Monday, March 24, 2014

Roti Canai Sarawak

Ketika aku lahir, 3 daripada 4 datuk dan nenek aku dah tak ada. Yang ada sorang pun meninggal sebelum aku masuk tadika lagi. Aku totally tak ada pengalaman dimanjakan or punya tempat nak buat komplen kalau aku tak berpuas hati dengan parents. Oleh sebab tu, aku dan adik beradik menjadikan nenek-nenek saudara sebagai tempat ganti. Even nenek saudara terakhir pun baru meninggal sekitar 3 tahun lepas. Noktah.


Kat kampung ada orang meninggal. Bapak aku pulak antara orang penting yang sentiasa dipanggil untuk majlis kenduri arwah pada malam harinya. Ada masanya kalau balik ada bawak balik makanan. Orang Sarawak panggil ia lampang (tapi most kawan aku kat sini tak tahu term tu) or kat Johor orang panggil ia berkat. Aku tak tahu apa term BM standard untuk makanan yang dibungkus bawa balik. Dan untuk malam tadi bapak bawa balik bihun goreng dan roti bersama kuah kacang.

Aku tak tahu entah kenapa orang Sarawak agak maniac dengan kuah kacang (or it happen to all kat Malaysia ni). Semuanya nak dicalit dengan kuah kacang. Makan roti dengan kuah kacang. Makan ketupat dengan kuah kacang. Raya puasa masak kuah kacang. Raya haji masak kuah kacang gak. Rasanya semua event mesti akan ada kuah kacang kat rumah. Kecuali kat rumah kami ar. Kalau kat rumah mak cik-mak cik yang lain then ia adalah benda wajib. Sebabnya emak aku a.k.a chef utama dan boss nombor besar nombor dua ialah bukan orang Sarawak. Lagipun setiap kali aku tengok kuah kacang then aku akan teringat benda yang keluar dari mulut orang yang muntah. Hmmmm



Masa first tengok kuah kacang yang bapak bawa balik tu, otak aku terus teringat satu benda yang paling sedap kalau dimakan dengan kuah kacang dan dah lama sangat tak merasa benda tu: Roti Canai Sarawak. Aku cuba search kat GOOGLE tadi tapi buat pertama kalinya aku tak dapat jumpa carian imej yang betul. Kalau roti canai biasa tu warna putih, setiap lapisan tu hampir senipis kertas dan ia masak di atas permukaan kuali rata dengan minyak sedikit tapi roti canai Sarawak ni pula lain. Ia berwarna coklat kekuningan, tebal dan masak guna kuali biasa dengan minyak yang banyak dan ia tak perlu ditebar. Ia seperti doh roti canai biasa yang dipenyekkan dan terus digoreng. Hmmm..


Kalau ditengok dari rupa memang tak menyelerakan. Kalau masuk dalam mulut pun mungkin tak akan dikunyah sebab ia tebal dan rasa kosong. Di situlah muncul kuah kacang untuk menstabilkan rasanya. Tapi seriusly awal-awal dulu pun aku tak suka makan benda tu. Dulu arwah nenek saudara terakhir ni ar yang suka masak roti canai Sarawak tu. Kalau dulu dia akan telefon suruh pergi rumah dia ambik roti canai. Aku sering kali tertipu sebab aku imagine ia roti canai standard sebab aku suka benda alah tu. Kalau pagi raya pulak, rumah dia ialah tempat ahli keluarga kami akan berkumpul dan sekali lagi roti canai Sarawak dengan kuah kacang tu ar antara hidangan wajib dia. Duh, puasa sebulan then of coz laa aku tak akan sentuh benda tu. Kalau makan pun sikit je or makan sebab dah tak ada benda lain yang boleh dimakan lagi.






