Start pada dua tahun lepas aku punya resolusi berusia 27 tahun ialah untuk tak nak wish anyone anything. Aku lihat situasi kat FACEBOOK ada birthday reminder so bila come part birthday seseorang then berkoyan-koyan ar birthday wish yang rata-ratanya sekadar cakap Happy Birthday or HB je. Pendeknya. Kalau orang tak tahu HB tu boleh bagi banyak makna-makna lain kot. Ia cuba menunjukkan betapa orang yang wish tu sekadar nak tak nak je or mungkin dia tak pasti siapa yang sambut birthday tu or dia rasa org yang sambut birthday tu tak akan ingat dia siapa pun. Hmmm..
Sedangkan aku sangat appreciate hari 'birthday' tu. I used to tulis di diary dan sekarang update di handphone malah aku boleh ingat lagi tarikh bila ialah birthday siapa. So start dari tahun tu aku limitkan wish aku hanya untuk orang-orang yang aku rasa layak dan penting dalam hidup aku je. So kalau kau teringat yang aku ada wish kau something around last two year then maknanya kau ialah seseorang dalam hidup aku.
Nokthah.
Manakala untuk resolusi umur 29 tahun pula ialah aku tak nak upload apa-apa status kat FACEBOOK . Kalau ada pun itu setakat bila aku publish post kat blog then ia automatically upload kat page FACEBOOK . Selain tu aku tak ada upload apa-apa status pun kat situ. Plus untuk menggelakkan aku buruk sangka or menjadikan mulut aku menyumpah seranah orang then aku unfollow orang tu. Bukan unfriend tapi sekadar unfollow je untuk memastikan post orang-orang tertentu tu tak muncul di depan mata kepala aku. Sebab aku tak nak bagi pahala aku yang dah lah sikit ni untuk korang-korang semua.
Even aku sangat jarang nak bagi comment pada post-post tertentu tu. Sebab aku ada pengalaman bagi komen kat post kawan dengan matlamat nak menegur baik-baik. Tapi either pemilihan ayat aku tu pedas sangat ke or interpretasi makna untuk dia yang berbeza ke menjadikan dia melatah, emosi dia naik dan sekarang persahabatan kami di hujung tanduk. So sekarang ni aku tak banyak bagi komen pada mana-mana post. Ada masanya aku lebih memilih untuk membiarkan dia bersama kebodohan dia jer. Tapi ada masa tu kebodohan dah melampau-lampau sangat then aku cari mana-mana link, copy and paste dengan harapan dia rajin baca dan mengurangkan kadar kebodohan dia tu. Atau paling biasa, aku just unfollow je. Hmmm
Noktah.
Semalam peristiwa kehilangan kapal terbang MAS MH 370 dari KL ke Beijing so makin banyak lah aktiviti unfollow berlaku. Salah satunya ialah orang yang berdoa secara langsung di FACEBOOK. Adakah orang ni tengah berada di tikar sembahyang selepas solat dengan sebelah tangan menadah dan sebelah lagi taip handphone? Or masa tengah tengok cerita Hindustan kat TV3 part nyanyi-nyanyi sambil sebelah jari korek hidung dan sebelah lagi upload status. Duh, dia ni tak tahu ke yang tuhan tak ada FACEBOOK untuk like status tu..?
Then pada orang yang emosi dan suka copy and paste. Kau marah, aku faham sebab aku pun marah gak tapi dengan upload status orang yang keluarkan status bodoh tu then ia bukan keputusan yang bijak. Kau hanya menjemput orang-orang lain join marah sekali sehingga last-last kau dah mengetuai a fellowship of orang bodoh. Kedian ditambah pula dengan manipulasi graphic edit yang berbaur politik. Aku just kata terus ia gambar Teresa Kok dengan status kat sebelah tulis dia syak ia adalah perbuatan terrorist Islam and you know what ramai ar orang Melayu racist yang percaya bulat-bulat. Then aku pergi page Teresa Kok then sah-sah dia kata dia tak pernah keluarkan statement tu.
Sekaligus membuktikan orang yang suka copy and paste ni ialah komuniti manusia bodoh yang nak attention seekers plus nak ikut trending semasa tapi malas nak buat research.
Noktah.
2 comments:
salam
itu sebab me tutup blog,
tinggalkan fb..dan bungkus acc twitter.
yeap
orang ada kebebasan bersuara
tapi sayang,orang tak mahu bersuara dengan pintar dan benar.
diakhirnya..
yg tercalit di wall dan muka skrin
hanyalah kebodohan diri sendiri yg elok terjaja merata
Entah ar, dah namanya manusia kot. Susah nak komen panjang. Kita tak mampu nak kawal manusia seluruh dunia jadi kita kawal diri sendiri agar tak jadi macam orang2 yang kita tak nak jadi, kira cukup ar kot setakat ni dulu. Hmmmm
Post a Comment