Aku pakai baju Melayu mostly hanya pada masa hari raya je. Plus disebabkan aku orang Sarawak dan berada di Sarawak so aku terpaksa pakai baju Melayu tu almost untuk setiap hari selama 30 hari. Gosh orang Sarawak sangat maniac bila masuk part raya (hmmm). Selain dari tu aku sangat jarang pakai baju Melayu. Realitinya ia selesa je, cumanya kalau cuaca kat Malaysia ni macam kat Korea sana so boleh ar pakai hari-hari. Last Friday, aku tetiba teringin nak pakai baju Melayu untuk solat Jumaat. Surprisingly something happen (based on tittle, dah tahu kan endingnya).
Baju Melayu direka longgar dan besar dari saiz badan seseorang. Itu tak termasuk kes untuk mamat hipster or lelaki perasan badan sado yang akan pakai rekaan baju Melayu ketat-ketat or sleeveless etc. So baju Melayu yang aku pakai Jumaat tu technically dah aku pakai since aku dari form 5 or form 6 lagi (konon cuba nak bagitau betapa fizikal badan aku tak banyak sangat berubah ar). Plus ia dari kain yang berkualiti, emak aku sendiri jahit dan dijaga dengan baik. Lagi pula aku bukan jenis yang sibuk 2-3 bulan sebelum puasa dah siap baju Melayu 3-4 pasang, pagi raya kena melaram habis, nak sedondon etc. Bagi aku, selagi ia masih muat, dalam kondisi yang bagus, so aku okey jer. TAPI... Jumaat tu, baju yang sama aku pakai untuk 10 tahun tiba-tiba ketat kat bahagian lengan. OMFG, itu petandanya yang aku sangat gemuk. Hmmm..
...
Seperti mana-mana rakyat Malaysia yang tipikal (gemuk tapi malas bersenam), permulaan tahun baru juga menjadikan aku untuk memasang niat untuk kurus. So aku download beberapa apps yang berkaitan (which end up dah bersarang labah-labah sekarang), jaga pemakanan bla-bla-bla and surprisingly sehingga 3 minggu terawal, aku kurang beberapa kg dan berat aku kembali di bawah 90kg. Sekali lagi cabaran paling genting ialah apabila kau pandai masak (or at least kau fikir kau pandai masak) ialah bila kau tahu definisi makanan yang sedap. Hmmm..
Thanks to rancangan realiti masakan plus Asia Food Channel yang menyiarkan makanan yang mengiurkan tanpa henti, so penghujung tahun lepas aku try nak grill steak, Disebabkan aku jobless, moneyless so aku tak pernah lagi merasa steak. Makanya aku tak tahu the proper taste of a real steak tapi based on percubaan pertama aku menghasilkan medium rare steak hingga seterusnya mengakibatkan penambahan dua saiz pada baju aku. Dari saiz M, next 2 weeknya aku hanya dapat pakai XL. Aku makan steak setiap selang seminggu. Sebab ia sangat sedap. Steak ialah penciptaan makanan yang paling agung sepanjang peradaban manusia. Luarnya yang panas, daging merah yang mencair dalam mulut, darah yang manis, Duh, setiap kali aku makan benda alah tu, aku rasa sangat barbarian. Betapa aku faham feel haiwan karnivor or raja bersiong masa tu.
Tapi as tahun baru, azam baru bermula, aku plan untuk mengehadkan kemasukan daging lembu tu ke dalam badan aku. Dari seminggu sekali, sekarang ni aku hanya boleh makan steak sebulan sekali je. Cumanya aku manusia yang lemah. Aku buat peraturan then aku sendiri langgar peraturan aku buat tu. Bulan Januari lepas, aku masak steak 2 kali dan pada hari ketiga bulan Februari ni tadi aku beli daging lagi dan aku tak pasti ia akan terhenti di situ je.
Maka pada saat ini, aku mendeclarekan bahawasanya aku ialah seorang lelaki gemuk yang akan bertambah kegemukkannya. Hmmm..
No comments:
Post a Comment