Sejujurnya hanya selepas dia dah meninggal baru rindu nak makan benda tu. Selama 3 tahun dah pemergian dia memang dah tak pernah lagi makan roti canai Sarawak tu lagi. Sebab ia ialah makanan orang tua dulu-dulu.Even mak cik-mak cik aku yang lain memang tak pernah buat benda tu kot. Malah setiap kali tengok kuah kacang then aku garenti akan mengidam nak makan roti canai Sarawak yang keras tu. Hmmmm








Al-Fatihah untuk arwah nenek. 

Sunday, March 9, 2014

Facebook, Manusia Bodoh & MH 370

Start pada dua tahun lepas aku punya resolusi berusia 27 tahun ialah untuk tak nak wish anyone anything. Aku lihat situasi kat FACEBOOK ada birthday reminder so bila come part birthday seseorang then berkoyan-koyan ar birthday wish yang rata-ratanya sekadar cakap Happy Birthday or HB je. Pendeknya. Kalau orang tak tahu HB tu boleh bagi banyak makna-makna lain kot. Ia cuba menunjukkan betapa orang yang wish tu sekadar nak tak nak je or mungkin dia tak pasti siapa yang sambut birthday tu or dia rasa org yang sambut birthday tu tak akan ingat dia siapa pun. Hmmm..


Sedangkan aku sangat appreciate hari 'birthday' tu. I used to tulis di diary dan sekarang update di handphone malah aku boleh ingat lagi tarikh bila ialah birthday siapa. So start dari tahun tu aku limitkan wish aku hanya untuk orang-orang yang aku rasa layak dan penting dalam hidup aku je. So kalau kau teringat yang aku ada wish kau something around last two year then maknanya kau ialah seseorang dalam hidup aku. 

Nokthah.






Manakala untuk resolusi umur 29 tahun pula ialah aku tak nak upload apa-apa status kat FACEBOOK . Kalau ada pun itu setakat bila aku publish post kat blog then ia automatically upload kat page FACEBOOK . Selain tu aku tak ada upload apa-apa status pun kat situ. Plus untuk menggelakkan aku buruk sangka or menjadikan mulut aku menyumpah seranah orang then aku unfollow orang tu. Bukan unfriend tapi sekadar unfollow je untuk memastikan post orang-orang tertentu tu tak muncul di depan mata kepala aku. Sebab aku tak nak bagi pahala aku yang dah lah sikit ni untuk korang-korang semua. 

Even aku sangat jarang nak bagi comment pada post-post tertentu tu. Sebab aku ada pengalaman bagi komen kat post kawan dengan matlamat nak menegur baik-baik. Tapi either pemilihan ayat aku tu pedas sangat ke or interpretasi makna untuk dia yang berbeza ke menjadikan dia melatah, emosi dia naik dan sekarang persahabatan kami di hujung tanduk. So sekarang ni aku tak banyak bagi komen pada mana-mana post. Ada masanya aku lebih memilih untuk membiarkan dia bersama kebodohan dia jer. Tapi ada masa tu kebodohan dah melampau-lampau sangat then aku cari mana-mana link, copy and paste dengan harapan dia rajin baca dan mengurangkan kadar kebodohan dia tu. Atau paling biasa, aku just unfollow je. Hmmm

Noktah.






Semalam peristiwa kehilangan kapal terbang MAS MH 370 dari KL ke Beijing so makin banyak lah aktiviti unfollow berlaku. Salah satunya ialah orang yang berdoa secara langsung di FACEBOOK. Adakah orang ni tengah berada di tikar sembahyang selepas solat dengan sebelah tangan menadah dan sebelah lagi taip handphone? Or masa tengah tengok cerita Hindustan kat TV3 part nyanyi-nyanyi sambil sebelah jari korek hidung dan sebelah lagi upload status. Duh, dia ni tak tahu ke yang tuhan tak ada FACEBOOK untuk like status tu..?

