Thursday, April 2, 2009

Shit-ing (Babak 2)

Aku x tau cam mana aku nak start menulis post kali ni. Yang aku tahu hanya perasaan aku sekarang ni. Resah. Dah 5 hari aku pendam perasaan yang sama. Aku x tau kenapa aku x boleh nak luahkan perasaan ni pada sesiapa. Aku x nak perkara ni jadi lebih teruk. Tapi perkara ni memang dah terok. Cuma aku saja yg tahu. Dan aku x boleh paksa diri aku x tahu. Aku x nak sakitkan dia. Tapi tindakan dia dah menyakitkan orang lain. Sakitkan orang yg aku sayang sangat. Terlalu ramai yg akan menderita. Tapi kalu aku x bagitau sesiapa, aku sendiri akan terseksa. Even sekarang aku dah terseksa. Perasaan yang aku baru pendam untuk 5 hari.

Aku nak sangat marah pada dia. Pada tindakan dia yg bodoh. Paling tidak aku harus kecewa. Kecewa pada dia sebab dah musnahkan kebahagiaan yg selama ni cukup stabil. Tapi aku hanya resah.

Kalu aku tau benda ni akan berlaku then aku x akan sentuh HP dia. Aku lebih rela rasa gembira pada kebahagiaan yg palsu yang selama ni aku pertahankan dari simpan rahsia yang membuatkan aku cukop resah. Menjadikan aku lihat dia berbeza. Aku x boleh benci dia tapi aku dah x boleh lihat dia dengan cara yg sama lagi. Even aku dah x boleh lihat dia lagi. Aku akan sentiasa berpaling. Aku akan pergi menyendiri. Semuanya buat aku resah.

Aku x tahu kenapa dia boleh bertindak cam 2. Tapi hati aku sangat yakin itu dia. X mungkin orang lain. Even ini mungkin bukan kali pertama dia bwat macam tu. Cuma ini kali pertama aku 'tertangkap' dia. Pasal selama ni aku cuma nampak dia dengan mata tertutup. Dan bila aku 'terbukak' mata aku pada dia then membuatkan aku jadi resah.

Mungkin sebab aku x pernah kenal dia selama ni. X ada sesiapa yg pernah benar2 kenal dia. Dia ada sudut lain yang hanya dia saja yg tahu. Dan sebab itu dia bertindak pada orang2 yg x pernah kenal dia. Dia memusnahkan kepercayaan. Dia musnahkan tanggungjawab. Tapi untuk apa dia musnahkan semua yg dia pernah ada selama ni? Untuk cari org yg akan lebih kenal dia siapa? Untuk mencari kepercayaan lain? Untuk cari tanggungjawab lain?

Tindakan dia bwat aku betol2 resah. Aku dapat rasakan irama yg ada dalam diri aku selama ni hilang. X ada satu nada pon yg bermain dalam hati aku. Hanya ada bunyi sunyi. Otak aku x fikirkan apa2. Aku hanya melihat jauh. Melihat pada 1 benda yg x wujud. Dan ketika aku memikirkan dia. Air mata aku ttiba mengalir. Rahsia ni mmbuatkan aku resah.






Aku x kisah kalu dia nak mengakhiri perbuatan dia dengan baik. Tapi jangan bwat mcm apa yg dia tengah bwat sekarang.






Aku berdoa pada tuhan agar benda ni sebenarnya x berlaku. Aku harap ia hanya perasaan aku yang akan hilang selepas aku bangun dari tidur. Aku x tahu apa yg perlu aku bwat. Rahsia ini membuatkan aku resah sangat2. Aku perlu bagitau seseorang. Tapi bila ia diberitahu kemudian kisah yg baru akan bermula. Kisah yg akan memusnahkan kebahagian yg sedia ada. Memusnahkan kepercayaan yg selama ni kami pegang.




Tapi aku x boleh tanggung benda ni sorang2.

2 comments:

Lance Goh said...

Aiyoo... Cikgu! i feel so bad larhh... =(

Come back...? please ? T_T


-Student of 2B, Lance

Jasmine said...

cikgu, please?? T.T
you see so many students miss you. we dont think its your fault, please come back!