka-mereka di luar sana yang nak mencari inspirasi or tips menulis novel yang seterusnya akan menjadi drama Melayu tipikal. Hmmm..
1.
Perempuan naif vs Lelaki berlagak. Semuanya bermula apabila seorang perempuan naif plus clumsy dari kampung (kalau boleh pakai tudung) terjumpa dengan seorang lelaki kaya (or anak orang kaya) yang disukai ramai perempuan. Perempuan tu boleh jadi orang gaji, pekerja kat office si lelaki, anak kepada kawan baik emak si lelaki or sekadar mereka asyik terserempak dan setiap kali ia berlaku, sikap clumsy si perempuan such as selalu terjatuh, minuman tertumpah kat baju lelaki, cakap laju budjet cute, tak ada confident dalam diri, buat muka bersalah yang comel sehingga akhirnya memikat hati lelaki tanpa sedar.
Konsep ni banyak berlaku dalam novel cinta tempatan sebab target marketnya ialah perempuan naif yang sentiasa berharap agar kes cinderella: perempuan biasa-biasa leh kahwin dengan lelaki kacak+kaya tu juga akan berlaku pada mereka in real life. Yap, anda boleh mencuba nasib dengan jadi orang gaji kat rumah seorang lelaki bujang, kacak, kaya, badan sado yang tinggal sorang diri which the end possibility could be either dia tak mungkin akan jatuh cinta dengan orang gaji dia sendiri or kau realize dia asyik bawak kawan lelaki ke rumah, upload gambar shirtless selfie memanjang kat Instagram dan OPS... sila isi tempat kosong sendiri.
2
Lelaki baik vs. Perempuan ego. Versi berlawanan dari yang pertama di mana kali ni si perempuan ialah a spoil anak orang kaya yang ego bukan main tinggi yang terjumpa dengan seorang lelaki baik (baik tahap annoying untuk manusia normal macam aku) or mereka dijodohkan oleh keluarga si perempuan. Si perempuan tu of coz laa tak nak sebab dia liar, masih muda dan jalan hidup mereka totally bertentangan tapi seperti mana-mana drama Melayu lain, akhirnya sedikit demi sedikit, ego si perempuan start cair. Kalau sebelum ni dia pakai baju ketat, kurang kain then dia mulai pakai tudung bla-bla-bla dan cakap pun dah start budjet ayu. Such a typical ending kan?
Sekali lagi target market novel cinta tempatan ni memang khas unutk perempuan naif. Sebab mereka suka sangat tengok perempuan yang ego ni saat dijatuhkan. Kalau dah dijadikan drama then sepanjang sejam drama tu berjalan, sepanjang tu jugak ar mulut mereka asyik buat ulasan sendiri "Apa masalah perempuan ni bla-bla-bla,,", "Padan muka kau perempuan bla-bla-bla..", "Aku tak faham kenapa betina sorang ni bla-bla-bla" dan disulami kata-kata mencarut lain. Memang tahap akak-akak or standard mak cik-mak cik kat kampung ar.
3.
Reaksi keluarga. Kalau cerita jenis jumpa terus kahwin, ada anak & live happily ever after memang tak best ar kan? Better layan channel National Geography je. Maka berlakulah halangan dari keluarga mostly dari keluarga lelaki yang kaya especially oleh si emak yang datin-datin. Sebabnya? Dia fikir perempuan kampung tu nak kikis harta anak dia je. Tapi kalau versi keluarga perempuan kaya pulak berlawanan. Mostly mereka lebih sopan santun dan memang nak bermenatukan lelaki baik-baik supaya mampu mengubah dan mendidik anak perempuan mereka yang spoil tu. Hmmm..
4.
Halangan Orang ketiga. Sentiasa ada je orang ketiga especially apabila melibatkan lelaki kaya yang suka dengan perempuan naif. Watak mereka digambarkan sebagai perempuan kaya gak, fasionista yang glam habis, make-up tebal-tebal dan dalam berjuta-juta lelaki di dunia ni, still dia tanpa putus asa dan istiqamah berusaha untuk memutuskan hubungan si couple tu. Dia akan upah photographer ambik gambar si perempuan naif dengan lelaki lain, dia akan mengapi-apikan kat mak si lelaki, dia akan menggoda si lelaki tapi tak sampai scene 18SG etc but of coz laa tak akan berjaya.
TAMAT.
Then kau tanya "Aj, macam mana kau tahu semua ni? Kau layan drama-drama tu gak ke? Hahaha Kantoi" Tak ar. Sebabnya aku ada kakak, emak, anak buah perempuan so dari situ aku tahu dan boleh buat pola-pola tu. Ia dah sama macam tengok drama Tanah Kubur di mana kat kampung tu mostly semua orang memang perangai setan habis dan tak nak pergi setiap kali ada orang kampung mati dengan balasan dunia muka make-up hodoh dan seterusnya belajar agar tak senasib dengan mereka in the next episode. Hmmm..
No comments:
Post a Comment