Then pada orang yang emosi dan suka copy and paste. Kau marah, aku faham sebab aku pun marah gak tapi dengan upload status orang yang keluarkan status bodoh tu then ia bukan keputusan yang bijak. Kau hanya menjemput orang-orang lain join marah sekali sehingga last-last kau dah mengetuai a fellowship of orang bodoh. Kedian ditambah pula dengan manipulasi graphic edit yang berbaur politik. Aku just kata terus ia gambar Teresa Kok dengan status kat sebelah tulis dia syak ia adalah perbuatan terrorist Islam and you know what ramai ar orang Melayu racist yang percaya bulat-bulat. Then aku pergi page Teresa Kok then sah-sah dia kata dia tak pernah keluarkan statement tu. 





Sekaligus membuktikan orang yang suka copy and paste ni ialah komuniti manusia bodoh yang nak attention seekers plus nak ikut trending semasa tapi malas nak buat research. 


Noktah.

Friday, March 7, 2014

Penonton TV Yang Tipikal

Korang pasti pernah dengar masa dulu-dulu kalau pelakon bawa watak jahat ni masa diaorang tengah jalani kehidupan normal kat luar then akan ada orang yang marah-marah, ludah, tumbuk, sepak terajang or paling dasyat: bagi nasihat supaya insaf. Menunjukan betapa dasyatnya lakonan watak jahat mereka yang sangat hidup. Then korang tengok drama or filem yang dimaksudkan tu dan akhirnya korang tak faham part mana yang hebat sangat tu. But still walaupun masa dah lama berubah, penonton berperangai sama masih wujud lagi hari ni. Hmmmm..


Tamat Jumaat tadi aku lepak kat rumah mak cik aku. Kebetulan kat TV3 ada Cerekarama. Cerita tu aku kelaskan sebagai cerita tipikal drama Melayu yang korang akan tahu apa akan berlaku seterusnya. Tipikal tahap macam mana? Perempuan Melayu yang miskin duduk kat kampung jatuh cinta dengan anak orang kaya tapi emak dia tak setuju but still diaorang kahwin gak. Kedian emak mertua yang jahat upah bekas awek si suami suruh ngurat si lelaki tu balik dan plan berjaya. Kedian emak mertua kemalangan, mata buta then doktor kata perlukan pembedahan dan cuba teka siapa yang sanggup korbankan mata tu? Siapa lagi kalau tak si menantu yang baik hati kononnya tu. LOL..!!


Tapi masalahnya reaksi mak cik-mak cik aku tengok drama tu seolah-olah itu ialah satu-satunya drama yang wujud di Malaysia dengan jalan cerita serupa. Dengan sumpah seranah pada kejahatan mak mertua dan kebodohan suami, then suruh si suami jangan terpedaya dengan pujuk rayu si bekas awek ar plus suruh si gadis naive tu jangna jadi baik sangat plus cakap padan muka pada emak mertua sebab buta etc. Seolah-olahnya kalau mak cik aku tu kata benda tu then jalan cerita tu akan berubah. Macam mode budak kecik tengok cerita Dora yang minta tolong kat kita suruh tentukan apa mereka perlu buat jer. 


Setiap kali adegan tu berlaku then aku akan tenangkan mak cik-mak cik aku dan kata "Sabar, mak cik. Diaorang tu berlakon jer. Dah pengarah suruh buat then diaorang buat ar.."


Dan diaorang akan ketawa dan kata diaorang tahu cuma terbawak-bawak je. Kemudian dia akan kata itulah suka sangat bawak watak jahat. Suka sangat nak kena sumpah seranah dek penonton. Last-last jadi macam arwah (tak nak sebut nama sebab dia dah meninggal). Selalu sangat berlakon watak jahat. Nanti mati kena makan sumpah.


Waktu tu otak aku akan terfikir betapa doa penonton Cerekarama di Malaysia sangat-sangat makbul. Jauh lebih makbul berbanding doa-doa orang di Palestin yang teraniyaya tu semua. Hmmm..













Teringat masa kegemilangan cerita Nur Kasih dulu. Semua puji Tiz Zaqyah tapi bila tengok dia dalam kehidupan sebenar then ramai penonton yang marah sebab watak dan diri sendiri tu bertentangan jauh. Duh, betapa rakyat kita ni memang tak tahu kerja pelakon ke? Hmmm